SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Menelusuri NUR MUHAMMAD

+3
haqimi
salik
Merpati Putih
7 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  Merpati Putih Sat Feb 13, 2010 7:41 pm





1. Daripada segala martabat tanazul Zat atau dinamakan martabat wahdatul zat. Maka 'zahir' daripada segala sifat, nama (asma') dengan ajmal (perhimpunan) = haqiqat kedirian Muhammad... iaitu asal daripada segala yang maujud dan hayat terbit dari haqiqat Muhammad????

2. hawiyah alam atau haqiqat alam dan asal segala sesuatu dijadikan dari nur Muhammad????

أول ما خلق الله نور نبيك يا جابر خلق منه الأشياء وأنت من تلك الأشياء

Berkata Janbir bahawa berkata Nabi s.a.w: 'Mula2 yang dijadikan tuhan @ allah nur nabimu, ya! Jabir, maka dijadikan dari 'nurnya' setiap sesuatu. Dan kamu Jabir adalah sebahgian dari sesuatu'.

Pada hadis yang lain pula:

أنا من الله وامؤمنون مني

3. Sabda nabi s.a.w: 'Aku daripada tuhan @ allah dan segala mu'min itu daripadaku'.

Dan lagi:

إن الله خلق روح النبي من ذاته وخلق العالم بأسره من نور محمد

4. Bersabda nabi s.a.w: 'Bahawa tuhan @ allah telah menjadikan roh nabi s.a.w. dari zatNya, dan menjadikan sekelian alam daripada nur muhammad.

Dan banyak lagi nas2 n hadis2 yang berkaitan dengan nur Muhammad...

Mungkin ada dikalangan sdr2 forumer yang pakar dalam hiraki Nur Muhammad... dan diharapkan dapat sekiranya sdr2 yang berkenaan mengongsikan ilmu2 sdr2 bagi mereka yang ingin medalaminya... tks
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  salik Sat Feb 13, 2010 9:30 pm

Konsep Nur Muhammad di Dunia Melayu PDF | Print | E-mail
بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

KONSEP NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU

DALAM KONTEKS WACANA SUNNI

- SATU PENGAMATAN AWAL

OLEH:
MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY (UEM)



Tulisan ini insha' Allah akan membicarakan konsep "Nur Muhammad" sebagaimana yang ada dalam beberapa teks Islam Dunia Melayu seperti teks Nur al-Din al-Raniri, Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani, antara lainnya, semoga Allah memberi rahmat kepada mereka semuanya. Juga akan diberikan perhatian kepada "Madarij al-Su'ud" dalam Bahasa Arab, karangan Syaikh Nawawi al-Bantani, rahimahu'Llahu Ta'ala. Pengamatan akan diberikan berdasarkan sumber-sumber tafsir dan hadith yang muktabar di kalangan Ahlis-Sunnah wal-jama'ah. Dengan ini diharapkan sangkaan yang tidak enak dan tidak manis terhadap para ulama kita akan dihilangkan, dan kita beradab dengan mereka sebagaimana yang dikehendaki dalam hadith "al-din al-nasihah" dalam hubungan dengan ‘a'immatul-Muslimin', antaranya sebagaimana yang dihuraikan oleh al-muhaddithin seperti Imam al-Nawawi rd. Sudah tentu ini adalah satu keperluan dalam menunjukkan kemuliaan Nabi s.a.w. yang bukan hanya "basyar" atau manusia yang terjadi daripada tanah seperti anak-anak Adam yang lain. Ini adalah selain daripada keperluan kita mencari kejernihan dan kebenaran dalam ilmu.

Penulis ini yang menyedari dirinya bukan ahli dalam bidang ini bergantung kepada panduan teks-teks ulama Sunni dalam bidang yang berkenaan dan amat memerlukan teguran mereka yang pakar di dalamnya. Mudah-mudahan kita ini mengenali Nabi kita sebenarnya, mencintainya dan dengan itu kita cinta kepada Allah dan mendapat rahmatNya. Amin.

Kitab Syaikh Nur al-Din al-Raniri rh

Syaikh Nur al-Din al-Raniri menulis tentang tajuk ini dalam kitabnya Bad' Khalq al-Samawat wa al-Ard yang tercetak di tepi kitab Taj al-Muluk (tanpa tarikh). (Lihat tulisan penulis ini "Kosmologi para Fuqaha & Ulama Sufiah Dalam pemikiran Melayu", dalam Kosmologi Melayu, penyelenggaraan Yaacob Harun, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2001, hal.10-22). Antara nas-nas yang disebut di dalamnya ialah hadith qudsi yang terkenal yang bermaksud: "Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, maka Aku kasih bahawa Aku dikenali, maka Aku jadikan makhluk, maka dengannya mereka mengenaliKu". (Bad' Khalq al-Samawat wa al-Ard, hal. 10). Juga dinukilnya hadith bermaksud: "Sesungguhnya Allah menjadikan ruh nabi dari zatNya dan Ia menjadikan alam semuanya dari ruh Muhammad s.a.w." (ibid. 10). Maksudnya Ia menjadikan ruh nabi daripada tidak ada kepada ada dari SisiNya, bukannya bermakna bahawa sebahagian daripada Tuhan dijadikan ruh nabi. Dinukilnya juga hadith yang bermaksud: "Aku (Nabi s.a.w.) dari Allah, dan orang mu'min dariku". (ibid. 10). Ertinya sebagaimana yang dihuraikannya sendiri bahawa nabi adalah makhluk yang pertama yang dijadikan Allah dan sekelian orang mu'min itu dijadikan Allah daripada Baginda (iaitu daripada nurnya). (ibid. hal. 10). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud: "Aku (Tuhan) menjadikan segala perkara kerana engkau (wahai Muhammad) dan Aku jadikan engkau keranaKu" (ibid. 10). Juga dinukilkannya hadith yang bermaksud "kalaulah tidak kerana engkau Aku tidak jadikan sekelian falak ini." (ibid. 11). Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud: "Aku telahpun menjadi nabi walhal Adam berada antara air dan tanah" (ibid. 11).

Kemudian beliau menukil hadith nur Muhammad. Antaranya ialah yang bermaksud: "Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah akal" (ibid. 11); dan yang bermaksud: "Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah al-Qalam", (ibid. 11); dan yang bermaksud: "Perkara yang awal sekali yang diciptakan Allah ialah ruh-ruh" (ibid. 11). Beliau menghuraikan bahawa akal, qalam, dan ruh itu ialah kejadian nur Muhammad s.a.w. sebagaimana yang ternyata daripada hadith yang dinukilkan beliau yang bermaksud: "Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah nurku" (ibid. 11). Dinukilkannya juga hadith yang bermaksud: "Perkara yang paling awal yang dijadikan Allah ialah ruhku". (ibid. 11).

Mengikut Syaikh Nur al-Din, Allah menjadikan Nur Muhammad itu daripada pancaran Nur AhadiahNya, yang beliau nukilkan ialah kenyataan kitab al-Manzum yang bermakna: "Telah berdempeklah sifat Jalal dan Sifat Jamal, maka ghaliblah Jamal itu atas sifat jalal, maka dijadikan Allah daripada dua sifat itu Ruh Muhammad, iaitu daripada ‘adam kepada wujud (daripada tidak ada kepada ada - uem) (Bad' Khalq al-Samawat wa al-Ard.12). Kita perlu nyatakan bahawa yang dijadikan itu makhluk juga, bukannya sambungan daripada zat atau Diri Tuhan, sebab kalau demikian ada dua yang kadim, dan itu kesyirikan.

Kata beliau bahawa selepas Allah menjadikan Nur Muhammad atau Ruh Muhammad itu Ia tilik kepadanya dengan tilik mahabbah atau kasih, maka ia malu dan berpeluh, dari peluhnya itulah dijadikan ruh-ruh sekelian anbia, aulia dan nyawa sekelian orang mu'min yang salih, dan daripada nyawa sekelian mu'min yang salih itu dijadikan nyawa sekelian mu'min yang fasik, daripada mu'min yang fasik dijadikan nyawa sekelian mu'min yang munafik dan mereka yang kafir. (ibid. 13).

Dan dijadikan daripada insan nyawa insan itu nyawa sekelian malaikat, dan daripada malaikat itu nyawa sekelian jin, dan daripada jin itu nyawa sekelian syaitan, dan daripada syaitan itu nyawa sekelian binatang, daripada binatang itu nyawa sekelian tumbuh-tumbuhan, setengahnya mempunyai martabat yang melebihi yang lainnya; jadilah pula segala jenis nafas tumbuh-tumbuhan itu dan segala anasir itu iaitu hawa, api, air dan angin (ibid. 13).

Kemudian beliau menyebut bagaimana Allah menilik dengan tilikan haibah pula, hancurlah ia, setengahnya menjadi air, setengahnya menjadi api yang menghanguskan air, keluarlah asap, naik ke angkasa, daripadanya di Allah tujuh petala langit. Setelah itu ada bakinya yang tinggal, daripadanya dijadikan matahari, bulan, dan bintang. (ibid.13). Demikian seterusnya.

Beliau menukilkan pula riwayat yang lain, yang masyhur, bahawa Allah menjadikan sepohon kayu dengan empat dahannya, dinamakan Syajaratul-Yaqin. Kemudian dijadikan Nur Muhammad dalam bentuk burung merak, diletakkan atas pohon itu, lalu ia mengucap tasbih kepada Allah, selama tujuh puluh ribu tahun. Bila merak itu terpandang terlalu cantik rupanya, dengan elok bulunya, dan lainnya, sujudlah ia lima kali sujud, jadilah sujud itu kemudiannya sembahyang lima waktu yang wajib atas umat Muhammad s.a.w.

Kemudian dikisahkan bahawa Allah menjadikan kandil daripada akik yang merah. (ibid. 15).

Kemudian Syaikh Nur al-Din menukil riwayat yang menyebut Nur Muhammad dalam bentuk burung merak

Kitab "Kashf al-Ghaibiyyah" oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh:

Antara kitab Jawi yang popular sebagai rujukan ialah kitab "Kashf al-Ghaibiyyah"

Dalam kitab "Kashf al-Ghaibiyyah" (berdasarkan karangan asalnya "Daqa'iq al-Akhbar fi Dhikr al-Jannah wa al-Nar" karangan Imam ‘Abd al-Rahim bin Ahmad al-Qadhi, dan kitab "Durar al-Hisan" karangan al-Suyuti, dan "Mashariq al-Anwar" oleh Shaikh Hasan al-‘Adawi antara lainnya), oleh Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh (Maktabah wa Matba'ah dar al-Ma'arif, Pulau Pinang, t.t.) Kitab ini dikarang oleh beliau pada tahun 1301 Hijrah. Pada halaman 3 dst. terdapat bab awal berkenaan dengan penciptaan roh teragung, (al-Ruh al-A'zam), iaitu nur Nabi kita Muhammad ‘alaihis-salatu was-salam. Kata beliau:

"Sesungguhnya telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taala telah menjadi ia akan satu pohon kayu baginya empat dahan, maka menamai akan dia Syajarat al-Muttaqin (Pokok Orang-orang yang bertaqwa), dan pada setengah riwayat Shajarah al-yaqin (Pokok Keyakinan), kemudian telah menjadi ia akan Nur Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seu(m)pama rupa burung merak dan dihantarkan ia akan dia atas demikian pohon kayu itu , maka mengucap tasbihlah oleh Nur itu atas pohon kayu itu kadar tujuh puluh ribu tahun, kemudian menjadi akan cermin kemaluan maka dihantarkan akan dia dengan berhadapannya; maka tatkala menilik oleh merak itu di dalam cermin itu melihat ia akan rupanya terlebih elok dan terlebih perhiasan kelakuan, maka malu ia daripada Allah taala, maka lalu berpeluh ia maka titik daripadanya enam titik, maka menjadi oleh Allah taala daripada titik yang pertama akan ruh Abu Bakar radiya'Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kedua itu akan ruh ‘Umar radiya'llahu ‘anhu dan daripada titik yang ketiga itu akan ruh ‘Uthman radiya'Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang keempat itu akan ruh ‘Ali radiya'Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kelima itu akan pohon bunga mawar dan daripada titik yang keenam itu akan padi" (hal. 3).

Kemudian disebut bagaimana Nur Muhammad itu sujud lima kali, dengan itu, menjadi fardu sujud, lalu difardukan sembahyang yang lima waktu atas Muhammad dan ummatnya. Kemudian disebut Allah menilik kepada nur itu, lalu ia malu, berpeluh kerana malunya. Daripada peluh hidungnya Allah jadikan malaikat, daripada peluh mukanya Allah jadikan ‘Arasy, Kursi, Lauh dan Qalam, matahari, bulan, hijab, segala bintang, dan barang-barang yang ada di langit. Daripada peluh dadanya dijadikan anbia, mursalin, ulama, syuhada dan solihin. Daripada peluh belakangnya dijadikan Bait al-ma'mur, Ka'bah, Bait al-Maqdis, dan segala tempat masjid dalam dunia. (hal. 3-4).

Disebutkan beberapa kejadian lagi daripada peluhnya itu:

* Daripada peluh dua kening: mukminin dan mukminat dari umat Muhammad;

* Daripada peluh dua telinganya: arwah Yahudi dan Nasrani, dan Majusi, golongan mulhid, kafir yang engkar kebenaran, munafikin.

* Daripada peluh dua kaki: segala bumi dari Timur dan Barat dan yang ada di dalamnya (hal. 4)


Kemudian Allah memerintah nur itu supaya memandang ke hadapan, di hadapannya ada nur, di kanan dan kirinya juga nur. Mereka itu ialah Abu Bakar, ‘Umar, ‘Uthman, dan ‘Ali. Kemudian Nur itu mengucap tasbih selama tujuh puluh ribu tahun.

Kata pengarang: dijadikan nur para anbia daripada Nur Muhammad s.a.w.; ertinya dijadikan arwah para anbia daripada peluh ruh Muhammad s.a.w., dan dijadikan segala ruh umat anbia itu daripada peluh arwah anbia mereka itu.

Kemudian diriwayatkan bahawa dijadikan oleh Allah kandil daripada akik yang merah, dilihat orang akan zahirnya itu daripada bahagian dalamnya, kemudian dijadikan rupa Muhammad seperti Baginda di dunia ini, kemudian diletakkan di dalam kandil tersebut, berdiri Baginda di dalamnya seperti berdirinya di dalam sembahyang; kemudian berkeliling roh segala anbia dan lainnya di sekeliling kandil nur Muhammad ‘alaihis-salam, mengucap tasbih dan mengucap tahlil mereka itu selama seratus ribu tahun; kemudian Allah menyuruh segala ruh itu menilik kepadanya; yang menilik kepada kepalanya menjadi khalifah dan sultan antara sekelian makhluk; yang menilik kepada dahinya menjadi amir yang adil; yang menilik kepada dua matanya menjadi hafiz kalam Allah; yang melihat dua keningnya menjadi tukang lukis; yang melihat kepada dua telinganya jadilah ia menuntut dengar dan menerima (pengajaran); yang melihat dua pipinya jadilah ia berbuat baik dan berakal; yang melihat dua bibir mulutnya menjadi orang-orang besar raja. Yang melihat hidung menjadi hakim dan tabib dan penjual bau-bauan. Yang melihat mulut menjadi orang puasa. Demikian seterusnya dengan melihat anggota tertentu, jadilah orang itu mempunyai sifat-sifat tertentu di dunia nanti. Misalnya yang melihat dadanya menjadi orang alim, mulia dan mujtahid. (hal. 5). Dan orang yang tidak menilik sesuatu kepadanya jadilah ia mengaku menjadi Tuhan seperti Fir'aun dan yang sepertinya. (hal. 5).

Beliau menyebut hadith qudsi

Adalah Aku perbendaharaan yang tersembunyi maka Aku kehendak akan diperkenal akan daku maka Aku jadikan segala makhluk supaya dikenalnya akan daku. (hal. 6)

Kemudian beliau menyebut hadith Nabi s.a.w.

Ertinya yang awal-awal barang yang suatu dijadikan Allah taala itu nurku dan pada suatu riwayat ruhku. Kata pengarang ini: Maka adalah sekelian alam ini dijadikan Allah subhanahu taala daripada sebab nur Muhammad s.a.w. seperti yang teleh tersebut. Lalu ia menyebut pula haditrh qudsi:

Ertinya: Aku jadikan segala perkara itu kerana engkau ya Muhammad dan Aku jadikan akan dikau itu kerana Aku, yakni dijadikan nur Muhammad itu dengan tiada wasitah suatu jua pun. (hal. 6)

Melalui kitab terkenal ini tersebar fahaman tentang konsep Nur Muhammad di kalangan Muslimin sebelah sini.

Bab yang berikutnya ialah tentang penciptaan Adam a.s. (hal 6 dst).

Kitab al-Kaukab al-Durri fi al-Nur al-Muhammadi oleh Syaikh Muhammad bin Isma'il Daud al-Fatani rh

Kitab ini (terbitan Khazanah al-Fattaniyyah, Kuala Lumpur, 2001). Kitab ini yang dikarang oleh penulisnya pada tahun 1304 Hijrah, di Makkah, berbicara tentang tajuk yang berkenaan dari halaman 2-7. Isinya berdasarkan riwayat Ka'ab al-Akhbar, sebagaimana yang ada dalam kitab "Kashf al-Ghaibiyyah" karangan Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani. Antaranya maklumatnya ialah: Tuhan menggenggam satu genggam daripada NurNya, diperintah ia menjadi Muhammad, ia menjadi Muhammad, ia menjadi tiang, ia sujud kepada Allah, dibahagi nur itu kepada empat bahagi, pertama menjadi Lauh, kedua Qalam, perintah menulis kepada Qalam, sampai kepada umat nabi-nabi, yang taat dan yang derhaka, dengan akibat-akibat mereka. Sampai disebutkan riwayat tentang sesiapa yang melihat nur itu pada bahagian-bahagian tertentu jadilah ia mempunyai sifat-sifat tertentu. Sekelian makhluk dijadikan daripada nurnya. Ia berakhir dengan menyebut makhluk sembahyang dengan huruf nama Ahmad dan Muhammad, berdiri qiyam seumpama alif, ruku' seumpama ha', sujud seumpama mim, duduk seperti rupa dal. Juga dikatakan makhluk dijadikan atas rupa huruf nama Muhammad, kepala bulat seperti mim, dua tangan seperti rupa ha', perut seperti rupa mim, dua kaki seperti rupa dal.

Kitab "Daqa'iq al-Akhbar fi Dhikr al-jannah wa al-Nar" terjemahan Melayu oleh Syaikh Ahmad ibn Muhammad Yunus Langka:

Kitab ini diterjemahkan oleh beliau pada 1312 Hijrah di Makkah dahulunya diterbitkan oleh dar Ihya' al-Kutub al-‘Arabiyyah, Mesir. Kemudian ia diterbitkan oleh Maktabah wa matba'ah al-ma'arif, Pulau Pinang, tanpa tarikh. Isi kitab ini berkenaan dengan nur Muhammad s.a.w., asal kejadiannya, bagaimana semua makhluk dijadikan daripadanya adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Syaikh Zain al-‘Abidin dalam "Kasshf al-Ghaibiyah"nya yang menjadikan kitab ini sebagai satu daripada sumber-sumbernya, sebagaimana yang dinyatakan dalam bahagian permulaan kitabnya. Bab pertamanya sama isinya dengan apa yang ada dalam kitab terjemahan ini.

Kitab Madarij al-Su'ud oleh Nawawi al-Bantani rh

Kitab "Madarij al-Su'ud ila ‘ktisa' al-Burud", dalam Bahasa Arab, syarah bagi kitab "Maulid al-Barzanji". Dalam mensyarahkan kata-kata dalam "al-Barzanji" hal. 2-3 (Surabaya, tanpa tarikh dan Singapura, tanpa tarikh) bermaksud "Segala puji-pujian bagi Allah yang membuka (seluruh) wujud ini dengan Nur Muhammad (‘al-Nur al-Muhammadi") yang mengalir dalam tiap-tiap perkara (perkara yang ditakdirkannya oleh Allah taala sebelum daripada Ia menjadikan langit-langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun.

Kemudian kata Syaikh Nawawi rh lagi menukil Ka'ab al-Akhbar Allah meredhainya: "Bila Allah hendak menjadikan sekelian makhluk dan mengamparkan bumi dan menegakkan langit, Ia mengambil segempal daripada nurNya firmanNya Jadilah kamu Muhammad, maka jadilah ia sebagai tiang daripada nur dan gemilang bercahaya sehingga sampai kepada hijab zulmah kemudian ia sujud, sambil katanya: Al-hamdulillah, kemudian Allah berfirman kerana itu Aku jadikan engkau dan menamakan engkau Muhammad, daripada engkau Aku memulakan penciptaan dan (dengan engkau) Aku mengkhatamkan sekelian rasul; kemudian Allah taala membahagikan nurnya itu kepada empat bahagian, dijadikan daripada yang pertamanya Lauh daripada yang keduanya al-qalam, kemudian Allah berfirman kepada Qalam tulislah, kemudian qalam ... selama seribu tahun kepara kehebatan Kalam Allah taala kemudian ia berkata; Apa yang hamba hendak tuliskan, Tuhan berfirman ‘Tulislah ‘la ilaha illa'Allah Muhammadun Rasulullah' maka Qalam pun menulis yang demikian itu, kemudian ia menjadi terbimbing kepada Ilmu Allah dalam makhlukNya, kemudian ia menulis anak-anak Adam sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka;

Kemudian (ia menulis) tentang umat Nuh, sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka...

Demikian seterusnya dengan menyebut umat nabi Ibrahim, ... umat nabi Musa ..., umat Nabi ‘Isa ..., sampai kepada umat nabi Muhammad s.a.w., ... kemudian bila Qalam hendak menulis sesiapa yang derhaka dari umat Muhammad akan dimasukkan ke dalam Neraka, terdengar suara dari Tuhan yang Maha Tinggi ‘wahai Qalam, beradablah, maka pecahlah Qalam kerana rasa haibah itu, ..., kemudian ini diikuti dengan sebutan tentang bahagian ketiga dijadikan ‘Arasy, dan bahagian yang keempat dibahagi empat pula daripada yang awalnya dijadikan akal, daripada yang kedua dijadikan ma'rifah, daripada yang ketiga dijadikan cahaya ‘Arasy, dan cahaya mata, serta cahaya siang, maka tiap-tiap cahaya ini adalah daripada Nur Muhammad.

Kemudian dinyatakan yang bahagian yang keempat itu diletakkan di bawah ‘Arasy sehinggalah Allah menjadikan Adam a.s., maka Allah letakkan nur itu pada belakangnya, dan dijadikan para malaikat sujud kepadanya, dimasukkannya ke dalam Syurga, walhal para malaikat bersaf di belakang Adam, melihat kepada nur Muhammad. Bila Adam alaihis-salam bertanya mengapa malaikat berdiri di belakangnya bersaf Allah menjawab mereka itu sedang melihat kepada nur kekasihNya Muhammad yang menjadi khatam sekelian rasul dan anbia. Kemudian Adam meminta nur itu dipindahkan ke hadapan, lalu diletakkan pada dahi Baginda. Maka malaikat mengadap wajahnya pula. Adam meminta pula dipindahkannya lalu diletakkan pada jari telunjuknya supaya ia boleh melihatnya; maka bertambah-tambahlah cantiknya nur itu. Kemudian disebut nur itu dipindah kepada Hawwa', kemudian kepada nabi Shith, dan seterusnya. Demikianlah nur itu berpindah daripada satu rahim yang suci kepada rahim suci yang lain, sampai ia kepada sulbi ‘Abdullah bapanya, kemudian keluarlah ia ke dunia melalui rahim ibunya. (hal. 3).

Perbincangan tentang punca-punca konsep Nur Muhammad:

Antara punca-punca konsep Nur Muhammad ini ialah sebutan-sebutan tentangnya dalam Qur'an dan Sunnah.

Dalam al-Qur'an terdapat sebutan tentang "nur" dalam ayat yang bermaksud "Sesungguhnya telah datang kepadamu Nur dari Allah dan Kitab yang nyata" (Al Quran 5:15).

Tentang ayat di atas "Tafsir al-Jalalain" oleh al-Suyuti menyatakan makna nur itu ialah "rasulullah s.a.w.".

Dalam "Tafsir al-Qurtubi" dinyatakan begini:

Telah datang kepada kamu Nur dari Allah, iaitu cahaya, dikatakan "Islam", dan dikatakan: Muhammad s.a.w. dari al-Zajjaj. Dan "kitab" itu dikatakan Qur'an.

Dalam "Tafsir al-Tabari" "nur": telah datang kepada kamu wahai ahli Taurat dan Injil Nur dari Allah, yakni Nur itu Muhammad salla'Llahu ‘alaihi wa sallam yang dengannya dicerahkan kebenaran dizahirkan Islam dan dihapuskan kesyirikan.

Dalam "Tafsir ibn Kathir" tentang ayat ini (Al Quran 5:15) dinyatakan:

Telah datang kepada kamu Nur dari Allah dan kitab yang nyata, Allah taala memberi khabar berekenaan dengan diriNya sendiri bahawa Ia mengutuskan RasulNya Muhammad dengan Bimbingan Hidayat dan Agama yang hak kepada semua ahli bumi.

Berkenaan dengan ayat 119 Surah al-Syu'ara'

Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud

Kata Mujahid dan Qatadah: (perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud) iaitu di kalangan mereka yang sembahyang. Kata Ibn ‘Abbas: dalam sulbi-sulbi bapa-bapa kamu (turun temurun) Adam, Nuh, dan Ibrahim, sehingga Allah keluarkan Baginda sebagai nabi (akhir zaman). Kata ‘Ikrimah: Melihat engkau berdiri, ruku', sujud; Ibn ‘Abbas juga berpendapat demikian.
< Prev Next >................http://jalansufi.com/islam/hakikat/martabat-tujuh/4-martabat-tujuh-muhammad-uthman-el-muhammady.html
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  Merpati Putih Sun Feb 14, 2010 9:17 am

Ali Bin Hussein; daripada bapanya dan daripada neneknya berkata:"Bahawa Rasullulah berkata: 'Aku adalah cahaya dihadapan Tuhanku selama empat belas ribu tahun sebelum Dia (@ Tuhan) menjadikan Adam a.s."' - HR Imam Ahmad, Dhahabi dan at-Tabari.

Namun yang peliknya mengapa Tuhan tidak terus sahaja menjadikan Muhammad sebagai manusia pertama dan bukannya Adam a.s.???????

Buraq ker BORAK?
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  Merpati Putih Sun Feb 14, 2010 9:44 am




Dan Telah diriwayat bahawasanya Nabi Adam a.s. pernah mendengar Nur Junjungan Rasulullah s.a.w. bertasbih di tulang belakangnya (di sulbinya yakni pada ketika itu Nur Muhammad atau Ruh Nabi s.a.w. berada dalam sulbi Nabi Adam a.s.) seperti bunyi kibasan burung. Maka tatkala Siti Hawa mengandungkan puteranya Nabi Syits alaihimas salam, nur itu berpindah kepada Siti Hawa, kemudian kepada Nabi Syits a.s. pula. Kemudian berterusan nur tersebut berpindah-pindah kepada sulbi2 yang suci dan rahim-rahim yang cemerlang, sehingga lahir Rasulullah s.a.w. daripada (pernikahan) kedua ibubapa baginda yang mulia. Tidaklah pernah terkena Rasulullah s.a.w. akan sesuatu kekotoran jahiliyyah ??? dan kekejiannya???, walaupun ketika itu berlaku pada kalangan mereka (yakni kalangan umat-umat terdahulu) pernikahan-pernikahan yang dianggap batil, maka Allah telah mensucikan baginda daripadanya, sebagaimana disabdakan baginda : "Aku dilahirkan daripada nikah dan bukan daripada perzinaan."

??? ??? ??? ???


Sayyidina Ibnu 'Abbas mentafsirkan firman :
الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ

maksud ayat tersebut ialah berpindah-pindahnya (beralih-alih nur/ruh) Nabi daripada sulbi seorang nabi kepada nabi yang lain seperti Nabi Ismail, Nabi Ibrahim, Nabi Nuh, Nabi Syits dan Nabi Adam a.s.- tiada khilaf padanya.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty cilok n edit

Post  Merpati Putih Sun Feb 14, 2010 1:14 pm

Dari Nur Muhammad Allah menciptakan sebuah lampu jamrut hijau dari Cahaya, dan dilekatkan pada pohon itu melalui seuntai rantai cahaya. Kemudian Dia menempatkan ruh Muhammad s.a.w. di dalam lampu itu dan memerintahkannya untuk memuja Dia dengan Nama Paling Indah (Asma al-Husna).

Itu dilakukannya, dan dia mulai membaca setiap satu dari Nama itu selama 1,000 tahun. Ketika dia sampai kepada Nama ar-Rahman (Maha Kasih), pandangan ar-Rahman jatuh kepadanya dan ruh itu mulai berkeringat karena kerendahan hatinya.

Tetesan keringat jatuh dari padanya, sebanyak yang jatuh itu menjadi nabi dan rasul, setiap tetes keringat beraroma mawar berubah menjadi ruh seorang Nabi.

Mereka semua berkumpul di sekitar lampu di pohon itu, dan Azza wa Jala berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w., “Lihatlah ini sejumlah besar nabi yang Aku ciptakan dari tetesan keringatmu yang menyerupai mutiara.” Mematuhi perintah ini, dia memandangi mereka itu, dan ketika cahaya mata itu menyentuh menyinari objek itu, maka ruh para nabi itu sekonyong konyong tenggelam dalam Nur Muhammad s.a.w., dan mereka berteriak, “Ya Allah, siapa yang menyelimuti kami dengan cahaya?”

Allah menjawab mereka, “Ini adalah Cahaya dari Muhammad Kekasih Ku, dan kalau kamu akan beriman kepadanya dan menegaskan risalah kenabiannya, Aku akan menghadiahkan kepada kamu kehormatan berupa kenabian.” Dengan itu semua ruh para nabi itu menyatakan iman mereka kepada kenabiannya, dan Allah berkata, “Aku menjadi saksi terhadap pengakuanmu ini,” dan mereka semua setuju.

Sebagaimana disebutkan di dalam al Quran yang Suci: Dan ketika Allah bersepakat dengan para nabi itu : Bahwa Aku telah memberi kamu Kitab dan Kebijakan; kemudian akan datang kepadamu seorang Rasul yang menegaskan kembali apa-apa yang telah apa padamu–kamu akan beriman kepadanya dan kamu akan membantunya; apa kamu setuju? Dia berkata,”Dan apakah kamu menerima beban Ku kepadamu dengan syarat seperti itu. Mereka berkata, ‘Benar kami setuju.’ Allah berkata, Bersaksilah demikian, dan Aku akan bersama kamu diantara para saksi.’ (Ali Imran, 3:75-76)

Kemudian ruh yang murni dan suci itu kembali melanjutkan bacaan Asma ul Husna lagi. Ketika dia sampai kepada Nama al-Qahhar, kepalanya mulai berkeringat sekali lagi karena intensitas dari al Qahhar itu, dan dari butiran keringat itu Allah menciptakan ruh para malaikat yang diberkati.

a. Dari keringat pada mukanya, Allah menciptakan Singgasana dan Hadhirat Ilahiah, Kitab Induk dan Pena, matahari, rembulan dan bintang -bintang.

b. Dari keringat di dadanya Dia menciptakan para ulama, para syuhada dan para mutaqin.

c. Dari keringat pada punggungnya dibuat lah Bayt-al-Ma’mur( rumah surgawi) Kabatullah (Kaba), dan Bayt-al-Muqaddas (Haram Jerusalem) dan Rauda-i-Mutahhara (kuburan Nabi Suci s.a.w.di Madinah), begitu juga semua mesjid di dunia ini.

d. Dari keringat pada alisnya dibuat semua ruh kaum beriman,

e. Dan dari keringat punggung bagian bawahnya (the coccyx- hujung tulang kentoi) dibuatlah semua ruh kaum tak-beriman, pemuja api dan pemuja patung.

f. Dari keringat di kaki nya dibuatlah semua tanah dari timur ke barat, dan semua apa-apa yang berada didalamnya.

g.Dari setiap tetes keringatlah ruh seorang beriman atau tak-beriman dibuat.

Itulah sebabnya Nabi Suci s.a.w.disebut juga sebagai “Abu Arwah”, Ayah para Ruh.

Semua ruh ini berkumpul mengelilingi ruh Muhammad s.a.w., berputar mengelilinginya dengan pepujian dan pengagungannya selama 1,000 tahun; kemudian Allah memerintahkan para ruh itu untuk memandang ruh Muhammad sallallahu alayhi wasalam. Para ruh mematuhi.

Matrik2 Nur Muhammad ini ada kesamaan dengan Matrik2 ugama hindu yang mengesahkan Zat Brahman:

Bersambung.....
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  Merpati Putih Sun Feb 14, 2010 1:22 pm

Seperti didalam Upanisyad , bab Mundaka dinyanyikan seperti berikut.:

‘Brahman adalah Maha Agung
Dia adalah Nur sepanjang Zatnya
Dia adalah dibalik seluruh pemikiran
Dia lebih halus daripada yang halus,
Lebih jauh daripada yang paling jauh
Lebih dekat daripada yang paling dekat
Dia bersemayam dalam seroja hati setiap yang ada

Falasafah KeUjudan Brahman pada setiap setiap yang ada dikenali sebagai kesatuan ujud. Dan pernah diumpamakan sebagai larutnya garam dalam semangkuk ayer. Garam tiada kelihatan tetapi ayer itu tetap masin dari penjuru manapun ia dirasai.

Demikianlah jawapan Rishi Udalaka kepada puteranya Svetaku , sewaktu ditanya persoalan ini. Ini adalah konsep menempati/ reinkarnasi/merasuki/hulul atau kesatuan ujud. Dan bukannya ujud Mutlaq KeTuhanan.

Brahman mencipta makhluk, bukan dari tiada kepada ada, tetapi pancaran dari zat Brahman.

Bab Chandogya dalam Upanisyad. Pada permulaannya hanya Yang Maha Ada sendirian , hanya satu, tanpa yang kedua.

Dia Yang Maha Esa itu berfikir kepada dirinya sendiri: Biar Aku menjadi banyak, biarlah aku berkembang , Lantas daripada zatNya sendiri

Ia pun memancarkan Alam semesta daripada zatnya , ia pun masuk/merasuki/meresapi kedalam setiap yang ada Dan perhatikanlah bagaimana, konsep kesatuan ujud ini, sepadannya pada semua ugama
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Konsep Trinity/ tritunggal

Post  Merpati Putih Sun Feb 14, 2010 1:32 pm

• Konsep triniti/tritunggal;
a. Brahman, Visnu, Siva (Hindu).

b. Oris , Iris dan Horus (Mesir Purba)

c.Ormuzd, Ahriman,Mitras (Zaorastian Parsi)).

d.Ultimate Reality (God), Intelligent (Akal), World Soul (Ruh)…(Neo-Platonisme).

c.Tuhan-Bapa, Tuhan Anak, Ruh AlQudus @ Gibril @ The Holy Ghost = Hantu (Kristian).

e.AlLatta, AlUzza, AlManat (Arab Jahilliah) (AlLatif,AlAziz,AlManan).

f.Poseidon, Hades, Zeus(Yunani)

g.Allah, Malikat, Muhammad (Islam).

Sangat Jelas konsep ketuhanan, adalah evolusi yang kelihatan ada persamaannya kerana peniruan. Hanya berbeza/diubah pada nama2 dan acara pengabdian/ritual , supaya tidak kelihatan bahawa ia menyerupai yang terdahulu daripadanya.

• Allah (Arab) KeTuhanan (Melayu) Pramatma (Sanskrik) Brahman (India) God (Inggeris)

Konsep2 Ketuhanan ala 'SHAMPOO' tiga dalam satu..satu dalam tiga untuk semua ugama2.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  Merpati Putih Sun Feb 14, 2010 1:48 pm

e. Dan dari keringat punggung (M) bagian bawahnya (the coccyx- hujung tulang kentoi) dicipta semua ruh kaum tak-beriman, pemuja api dan pemuja patung.

Perhatikan bagaimana beratnya penghinaan yang dilemparkan terhadap kejadian semua ruh kaum tak-beriman, pemuja api dan pemuja patung.... konsep yang tidak masuk akal @ keluar akal @ mengong.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  salik Sun Feb 14, 2010 9:31 pm

salam

Mari menuju kepada Allah Tanpa Rantingan .

gergaji jer ranting ranting tiu
Pakai satu Batang jer ,
dalamnya dah sebati dengan teras berserta Akar.
Baru pokok Naik tinggi menjulang.
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  haqimi Mon Feb 15, 2010 8:50 am

salam sejahtera semua.....

1. Daripada segala martabat tanazul Zat atau dinamakan martabat wahdatul zat. Maka 'zahir' daripada segala sifat, nama (asma') dengan ajmal (perhimpunan) = haqiqat kedirian Muhammad... iaitu asal daripada segala yang maujud dan hayat terbit dari haqiqat Muhammad????

Maksud saudara MP, sifat "hayat" tuhan = nur Muhammad?
minta lebih penjelasan.....

haqimi

Jumlah posting : 6
Registration date : 2010-02-12

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  Merpati Putih Mon Feb 15, 2010 10:04 am

salam sdr haqimi,

Berdatang sembah Jabir kepada Nabi (M) dengan katanya: 'Ya Rasullulah! Khabari akan hamba daripada mula2 sesuatu yang dijadikan Tuhan @ allah taala akan dia yang mendahului dan terbit daripadanya tiap2 sesuatu'.

Sabda Nabi: "يا جابر إن الله خاق قبل الأشياء نور نبيك من نوره "

Ertinynya: 'Hai Jabir, bahawa allah taala telah menjadikan nur nabimu dari nurNYA @ zatNYA sebelum ada segala sesuatu"

Disini seakan 'kehidupan @ hayat' berpunca dari Nur Muhammad.

Satu dari teori darwinisma berperisa Islam... non-strawberry?????
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  haqimi Mon Feb 15, 2010 12:00 pm

Merpati Putih wrote:salam sdr haqimi,

Berdatang sembah Jabir kepada Nabi (M) dengan katanya: 'Ya Rasullulah! Khabari akan hamba daripada mula2 sesuatu yang dijadikan Tuhan @ allah taala akan dia yang mendahului dan terbit daripadanya tiap2 sesuatu'.

Sabda Nabi: "يا جابر إن الله خاق قبل الأشياء نور نبيك من نوره "

Ertinynya: 'Hai Jabir, bahawa allah taala telah menjadikan nur nabimu dari nurNYA @ zatNYA sebelum ada segala sesuatu"

Disini seakan 'kehidupan @ hayat' berpunca dari Nur Muhammad.

Satu dari teori darwinisma berperisa Islam... non-strawberry?????

bagaimana dengan teori darwinisma pula saudara MP...? teruskan lah penerangannya...

haqimi

Jumlah posting : 6
Registration date : 2010-02-12

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  Merpati Putih Mon Feb 15, 2010 12:39 pm

sdr haqimi,
hakimi lah secara bener2.






Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  haqimi Mon Feb 15, 2010 1:51 pm

maaf saudara MP sepertinya saya kurang jelas, apakah rantaian yang bersambung/persamaan diantara teori darwinisme dan islam didalam mentelaah proses kejadian.... kita ketahui bahawa teori darwinisme adalah sebuah teori moden bertolak dari idea pembaharuan.... sedangkan idea pembaharuan itu sendiri telah wujud dari ajaran islam sendiri sebagai menangkis sangka2an tentang proses penjelmaan semula/reincarnation bagi sebuah kejadian yang mendatang.minta saudara MP perjelaskan lagi...

haqimi

Jumlah posting : 6
Registration date : 2010-02-12

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  Merpati Putih Mon Feb 15, 2010 5:17 pm

sdr haqimi:

Kedua2 cuma terjahan yang tidak membuktikan kesahihan. Reinkarnasi @ hidup kembali (dalam bentuk berbeza) juga cuma satu gagasan sementara, non reality. Dogma2 yang samar2 yang bertentangan dengan rasional fikir.

Tidak ada sesiapapun dapat, dari dulu hatta kini, mampu membuktikan telahan2 ghaibah. Persoalan2 yang sepatutnya dinilai kembali dizaman serba moden, kerana kita bukan lagi bernyawa diera2 yang telahpun ditelan zaman.

selamat mencerna... khayalan demi khayalan.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  haqimi Mon Feb 15, 2010 8:07 pm

Merpati Putih wrote:
sdr haqimi:

Kedua2 cuma terjahan yang tidak membuktikan kesahihan. Reinkarnasi @ hidup kembali (dalam bentuk berbeza) juga cuma satu gagasan sementara, non reality. Dogma2 yang samar2 yang bertentangan dengan rasional fikir.

Tidak ada sesiapapun dapat, dari dulu hatta kini, mampu membuktikan telahan2 ghaibah. Persoalan2 yang sepatutnya dinilai kembali dizaman serba moden, kerana kita bukan lagi bernyawa diera2 yang telahpun ditelan zaman.

selamat mencerna... khayalan demi khayalan.

sahih atau tidak, tiada perlu dizahirkan.Apabila terzahir 'kesahihan' itu, maka tanggallah kesahihan tersebut . maka yg tinggal hanyalah khayalan demi khayalan.Ghaibah terus menghilangkan khayalan demi khayalan untuk ia terus kekal sebagai yang ghoib.Jika dizahirkan juga ghaibnya maka tanggallah "keghaiban". Cuma keadaannya sahaja sebagai " penyata " . begitulah " samar tetap menyamarkan " dirinya tiada ia terkait dengan masa, kerana masa itu apabila dihitung2 dahulu dan kini atau selamanya manusia itu tetap didalam keadan yg merugikan.

haqimi

Jumlah posting : 6
Registration date : 2010-02-12

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  Merpati Putih Tue Feb 16, 2010 11:50 am

sdr haqimi,

Perasaan @ Insan dihidangi almaidah kesentiasaan ghaibah = non reality = berperisa sementara... tanpa siapa uintung dan tanpa rugi. Alkisah2 @ dongeng2 ilmu dari 'Pencipta ilusi2' seolah2 dijangkau bagaikan nyata.. namun 'hayat' mesti diteruskan tanpa kerugian, kerana keseluruhan ilusi2 untung dan rugi adalah 'percuma'.


Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  haqimi Tue Feb 16, 2010 2:45 pm

Perasaan @ Insan dihidangi almaidah kesentiasaan ghaibah = non reality = berperisa sementara... tanpa siapa uintung dan tanpa rugi. Alkisah2 @ dongeng2 ilmu dari 'Pencipta ilusi2' seolah2 dijangkau bagaikan nyata.. namun 'hayat' mesti diteruskan tanpa kerugian, kerana keseluruhan ilusi2 untung dan rugi adalah 'percuma'.

ghoib = non reality = sementara

ghoib adalah bukan reality yang kedua2nya bersifat sementara.....
adakah begitu maksud saudara MP....?

haqimi

Jumlah posting : 6
Registration date : 2010-02-12

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  Merpati Putih Tue Feb 16, 2010 3:36 pm

AZ-ZAT kamil mukamil tidak mampu ditangungi 'arash @ kerusi @ singgahsana' ujud dan tiada, kerana mengatakan ujudNYA dan tiadaNYA meletakaNYA dibawah naungan isyarah2. Setiap yang dibawah telunjuk isyarat2 tidak lah layak dikatakan MAHA SEMPURNA.

Layan jer apa yang 'dijangkau ada' tanpa ma'rifat2. Membujur lalu melintang patah.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  agus Wed Feb 24, 2010 10:32 pm

Di dalam laman ini ibarat bakul yg besar, mengandungi Haq dan Batil , yg haq bercerai berai. ambillah semua yg haq. jgn tinggal setengah.

agus

Jumlah posting : 26
Registration date : 2009-12-01

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  tokbiru Wed Feb 24, 2010 11:44 pm

agus wrote:Di dalam laman ini ibarat bakul yg besar, mengandungi Haq dan Batil , yg haq bercerai berai. ambillah semua yg haq. jgn tinggal setengah.

keseluruhan yg disajikan disini percuma, bahkan pilihan bg haq dan batil juga diberi percuma. tiada syarat / term & condition.. membujur lalu melintang patah. 100% tiada dakwa dakwi.. angkutlah selagi tersanggup. Dan yg selebihnya itu disebut, 'yg demikian itu perbatasan bagimu'. Tiada yg mampu keluar dr apa yg terbit dr siri hayat, baik pilihan mahupun sbrg perkiraan.. segalanya berjalan sejajar dgn mutlak apa yg tersyariat padanya. Seadanya...

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  Merpati Putih Thu Feb 25, 2010 7:01 pm

Di dalam laman ini ibarat bakul yg besar, mengandungi Haq dan Batil , yg haq bercerai berai. ambillah semua yg haq. jgn tinggal setengah.

Pilih jer mana yang haq.. kalo mampu.

Rukun iman ke6.. qadar buruk dan qadar baik tetap dari TUHAN, Yang menganimasikan jasad2.

Ijma' Sunnah wal jumaah: 'usaha hanya dibahasakan sahaja pada hamba... yang berbuat tetap Penganimasi jasad2'

AQ: Tuhan tidak menjadikan tiap2 sesuatu itu sia2.

Jadi..... adakah yang bathil?????

Hantan saje lah sudin... anggap jer daging khinzir mcm ubi kayu... ta' bolih ker???? Question Question Question
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  ifahuzir Fri Mar 04, 2011 10:52 am

Merpati Putih wrote:
Di dalam laman ini ibarat bakul yg besar, mengandungi Haq dan Batil , yg haq bercerai berai. ambillah semua yg haq. jgn tinggal setengah.

Pilih jer mana yang haq.. kalo mampu.

Rukun iman ke6.. qadar buruk dan qadar baik tetap dari TUHAN, Yang menganimasikan jasad2.

Ijma' Sunnah wal jumaah: 'usaha hanya dibahasakan sahaja pada hamba... yang berbuat tetap Penganimasi jasad2'

AQ: Tuhan tidak menjadikan tiap2 sesuatu itu sia2.

Jadi..... adakah yang bathil?????

Hantan saje lah sudin... anggap jer daging khinzir mcm ubi kayu... ta' bolih ker???? Question Question Question

Hahaha..

Maaf.. Salaam,

Hidup perlu berlandaskan Syariat.. tapi perlu ada Toriqat, Hakikat dan Maarifat juga sayang.. Daging Khinzir haram bagi syariat, tetapi pada Toriqat, hakikat dan Maarifat bagaimana?

Berbalik kepada Nur Muhammad.. Tiada Nur Allah kah? atau Nur Allah juga dizahirkan daru Nur Muhammad?

Mohon Perhatikan Firman Ini..
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Al-Ahzaab 33:56)

"Allah dan Malaikatnya Berselawat"

Mengapa Allah juga Berselawat ke atas Nabi s.a.w? Bukankah kedudukan Allah itu lebih tinggi dari Nabi sebab Allah lah yang mencipta Nabi tu..

Harap ada penjelasan yang terang lagi nyata kerana setiap prilaku kita akan di persoalkan di hari pembalasan kelak.

Mohon dijelaskan.. Jazakallah..
ifahuzir
ifahuzir

Jumlah posting : 47
Registration date : 2011-03-04

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  salik Sat Oct 22, 2011 1:36 pm

Perkongsian...............


SECEBIS

PERBAHASAN NUR MUHAMMAD SAW .
Oleh : Al Faqir Wal Haqir Abdul Raof bin Haji Nurin.
Jalan Padang Ragut, Seri Repah, Tampin. NS.

السلام عليكم ورحمة الله وبركته.

الحمد لله الذى خلق السموات والارض. وجعل الظلمات والنور. والصلاة والسلام على أول الخلق و هو أفضل الكاءنات. وأله وصحبه أصحاب الكرمات. أما بعد:

Assalamu alaikum warah matullaahi wabarakatuh.

Oleh sebab ramai yg berminat dengan Nur Muhammad , menjawablah saya ala kadarnya. Walaupun saya bukanlah ahlinya. Cuma mudah-mudahan dengan barokah Nur Nabi Muhammad saw dapat lah saya menjawab dan mematahkan hujjah –hujjah palsu dan semborona mereka yg berminat nak tahu tapi sinis dan prajudis.
Sebenarnya saya bukanlah ahli bidang ini . Mungkin kalau kita adakan conference dgn memanggil semua ulamak yg masih hidup yg faham masaalah ini , membincangkannya dgn lebih teliti mungkin lebih adil.

Persoalan Nur Muhammad saw asalnya bukanlah persoalan akidah yg asas. Sebab itu betullah juga kenyataan seorang pengulas yg sinis terhadap isu ini , “Soal Nur Muhammad tidak di sebut dalam akidah Islam, tidak dalam akidah Ahlisunnah Wal Jamaah , baik Salafiah Wahabiyah maupun A’sya irah Maturdiyah”. Yah, saya setuju. Bukan perkara asas pada mulanya, nak percaya tak apa tak percaya pun tak salah apa. Tetapi setelah terbit kajian dan ulasan oleh mereka yg memandang sinis , maka tak dapat tidak ianya menjadi perkara asaslah. Sebab sudah berubah menjadi “mengkafirkan” dan “menyesatkan” tidak sedikit dari golongan Muslimin ,bukan sahaja yg awam terutamanya golongan yg khawas dan ulamak –ulamak besar Islam.

Sebelum kita pergi jauh membahaskan ulasan ulamak terhadap Nur Muhammad ini, perlu diingatkan bahawa semata-mata kerpercayaan Nur Muhammad sahaja yg kita bahaskan dahulu. Berkenaan lanjutannya yg didakwa sesetengah orang yg sinis tentang wahdatul wujud, wali abdal dan sebagainya kita tinggalkanlah dulu. Sebab yg asal ini mestilah di fahami sebaiknya. Jika tidak maka terbitlah istilah yg dah biasa didengari “kufurlah”, “sesatlah” ikut sedap nak kata.

Sebenarnya banyak hadis yg bicara masalah Nur Muhammad ini , samada yg maudhu sahih, dhaif ,dhaif jiddan dan sebagainya. Tetapi diantara semua hadis yg tercatit dalam kitab-kitab turas atau yg diriwayatkan terus dari seseorang ulamak hadis , terdapat satu hadis yg paling masyhur dan mendapat kritikan yg tidak sedikit diantara ulamak.

Saya sempat melihat sebuah dua kitab yg mencatitkan hadis yg kontraversi tersebut yaitu satu hadis riwayat dari Imam Abdul Razak, "Dan telah meriwayatkan oleh Abdul Razak dengan sanadnya dari Jabir bin Abdullah radiallah anhu , beliau berkata;
" Ya Rasulullah , demi bapaku ,engkau dan ibuku ,khabarkanlah daku berkenaan awwal-awwal sesuatu yg Allah taala telah ciptakan sebelum sesuatu ! .
Bersabda Nabi saw : Ya Jabir, Sesungguhnya Allah taala menciptakan sebelum sesuatu, Nur Nabi mu daripada Nur Nya . Maka jadilah Nur tersebut berkeliling dengan QudratNya sekira-kira yg menghendaki Allah taala.
Pada hal tiada pada waktu itu lagi Lauh, tiada Qalam dan tiada Syurga dan tiada Neraka dan tiada Malaikat tiada langit dan tiada bumi dan tiada matahari dan tiada bulan dan tiada jin dan tiada manusia…..hingga akhir al hadis.

Hadis ini menjadi masalah disisi mereka yg kontra dengan mengatakan maudhu disebabkan tiada catitannya dalam Musannaf Abd Razak. Lantaran itu dikatakan maudhu, rekaan dan tidak munasabah dengan aqal.
Tetapi hendaklah mereka melihat dahulu , semua naqalan ulamak yg berpuluh –puluh bahkan beratus pada hadis ini dan komentar mereka yg positif berkenaan makna hadis ini yg tidak sedikit pun bercanggah dgn hadis –hadis yg lain maupun disisi akidah Islam.

Kitab-kitab yg menaqalkan hadis ini atau yg semakna dengannya meyebut “Telah meriwayatkan oleh Imam Abdul Razak dalam Kitab Musannaf beliau”. Di kitab lain hanya disebut “Di riwayatkan” sahaja oleh Abdul Razaq.
Oleh itu mesti diberi perhatian berkenaan sanad hadis ini dahulu dengan dilihat di beberapa aspek , antaranya ;

a) Adakah terdapat periwayatan yg selain dari jaluran Musannaf beliau ?.
b) Adakah berkemungkinan “Tahammul” hadis tersebut tanpa menerusi catitan dlm Musannaf beliau?.
c) Atau mungkinkah Musannaf Abdur Razak mengalami perubahan –perubahan sepertimana yg masyhur?.
d) Dan hendaklah juga diperhatikan , betapa banyaknya hadis-hadis yang Sahih dan Hasan yang semakna dengan Hadis tersebut.

Salah satu kemungkinan tersebut adalah pasti berlaku setelah kita meneliti kitab-kitab yg menaqalkan hadis tersebut dan memerhati sanad dan silsilah Hadis, bagi pengarang kitab-kitab yg membawa hadis tersebut atau yg semakna dengan nya.

e) Dan diperhatikanlah ,adakah tidak diterima aqal pada perbahasan aqliyah berkenaan kesahihan Akal “terawalnya” Nur Muhammad dari yg lain.
f)Atau dikatakan sekurang-kurangnya kita hendaklah meneliti dahulu betapa penerimaan tidak sedikitnya ulamak ditiap-tiap displin ilmu terhadap Konsep Nur Muhammad saw ini.

Setelah kita mengkaji secara meyeluruh ,mungkinkah boleh diterima kepercayaan terhadap Nur Muhammad dikatakan berasal dari Rekaan Falasah Greek kuno wal iyyazabillah. Atau dari ambilan yg tidak berdasarkan Ilmu ,sehingga dijadikan asas ajaran Tarekat ,Tasawuf dan sebagainya. Atau dijadikan asas ajaran Wahdatul wujud yang menyimpang. Lantaran itu diharamkan Maulid Barzanji, Daibae, Habsyi dan yg sebangsa dengannya. Betulkah begitu?.

Kitab Mawahibul Ladunniyyah , buah tangan Syekh al Allamah Al Qastholany , seorang Imam Hadis yg ulung wafat pada 923 hijrah .Mempunyai banyak karangan bermutu khususnya tentang hadis. Pengarang Syarah Hadis Bukhary , Irsyadus Sari 10 jilid. Latarbelakang beliau boleh didapati dalam Syazaratuz Zahab juz 8 ms 121 , dan beberapa buah kitab Thabaqat Ulamak. Kitab Mawahib yg mencatit Hadis tersebut diSyarahkan oleh Al Allamah Zurqoni, Pensyarah Kitab Hadis Muwata Imam Malik 4 jilid.

Zurqoni mengulas hadis tersebut dengan katanya :
Di juzuk 1, berkenaan hadis tersebut, “Meriwayatkan Abdur Razaq bin Hammam bin Nafi’ al Himyari , hal keadaan beliau meriwayatkan dari Ma’mar dan Ibnu Juraij dan Malik dan Sufiyanain ( Yaitu Athsauri dan Al Uyainah) dan Al Auzaie dan Khlaq (segolongan yg ramai) ,dan (meriwayatkan juga)dari Nya ( Khalq atau dhamir “Nya” merujuk kepada Ma’mar dan seterusnya ) oleh Ahmad dan Ishaq dan selain dari beliau keduanya, ( oleh yg demikian , hadis ini berdasarkan ) dengan sanadNya (Abd Razak ) yang terang nyata , jika tidak begitu maka ianya adalah berdasarkan madlul yg telah beliau riwayatkan dari Sayidina Jabir r. anhu”. Wallahu A’lam.

Jika dilihat kenyataan dari Al Allaamah Zurqony tersebut memang ada dasar sanad Hadis ini yg berhubung terus kepada Jabir radiallahu anhu. Sebagaimana yg juga kita dapati ulasannya tidak sedikit daripada para ulamak. Sedangkan Al Allamah Zurqoni misalnya , sudah tentu mempunyai "Tahammul” sanad yg tersendiri sehingga sampai ke Imam Abdul Razaq. Jika ada yg berminat mengetahui hadis ini bolehlah membaca buku Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia melayu oleh Hj Wan Mohd Saghir Abdullah.Khazanah Fathaniyah , KL. Mungkin sedikit sebanyak boleh diambil manfaat.

HADIS-HADIS , TAFSIRAN AYAT QURAN DAN ULASAN ULAMAK MUKTABAR BERKAITAN DENGAN NUR MUHAMMAD SAW.

HADIS PERTAMA.

عن أبى هريرة رضىالله عنه : قال : قالوا : يا رسول الله , متى كتبت النبوة ؟ . قال : وأدم بين الروح والجسد.

Dari Abi Hurairah r, anhu : Beliau berkata : Bertanya para Sahabat “ Wahai
Rasulullah , Bilakah wajib bagi anda Nubuwah?”. Bersabda Rasulullaah saw
“ Sedang hal Adam diantara Ruh dan Jasad”.Hadis Riwayat At Tarmuzi dan
beliau berkata : Hadis Hasan Sohih Ghorib

Kitab Alhadis Al Munthoqah , buah tangan Al Muhaddis Abdullah bin Muhammad Al Ghumari:Beliau mensyarahkan hadis ini , menyebut : “ Bilakah telah wajib bagi anda Nubuwah ?”

Seperti inilah juga terdapat pada Riwayat Al Hakim ,Abi Nu’im Al Baihaqi dan Al Hakim telah Mensahihkannya juga.

Tersebut pada satu riwayat yg lain :“Mata kutibta Nabiyyan?” ertinya“ Bilakah di wajibkan pada anda Kenabian?”. Bersabda Saw “ Adalah Aku Nabi pada hal Adam diantara Ruh dan Jasad”.
Ini adalah riwayat Abi Umar dan Ismail bin Najid yg merupakan sebahagian darinya (dari keseluruhan hadis).

Pada riwayat lain lagi “ Bilakah anda Jadi Nabi ?.” yaitu riwayat Maisarah yg akan dibahaskan nanti pada hadis yg kedua nanti. Sama seperti yg diriwayatkan oleh Maisarah ini, riwayat daripada Ibnu Abbas radiallahu anhu disisi Al Bazzar, At Thobarani dan Abi Nu aim .

Manakala Riwayat Ibnu Abi Al Jad a’a pula disisi Ibnu Saad dan Ibnu Qoni’.
Manakala yg diriwayatkan oleh Mathraf bin Abdullah bin As Syakhir adalah disisi Ibnu Sa’ad juga.
Pada riwayat Asya’bi pula : Seorang lelaki berkata ( bertanya) kepada Nabi saw :“ Bilakah anda dijadikan Nabi ?. ( Mata ustunbi, ta ) . Bersabda Nabi saw “ Padahal Adam (berada ) diantara Ruh dan Jasad ketika diambilkan daripadaku perjanjian”.

Ibnu Saad juga ada meriwayatkan seperti ini ( Riwayat As Sya’bi tersebut) tetapi perawi yg meriwayatkan dari Sya’bi adalah Jabir Al Ju’fi.

Satu lagi riwayat dari As Shona bihi ,beliau berkata : Berkata Umar r,anhu “ Bilakah anda telah jadi Nabi ?. Bersabda Nabi saw “ Pada hal Adam tercampak ( yakni masih belum terbentuk ) pada tanah keras (tanah liat)”.Hadis ini telah meriwayatkannya oleh Abu Nuim dalam Ad Dalaa il

Kesemua riwayat ini adalah berhampiran maksud dan lafaznya (mutaqaribah).

Yang di kehendaki dengan (maksud) segala riwayat ini ialah mengkhabarkan bagi wajib kenabian Nya saw yaitu sabitnya bagi Ruh Nya saw yg mulia yg telah diciptakan sebelum semua Ruh.
Riwayat "Mata kutibta ?." Bilakah telah di wajibkan ?, makna “kitabah” pada hadis tersebut adalah juga bermaksud wujub (wajib) dan sabit pada luaran (kho riji) . Kerana (lafaz) “Kitabah” digunakan pada perkara yang wajib lagi zohir di luaran sebagaimana (istilah yg digunakan oleh Al Quran) { Kutiba alaikumus Syiyam , Katab Allahu li Aghlubannahunna, dan Kutiba alaikumul qishas}.


Kesimpulan (dari bahasan diatas) Bahawa Allah ta’ala telah melimpahkan Sifat Kenabian keatas Ruh Nabi saw yang Mulia atau HakikatNya saw yg terpuji ,pada ketika mana Adam as masih tercampak atas bumi (yakni Adam belum terbentuk lagi ) sebelum ditiupkan Ruh padanya. Dan limpahan Kenabian pada waktu ini melazimkan terdahulu kejadianNya saw atas yg selain Nya saw sepertimana yg Nyata terang . Inilah yang dimaksudkan oleh Pengarang-pengarang Sirah dan Maulid Saw dengan kata mereka :

“ Diciptakan Nur Nya saw sebelum sesuatu”.

Kerana Ruh Nya saw yg mulia adalah Maujud , yg bersifat dengan sifat Kenabian sebelum ditiupkan Ruh Adam sepertimana yg telah terang nyata.

Ruh adalah Jisim yg Nurani (bangsa cahaya) yg Latif (seni , halus) sepertimana yg telah di Tahkikkan oleh Ibnu Qayyim dan selain beliau.

{ Berkenaan tahkik tentang keadaan Roh , disebut juga oleh Imam Ghazali , Imam Fakhru Raazi dan Jumhur pentahkik Ahli Sunnah wal Jamaah. Disini juga nyata salah, tuduhan mereka yg kontara dengan menuduh mempercayai Nur Muhammad saw bererti menganggapnya sebagai Qadim seperti Tuhan . Wal iyyazabillah. Lantaran itu Haram , kufur dan sesat mengamalkan Maulid Barzanji dan yang semisal dengannya. Kalau kita lihat hujjah mereka, kufurnya Kitab Maulid Barzanji . Mereka menghujjah satu ayat didalam Kitab Maulid Barzanji berkenaan Hakikat Muhammadiyyah menunjjukkan ianya qadim. Sebenarnya mereka tersalah merujukkan dhamir . Dimanalah kedudukan mereka ini yang mendakwa sebagai Pentahkik dan Penganalisa semula Ilmu Para Ulamak ?, padahal Dhomir rujukan tidak diketahui?. Hubaya-hubaya lah Umat pada bahaya celupar mulut , takut –takut terbalik kediri sendiri }.

Oleh yg demikian telah datang beberapa jalan hadis (thuruq) dari Qatadah dari Al Hasan dari Abi Hurairah dari Nabi saw pada Firman Allah ta’ala yg bermaksud:

“ Dan ingatlah ketika Kami mengambil perjanjian daripada para Nabi” Al Ahzab ayat 7 .

Bersabda Nabi saw: ‘ Aku adalah awal-awal daripada para Nabi dan yg terakhir dari mereka yg diutuskan’. Maka memulailah Allah dengan Nya saw sebelum mereka .Hadis ini adalah riwayat Ibnu Abi Hatim dan lainnya.

Tapi riwayat dari Ibnu Saad dari Qatadah , Hadis Mursal dengan lafaz:

“ Aku adalah seawwal manusia pada kejadian dan yg terakhir dari mereka pada diutuskan”.
{ Mereka yg kontara mendhoifkan hadis ini , Tapi lupa ianya mempunyai banyak Turuq
( jalan riwayat) yg jika dihimpunkan akan menaikkan martabat nya.}

Al Manawi berkata dalam Syarah Al Jaamius Saghir yg nasnya “ Allah Taa’la telah mencipta Hakikat yg mana memang lemah oleh akal kita dari mengenalinya dan telah melimpahkan atasnya Sifat Kenabian semenjak ketika itu lagi . Kemudian apabila sampailah masa selesai untuk nama Al Batin kepada Az Zohir ,menyatakanlah Allah Taa’ala kesemuaNya saw dengan ber Jisim (bertubuh) dan Ruh” .Tamat al Manawi .

Dalam satu Hadis yg meriwayatkan kisah Isra , yg diriwayatkan oleh Abi Hurairah r,anhu :“ Telah Ia menjadikan (ciptakan) daku Pembuka ( Al Fatih ) dan Penyudah
(Al Khatim) ”.
{ Hadis berkenaan Isra ini, salah satunya , sudah maklum Kesahihannya}.

Yaitu Pembuka (permulaan) bagi Makhluk yg ada , Penyudah bagi Nyata Kenabian. Dan sesungguhnya telah membahas pada mentaqrirkan makna ini dan menerangkannya oleh Al Imam Al Hafiz Taqiyuddin As Subki ( Imam Subki ) didalam Risalah At Ta’zim wal Minnah pada ayat ( Latu, minunna bihi wa latansurannah ). Telah dicetak bersama-sama Kitab Fatawa beliau. Al Hafiz Sayuthi telah menaqalkan bahasan tersebut dalam Khashaisul Kubro , Imam Al Qastalany dalam Al Mawahibul Laduniyyah dan begitu juga mereka yg lain.

PERINGATAN

Zaki Mubarak menulis satu rencana dalam buku beliau At Tasawuf Islamy ( Tasawuf Islam ) bertajuk Hakikat Muhammadiyah . Dia menyangka bahawa Sufi telah gulat menyeleweng pada Hakikat Muhammadiyah ini sebagaimana meyelewengnya Orang Nasara (Kristian ) pada Hakikat Isawiyah .

{ Hakikat Isa yaitu trinity .Termasuk juga tuduhan mereka terhadap Nur Muhammad (atau disebut juga sebagai Hakikat Muhammadiyah) dgn menyamakan Nya dengan konsep Falasafah Greek kuno. Aduhai jahilnya mereka sampai tak tau membezakan yang mana Qodim yang mana Baharu}.

Dia ( Zaki ) membahas beberapa hadis , “ Adalah aku Nabi padahal Adam masih antara Ruh dan Jasad “. Disangkanya hadis batil, maudhu. Dia menguatkan sangkaannya dengan menaqal kata-kata Zahabi didalam Al Mizan terhadap Rijal hadis-hadis ini. Padahal kesemua sangkaannya adalah salah dan keji. Kerana Sufi tidak menyeleweng , bahkan mereka { Juga semua para ulama muktabar yg masyhur jadi ikutan dalam berbagai bidang Ilmu } menyebut perkara yg mereka faham dari pada Hadis-hadis sekadar kefahaman yg dianugerahi Allah kepada mereka.

Lagi pula telah menjadi adat Zahabi metasrihkan dengan membatalkan Hadis-hadis
yg Sahih , bahkan kadang-kadang yg Mutawatir pun juga dibatalkannya. Padahal dia mengetahui Kesahihan dan Mutawatirnya Hadis tersebut tidaklah maksud beliau Batal mutlak begitu. sahaja . Yang dimaksudkan yg sebenar ialah Batalnya dari sudut jalan perawi ( Thoriq Rawi) yg di dikisahkan sahaja.
Ini adalah kebiasaan setiap mereka yg membahaskan tentang hadis-hadis Dhaif . Seperti Ibnu Saban , Ibnu A’diy dan Uqaily. Dan ini juga ma’ruf masyhur dikalangan mereka yg mahir Ilmu Hadis .
Maka berpegang Zaki Mubarak pada Kitab Mizan kerana semata-mata bertujuan untuk membatalkan Hadis-hadis yg tersebut, adalah satu Kejahilan yg besar yg tidaklah layak melainkan untuk orang yg seperti Dia sahaja.


HADIS KEDUA


Dari Maisarah Al Aj rah beliau berkata :
قلت يا رسول الله . متى كنت نبيا ؟. قال : وأدم بين الروح والجسد.

“Daku Berkata “ Wahai Rasulullah , Bila Anda telah menjadi Nabi?. Baginda bersabda " Sedang Adam diantara Ruh dan Jasad”

Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad , Al Bukhary dalam Tarikh , AtThobarany dan Al Hakim beliau mensahihkannya.
Berkata Al Hafiz (Ibnu Hajar Asqolany)" Sanadnya adalah Kuat ".

Hadis menyebut " Mata Kunta Nabiyyan?". Ertinya “ Bilakah anda telah menjadi Nabi?. … Al Hadis.

Telah selesai dahulu syarahan makna keadaanNya Adalah Nabi dalam Hadis tersebut ,tanpa ada lagi tambahan kecuali (satu perkara lagi yaitu) ,terdapatnya sebahagian ulamak yg menafsirkan maksud kehendak dari hadis ini dan perkara yg dalam maknanya ialah:
“Tetap KenabianNYA dalam Ilmu Allah dan TaqdirNya”.
Kalau begitu maksud hadis tersebut adalah:
“ Aku telah menjadi Nabi pada Taqdir Allah ,sedang Adam diantara Ruh dan jasad” .
Seperti itu jugalah Dia akan berkata pada tafsiran hadis “ Aku adalah awal-awal Nabi pada kejadian”, bahawa maksudnya adalah Kejadian Taqdir tidak Ijad ( ciptaan ) .

Kesemua ini , (yaitu) kesimpulan dari (penafsiran-penafsiran sebegitu pada ) perkara tersebut adalah batil kerana beberapa wajah :

(Pertama) Bahawa Kenabian Nabi sallalaahu alaihi wa ala aalihi wasallam adalah tetap dalam Ilmu dan Taqdir Allah Ta’ala semenjak azali lagi . Maka mentakhsiskannya (menentukan Perlantikan Kenabian) dengan waktu keadaan Adam diantara Ruh dan Jasad adalah lagho ( yg akan mensia-siakan makna hadis tersebut oleh itu ) ,wajiblah mesucikan hadis tersebut dari demikian .

(Kedua) Bahawa Kenabian para Nabi Alaihimus salam, bahkan seluruh yg ada semuanya adalah sabit dalam Ilmu Allah Ta’ala dan TaqdirNya . Maka tiada apa lagi yg tinggal (takhsis) untuk Nabi saw pada keistimewaan ini daripada yang lain. Padahal hadis tersebut hanyalah datang ia untuk menerangkan satu keistimewaan (khususiah), maka tak dapat tidak bahawa (mesti) ada didalamnya makna kelebihan yg tidak berkongsi padanya oleh orang lain.Kalau tidak begitu nescaya adalah hadis tersebut sia-sia . Demikian itu adalah batil.


(Ketiga) Bahawa Para Sahabat ,mereka mereka bertanya kepada baginda dengan kata mereka “ Bilakah Anda menjadi Nabi?” , padahal mereka mengetahui bahawa Kenabian Baginda telah tetap dalam pengetahuan Allah ta’ala dan TaqdirNya . Bahkan mereka mengetahui bahawa segala sesuatu kesemuanya telah tetap ada pada pengetahuan Allah dan TaqdirNya. Maka mereka secara darurinya (mudah tanpa perlu memusatkan fikiran ) , hanyalah menghendaki dengan soalan mereka tersebut, untuk mengetahui satu kadar yg lebih daripada apa yg telah mereka ketahui.

(Keempat) Bahawa Umar r,anhu (pada riwayat Ashona bih) telah bertanya: “ Bilakah Anda telah jadi Nabi ?”. “ Mata ja’alta nabiyyan?” Lafaz ini terang bermakna tashyir ( tercipta) yaitu “Mata shayyarta nabiyyan?”. Demikian itu tidak berlaku melainkan pada suatu yang memang maujud (telah ada) yg sah ia bersifat dengan yg telah jadi atau yg sudah tercipta , sepertimana juga jika anda berkata :“ Ja’altu qit'ataz zahab Khotiman”. Yaitu saya telah buat /cipta kan (j’altu) sepotong emas menjadi sebentuk cincin”.seperti itulah ,sepotong emas tersebut sememangnya telah ada. Cuma tidak ia bersifat cincin lagi melainkan setelah menjadi cincin dan tercipta.


{ Selain kalimah“Ja’alta” , kalimat .(كنت) “Kunta” pada hadis tersebut adalah juga menunjjukkan telah tercipta. Para pembantah mengatakan logiknya makna hadis tersebut hanya menunjjukkan peristiharan jadi Nabi didalam taqdir Ilmu Allah. Ini telah telah jelas kemustahillannya dan batalnya berdasarkan Mafhum hadis-hadis tersebut. lebih jelas lagi jika diperhatikan pertanyaan Sayyidina Umar Radiallahu anhu yg bertanyakan Rasulullah saw “Bilakah Anda telah menjadi Nabi?”. Terang dan jelas bahawa Saydina Umar ada lah Sahabat yg bijaksana yg tidak sepatutnya beliau bertanyakan Rasulullah saw suatu perkara yg telah maklum dan tidak memberi faedah yg lebih daripada maklumat yg sudah tersedia ada, juga mustahillah Rasulullah saw akan memberikan satu jawaban yang tiada faedah dan bertentangan dengan musyahadah yg dharuri lagi putus, yakni penyaksian yg meyakinkan bahawa baginda saw telah dilantik menjadi Nabi dan Rasul Allah ketika berusia 40 tahun. Atau sesuatu yang sudah maklum pada Taqdir Allah ta’ala. Oleh itu ,apakah maksud sebenar pertanyaan dan jawapan didalam dialog antara Rasul dan Umat Nya saw?.
Disini lah Fokusnya dan disinilah maksud dan intipati Hadis –hadis tersebut yg menunjjukkan tidak lain tidak bukan ianya hanyalah satu khususiah atau keistimewaan Nabi saw berbanding dgn Nabi-nabi lain. Yaitu Nur Mustafa saw atau Ruh Nya saw atau Hakikat Muhammadiyyah telah diciptakan terdahulu dari segala sesuatu . Wallahu a’lam}.

(Kelima) Bahawa kewujudan sesuatu didalam Ilmu Allah ta’la dan TaqdirNya tidak tertasawwur dalamNya terdahulu setengah perkara daripada setengah yg lain. Tidaklah dikatakan “Aku adalah awwal Nabi pada ciptaan (yg berlaku dalam Ilmu dan Taqdir Allah ta’ala”, sebab kedua perkara tersebut adalah sediakala yg tiada dahulu dan kemudian) ,kerana lazim daripada itu perkara yg tidak layak pada Allah ta’ala. Hanya yg sah dikata dulu kemudian itu pada kejadian /yg telah tercipta dengan makna ijad (cipta). Kerana ia adalah sifat fi’il yg boleh ditasawurkan dengannya terdahulu sebahagian hadis (perkara baharu/makhluk) dari yg lain sebagaimana yg telah menunjjuk oleh Quran dan hadis .
Maka oleh itu batallah dakwaan sebahagian mereka dan nyatalah apa yg telah kami terangkan , yaitu : “Allah swt melimpahkan keatas Ruh Nabi Nya saw yg mulia atau atas Hakikat Muhammadiyyah saw .sifat Kenabian , dan memakaikanNya persalinan Al Qurb padahal Adam masih diantara ruh dan jasad . Sebagai perbezaan untukNya dari sekelian makhluk” .

Tammat Kitab Al Muntoqoh.

{ Di kalangan pembantah mengatakan Hadis-hadis tersebut boleh dikompromikan dengan satu hadis riwayat Imam Ahmad dari Al Irbaadh bin Saariyah “ Sesungguhnya Aku adalah Hamba Allah dan Penyudah segala Nabi .Dan sesungguhnya Adam Alaihis Salam benar-benar tercampak dalam tanah Nya .Aku akan memberitahukan kamu dengan awwal-awwal demikian itu. Ialah seruan bapaku Nabi Ibrahiim,berita gembira Nabi Isa terhadap kedatanganku dan mimpi ibuku dimana dia telah bermimpi , begitulah juga para ibu bagi para Nabi dimana mereka telah bermimpi”.
Berkata pembantah: Tiga buah hadis ini ( yaitu Hadis Pertama dan Kedua yg telah kita bahaskan ) masing-masing kuat-menguat ,maka jadilah dia pada kedudukan Sahih yg diperlukan . Mana-mana Hadis yg meyeluruh (umum) atau kurang jelas ,maka dijelaskan oleh Hadis-hadis yg terang dan nyata, sekiranya terdapat sifat-sifat demikianMenurut hadis ini ( yg ketiga ini) Allah telah menentukan Kenabian Muhammad saw sebelum diciptakan Adam sebagai seorang manusia. Kenyataan ini menunjjukkan dahulunya ketetapan Allah terhadap perkara itu, tetapi tidaklah pula dia menunjjukkan sedikitpun tanda yg menunjjukan Nabi saw dijadikan sebelum Adam as. Malah hadis yg akhir ini menjelaskan adanya seruan Nabi Ibrahim dan mimpi Ibu Nabi saw?.

DiJawab: Hadis pertama dan Kedua tidak boleh dikompromikan dengan yg ketiga dengan makna yg sebegitu oleh itu tak sah dikopromikan . Ini lantaran jika diperhatikan matan Hadis yg ketiga,jika kita katakan berlaku semua perkara tersebut didalam Taqdir Ilmu Allah ta’la maka mustahillah berlaku begitu. Kerana yg telah maklum semua maklumat dalam pengetahuan Ilmu Allah swt adalah Qodim . Sediakala yg tidak ada dahulu kemudian.
Kalau dikatakan boleh berlaku begitu bagaimana pula boleh Nabi Ibrahim menyeru, Nabi Isa mengiklankan Kedatangan Rasulullaah dan Ibu Nabi bermimpi diketika yg tak berlakunya Masa dahulu dan Masa kemudian?.Sudah tentulah Mustahil berlaku begitu jawabnya.

Jika mereka berkata: Apa bukti awak pada matan hadis itu?.

Jawabnya: Matan hadis tak jelas menunjjukkan makna dalam Taqdir Ilmu Allah.Tak
ada satupun kalimah yg boleh diIhtimalkan bermakna berlaku perkara-perkara
tersebut dalam Ilmu Allah.
Kalau kita lihat hadis tersebut jika dibahas disudut Ilmu Nahu atau yg sebangsa dgnnya memang nyata tiada bermaksud begitu. Lafaz Abdullah itu sendiripun sudah menunjjukkan sudah tercipta. Lafaz “Sa unabbii uukum bi awwali zaalika” (Aku nak mengkhabarkan kamu dgn awwal demikian itu) ,Awwalu Zaalik (Awwal demikian itu ) isyarat kepada suatu yg jauh , kemana ditujukan isyarat tersebut?. Jika anda berkata “kepada Taqdir Ilmu Allah “, nyatalah salah sebab seruan Nabi Ibrahim a.s dan Rasul saw jadi Nabi tidak dikatakan telah berlaku jika hanya masih diperingkat Taqdir dalam IlmuNya swt . Kerana telah kita sebutkan Maklumat pengetahuan Allah adalah qodim. Sediakala yg tiada mula dan kemudian sebagaimana yg termaklum dalam Ilmu Tauhid. . Alangkah senangnya jika difahamkan makna yg menjadi pegangan jumhur ulamak , Yaitu Peristiharan Kenabian saw terhadap Ruh Baginda saw, sebelum Baginda di lahirkan oleh Bonda Baginda.Kalau disini menunjjuk samada dimasa sebelum Rasulullah saw dilahirkan. Kita nak tanya, masa sebelum Rasulullah dilahirkan bila?. Adakah semestinya dalam Taqdir Ilmu Allah sahaja?. Jawabnya tentulah tidak. Sedangkan kalau dipakai makna Perisytiharan dalam Taqdir Allah taala ,sudahlah tentu tidak munasabah sebagaimana yg telah dibahaskan.
Oleh yg demikian makna yang membetuli dengan matan hadis tersebut , hanyalah bermaksud “Perisytiharan Kenabian saja yg dilakukan dimasa Nabi Ibrahim , Nabi Isa dan seterusnya diistiharkan kepada Siti Aminah, Ibu Nabi Saw dan juga kepada semua Ibu Nabi-Nabi. Bukan menunjjukkan Perisytiharan pada Taqdir .

Maka makna sebegini tidaklah bercanggah dengan mana-mana keterangan pun. Makna yg telah kita terangkan ini jika kita kompromikan dgn hadis yg pertama dan kedua tersebut tiada lah apa-apa percanggahan maksud . Sah dikompromikan dengan makna yg begitu dan tepat dgn kaedah mengkopromikan hadis-hadis yg zahirnya berlawanan. Lagi pula menguatkan antara satu sama lain. Wallahu a’lam.

Jika pembantah berkata : "Winna Adam alaihis Salam lamunjadilu fi thina tih”,
menunjjukkan pada Taqdir Ilmu Allah?.
Dijawab : Tidak begitu, kerana Kalimah “Wainna adalah isti,naf liltaukid sahaja, permulaan untuk mentaukidkan sahaja bagi “Inni Abdullah” sesungguhnya aku hamba Allah. Yg mana kalimah Aku adalah “HAMBA ALLAH” cukup terang mencakupi makna Ruh . Menjadi kenyataan KEWUJUDAN Ruh Saw atau Nur Muhammad saw atau apa yg diistilahkan sebagai Hakikat Muhammadiyyah.

Maka makna hadis tersebut yg terang ialah “Aku sudah menjadi Nabi , atau Ruh ku
sudah jadi Nabi atau Nur ku sudah di Isytiharkan jadi Nabi semasa Adam masih lagi
belum wujud” . Wallahu a’lam.}

Selain itu , riwayat yang tercatit dalam Sahih Ibnu Hibban, Al Hakim dan Musnad Imam Ahmad hanya menyebut انى عند الله فى أم الكتاب لختم النبيين ertinya “ Aku disisi Allah dalam Ummul Kitab (PengetahuanNya) adalah Kesudahan Nabi”.
Hadis ini yang difahami menurut mafhum Kitab karangan Mulla Ali Al Qori ,tiada apa-apa pertentangan dengan hadis terdahulu. Kerana sebagaimana yang telah kita terangkan , ianya hanyalah menceritakan Perkara yang sudah ada dalam Pengetahuan Allah swt dan peristiwa-peristiwa yang sudah berlaku berkenaan Sambutan dan peristiharan Para Nabi yang terdahulu sahaja. Ianya tidak lebih dari “Perkhabaran”, yang tidak akan membantah hadis-hadis yang kita utarakan. Rujuk Al Mawrid Ar Rawi fi Mawliddin Nabawi .. Mulla Ali Al Qori.
Ms 37.

FATWA (al Marhum) SYEKH MUTAWALLI AS SYA’RAWI.
( Ulamak Tafsir Mesir)



Beliau berkata dalam Kitab Al Fataawa , fatwa no 87: Soal;

س: يقول الحق تبارك وتعالى : قد جاءكم من الله نور و كتاب مبين .
فهل المقصود بالنور هناك ألنبى أم القرأن؟.

ج: لما كانت واو العطف تقتضى مغايرة ما قبلها لما بعدها فى الحكم , فاءننا نفهم من ذلك أن النور ليس هو الكتاب (القرأن) الذى يشتمل على المنهج الذى يخرجنا من الظلمات الى النور. و محمد صلى الله عليه وسلم هو الذى دلنا على الكتاب وهذا يصل بنا الى أن محمدا هو النور.

Berfirman Allah ta’aala ;

قد جاءكم من الله نور و كتاب مبين.

Ertinya “ Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah , Satu Cahaya dan Kitab yang nyata”. Surah Al Ma idah ayat 15.


Soalannya , Adakah yg dimaksudkan dengan Cahaya disini ialah Nabi saw atau Al Quran?.

Jawab: Manakala huruf waw (sendikata dalam ayat tersebut/ athaf mughoyarah ) yang memaksudkan berlainan antara perkara sebelum nya dengan yang selepasnya pada sesuatu Hukum, maka kita memahamkan dari sebab yang tersebut Bahawa Nur bukanlah Al Quran yang mana al quran juga melengkapkan kita dengan method yang boleh mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya (Nur). Nabi Muhammad saw adalah yang telah menunjjukan kita kepada Al Quran.
Dan (dasar) Inilah yang memahamkan kita “Bahawa Nabi Muhammad saw adalah NUR”.

Tammat, Fatawa Sya`rawi.


Kitab-kitab Tafsir yang menafsirkan Nur yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah Nabi Muhammad saw.
1)Tafsir Athobari.
2)Tafsir Al Qurthubi.
3)Tafsir Ibnu Hatim.
4)Tafsir Baidhowi.
5)Tafsir Jalalain.
6)Tafsir Ibnu Jawzi.
7) Dan lain-lain Tafsir.

Syekh Ahmad bin Shawi telah menyatakan dalam Hasyiah Jalallain dalam rangka menafsirkan ayat 15 surah 5: “ Bahawa baginda saw dinamakan NUR / CAHAYA, kerana baginda menerangi pengelihatan (hati) dan menunjjuki ke jalan yang benar ….. juga kerana baginda adalah punca jasmaniah baik ruhaniah……
Tammat.

Hadis-hadis lain berkenaan Nur Musthafa saw yang menjadi pertikaian serta ulasan positif para ulamak hadis terhadapnya.

1)
عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم كانت روحه نورا بين يدى الله تعالى قبل أن يخلق أدم بألفى عام.

Ertinya: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiallaahu a’nhuma , “Bahawa Nabi saw, Ruh Baginda, adalah Cahaya disisi Hadrat Allah ta’ala, dua ribu tahun
sebelum diciptakan Adam”.

Diriwayatkan oleh:
Muhammad bin Umar Al a’dani . Pengarang Al Musnad.
Kunyahnya Abu Umar . Tinggal diMekah. Melazimi Ibnu Uyaiynah. Berkata Ibnu Hatim “Kaanat fiihi Ghaflah”. Wafat pada 43 hijrah. Tetapi beliau merupakan salah seorang Rijal Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majah. Pangkat ke 10 disisi Ibnu Hajar Al Asqolani. Berkata Ibnu Hajar dalam Taqrib At Tahzib “

كبار الأخذين عن تابع التابعين ممن لم يلق التابعين كأحمد بن حنبل .

Rujuk Taqrib a'la Tahzib. Ibnu Hajar Al As qolani.


2) Kitab As Syifa bit Ta'rif al Musthafa. Susunan Qadhi I’yadh.
Bab Kemuliaan Nasab Nabi saw.

عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم كانت روحه نورا بين يدى الله تعالى قبل أن يخلق أدم بألفى عام.
Ertinya: “Bahawa adalah Ruh Baginda saw merupakan Cahaya dihadapan Hadrat Allah ta'ala sebelum diciptakan Adam selama dua ribu tahun”.

Beliau berkata:
"ويشهد بصحة هذا الخبر شعر العباس"
Bertinya: Syair Al Abbas menjadi Syahid bagi menSahihkan Hadis ini”. M S, 207 juzuk 2 , cetakan Maktabah Darul Kutub .

3) Imam Sayuti menyebut riwayat ini dalam kitab Manahilu Safa, karangan beliau.

4) Imam Ahmad bin Hanbal , meriwayatkan dalam Kitab Fadha il Sahabah:
“Sesungguhnya Aku dan Ali adalah cahaya dihadapan Allah swt sebelum tercipta Adam , selama 14 ribu tahun …….”
Beliau meriwayatkan melalui thoriq (jalur riwayat) Al Hasan bin Miqdam (shoduq/jujur) , Khalid bin Ma’dan (shoduq) , Fudhail bin Iyyad (telah maklum siapa dia Fudhail ini) , Zadhan (shoduq , Seorang Rijal Muslim dan Bukhari dalam Adabul Mufrad , Salman Al Farisi radiallahu an hu…..Ini menurut penilaian Ibnu Hajar dalam Taqrib Tahzib.
Semua Rijal nampak nya dipercayai . Wallahu a’lam.

5) Az Zahabi juga ada menyebut riwayat ini (hadis no 4 diatas) dalam Mizan .

6) Hadis yang ke 10 dalam Kitab Mawaqif.
Berkata Ibnu Hajar dalam Fatawa Hadisiyah " Sangat Lemah". Tapi semakna dengan hadis dalam Bukhari, Musnad Ahmad dan Muslim tetapi tanpa lafaz “ Tuhan mencipta RUH TERDAHULU DARI JASAD”.

Wallahu a'lam.


7)Soal: Riwayat dari Imran bin Husin dalam Bukhari, Sahabat bertanya berkenaan Awal Penciptaan .Rasulullah saw menjawab "
Allah telah ada dan tidak ada sesuatu sebelumNya. Dan al-ArsyNya berada di atas air lalu Dia
menuliskan pada ad-Dzikr (Kitab Lauh Mahfuz) segala sesuatu dan Dia menciptakan langit dan
bumi……?.


Jawab: Hadis ini tidak mensorihkan atau memakai kalimat yg jelas seawwal-awwal kejadian .


Soal: Bagaimana pula dengan Hadis dalam Sunan Tirmizi dan Abu Daud dari Ubadah bin Samit pula “Rasulullah SAW bersabda : “Yang pertama diciptakan oleh Allah SWT adalah Qalam
( pena ) kemudian Dia berfirman kepada Qalam “ Tulislah” . Qalam bertanya “ Apakah yang akan ku tulis?. Berfirman Allah swt “ Segala sesuatu yang akan terjadi sehingga hari Qiyamat”.

Jawab: Awwal-awwal yg dimaksudkan pada semua hadis-hadis ini ialah AWAL-AWAL CIPTAAN ALLAH SWT SELEPAS ALLAH SWT MENCIPTAKAN AIR ANGIN DAN ARSY.
Maksudnya selepas Allah swt menciptakan ketiga-tiga perkara tersebut , barulah diciptakan Qalam. Bukan pula menunjjukan AWWAL SESUATU YANG TERCIPTA SEBELUM SESUATU adalah Qalam. Maka Hadis Qalam ini SEBENARNYA HANYALAH SEBAGAI MENAFSIRKAN Hadis riwayat Imran bin Husain , dalam Bukhary tersebut.

Hasilnya tidak ternafi ,jika terdapat riwayat yang menunjjukan ada sesuatu ciptaan yang mendahului setiap sesuatu ciptaan .

Lihat pula apa ulasan Mulla Ali Al Qori:



واختلفوا فى أول المخلوقات بعد النور المحمدى فقيل : العرش , لما صح من قوله صلى الله عليه وسلم ( قدر الله مقادير الخلق قبل ان يخلق السموات والآرض بخمسين ألف سنة وكان عرشه على ا لمأ ). فهذا صريح فى أن التقدير وقع عند أول خلق القلم لحديث عبادة بن الصامت مرفوعا أول ما خلق الله القلم , وقال له : أكتب , قال رب وما أكتب؟
قال أكتب مقادير الخلق كل شىء. ) رواه أحمد والترمذى وصححه لكن صح فى حديث مرفوع من حديث أبى رزين العقيلى رواه أحمد و الترمذى :
( ءان المأ خلق قبل العرش) . وفى قوله تعالى : ( وكان عرشه على ا لمأ ) ءاشارة ءاليه ودلالة عليه , نعلم أن أول الأشيأ قبل على الاءطلاق النور المحمدى صلى الله عليه وسلم , ثم المأ ثم العرش ثم القلم , فذكر الأولية فى غير النور المحمدى صلى الله عليه وسلم ءاضافية.

Maurid Rawi. Ms23.

Wallahu a'lam.


Ulamak khilaf pendapat berkenaan suatu yang terawal daripada makhluk selepas Nur Muhammad saw . Setengah ulamak berpendapat Arasy ,kerana sah riwayat daripada Nabi saw
“ Telah mentaqdirkan oleh Allah swt semua Taqdir makhluk sebelum diciptakan tujuh petala Langit dan Bumi tujuh ribu tahun terdahulunya, padahal Arasy sudah diatas air”.
Maka ini nyata bahawa permulaan Taqdir berlaku diketika awal-awal ciptaan Qalam berdasarkan hadis Marfu’ riwayat Ubadah bin Shomit. “ Awal-awal perkara yang telah Allah ciptakan adalah Qalam. Firman Allah kepadanya : Tulislah . Berkata Qalam : Wahai Tuhanku, Apa yang akan saya tulis?. Firman Allah : Tulislah segala taqdir makhluk ,tiap-tiap satunya”.

Riwayat Imam Ahmad ,Tarmizi dan beliau telah mensahihkannya tetapi telah sah dalam satu hadis yang Marfu’ daripada Abi Zarin Al Uqaili yang telah meriwayatkannya oleh Imam Ahmad dan Tarmizi “ Sesungguhnya air telah diciptakan sebelum Arsy lagi”.

Dalam firman Allah ta’la:( Adalah ArsyNya diatas Air).
Megisyaratkan dan menunjjukkan atasnya ( yakni ciptaan Air terdahulu dari arsy pula), maka memahamkan kita bahawa sesungguhnya awal-awal segala sesuatu sebelum sesuatu secara mutlaknya, adalah Nur Muhammad saw, kemudian Air, kemudian Arsy kemudiannya barulah Qalam .
Maka menyebut keawwalan sesuatu perkara sebelum Nur Muhammad saw adalah bermaksud Awal yang Idhofi saja ( bukan bermakna awwal Hakiki , yang sebenar-benar awwal yang tidak didahului kejadian sesuatu yang lain ).

Tammat.


Oleh yang demikian , tiada syak lagi, Kerpercayaan atau Akidah Nur Muhammad saw bukanlah suatu akidah syirik dan menyegutukan Tuhan . Tiada Syak , tiada Dzon dan tiada Waham terhadap Keesaan Tuhan dan Kerasulan Muhammad Saw. Jika timbul perkara-perkara lanjutan dari Akidah Nur Muhammad saw ini yang menjurus kepada Syirik , dan sesat ,maka semestinya di teliti semula punca timbul kesesatan dan syirik tersebut. Adakah dari Akidah Nur Muhammad atau campuran-campuran unsur ajaran Kebatinan yang telah maklum kedudukannya. Wallahu a’lam.


salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  Merpati Putih Sat Oct 22, 2011 5:07 pm

“ Diciptakan Nur Nya saw sebelum sesuatu”.

Syekh Ahmad bin Shawi telah menyatakan dalam Hasyiah Jalallain dalam rangka menafsirkan ayat 15 surah 5: “ Bahawa baginda saw dinamakan NUR / CAHAYA, kerana baginda menerangi pengelihatan (hati) dan menunjjuki ke jalan yang benar ….. juga kerana baginda adalah punca jasmaniah baik ruhaniah……

kiranya demikian 'keadaannya', maka seluruh kehidupan; baik yang hidup ato yang mati berpunca jasad2 n jasmani2 mereka itu dari NUR@AHMAD. Dari teori 'setengah masak' ini disimpulkan bahawa jasad dan rohani khinzir2, kerbau2 monyet2, para ateis, penyembah2 berhala... juga adalalah bersifat nur muhammad kerana awalnya dari nur muhammd.

Persoalannya: 'Mengapa perlunya nabi2 dan ugama2?'

Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Menelusuri NUR MUHAMMAD Empty Re: Menelusuri NUR MUHAMMAD

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum