Minda Oh!!! Mindaku. 11
Page 1 of 1
Minda Oh!!! Mindaku. 11
Hanya kepintaran/ilmu pasti, anugerah Ketuhanan mantiq/ logika bagi diriNya yang dapat melepasi rintangan2 yang diadakan olih diriNya sendiri.
Tidaklah dikaitkan Ketuhanan/ Al Ilahun itu sempurna, sekiranya berkehendak ia kepada sesuatu untuk mengenali ada ujudNya. Kerana berkehendak Ia kepada sesuatu itu, menunjukan kepada sifat kelemahan yang ketara .
Apakah Ia tidak mengenal kesempurnaanNya, sehingga berkehendak Ia kepada sesuatu yang tidak punya kuasa dan kesempurnaan untuk mengenali kesempurnaan DiriNya?
Melainkan yang dikenali pada ujud ini diriNya sendirian, pada mengenal diriNya sendiri, Esa DiriNya, tanpa serta sesuatu disampingNya.
Tidak juga bolih dihubungkan Ketuhanan/ Al Ilahun itu sempurna, sekiranya ada sesuatu disisiNya pentadbir2 pengurusan pada ujud ini. UmpamaNya Malikat2, Syaitan2, Nabi2, Sahabat2, Wali2, Ulama’, Professor2 ,Guru2, Menteri2, Perdana Menteri2.
Monolit2, avatar2,Presiden2 , Berhala2……. Setiap nama2 pada ujud……Setiap bahasa2 yang ujud. Kerana secara mantiq/ logikaNya, Ia menempatkan DiriNya kepada sifat2 kelemahan, yang sangatlah lemahnya ,sehingga tidak patut digelar Tuhan sekali2.
Melainkan Ia mengatakan Aku adalah bersendirian ‘ Dahulu , Sekarang, Akan datang…..dan seterusnya. Dan AlKuliat/ keseluruhan ujud adalah diriKu sendiri, dan bukan lain dari DiriKu. Setiap nama2/ unkapan/ sebutan2 adalah diriKu sendirian. Keseluruhan ujud adalah ‘Ayan/ penyata ZatKu sendiri. Tiada sertaku kecuali ialah diriKu sendiri.
Ungkapan ‘LAIN’ sebenarnya tidak ada sekali2 pada kamus keTuhanan. Janganlah kiranya Aku terperdaya dengan unkapan2, yang Aku ada2kan untuk diriKu sendiri. Aku seolah2 memisahkan DiriKu dari AlKuliat Aku seolah2 menempati diriku pada tiap ujud/ AlKuliat, Aku seolah2 hulul/ memasuki/ merasuki AlKuliat , Aku seolah2/ penyerupaan/ at-tasyabuh diri AlKuliat…..
Maka sentiasalah Aku berkeadaan begini kerana Aku tidak berkehendak kepada menyatakan ‘ Akulah AlKuliat itu sebenar2nya’.
Tiadalah Aku meghijab/ watas/ mengeliru/ mendusta akan sesuatu jua pun, kerana ujud adalah Aku bersendirian. Aku Esa/ Tunggal pada ujud ini.
Merpati Putih- Admin
- Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08
Similar topics
» Minda Oh!!! Mindaku. 5
» Minda Oh!!! Mindaku. 6
» Minda Oh!!! Mindaku. 7
» Minda Oh!!! Mindaku. 8
» Minda Oh!!! Mindaku. 9
» Minda Oh!!! Mindaku. 6
» Minda Oh!!! Mindaku. 7
» Minda Oh!!! Mindaku. 8
» Minda Oh!!! Mindaku. 9
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|