SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Minda Oh!!! Mindaku. 9

Go down

Minda Oh!!! Mindaku. 9 Empty Minda Oh!!! Mindaku. 9

Post  Merpati Putih Fri Dec 25, 2009 1:55 pm












Ujud adalah gurisan/ fenomena/ Al-Ma’lumat Illahiyat semata. Bahkan tidak ada satu zarrah pun yang mempergunakan otak pada haqiqatnya , kecuali otak itu hanyalah sangkaan/ bayangan Pencipta bagi diriNya semata2.


Tiada yang kelihatan pada hayat ini walau ‘apa2an’ pun . Dan dengan demikian untuk apa cerita2 dan untuk apa ilmu2. Setiap rupa ujud adalah sekata/ sama/ sinonim/ mutarrodifun pada segala aspek . Cerita2 hanya perlu sekiranya ada perbezaan pada nilai.

Memetik apa yang dikatakan olih D. Whitridge , seorang pakar fisiologi otak yang terkemuka: Seekor anjing itu kehilangan semua sifat yang mewajarkan sebutan sebagai seekor hewan yang agak cerdas setelah dinyahkorteks (tidak ada ujud satu perasaan pun, walau pun sezarah).

Adapun kifiat/ cara/ jalan, sekiranya bimbang seolah tiada mentauhidkan Ketuhanan itu ialah ‘ Akulah Ketuhanan melihat tiap2 gerak dan sukun dan tiap2 kalam dan sukut hanya sanya terbit dariKu baik dariMu atau lain dariMu dengan Zuqi Ksyafi dan Syhhudi. Kerana adalah Kamu SelainKu sifat baharuku/ bayanganku.

Hati/ Qalbu/ Otak/Perasaan/ Ruhani/ Tapak Ingatan atau Khayalan adalah satu ungkapan jua. Seolah2 berbeza pada bahasa. Ia seolah2 satu hamparan yang luasnya tanpa tepi, yang meliputi segala ujud , meliputi segala zat kholaik/ ujud sifat muhadas ( keujudan2 dulu, sekarang, dan akan datang ) yang diterjemahkan melalui pancaindera yang lima

. BagiKu dalam SirrKu/ RahsiaKu tilik olihmu akan dia, disana mula2 kejadian makhluk. Adakah pekerjaan itu mewarisi akan kesamaran dan heran?

Mula2 kejadian makhluk yang tiada mendahului akan dia makhluk , kerana tiada apa ketika itu melainkan KetuhananKu jua.

* يسألونك عن الروح قل الروح من أمر ربي *
ertinya: bila bertanya mereka kepadamu tentang Ar Ruh, katakan Ar Ruh adalah urusan Tuhanku.

Maana Ar-Ruh ialah kuasa yang menterjemahkan ‘keseolahan ada ujud2’. Ar-Ruh adalah tunggal/sendirian mentadbir sejagat/ maya, bertentangan dengan kefahaman umum, yang mentafsirkan 'ujud ruh adalah berbilang2'.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum