SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH

4 posters

Go down

PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH Empty PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH

Post  Merpati Putih Tue Dec 30, 2008 8:52 pm

BAHAGIAN !

alang said...
Aku memang berminat untuk mendalami perkara2 seperti ini walaupun selepas itu aku agak pening2 lalat.huhu.. Nak bercerita tentang Mu'tazilah. Satu mazhab yg mungkin masih lagi wujud tika ini cuma tak terkesan dek pancaindera. Meletakkan akal lebih tinggi dari segalanya, adakah kita termasuk dalam golongan itu?? Let's see..

Mu’tazilah merupakan satu mazhab dalam bidang tauhid. Mu’tazilah juga merupakan satu daripada aliran pemikiran teologi seperti khawarij,Syiah dan Ahli Sunnah wal Jamaah. Selain itu, Mu’tazilah juga merupakan salah satu satu dari cabang pemikiran dalam Islam yang terkenal bersifat rasional dan liberal. Ciri utama yang membezakan pemikiran ini dari pemikiran teologi Islam lainnya adalah pandangan-pandangannya yang lebih banyak menggunakan dalil-dalil 'aqliah (akal) sehingga sering disebut aliran rasionalis Islam. Perkataan Muktazilah berasal dari bahasa Arab إعتزل yang bermaksud "meninggalkan" atau "menjauhkan diri".Dari segi istilah pula merujuk kepada orang yang memisahkan diri daripada mazhab asalnya.

Mazhab Mu’tazilah diasaskan oleh Wasil bin Ata’ atau nama asalnya Abu Hudhaifal al- Ghazzal. Wasil lahir di Madinah pada tahun 700 Masihi dan meninggal dunia pada 749 Masihi. Dia merupakan seorang hamba berketurunan mawla iaitu hamba kepada suku Dabbah ( suku Makhzum, Quraisy ). Mazhab ini telah muncul di Basrah pada tahun 748 Masihi di bawah pemerintahan bani Umaiyah. Selepas kematian Wasil, mazhab ini diteruskan oleh Amru bin Ubaid yang juga berasal dari Basrah.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH Empty Re: PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH

Post  Merpati Putih Tue Dec 30, 2008 8:54 pm

BAHAGIA 2

Pembentukan mazhab ini berpunca daripada persilisihan faham antara Wasil dan gurunya, Hassan al-Basri tentang masalah orang mukmin yang melakukan dosa besar. Menurut pendapat Hassan al-Basri, jika pelaku dosa besar itu mati dan tidak sempat bertaubat, dia masih dianggap muslim tetapi muslim yang berdosa atau fasik dan akan dimasukkan ke dalam neraka kerana dosanya dan ke syurga kerana keislamannya. Wasil bin Ata’ tidak bersetuju lalu mengasingkan diri ke penjuru masjid. Di sana, dia menyebarkan pendapatnya bahawa seorang muslim yang berdosa tidak akan masuk ke dalam syurga kerana dosanya dan tidak masuk ke neraka kerana Islamnya.

Mu’tazilah dianggap golongan rasionalis kerana banyak menggunakan akal, hinggakan yang berkaitan dengan hukum dan akidah. Mereka telah mengutamakan peranan akal lebih daripada al-Quran dan Sunnah. Mereka tidak mempercayai peristiwa Isra’ dan Mikraj dan seksa kubur walaupun telah dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis. Golongan ini juga menggelar diri mereka sebagai Ahl al-Tawhid wa al-'Adl (golongan tauhid dan keadilan Tuhan) berdasarkan ideologi yang mereka perjuangkan di antaranya mahukan sistem Islam berdasarkan akal. Mereka juga dilabel sebagai golongan free will dan free act, kerana mereka berpegang kepada prinsip kebebasan melakukan sesuatu.

Idea pemikiran rasional ini berkembang dengan pesatnya pada zaman pemerintahan khalifah al-Ma’mun, al-Mu’tasim dan al-Wathiq. Pada ketika itu, aktiviti peterjemahan buku Yunani giat dilakukan dan akhirnya mereka sendiri yang terpengaruh dengan idea-idea falsafah tersebut. Terutamanya ketika pemerintahan Khalifah al-Ma'mun dari dinasti Abbasiyah (198-218 H/813-833 M). Kedudukan Muktazilah semakin kukuh setelah Khalifah al Ma'mun menjadikannya sebagai mazhab rasmi negara. Hal ini dikatakan kerana Khalifah al Ma'mun sejak kecilnya dididik dalam tradisi Yunani yang gemar dengan falsafah dan ilmu pengetahuan. Ketiga-tiga khalifah tersebut dikatakan menganut mazhab Mu’tazilah malah mereka sanggup membunuh atau menyeksa sesiapa sahaja yang tidak mengakui bahawa al-Quran itu makhluk seperti yang diakui oleh golongan Mu’tazilah. Antara imam yang pernah menjadi mangsa kekejaman mereka adalah imam Ahmad bin Hambal. Ini kerana, pada zaman itulah golongan ini menerapkan pemikiran mereka secara paksa yang tercatat dalam sejarah dengan peristiwa Mihnah (fahaman bahawa al-Quran itu makhluk Allah, jadi tidak qadim. Jika al-Quran dikatakan qadim, maka akan timbul kesimpulan bahawa ada yang qadim selain Allah).
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH Empty Re: PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH

Post  Merpati Putih Tue Dec 30, 2008 8:59 pm

BAHAGIAN 3

Aliran ini penting dalam sejarah pemikiran Islam. Ia dianggap pelopor ilmu kalam. Aliran ini mempunyai lima pokok aliran iaitu ;

1. Tauhid iaitu mengenai penafian sifat Allah. Pada pandangan mereka, Allah hanya mempunyai zat dan tidak ada sifat. Allah melihat, mendengar dan berkata-kata dengan zat-Nya sahaja. Jika Allah bersifat, bermakna Dia memiliki dua oknum iaitu Allah bersifat dan Allah zat. Pendapat mereka ini menyerupai kata-kata Aristotle yang menyatakan bahawa oleh sebab Tuhan itu maha sempurna, tidaklah Dia memikirkan sesuatu yang lebih rendah selain daripada-Nya. Mereka juga berpendapat bahawa Tuhan di alam akhirat kelak tak terlihat mata manusia. Yang terjangkau mata manusia bukanlah Ia. Mereka berdalil dengan firman Allah Ta’ala: "قال رب أرنى أنظر إليك قال لن ترانى" yang bermaksud:“Maka Nabi Musa berkata: Wahai Tuhan ku perlihatkanlah kepadaku zat Mu yang Maha Suci supaya aku dapat memandang kepada Mu, Allah menjawab: Engkau tidak sekali-kali dapat melihat Ku”Mereka menafikan penglihatan itu berdasarkan kepada tafsiran mereka akan perkataan “لن” yang menafikan masa sekarang dan akan datang.

2. Konsep keadilan pula membicarakan Allah hanya melakukan yang baik-baik sahaja dan yang sempurna. Muktazilah percaya kepada free will (kebebasan manusia). Kerana bagi pendapat mereka, manusialah yang menciptakan perbuatan-perbuatannya sendiri, yang baik ataupun jelek. Atas sebab itu, manusia berhak menerima pahala mahupun dosa. Allah sama sekali bersih dari hal-hal yang jelek, aniaya dan perbuatan yang dipandang kekafiran dan maksiat. Mereka memberi alasan, jika Allah memang mencipta kezaliman bererti Dia adalah Zalim. Mereka sepakat bahawa Allah hanyalah membuat yang patut dan baik sahaja. Ini menyerupai pendapat Pluto ; Tuhan hanya bertanggungjawab terhadap soal-soal yang baik sahaja.

3. Al-Wa’d wa al-Wa’id pula bermaksud janji baik dan buruk daripada Allah. Mereka berkata bahawa seorang muslim apabila telah mati dalam keadaan taat dan bertaubat, maka dia berhak untuk mendapat pahala dan tafadhul ( kurnia Tuhan ) iaitu suatu pengertian lain di balik pahala. Manakala bagi orang Islam yang matinya dalam keadaan yang tidak sempat bertaubat, maka dia ditempatkan dalam neraka selama-lamanya Cuma seksaan mereka lebih ringan daripada orang kafir. Inilah yang mereka sebut sebagai janji dan ancaman. Secara ringkasnya, mereka berpendapat Tuhan tidak akan mungkir janji iaitu memberi pahala pada muslimin yang baik dan memberi azab seksa pada muslimin yang jahat pada hari Kiamat nanti.

4. Manzilah bain manzilatain pula bermaksud tempat di antara dua tempat iaitu syurga dan neraka. Inilah adalah perkara pokok dalam fahaman mereka yang ditimbulkan Oleh Wasil bin Ata’ sebelum dia mengasingkan diri daripada halaqahnya bersama Hassan al-Basri. Pada pendapat Wasil ibn Ata, muslim berdosa besar dan tidak bertaubat, dia bukan muslim (beriman) tetapi juga bukan kafir (tidak beriman), statusnya boleh dipanggil fasik. Mereka ini boleh dikebumikan sebagai Muslim, didoakan dan mengahwini Muslim. Hanya Tuhan yang akan menentukan di neraka mana mereka ditempatkan kerana neraka itu mempunyai banyak tingkat untuk semua golongan.Manakala Imam Hasan al-Basri pula berpendapat muslim berdosa besar masih seorang muslim sementara golongan Khawarij mengatakan mereka kafir.

5. Al-amr bil ma'ruf wa al-nahy 'an al munkar bermaksud menyeru kebaikan dan melarang kemungkaran. Menyeru kebaikan terdapat dua jenis, satu yang wajib seperti tanggangjawab agama (al-faraid) apabila seseorang meninggalkannya (dayya'aha) dan yang sunat (al-nafila) apabila seseorang meninggalkannya (tarakaha). Dan bagi melarang kemungkaran, ianya wajib kerana kemungkaran itu adalah salah (qabih). Jika boleh, melarang kemungkaran itu mestilah jalan yang tidak menyusahkan atau menjadikan kemungkaran itu tidak begitu teruk, dengan matlamat supaya kemungkaran itu tidak berlaku langsung.Tafsiran Muktazilah berbeza dengan tafsiran ulama’-ulama’ ahli as-sunnah wal-jamaa’h. Di mana muktazilah berpendapat bahawa menyuruh kepada perkara yang ma’ruf dan mencegah perkara kemungkaran mestilah dengan hati terlebih dahulu, kemudian dengan lidah, kemudian dengan tangan dan sekiranya tidak mencukupi dengan lidah dan tangan maka dengan menggunakan pedang. Mereka tidak membezakan antara yang berkuasa dengan tidak berkuasa. Mereka berdalil dengan firman Allah Ta’ala: "وإن طائفان اقتلوا فأصلحوا بينهما فإن بغت احدهما على الأخرى فقاتلوا التى تبغى حتى تفىء إلى أمر الله " yang bermaksud:"Dan jika dua puak dari orang yang beriman berperang maka damaikanlah di antara keduanya dan jika salah satu di antara keduanya berlaku zalim terhadap yang satu lagi maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah."

Meski pun Muktaziliyah tiada lagi, namun pemikiran rasionalnya sering dibahas cendekiawan muslim dan bukan muslim.

faham ke?huhu..
December 30, 2008 3:14 PM
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH Empty Salam

Post  alang Wed Dec 31, 2008 1:01 am

Salam tok. Aku harap tok dapat memberi lebih penjelasan pada aku. Aku masih lemah dalam mengenal Mazhab yg mcm tok ikuti nie.

alang

Jumlah posting : 1
Registration date : 2008-12-30

Back to top Go down

PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH Empty Re: PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH

Post  Merpati Putih Wed Dec 31, 2008 1:14 am

alang wrote:Salam tok. Aku harap tok dapat memberi lebih penjelasan pada aku. Aku masih lemah dalam mengenal Mazhab yg mcm tok ikuti nie.

salam sdr. Alang.
Ok nanti kita bincang pelan2...yang akan menjurus kepadailmu haqiqat.
Sekiranya kita berbicara dalam kamar syariat/ ma'rifat sesungguhnya kita akan nampak pertentangan demi pertentangan didalam syariat Islam itu sendiri. Alquran dikatakan mubin/terang lagi nyata, tetapi mengapa ulama'2 Arab yang fasehah/ fasih berbahasa Arab bercakaran diantara satu sama lain dalam menterjemahkan AlQuran. Apa silapnya?
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH Empty Re: PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH

Post  negro41 Wed Dec 31, 2008 5:45 am

Apabila wafatnya Rsulullah saw dunia Islam bagaikan layang2 putus tali , pertelingkahan sering berlaku dalam memilih penganti hinggakan timbulnya kata mengata hina menghina dan paling menyedehkan sampai ka tahap hilang pertimbangan kepada sanggup menerbitkan pembunuhan.
Ulamak2 timbul macam cendawan , masing2 cuba menegakan pendirian , perkara seumpama ini berlaku bukan pada Islam sahaja malah pada ugama lain pon serentak seirama jua dan iya nya berlarutan hingga ke sekarang dan paling dekat ianya berlaku dalam Blog TBS ini sendiri.
Aku tidak memfokuskan kepada apa yang berlaku pada mazahab2 yang telah lalu.Lets we discuss on currently whats is hapenning in ASWJ itself.Aku percaya kita ini lah yang dikatakan puak yang berpahaman/berittikad pada ASWJ.
Dalam amatan aku di dalam kalangan ASWJ itu sendiri terbahagi kepada tiga peringkat iaitu awam , pertenghan dan atsan.So apakah yang telah berlaku yang sedang berlaku dan akan berlaku.Ugama ini adalah satu jaringan yang anih , keanihan ini berlaku kerana kita tidak meneliti akan keanihan kewujudan kita sendiri .dari saripati tanah kepada pensenyawaan air mani kepada jadi satu anggota , berapa ramai kah yang berfikir???.
Aku tidak berharap dan aku tidak memaksa dan cuba menarik anda semua bersetuju dalam satu pemikiran .Allah menyuruh dengan keanihan yang berlaku untok berkenalan antara satu sama lain , Ya TBS kita ni bersaudara dari awal hingga kini dan selamanya dalam jaringan hakikat Laughing , perpisahan berlaku dek sebab percanggahan dalam pemikiran dan pandangan pemahaman yang sengaja dilakukan demi untok kepentingan diri sendiri.
Aku berharap kita sendiri jangan jadi hipokrit dalam menjalani hidup bermasyarakat hingga tidak paham akan Ittikad sendiri.
Hingga ke harini apa yang dikatakan berittikad ASWJ tapi masih lagi membawa kehulu kehilir kesemua ajaran mazahab2 yang lalu.Aku ada bertanya kepada saint nicholas mengapa Qadariah , Jabariah dikatakan sesat dan tidak pula kepada ASWJ....ikuti lah apa jawapan nya dalam thread DOSA dan PAHALA.
Tetapi dithread ini aku terang2an tidak mengatakan nya iya kerana apa yang diajar tidak sama dengan apa yang diperektik kan , mereka2 semuanya itu pada pendapat aku tidak sesat kerana tidak ada satu pun yang keluar daripada Tauhid , percaya atau tidak kalian perlu amati sendri...bersambung Very Happy

negro41

Jumlah posting : 115
Registration date : 2008-11-20

Back to top Go down

PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH Empty Re: PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH

Post  mek Wed Dec 31, 2008 10:21 am

cabangnya berbeza tapi teras akarnya tetap sama Neutral Neutral

mek

Jumlah posting : 267
Registration date : 2008-11-20

Back to top Go down

PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH Empty Re: PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH

Post  Merpati Putih Sat Jan 10, 2009 9:29 am

mek wrote:cabangnya berbeza tapi teras akarnya tetap sama Neutral Neutral

Kerja baik2, hadapi jer mimpi2 hidup ini dengan tenang. Masaalah bukannya 'REALITI'.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH Empty Re: PERBINCANGAN MAZHAB MU"TAZLAH

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum