SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ILMU KALAM/ TEOLOGI atau URUTAN KATA2 HAIWAN

Go down

ILMU KALAM/ TEOLOGI atau URUTAN KATA2 HAIWAN Empty ILMU KALAM/ TEOLOGI atau URUTAN KATA2 HAIWAN

Post  Merpati Putih Sat Nov 22, 2008 9:28 am

PENDAHULUAN 1

Keingininan manusia cuba melebihi kemampuannya. Keyaqinan yang disangka ‘YAQIN’, tetapi hanya ikutan2. Jubah berarti menahan tubuh dari kesejukan, tetapi ada perkara lain yang seerti dengan jubah, umpamanya angin yang panas

Konsep ‘tauhid’ semacam persepsi/ kesedaran penganutnya, berupa dorongan kuat, mengerahkan keseluruhan kemampuannya, menyempurnakan/ melaksanakan ketentuan-ketentuan yang dipikulkan kepadanya ‘perasaan’ oleh ‘KEPERKASAAN ILLAHI’. Maksud ketentuan-ketentuan ini ialah ‘PENGERTIAN TAUHID itu sendiri, yang mana setiap ‘INSAN’ terarah kepada memahaminya.

Sumber utama ajaran ‘TAUHID/ KESENDIRIAN/ ESA ILLAHI’ seperti Al-Qur’an, Injil, Taurat, Zabur, Sutra, Vedas, Upanishad,, Garant Sahib/ Dasam… dan hadis2/ kalam2, yang tersebut dianggap kalam Tuhan yang dipersepsikan/ diwahyukan/ ilhamkan kepada pencetus2 dogma ‘KEUGAMAAN’, seperti Nabi Adam, Muhammad, Isa, Musa, Daud..Kerishna, Buddha, Lao Tze, Konfucius.. melalui sifat ‘KHAYALAN Malaikat Jibril’, sedangkan kedua2 merupakan tradisi ‘WARISAN TURUN MENURUN’ yang diulang2 tanpa henti, baik dalam bentuk ucapan, tingkah laku maupun ketetapan (taqrir) dari pencetus2 dogma. Kedua-duanya disaring dari skrip2 ‘yang dianggap suci’, secara sengaja ‘disucikan’, dibina dan seterusnya bertapak/ mencengkam persepsi minda kearah ajaran ‘KEUGAMAAN’.

Berbicara tentang ajaran ugama harus/ mesti/ wajib merujuk kepada kitab2 rekaan filosof2, yang di dewa2kan olih penganut2 doktrin. ‘Kitab2 suci ugama adalah, pada awalnya hanya bersifat hipotesis khayalan’ semacam ‘SENGAJA DI ADA2KAN’.

Kemudian dianggap sesuatu yang benar, setelah hipotesis2 ini mengalami evolusi ‘pembetulan’ demi ‘pembetulan yang besifat ta’sub’. Dogma yang diulang2, warisan demi warisan sehingga ‘seolah2 hilang cacat cela serta kekurangan atau sengaja dikatakan benar’, agar persepsi penganut2 terhipnosis atau tersihir.

Ketegangan diantara ugama2 dan mazhab2 berpunca dari teologi/ atau ilmu kalam, bersifat berbelit2 pada menterjemahkan’ kata2 kabur haiwan’, yang terbit dari frekuensi/ gelombang2 perasaan.

الإنسان خيوان نطيق‘INSAN’ itu haiwan yang berkata2

Para filosof2/ pencetus2 dogma ugama (konsep cara hidup “WAY OF LIFE”) membalut umpan yang kelihatan enak, tetapi didalam umpan tersembunyi mata pancing yang mencangkuk percepsi. Penganut2 ugama adalah seumpama ikan yang ditawan kerana kerakusan kepada umpan (janji2 pembalasan diakhirat, walaupun ianya hanya bayangan/ teka-teki sahaja) yang mengghairahkan.

Canangan2 gendang syaitaniyah yang memakai topeng2 bernama ‘dang imej2’ lembaga malaikat2, nabi2,ulama’2, rabi2, paderi2, sami, professor2, wali2, kitab2, hukum2, hadis2, suara2, huruf2, tteory2, karma2, dharma2, tesis2, hipotesis2….

Tetapi tida satu pun ‘keberadaanya’ di’LAPANGAN SUCI ZAT ILLAHIYAT’/ Monisma. Untuk apa bahasa2 haiwan ini? Kemungkinannya semata2 untuk penglipur lara serta ‘menghijab’ kehadiran ‘MUTLAQ ZAT ILLAHIYAT’.

Kerakusan menyambar umpan, tanpa sangsi/ yaqin/ pengiaan, memungkinkannya terpenjara didalam dogma2/ rumusan2, yang demikian kebarangkaliannya untuk bebas kembali adalah tipis, setelah sebati/ mesranya/ menjadi darah daging… konsep2 ikutan, yang telah berobah menjadi tabiat peribadi. Ini adalah hasil dari 'KEGAGALAN' insan meneroka kesyumulan ujudNYA.Bahkan rumusan2 yang diyaqini/ tanpa sangsi telah menjadi musyahadah zahiriyah dan bathiniyanya, tanpa heran dan sangsi, WALAUPUN Kadang2 AKALNYA SANGSI Kepada apa yang ‘dia ingat sesuai untuk dirinya’. Maka telah terjeratlah persepsinya dilembah keta’suban/ kejumudan, dan ‘kemungkinan untuk membetulkan persepsinya adalah seperti menuang ayer kedaun keladi’ (pekerjaan yang sia2)

Inilah Istilah2 kalam, adalah seolah2 umpan yang yang membaluti kelibat Illahi/ Pencipta persepsi ‘INSAN’. ‘INSAN’ terjebak dineraka halunasi/ tipudaya fantasi urutan kata2.


Last edited by Merpati Putih on Thu Aug 06, 2009 12:10 pm; edited 1 time in total
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

ILMU KALAM/ TEOLOGI atau URUTAN KATA2 HAIWAN Empty Pertentangan dalam menterjemahkan Ilmu Kalam (Teologi)

Post  Merpati Putih Sat Nov 22, 2008 11:14 am

PENDAHULUAN 2

Ajaran ugama menekankan/ memaksa agar setiap penganut mempunyai keyakinan (akidah/ bahan2 persepsi/ khayalan2’ yang tersedia ada’ ) tertentu dalam menghadirkan kelibat keTuhanan. termasuk mempraktikkan ’PENETAPAN2’ yang sangat asas dalam sistem teologi ‘TAUHID’. Satu mantera taqlid yang ‘mesti’ ditiru sebagai ikut2an tanpa memberi ruang/ hak ‘kebebasan bagi pencari2 kebenaran’. Mereka hanya disogok dengan pembalasan2 ghaib selepas mati, ‘tanpa pembuktian2 yang jelas’.

Mereka dianjurkan, olih fandamentalis/ tokoh keras pengamal undang2 yang jumud pemikiran, mengikut ritual2 yang telah dirumuskan tanpa memberi ruang untuk mempertikaikan. Kemudian dijanjikan dengan teka teki pembalasan2, yang tidak pernah dapat dibuktikan. Janji2 pembalasan ini telah mengaburkan ‘pencarian kebenaran’, dan penganut2 terjerumus kedalam kancah ‘kedunguan’ seperti kambing2 tolol.

Yang jelasnya ’tidak ada’ dan ‘tidak akan ada’ satu manusia pun yang pernah menyaksikan kehadiran ‘TUHAN’ dan malaikat2 atau syaitan2, Bahkan para nabi2, para2 filosof juga tidak pernah berjumpa dengan Tuhan. Dan Tuhan juga tidak pernah menunjukkan kelibat diriNya kepada sesiapa jua. Manuasia juga, tidak pernah bertemu dengan para2 nabi, Buddha, Brahman, Isa…

Keseluruhan cerita2 tentang alam barzah, seolah2 satu klip cereka yang diada2kan/ difantasikan, kerana tiada siapa yang benar2 pernah menyaksikan ‘apa yang ada diALAM SELEPAS MATI’: Syurga, neraka, azab kubur, malaikat2, bidadari2…. Melainkan seseorang yang telah mati dan mengalami cerita2 ini , dan kembali hidup untuk memberi tahu keadaan yang sebenar. ‘INI juga tidak bolih di percayai, selagi diri sendiri tidak mengalaminya’. ‘KEBODOHAN2 YANG TERSERLAH BAGI ORANG2 YANG SUKA MENIRU DAN MENGIA2KAN SESUATU YANG DIDENGAR DARI WARISAN2 YANG BERKECAMUK, DAN TIDAK PERNAH DIALAMINYA SENDIRI’.


‘Skrip2/ kitab2 yang dianggap serta didewa2kan suci’ olih pentaqlid2/ peniru2 ugama serta ‘PENGIAAN’ bahawa kitab2 ini ‘sumber keagamaan dan moral’ yang utama dalam ‘PENEROKAAN KEBENARAN’, seringkali melontarkan tesis2, agar terciptanya masyarakat yang terdiri atas individu-individu yang ‘SOLEH’, dengan kesadaran ‘ROHANIYAH’ yang tinggi serta memiliki keyakinan (akidah) yang benar dan murni tentang ‘KEBERADAAN TUHAN’.

Kitab2 suci/ dewa2an’ di khayalkan sebagai seolah2 memberikan bimbingan, rangka ciptaan yang ‘ditekankan layak’ bagi manusia untuk berhubung dengan Tuhan.

Dari ide ‘kitab2 suci’ tersebut para pedukung2 ugama/ ulama2/ rabi2/ paderi/ sami2… yang tergulung dalam kelompok filosof/ muutakallimin/ pemikir kata2/ teologi, mencipta, mengembang, merumus ilmu (teologi/ kalam/ usuluddin/ aqaid/ tauhid/ ilmu sifat) yang kemudian dikenal sebagai ‘ILMU KALAM’ (fantasi pemikir2 bejat)
Banyak penentang2 terhadap kehadiran ‘ILMU KALAM’, secara sinis mereka2 ini mengkategorikan ‘ILMU KALAM’/ filosofi adalah ‘SESAT’, dan mereka tidak mahu mengaku bahawa ilmu yang mereka pegang, juga adalah sebahgian dari ilmu ‘SESAT’ kalam. Mengucap dua kalimah syahadah juga berkehendakan ilmu sendi ‘KALAM/ KATA’. Kaum Hanbaliah merupakan kelompok yang paling keras menolak kehadiran ilmu kalam (Teologi) dalam sistem ajaran Islam.

Kaum Hanbaliah berpendapat ilmu kalam (teologi) bersifat ‘sanggahan’ terhadap ‘hukum2 KEWAJIPAN, KEHARUSAN, MUBAH, KEMUSTAHILAN’ yang telah dirumuskan olih mazhab Hanbali. Dan pendukung2/ ulama2 menganggap ‘tidak sesuai atau tidak bolih lagi di pertikaikan, dengan mengaitkan tuntutan2/ rumusan2 yang berasaskan Al-Qur’an dan Sunnah.

Jika sekiranya diberi ruang kepata keritikan2 dari teologi/ ilmu kalam, maka menampakan kekurangan/ ketidak mantapnya rumusan2 para pemikir2, dan dengan ta’ secara lansung mejatuhkan kredibiti perumus2. Mereka tidak mahu kesangsian2 serta keteledoran doktrin2 mereka di kritik, dan akhirnya secara buruk sangka telah mengecap, bahawa ilmu kalam, ‘pada dasarnya pinjaman dari luar Islam, khususnya filsafat Yunani’. Tetapi mereka tiada sedar bahawa mereka juga adalah dari kalangan pemikir2 yang keterlaluan dalam teologi/ ilmu ketuhanan.

Pandangan ini disanggah oleh kaum Mutakallimin, terutama oleh Al-Asy’ari. Menurut al-Asy’ari, Muhamamd memang tidak merumuskan ilmu kalam (teologi), tetapi dasar2 pemikiran ilmu kalam (teologi), dikembangkan kaum Mutakallimin terdapat dalam al-Qur’an dan Sunnah.

Kaum Mutakallimin mempunyai pandangan bahwa rumusan/ tesis2 keterbukaan ‘tanpa bintik2 kesangsian’, satu2nya yang dapat menghasilkan pengetahuan yang benar. Mempelajari serta meneliti ‘kepastian yang kabur’ merupakan suatu keharusan (wajib). Dan akhirnya mereka ‘mengagak’ pendapat mereka melampaui ‘KEBENARAN’, tetapi tanpa dapat menjelaskan ketepatannya.

Ibnu Taimiyyah beranggapan bahawa kaum Mutakallimin memiliki asas bahwa rumusan ‘ilmu kalam’ yang mereka ketengahkan, merupakan satu kaedah yang berkesan serta tepat untuk menjelaskan aqidah/usuluddin, dan mereka menganggap ilmu kalam (teologi) yang mereka kembangkan menempati kepentingan dalam sistem ajaran Islam.

Ibn Taimiyyah menuduh kaum mutakallimin koservatif/ pak turut, telah mengabaikan kemudahan yang ditawarkan Al-Qur’an dalam menjelaskan kekeliruanyang berkaitan dengan ushul al-din. Tuduhan ini melihat eratnya kaitan para ‘pemikir koservatf/ kolot’ dengan kepercayaannya, bahwa Al-Qur’an dan hadis2 tidak patut disanggah dogmanya, dan menetapkan AlQuran dan hadis mengandung ajaran yang ‘mesti’ diamalkan di sebut ushul al-din tanpa bolih mempertikaikannya. Al-Qur’an dan Sunnah, menurutnya mengajukan bukti-bukti dalam berbagai bentuk dan cara, sesuai dengan fitrah/ naluri manusia.

Al-Qur’an mengajukan bukti dalam bentuk berita (ikhbar) sederhana, peringatan (tanbih), bimbingan (irsyad), dan dalam ‘bahasan2 tidak rasional’ yang bersifat badihi. Sehubungan dengan itu, Ibn Taimiyyah mengatakan bahwa tidak seorang pun mendapat petunjuk kecuali orang-orang yang ditunjuki oleh Tuhan dengan wahyunya atau ilham. Ibn-Taimiyah juga di ungkapkan ‘tersasar’ dan songsang dari arah, kerana menyanggah teori2 yang’ dianggap betul’ olih ulama2 jumud ini.

Setelah Ibn Taimiyah memepertikaikan kemudian beliau setuju dengan sikap dan perlakuan kasar dan penentangan Imam al-Syafi’I, terhadap kalam dan Mutakallimin.’Sifat yang jelas ada pada ahli kalam ialah “berbelit2/ berputar dalam retorik tanpa perinsip”’.

Imam al-Syafi’i pernah mengatakan bahwa ahl al-kalam haruslah disingkirkan dan dijadikan momok karena mereka telah terbukti membawa hasil kerja naluri mereka, dan berbahaya bagi umat. Ini adalah sebahgian dari kata2 kosong serta keta’suban dan kejumudan Al-Syafi’I pada mentafsirkan ilmu2. Beliau tidak mahu ‘sesuatu hukum yang tersedia ada, dipertikaikan’.

Seperti Fakhr al-Din al-Razi. Kalam menurutnya lebih banyak memberikan keraguan daripada kepastian. ‘inilah pendapat Fakhr al-Din Al-Razi yang paling jumud dan songsang’. Al-Razi ini pernah mengatakan bahwa ia telah lama melakukan perenungan yang mendalam tentang wawasan kalam dan kaedah2 yang dilalui filsafat, mempertemukan, bahwa kedua-duanya tidak pernah dapat menyembuhkan penyakit sebagaimana kedua-duanya tidak pernah dapat melepaskan lapar dan dahaga iman. Cara yang terbaik menurutnya adalah apa yang anjurkan oleh Al-Qur’an? ’ Sifat jumud yang mementingkan pendapatnya sendiri’

Ulama2 yang disinggung, tampak begitu keras mengkritik dan menolak ilmu kalam (teologi), ‘namun tidaklah berarti mereka sama sekali meninggalkan pembahasan-pembahasan teologi dalam kerja intelektual keagamaan mereka’, yang tidak membawa kepada nilai kesahihan ilmuan, terkapai hanya didaerah dogma2, karma semata2.

Kritik yang dihamburkan ulama2 kosevatif/ kuno tersebut, sebagaimana telah diungkapkan di atas, menjurus kepada rumusan2 yang dipergunakan oleh kaum Mutakallimin dalam mengistilahkan rangkaian kata2 ‘haiwan’ sebagai teologi, hasilnya adalah berupa ungkapan2 mengenai ushul al-din, yang ‘disalah ertikan’ seolah2 bertentangan dengan Al-Qur’an dan Sunnah, kerana mereka menganggap bahawa ‘teori2 yang sedia ada’ telah melepasi tahap kemantapan ilmu.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

ILMU KALAM/ TEOLOGI atau URUTAN KATA2 HAIWAN Empty CANDU PESEPSI

Post  Merpati Putih Sat Nov 22, 2008 6:09 pm

PENDAHULUAN 3

Persepsi/ minda, yang mengiakan kelibat2 mimpi dari yang didengar, dilihat, dirasa, maka demikian, dengan segaja ‘INSAN’ menerima hijab/ tabir yang membelenggu ‘KEMERDEKAAN’ persepsiNYA.

Mengiakan serta menganggap benar/ beriman kepada setiap khayalan yang sengaja di ada2kan olih pencetus2 ide/ dogmas/ fantasi/ filosofi, yang tidak jelas ‘kesahihan’ nya.

Pendengaran dari fatwa2 kelompok2 yang rakus kekepalaan/ kuasa/ ketua. Pengakuan sebagai pembela kemanusian, seolah dapat menyelamatkan tetapi dengan niat untuk menjadi pemimpin.

Fatwa2 dihasilkan sebagai candu bagi masyarakat. ‘Satu kaedah penaklukan minda olih berhala2 ketuhanan’.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

ILMU KALAM/ TEOLOGI atau URUTAN KATA2 HAIWAN Empty IDE2 PENDEWAAN

Post  Merpati Putih Sun Nov 23, 2008 10:05 am

PENDAHULUAN 4

‘Keberadaan’ kelibat Ketuhanan tidak mampu dijelaskan seperti yang dibayangkan, olih teori2/ dogma2/ teologi2 yang dirumuskan dan distilahkan melalui anjakan bahasa2 lisan serta penulisan.

Kalimat2: Tuhan,Adam, Iblis, Malaikat, nabi, wahyu, insan, hidup, mati…memberi ruang kepada ‘insan’ berfikir. Maka lahirlah dan percambahan berbagai ragam2 ide2 penyembahan/ ritual penyerahan yang berdasarkan imaginasi semata2.

Tiada lah bezanya Muhammad serta ide politiknya yang berjubah ‘Kerohanian’ dan Marx Lennin dengan ide ‘swastika’ kominismanya.

Sistem ‘akal’ tidak mampu mengujudkan ‘Pencipta’. Pencipta yang bersifat akaliyah inilah yang mampu menembusi bicara ‘Keberadaan Kedirian NYA’.

Tiada sekali2, sumber pengetahuan, pertunjuk mahupun bimbingan dari kuasa tinggi ‘WAHYU’ yang wajar diterima sebagai panduan pada ‘hayat’. Tuhan/ manusia/ insan/ roh/ akal bebas membuat peraturan berdasarkan pengalaman sediri.

Isa, Muhammad, Buddha, Brahma, Krishna, Konfucius, Lao Tzu, Guru Nanak, Firaun…bebas menyusun cara/ metode pentadbiran mengikut pengalamannya. Jadi Muhammad mencipta ‘ugama’ bagi dirinya, yang mana kemudiannya di tiru olih pengikut2nya. Pengikut2 ini adalah kambing2 tolol yang ditawan serta diawasi didalam kandang ‘teori2 wahyu, mu’jizat, alam barzah, bidadari…nya.

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ
[109:1] Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
[109:2] Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
[109:3] Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ
[109:4] Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
[109:5] dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
[109:6] Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku".

Pengertian kafir disini adalah bagi pengikut2nya yang dungu/ kambing2 tolol.
Pengertian penyembahan/ pendewaan secara ikut2an kepada teori2/ cara.
‘BAGI ENGKAU CARA ENGKAU’ ‘DAN BAGI AKU CARA AKU’
‘UGAMA’ membawa pengertian ‘cara kehidupan’.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

ILMU KALAM/ TEOLOGI atau URUTAN KATA2 HAIWAN Empty Re: ILMU KALAM/ TEOLOGI atau URUTAN KATA2 HAIWAN

Post  Merpati Putih Wed Nov 26, 2008 6:13 pm

Yang paling ringkas dan jelas untuk menerangkan kesamaran2 ini, adalah membuangkan keseluruhan ilmu2 yang kita warisi dari nenek moyang, ibu bapa, ustaz2, ulama2, tok gerutu2… kembali kealam fitrah, sebelum lahir:

ألست ربّكم أعلى Apakah 'AKU' bukan Tuhan kamu2 Yang Maha Agung?

Ketika menyeronokkan khayalan dan waswas, maka akan zahirlah lakunan dan bergerak serta sibuklah 'anggota tubuh' melayaninya.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

ILMU KALAM/ TEOLOGI atau URUTAN KATA2 HAIWAN Empty Re: ILMU KALAM/ TEOLOGI atau URUTAN KATA2 HAIWAN

Post  Merpati Putih Sun Dec 21, 2008 9:22 am

Manusia2 adalah haiwan yang bijak berbicara. Manusia terpesona dengan senikata2 haiwan 'berkaki dua'. Senikata2 bersifat retorik, diungkapkan 'nasihat2 dan dalil2' yang mengkhayalkan. Kemudian lirik2 ini dihafal dan menjadi ugama2 yang dibuku2kan.

Maka akhirnya terjunlah siluncai dengan labu2nya. Jadilah mereka kambing2 tolol 'yang ditololkan'. study
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

ILMU KALAM/ TEOLOGI atau URUTAN KATA2 HAIWAN Empty Re: ILMU KALAM/ TEOLOGI atau URUTAN KATA2 HAIWAN

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum