SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

+5
salik
farquhar
spanjunk
Merpati Putih
hamim
9 posters

Page 1 of 2 1, 2  Next

Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  hamim Sun Nov 22, 2009 9:12 am

segala2nya bermula daripada sebuah ' ideologi ' .Bangsa Manusia dibahagi-bahagikan kepada beberapa kelas yang berbeza kononnya mengikut hukum alam .Evolusi/pembaharuan telah diambil kira sebagai teras untuk terus hidup/berwujud.Konsep wahdat diserap didalam konteks ' diri ' dimana tidak memandang kepada yg ' selain dari dirinya' sendirian .Segala hukum selain alam tidak perlu lagi dipatuhi, melainkan ' hukum alam ' .Makanya lahirlah satu perlakuan/afal yg " free thinking " atau bebas .Menerokai ' ilmu kalam ' tanpa batasan . Bangsa manusia perlu berlumba sesama sendiri untuk memiliki dan tidak pernah dimiliki .Hidupnya adalah diatas ' diri ' sendiri dan tidak mempedulikan yg selain dari dirinya . Apakah pastinya bahawa alam ini TERJADI DENGAN SENDIRINYA melalui proses evolusi dari detik ke detik sehinggalah sekarang??? Komunisme juga menolak konsep " Percaya/beriman kepada yang ghaib " . Materialistik sungguh mereka2 ini!!! Memandang kepada ' kebendaan ' semata2 . Sungguh terpedaya kepada majazi2 aqliah . Banyak persamaan yg boleh kita lihat diantara " Tarekat Moden " ini dan mereka-mereka yg mengikut fahaman " Menungkah Arus " didalam beragama sendiri. Adakah berkemungkinan bahawa pelopor ideologi ini sendiri seperti Darwin, marx, engels, lenin, mao tze tong dan lain2 ( mungkin anda ) adalah para pengkaji agama
sebelum mereka sampai kepada yg mereka gelar... Puncak Haqiqat ???

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Darwinism_48

Tiada salahnya Bersyariat, Tarekat, Makrifat, mahupun Haqiqat. Tetapi... oleh kerana Nila setitik, rosak susu sebelanga sebagai ' kiasan ' bagi mereka yang ' Mabuk Aqliah ' . Mereka-mereka ini ( menuju ke puncak ) telah membuatkan masyarakat keliru dengan cara " pemikiran yang lebih kepada menungkah Arus " . Adakah benar bahawa mereka2 ini telah mencapai puncak station/maqam tertinggi sedangkan diantara perkara/fasal " Baik dan Buruk " sudah tidak dapat dibezakan lagi ???" . Inilah yang membuatkan individu itu sendiri serta masyarakat umumnya diseret kekancah ' Pertelagahan Sesama Sendiri ' . Lebih buruk lagi, golongan pemikir menungkah arus ini membuatkan masyarakat yang baharu hendak mendalami agama merasa jijik apabila mendengar tarekat, Makrifat dan Haqiqat . Perkara sebegini sebenarnya telah merosakkan imej keagamaan itu sendiri . Masyarakat akan menjadi bingung untuk menjejaki kebenaran dalam ' beragama ' . Perasaan takut akan mencengkam setiap individu yg baru hendak mendalami Teologi keagamaan . Mereka telah melihat contoh yg kurang baik di pamerkan oleh golongan yg menuju puncak ini setelah mengaku sampai kepada yang " Hakiki ".



hamim

Jumlah posting : 94
Registration date : 2009-02-01

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  Merpati Putih Mon Nov 23, 2009 11:39 am

segala2nya bermula daripada sebuah ' ideologi '.

Hidup manusia itu sendiri dicakupi oleh ideologi2 yang terancang rapi dari 'Yang Maha Penghukum'. 'Hayat' tidak dapat bebas dan lari dari 'irodat takdir'. Al Aqaliah adalah hukum yang berawal dari Illahi dan tidak mungkin memiliki kemampuan yang bersaing dengan kekuasaan 'Mutlaq'.

Kehidupan tetap memaparkan 'peperangan ideologi2' untuk kemaslahatan/ kepentingan 'hayat' itu sendiri. Dan tidak ada siapa yang untung atau rugi, kecuali terpaksa menyerah dalam setiap keadaan dalam 'permainan Ketuhanan''.

Bangsa Manusia dibahagi-bahagikan kepada beberapa kelas yang berbeza kononnya mengikut hukum alam. Evolusi/pembaharuan telah diambil kira sebagai teras untuk terus hidup/berwujud. Konsep wahdat diserap didalam konteks ' diri ' dimana tidak memandang kepada yg ' selain dari dirinya' sendirian.


Kuca kacirnya pendirian individu cuma kerana beragam2 cara fokus tentang kekuasaan disebalik 'tabir' Yang menganimasikan kelibat2 keberadaan.. Yang 'tenang' tidak mempersoalkan perihal2 yang dapat dimengertikannya sebagai 'tinta ajaib' yang tercoret dilubuk perasaannya.

Segala hukum selain alam tidak perlu lagi dipatuhi, melainkan ' hukum alam '. Makanya lahirlah satu perlakuan/afal yg " free thinking " atau bebas. Menerokai ' ilmu kalam ' tanpa batasan.


Bangsa manusia perlu berlumba sesama sendiri untuk memiliki dan tidak pernah dimiliki. Hidupnya adalah diatas ' diri ' sendiri dan tidak mempedulikan yg selain dari dirinya . Apakah pastinya bahawa alam ini TERJADI DENGAN SENDIRINYA melalui proses evolusi dari detik ke detik sehinggalah sekarang???

Sifat manusia itu sendiri adalah ia akan terus berfikir tanpa henti, ketika jaganya dari tidor.


Komunisme juga menolak konsep " Percaya/beriman kepada yang ghaib " . Materialistik sungguh mereka2 ini!!! Memandang kepada ' kebendaan ' semata2 . Sungguh terpedaya kepada majazi2/ transformasi aqliah. Banyak persamaan yg boleh kita lihat diantara " Tarekat Moden " ini dan mereka-mereka yg mengikut fahaman " Menungkah Arus " didalam beragama sendiri.

Adakah berkemungkinan bahawa pelopor ideologi ini sendiri seperti Darwin, marx, engels, lenin, mao tze tong dan lain2 ( mungkin anda ) adalah para pengkaji agama sebelum mereka sampai kepada yg mereka gelar... Puncak Haqiqat ???

Persengketaan ideologi2 ini akan terus berada 'dipasar seni keduniaan' dan sentiasa berkembang, Bahkan ini adalah kepastian sunnahtullah/ kerapian pentabiran ketuhanan, hingga individu itu faham dan kembali kepada kesyumulan tauhid.

Darwin, Marx, Hegel, Lenin, Mao Tze Tong, Buddha, Krishna, Firaun, Musa, Muhammad (saw), Isa as, Guru Nanak, Albert Einstein, Alexander Graham Bell, Alba Edison, MP, Tuan Hamim.. adalah manusia2 yang perlukan 'KEMAMPUAN KETUHANAN' disebalik daging jasad2 mereka untuk menjalankan 'keadilan dan kerapian hukum2 Tuhan'. Mereka tunduk dan patuh dipesada 'Kemahuan Illahi', mahu atau tidak mahu, sedar atau tidak sedar.

Kita2 hanyalah 'lilin2 haqiqat', yang terbakar 'dipuncak kehadiran zat yang tercinta'. Mereka2 menongkah arus untuk kebelansungan keselesaan manusia yang muncul dibelakang kelupusan2 mereka.

Apaka tidak sdr. saksikan, bahawa manusia primitif sedang berlegar2 diawangan moden, hanya kerana kerana aqaliah menongkah arus yang mereka cipta???? Dapatkan sdr nafikan????


Tiada salahnya Bersyariat, Tarekat, Makrifat, mahupun Haqiqat. Tetapi... oleh kerana Nila setitik, rosak susu sebelanga sebagai ' kiasan ' bagi mereka yang ' Mabuk Aqliah '.

Tidak ada siapa yang menyalahkan orang2 yang bertariqat, makrifat, berhaqiqat. Bahkan manusia saling memperovok sesama sendiri untuk 'membuka dan mencabar minda', agar tercernanya ilmiah dan bukannya beku kerana ikut2an. Yang tidak mahu berobah bukanlah kesalahan, dan kita juga tidak bolih menyalahkan orang yang mahu berobah, bukankah begitu?

Allah/Tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri.

AQALIAH cuma menterjemahkan kudrat dan irodat Illahi.


Mereka-mereka ini ( menuju ke puncak ) telah membuatkan masyarakat keliru dengan cara " pemikiran yang lebih kepada menungkah Arus " . Adakah benar bahawa mereka2 ini telah mencapai puncak station/maqam tertinggi sedangkan diantara perkara/fasal " Baik dan Buruk " sudah tidak dapat dibezakan lagi ???".

Mereka2 yang berfikiran jumud yang sebegini adalah penghalang kepada pencernaan ilmu untuk kesejahteraan dunia yang mendatang.

Mencapai maqam atau station cumalah satu maksud sementara dan bukan realiti, dan yang jelas manusia sebagai wadah 'tuhan' mesti terus berkecimpung dalam arus pencernaan ilmu. Dengan Ilmulah manusia dapat berbakti kepada masyarakat.

Manusia yang memikirkan tentang 'akan sesatnya', orang lain.. adalah manusia yang kecundang dan lemah pendiriannya. Mereka ini dibayangi ketakutan2, kerana takut ditohmah olih manusia2 pincang ilmu. Bahkan manusia akan sesat tanpa 'Kesesatan', kerana kesesatan2lah yang telah membimbing manusia kearah cahaya kebenaran.

Manusia yang tidak tahu kejahatan, maka ia tidak tahu kebaikan - Ibn Umar.

Tidak akan atau ada kemungkinan kuasa yang dapat menyesatkan manusia, kecuali Allah/ Tuhan.. ini puncak tauhid.

Inilah yang membuatkan individu itu sendiri serta masyarakat umumnya diseret kekancah ' Pertelagahan Sesama Sendiri ' . Lebih buruk lagi, golongan pemikir menungkah arus ini membuatkan masyarakat yang baharu hendak mendalami agama merasa jijik apabila mendengar tarekat, Makrifat dan Haqiqat.

Perkara sebegini sebenarnya telah merosakkan imej keagamaan itu sendiri . Masyarakat akan menjadi bingung untuk menjejaki kebenaran dalam ' beragama ' . Perasaan takut akan mencengkam setiap individu yg baru hendak mendalami Teologi keagamaan.

Manusia mengulangi2: '1.Perkara sebegini sebenarnya telah merosakkan imej keagamaan itu sendiri . 2. Masyarakat akan menjadi bingung untuk menjejaki kebenaran dalam ' beragama '.

Pesepsi2 kuno ini telah menutup 'ruang keindahan berfikir' (juzu'2 An Nur Illahi)

Inilah sikap2 yang mengaku 'AKU bertahid', yang telah mencelarukan pencapaian individu kepada kesyumulan Tauhid. Mengapa manusia perlu takut kerana Allah/ Tuhan itu tersangat hampir dari urat leher mereka sendiri
.

Mereka telah melihat contoh yg kurang baik di pamerkan oleh golongan yg menuju puncak ini setelah mengaku sampai kepada yang " Hakiki ".


Ini hanyalah satu kecondongan pendapat (bias) dari sebelah pihak sahaja. Pendapat ini adalah berunsur korrupt, kerana asasnya, menegakkan benang basah. Dan mungkin juga kerana cuba mempertahan harakah/ territory kehaiwanan mereka. Manusia2 ini dari kalangan fundamentalis serakah dan kerdil otaknya, kerana mereka lupa bahawa ilmu Allah/ Tuhan adalah 'luas tanpa tepian'.

Mereka2 ini sebahgian dari orang2 yang dibuntukan pemikiranya olih Allah/ Tuhan, Yang bersifat Maha Berilmu. Mereka ini tidak layak dibawa berbahas kerana ceteknya tahaf menyelongkar kepasatian.

Bila Pelastin di jajah kita marah... Persoalannya mengapa kita, wadah 'Tuhan' tidak membuat persediaan untuk mempertahankannya??
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  hamim Tue Nov 24, 2009 7:18 am

DARWINISME: SUMBER KEKEJAMAN KOMUNIS

Satu ideologi yang telah membawa penderitaan yang maha hebat kepada manusia pada abad yang penuh dengan keganasan dan kekejaman yang baru sahaja kita tinggalkan, dan merupakan ideologi paling tersebar luas di dunia, ialah tidak lain, Komunisme. Komunisme, yang mencapai kemuncaknya dengan dua orang ahli falsafah Jerman Karl Marx dan Friedrich Engels di dalam abad ke-19, telah menumpahkan begitu banyak darah di dunia ini mengatasi Nazi dan imperialis. Ia telah menyebabkan kematian kepada mereka yang tidak berdosa dan menyebarkan keganasan, ketakutan, dan kekecewaan kepada manusia. Sehingga kini apabila orang memperkatakan tentang negara-negara Tabir Besi dan Rusia, imej yang muncul ialah komuniti-komuniti yang dikuasai oleh kegelapan, kabus, dan kekecewaan, jalan-jalan kosong, kesusahan, dan ketakutan. Walau seyakin mana Komunisme dianggap telah musnah pada 1991, tetapi saki-baki yang ditinggalkannya masih wujud. Walau "seliberal" mana pun sebahagian daripada Komunis dan Marxis yang "tidak pernah menyesal", tetapi falsafah materialis, keburukan Komunisme dan Marxisme dan yang telah memesongkan manusia daripada agama dam moral, masih terus mempengaruhi manusia.

Ideologi ini yang telah menyebarkan keganasan ke setiap ceruk dunia sebenarnya telah mewakili satu idea yang berasal daripada zaman purba. Dialektik ialah satu kepercayaan bahawa semua pembangunan di alam ini meningkat hasil daripada konflik. Berdasarkan kepada kepercayaan ini Marx dan Engels telah mula menjalankan analisis sejarah dunia. Marx mendakwa bahawa sejarah manusia adalah satu konflik, di mana konflik ketika itu ialah di antara pekerja dan kapitalis, dan pekerja-pekerja ini akan bangkit dan membentuk revolusi Komunis.

Sifat yang paling menonjol dua orang pengasas Komunisme ini ialah, seperti mana materialis-materialis lain, mereka telah mencetuskan kebencian terhadap agama. Marx dan Engels sememangnya ateis dan melihat penyimpangan daripada agama sebagai inti pati pandangan Komunisme.

Tetapi Marx dan Engels kekurangan satu perkara penting: untuk menarik perhatian masyarakat umum mereka perlu memberikan ideologi mereka satu tarikan saintifik. Dan perikatan bahaya yang telah menyebabkan kepedihan, keganasan, pembunuhan yang melampau, menukarkan dua saudara kepada musuh, separatisme abad ke-20, telah berkembang pada noktah ini. Darwin telah membentangkan teori evolusinya di dalam bukunya The Origin of Species. Dan alangkah menariknya dakwaan asas yang dikemukakannya adalah penjelasan yang Marx dan Engels sedang cari. Darwin mendakwa bahawa hidupan telah berkembang hasil daripada "pertarungan untuk hidup" atau "konflik dialektik". Tambahan pula, dia menafikan ciptaan dan menolak kepercayaan-kepercayaan agama. Bagi Marx dan Engels pula ia adalah peluang yang tidak patut dilepaskan.

hamim

Jumlah posting : 94
Registration date : 2009-02-01

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty PRO dan KONTRA FILOS INSANIYAH.

Post  Merpati Putih Tue Nov 24, 2009 9:39 am

إن الإنسان حيوان ننطيق

Adalah Insan itu haiwan yang berkata2 - nukilan ulama' tauhid

Manusia, pada dasarnya, adalah spesis haiwaniyah/ mamalia yang sentiasa bertentangan ideologi (filos). kerana masing2 memiliki kemampuan fitrah naluri 'dari sebalik tabir' bagi penyesuaian diri (camouflage) disepanjang hayat2 mereka. Ide2/ filos sangat diperlukan agar kebelansungan dan ketertipan perjalanan kehidupan dapat diteruskan. Pelupusan bangsa2 (rupa manusia) perlu kepada kesenian 'Malaikat Maut', yang bertopengkan kemanusiaan.


Fokus yang menitik beratkan 'kejayaan2 dan kelemahan2' umpamanya:

Komunisme. Komunisme, yang mencapai kemuncaknya dengan dua orang ahli falsafah Jerman Karl Marx dan Friedrich Engels di dalam abad ke-19, telah menumpahkan begitu banyak darah di dunia ini mengatasi Nazi dan imperialis???

Bolihkah ide2 ini hadir dengan sendirinya tanpa berawal dari 'Yang Maha Berilmu'?????.

Filos2 dan ugama2 tidak berbeza kerana kedua2nya tetap 'wahyu' atau ilham yang terkhathir dijiwa manusia. Jiwa manusia berarus dan berurus dengan ketentuan taqdir.


Dogma2 ugama teralir dari pemikiran purba yang tercari2: 'Bagaimana aku bolih hidup?' dan 'Mengapa aku akan mati?'

Begitulah anihnya pencaturan 'Tuhan' yang bersifat AlQAHAR (Maha Pemaksa).
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  hamim Tue Nov 24, 2009 9:25 pm

Walau seyakin mana Komunisme dianggap telah musnah pada 1991, tetapi saki-baki yang ditinggalkannya masih wujud. Walau "seliberal" mana pun sebahagian daripada Komunis dan Marxis yang "tidak pernah menyesal", tetapi falsafah materialis, keburukan Komunisme dan Marxisme dan yang telah memesongkan manusia daripada agama dam moral, masih terus mempengaruhi manusia.

hamim

Jumlah posting : 94
Registration date : 2009-02-01

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  Merpati Putih Tue Nov 24, 2009 10:31 pm

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ


12:53] Dan aku tidak membebaskan diriku, karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.


وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطاً


18:28] Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ بَلْ أَتَيْنَاهُم بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ

23:71] Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.

إِنْ هِيَ إِلَّا أَسْمَاء سَمَّيْتُمُوهَا أَنتُمْ وَآبَاؤُكُم مَّا أَنزَلَ اللَّهُ بِهَا مِن سُلْطَانٍ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَمَا تَهْوَى الْأَنفُسُ وَلَقَدْ جَاءهُم مِّن رَّبِّهِمُ الْهُدَى

53:23] Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapak-bapak kamu mengadakannya; Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun untuk (menyembah) nya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka.

وَكَذَّبُوا وَاتَّبَعُوا أَهْوَاءهُمْ وَكُلُّ أَمْرٍ مُّسْتَقِرٌّ

54:3] Dan mereka berdusta (memutar belitkan) dan mengikuti hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya.

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ

89:27] Hai jiwa yang tenang.

ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً

89:28] Kembalilah kepada Tuhanmu dengan redho dan meredhoi .
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  hamim Tue Nov 24, 2009 11:26 pm

salam tok merpati...

ceritakanlah sedikit tentang golongan ' Ateis ' sekadar yg tok paham...
adakah yg tok maksudkan dengan ' Ateis murni ' itu mereka2 yg berfahaman komunisma???
kerana tok pernah mengaku yg tok adalah seorang yg berfahaman ateis bukan ke begitu tok??dari segi ilmu teologi, tok memang hebat... semua tok tahu... sudi2 kan lah kiranya....

hamim

Jumlah posting : 94
Registration date : 2009-02-01

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  Merpati Putih Wed Nov 25, 2009 12:12 am

Salam sdr. Hamim,

Sebagai seorang 'muslim ateis???', tok tidak nampak2 apa2 kesilapan dalam sunnahtullah. Perancangan rapi keTuhanan tidak memberikan tok ruang untuk berburuk sangka tentang Zat, sifat, asma', afaalNYA.

Setiap pandangan berbeza mengikut kemampuan 'Insan' bertauhid. Tok memang mengaku sebagai orang yang ta' memiliki ugama dan berTuhan, kerana keseluruhan pemilikan2 tok adalah pemilikan AR Rab secara mutlaq.

Ateis2 dimilikan/ dialatkan dengan otak2 yang berelemen cecair, darah, daging, urat saraf, yang pada dasarnya tidak mampu berfikir walau sekelumit pun. Jadi tok tidak berburuk sangka kepada mereka2 yang ateistik kerana otak2 mereka hanya diwaraskan mengikut irodat 'Ketuhanan'. Maaf, ini persepsi peribadi tok kepada ateis2.

Dan tok juga, tidak memandang remeh kepada wira2 yang menentang komunisma dan ateisma, kerana mereka juga diwaraskan untuk berperihal sedemikian, dikaitkan dengan fungsi2 keberadaan mereka2 di dunia maya.

Pada tok, tidak ada keburukan dan kebaikan kecuali pada segi kata2 sahaja. 'Kita2' cuma berada dimedan perang ideologi2, kerana kelemahan 'kemampuan melihat' kepada keEsaan Rabbul 'Izzati.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  hamim Wed Nov 25, 2009 12:41 am

akan tetapi tok...

bukan ke golongan ateis itu berawal dari ugama???
mana ada istilah " muslim Ateis " tok...
kalau dh ateis... ateis aje la....
kalau dh muslim... mengaku sajalah muslim...
macamana tok....?

jika disalah tafsirkan...
lain maksudnya tok...
kecelaruan/BIDAAH/fitnah yg timbul...


MAKSUD " MUSLIM aTEIS " ITU BAGAIMANA TOK???

hamim

Jumlah posting : 94
Registration date : 2009-02-01

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  hamim Wed Nov 25, 2009 1:01 am

Ateis2 dimilikan/ dialatkan dengan otak2 yang berelemen cecair, darah, daging, urat saraf, yang pada dasarnya tidak mampu berfikir walau sekelumit pun. Jadi tok tidak berburuk sangka kepada mereka2 yang ateistik kerana otak2 mereka hanya diwaraskan mengikut irodat 'Ketuhanan'. Maaf, ini persepsi peribadi tok kepada ateis2.

semacam " ISIM '" yang bersifat UJUB sahaja bunyi nya tok .

diharap para2 ateis yg lain juga dapat memberikan maklum balas dari maksud " Keateisan " itu sendiri.....

Dengan menolak adanya penciptaan, ia juga mengajak orang-orang menanggalkan keyakinan agama mereka dan dengan demikian berarti pula seruan untuk meninggalkan segala prinsip etika yang dapat menjadi penghalang bagi kebiadaban dalam “perjuangan untuk mempertahankan hidup.”

hamim

Jumlah posting : 94
Registration date : 2009-02-01

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  Merpati Putih Wed Nov 25, 2009 1:14 am

Setiap manusia berawal tanpa ugama = ugama fitrah

hanya ibu bapa yang menasrani, meyahudi, memajusikan. (dan tidak terkecuali mengislamkan) maksud hadis

mana ada istilah " muslim Ateis " tok...
kalau dh ateis... ateis aje la....
kalau dh muslim... mengaku sajalah muslim...
macamana tok....?

Biarkan menjadi teka - teki.

jika disalah tafsirkan...
lain maksudnya tok...
kecelaruan/BIDAAH/fitnah yg timbul...

Mmg betul!!!

MAKSUD " MUSLIM aTEIS " ITU BAGAIMANA TOK???

Matikan diri kamu sebelum kamu dimatikan??? Seorang muslim menyerahan keseluruhan hidupnya kepada yang Maha berkuasa, kerana kembali kepada ugama fitrah = KeEsaan Mutlaq Ketuhanan = Ateis.

Dan tidaklah mereka itu diperintahkan, kecuali menghambakan diri mereka kepada Allah secara ikhlas, dan milik Allah lah ugama. jd bila masanya manusia itu memiliki ugama2?

Inna solati, wanusuki, wa mahyaya, wamamati lillahi rabbil alamin.

Sesungguhnya solatku, cara perjalananku ( ugama cuma cara2 hidup???), kehidupanku, dan kematianku hanya bagi Pentadbir sekelian alam2...

pengertian alam2 ini adalah pengalaman2/ persepsi/ maya perasaan.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  Merpati Putih Wed Nov 25, 2009 2:01 am

Dengan menolak adanya penciptaan, ia juga mengajak orang-orang menanggalkan keyakinan agama mereka dan dengan demikian berarti pula seruan untuk meninggalkan segala prinsip etika yang dapat menjadi penghalang bagi kebiadaban dalam “perjuangan untuk mempertahankan hidup.”

الحمد لله على كل حال وفى كل حال ونعمة

Segala puji2an bagi Allah pada setiap hal, pada segala hal dan pada nikmat2.

Jangan lupa kepada wirid ini, yang dilafaz selepas setiap solat lima waktu.

Allah tidak menjadikan tiap2 sesuatu itu sia2.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  hamim Wed Nov 25, 2009 3:13 am

Yang mengilhami Darwin tentang hal ini adalah buku karya ekonom Inggris, Thomas Malthus: An Essay on The Principle of Population. Menurut perhitungan Malthus, jika dibiarkan, populasi manusia akan meningkat dengan sangat cepat. Jumlahnya akan berlipat dua setiap 25 tahun. Namun, persediaan makanan tidak akan bertambah pada laju yang sama. Dalam keadaan ini, manusia menghadapi bahaya kelaparan yang tiada henti.

Sejarah peradaban manusia adalah sejarah yang tidak lagi berjalan secara alamiah sebagaimana yang dirumuskan filsuf Karl Poper dalam bukunya The Open Society and It’s Enemies. Sejarah peradaban manusia adalah sejarah yang penuh luka dan air mata, akibat campur tangan
manusia binatang dalam terminologi Darwinisme sosial.

hamim

Jumlah posting : 94
Registration date : 2009-02-01

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  hamim Wed Nov 25, 2009 3:18 am

Pengikut-pengikut Marx dan Engel, yang telah menyebabkan kematian berjuta-juta manusia dan menjadi punca kepada mereka yang lain hidup di dalam kesengsaraan, ketakutan dan keganasan, telah menerima teori evolusi ini dengan amat gembira dan ghairah.

hamim

Jumlah posting : 94
Registration date : 2009-02-01

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  spanjunk Wed Nov 25, 2009 3:31 am

hamim wrote:Pengikut-pengikut Marx dan Engel, yang telah menyebabkan kematian berjuta-juta manusia dan menjadi punca kepada mereka yang lain hidup di dalam kesengsaraan, ketakutan dan keganasan, telah menerima teori evolusi ini dengan amat gembira dan ghairah.

salamunkaulanminrabbinrahim...

Game ape plak lu orang main nh....???
combat ngombet ker???
wakakakakak
wakakakaka....

abis tuhhh....
yang jadik " PENGEBOM BERANI MATI/TERRORIST "
IS THE REAL " KOMINIS MUSLIM " KER???
WAKAKAKKAKAKA...
banyak gak orang mati.....
yang salah... yang tak salah sume mati....
camner plak nh???
sapo nak jawab nh???

uikkkss!!!
lupe plak gua.....dah ade " ateis muslim " plak dh!!!!
lantak ekau la pakcik...
sume tohan nye kuasa...
wakakakakak.....

TIADA YANG MUSTAHIL DIATAS MUKA BUMI NYE....
spanjunk
spanjunk

Jumlah posting : 507
Registration date : 2009-01-18

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  Merpati Putih Wed Nov 25, 2009 9:16 am

abis tuhhh....
yang jadik " PENGEBOM BERANI MATI/TERRORIST "
IS THE REAL " KOMINIS MUSLIM " KER???
WAKAKAKKAKAKA...
banyak gak orang mati.....
yang salah... yang tak salah sume mati....
camner plak nh???
sapo nak jawab nh???

Tambah sikit!!!!!

Natural Catastrophe umpamanya:
Tsunami, ledakan gunung2 berapi,
gempabumi2, taufan2, banjir, H1N1, AIDS, Kanser..
tenggelamnya kapal Van der Virch......

Mengapa semua ini tidak kita kategorikan pembunuh2 upahan TUHAN?????
(Yang ta' berakal???)????
sebagai Komunisma dan Ateisma????

Manusia memakan kambing,
lembu, kerbau, ayam... Bukan komunisma ker?


Last edited by Merpati Putih on Wed Nov 25, 2009 9:37 am; edited 1 time in total
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  Merpati Putih Wed Nov 25, 2009 9:35 am

Yang mengilhami Darwin tentang hal ini adalah buku karya ekonom Inggris, Thomas Malthus: An Essay on The Principle of Population. Menurut perhitungan Malthus, jika dibiarkan, populasi manusia akan meningkat dengan sangat cepat. Jumlahnya akan berlipat dua setiap 25 tahun. Namun, persediaan makanan tidak akan bertambah pada laju yang sama. Dalam keadaan ini, manusia menghadapi bahaya kelaparan yang tiada henti


Maha Anih!!! Thomas Malthus mampu memikirkan tentang pembiakan manusia???? jasadnya yang bertulang belulang bersalut daging mentah.... mampukah berkhayal dengan sendirinya???
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  farquhar Wed Nov 25, 2009 7:57 pm

Merpati Putih wrote:
Yang mengilhami Darwin tentang hal ini adalah buku karya ekonom Inggris, Thomas Malthus: An Essay on The Principle of Population. Menurut perhitungan Malthus, jika dibiarkan, populasi manusia akan meningkat dengan sangat cepat. Jumlahnya akan berlipat dua setiap 25 tahun. Namun, persediaan makanan tidak akan bertambah pada laju yang sama. Dalam keadaan ini, manusia menghadapi bahaya kelaparan yang tiada henti


Maha Anih!!! Thomas Malthus mampu memikirkan tentang pembiakan manusia???? jasadnya yang bertulang belulang bersalut daging mentah.... mampukah berkhayal dengan sendirinya???

salam sifu2...

maksud tok mcmane nh???

Malthus meramal masa hadapan....
akan tetapi perasaan takut/syaitan...
merambat lurus kehatinya ataupun aqalnya....

begitu ker???
farquhar
farquhar

Jumlah posting : 116
Registration date : 2009-04-01

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  Merpati Putih Wed Nov 25, 2009 11:38 pm

sdr farquhar,

tidak anih kah manusia mampu berkhayal tentang sesuatu hal, tanpa qudrah dan irodah ketuhanan?
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  spanjunk Thu Nov 26, 2009 11:23 pm

'Anih' tu sendiri yang meng'anih'kan barangkali....
kalau takde anih???
mustahil plak kan......
sedangkan 'tiada' yang sebenarnya mustahil
ape kene mengena nya ngan " anih " kalau dh " Tiada " ???

" Aney " gua tau la...
wakakakakak....
wakakakak...
wakakaka...

Aney.... teh tari satu!!!!
gelas besarrrrrr punya.......

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " TehTarik

buih kasi lebih cikit!!!
baru buleh Mabok buih!!!
wakakakaka.....

lerrrr... apa kene mengena nya " buih " kalau dah tau asalnya " lautan "????
Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Teh%20tarik


Last edited by spanjunk on Thu Nov 26, 2009 11:28 pm; edited 1 time in total
spanjunk
spanjunk

Jumlah posting : 507
Registration date : 2009-01-18

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  hamim Fri Nov 27, 2009 10:31 am

Merpati Putih wrote:
abis tuhhh....
yang jadik " PENGEBOM BERANI MATI/TERRORIST "
IS THE REAL " KOMINIS MUSLIM " KER???
WAKAKAKKAKAKA...
banyak gak orang mati.....
yang salah... yang tak salah sume mati....
camner plak nh???
sapo nak jawab nh???

Tambah sikit!!!!!

Natural Catastrophe umpamanya:
Tsunami, ledakan gunung2 berapi,
gempabumi2, taufan2, banjir, H1N1, AIDS, Kanser..
tenggelamnya kapal Van der Virch......

Mengapa semua ini tidak kita kategorikan pembunuh2 upahan TUHAN?????
(Yang ta' berakal???)????
sebagai Komunisma dan Ateisma????

Manusia memakan kambing,
lembu, kerbau, ayam... Bukan komunisma ker?

Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme suci" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Komunisme adalah fahaman yang berkaitan dengan ekonomi, politik dan kemasyarakatan. Ia berdasarkan kebendaan semata-mata dan terbentuk hasil daripada tindak balas fahaman Kapitalisme.


Komunisme adalah ideologi berdarah yang telah menyebabkan kematian lebih dari 120 juta manusia tak berdosa di abad ke-20. Ideologi yang menjanjikan kesetaraan dan keadilan ( semua manusia bernilai sama??? nabi2... wali2... ) ini malah memunculkan pertumpahan darah, kematian, penyiksaan dan ketakutan. kebiadaban mengerikan dari paham komunisme beserta filsafat yang mendasarinya. Dari Marx hingga Lenin, Stalin, Mao maupun Pop Pot, akan Anda ketahui bagaimana filsafat kaum materialis telah merubah manusia menjadi para penggagas kekerasan dan pelaku kekejaman.

jadi tiada kaitannya dengan nafsu makan seseorang . Terpulanglah dengan apa - apa yang saudara makan . Kerana kamu adalah apa yang kamu makan.....

segala bencana alam bukankah berawal dari ma'ani sendiri....???
walaupun manusia yang mengaku dirinya tuhan pun tiada dapat berbuat apa - apa ...

MAKA... BERKUASAKAH ANDA???

Bagi Ketuhanan itu 'Rahsia', kalau dizahirkan, maka batallah Kenabian. Bagi Kenabian itu 'Rahsia'. kalau dibukakan, maka batallah ilmu. Bagi ulama'2 itu 'Rahsia', kalau mereka zahirkan, maka batallah hukum2. (Syariat, tariqat, haqiqat, ma'rifat).

MAKA BERKUASAKAH ANDA...???

[url= ] [/url]

hamim

Jumlah posting : 94
Registration date : 2009-02-01

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  Merpati Putih Fri Nov 27, 2009 12:50 pm

Kumunisma ada dimana2.. bertopeng2 malaikat maut. Kereta Kancil, kapal, proton, suzuki. honda, toyota nissan, airbus, B747, stealth.......... dengan memakai segala2 isim2.

Komunisme adalah ideologi berdarah yang telah menyebabkan kematian lebih dari 120 juta manusia tak berdosa di abad ke-20. Ideologi yang menjanjikan kesetaraan dan keadilan ( semua manusia bernilai sama??? nabi2... wali2... )

Statistik 'kematian' global.

1.78 per/saat
107 per/minute
6390 per/jam
153 ribu per/hari
56.0 juta per/tahun
3.9 billion per/hayat (70 tahun)


Kita mempersalahkan topeng2, isim2... mengapa tak kita persalahkan 'Penguasa Mutlaq kehidupan n kematian'?. 'Tauhid akan melihat kepada unsur pertama.. yang lain cuma cawang2 dan ranting2nya. 'TUHAN PATUT DIPERSALAHKAN', kerana Ialah Yang Awal, tanpa awalan, Yang Akhir.. tanpa akhiran.

Kalau kita bertanya kepada manusia2: 'Apakah anda minta dilahirkan?'. Yang jelasnya, tidak ada siapapun yang meminta dilahirkan, hatta MP, Mr Hammim, Prof. Farquhar, Sifu Spanjunk
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  hamim Fri Nov 27, 2009 2:31 pm

Dasar-dasar dan Pegagnan komunisma

Antara dasar-dasar yang menjadi pegangan dan kepercayaan komunis adalah:


Tidak percaya adanya Tuhan/pencipta dan perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin, dosa pahala dan sebagainya. Mereka menjadikan logik dan kebenaran semata-semata sebagai asas kepercayaan. Walaupun pengikut ajaran ini berbeza mengikut keadaan setempat, konsep ini tetap menjadi asas ajaran komunis. Oleh itu, komunis menentang semua fahaman beragama sekeras-kerasnya

# Menentang pemilikan harta secara perseorangan. Berbanding kapitalis, mereka berfahaman segala kemewahan dan harta benda adalah milik semua. Seseorang pemilik tidak dibenarkan memiliki harta yang melebihi daripada harta orang lain. Apabila harta itu banyak, harta itu mesti menjadi milik negara dan menjadi milik orang awam.

# Menghapuskan kelas dalam masyarakat. Tidak ada kelas antara majikan dan pekerja. Mereka sanggup meluaskan fahaman melalui kuasa politik walaupun terpaksa menggunakan senjata supaya pemerintahan negara dikuasai oleh masyarakat buruh.

# Membentuk pemikiran rakyat supaya mengabdikan diri kepada negara semata-mata. Tidak ada prinsip beribadah kepada Tuhan kerana negara dan benda adalah tuhan yang disanjung dan dipuja.

# Menafsirkan semula sejarah yang melibatkan pertarungan antara pekerja dengan majikan yang berakhir dengan kemenangan pekerja secara kekerasan.

# Berpegang pada kepercayaan tidak ada hari akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

hamim

Jumlah posting : 94
Registration date : 2009-02-01

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  farquhar Sat Nov 28, 2009 7:04 am

Kalau kita bertanya kepada manusia2: 'Apakah anda minta dilahirkan?'. Yang jelasnya, tidak ada siapapun yang meminta dilahirkan, hatta MP, Mr Hammim, Prof. Farquhar, Sifu Spanjunk

walaupun saya tidak pernah meminta... tetapi saya tetap bersyukur...
hidup ini memang indah!!!!!

Tidak percaya adanya Tuhan/pencipta dan perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin, dosa pahala dan sebagainya. Mereka menjadikan logik dan kebenaran semata-semata sebagai asas kepercayaan. Walaupun pengikut ajaran ini berbeza mengikut keadaan setempat, konsep ini tetap menjadi asas ajaran komunis. Oleh itu, komunis menentang semua fahaman beragama sekeras-kerasnya


: Who believe in the Ghaib and perform As-Salat (Iqamat-as-Salat), and spend out of what we have provided for them [i.e. give Zakat , spend on themselves, their parents, their children, their wives, etc., and also give charity to the poor and also in Allah's Cause - Jihad, etc.].


Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

albaqarah ayat 3


Bukankah " kita ini juga " adalah ghaib....
jadi kenapa mesti jadik sampai tak percaya kepada yang ghaib
" amar rabbi " itu juga termasuk kepada yang ghaib2...


Dalil naqli bagi kewujudan " sang Pencipta " adalah adanya " Alam ini "
mereka yg " tidak percaya kepada sang pencipta " mungkin menganggap diri mereka lahh " sang Pencipta "

mereka (komunis/ateis) ini memusuhi agama atau menyatukan agama???
@
farquhar
farquhar

Jumlah posting : 116
Registration date : 2009-04-01

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  Merpati Putih Sat Nov 28, 2009 10:06 am

Bukankah " kita ini juga " adalah ghaib....
jadi kenapa mesti jadik sampai tak percaya kepada yang ghaib
" amar rabbi " itu juga termasuk kepada yang ghaib2...

'Kehidupan dan kematian' adalah khayalan = Ghaib = konsep2 perasaan.
namum, hanya segelintir sahaja yang menyedarinyanya... kerana keajaiban, keunikan, kerapian 'PENCIPTA RAYA', keseluruhan 'ALAM' cuma 'ALAM QIAS/ ILLUSI AMAR RABBI'.


Komunisma n ateisma juga dicakupi 'Alam Ghaib', tanpa disedari olih para2 awam. Mereka2 adalah tangan2 ghaib beraksi dengan kesenian 'AMAR RABBI'. Jd apakah kesilapan mereka?


Bahkan ATEIS2 adalah individu2 yang yaqin kepada 'TUHAN GHAIB' yang sentiasa sebati dengan jiwa2 mereka, tanpa mencari2 lagi 'TUHAN GHAIB' yang terpisah2, seperti yang disangka2 olih kebanyakan awam.


ALLAH/ TUHAN adalah 'BERHALA' yang bersifat ghaib, yang dicipta olih Ibrahim as, dan Kuil Baitullah diabadikan olih komunis2 Arab.. untuk melalaikan 'INSAn' dari keajaiban, keunikan 'KEDIRIAN' yang sentiasa ujud pada jasadnya.

Manusia lupa akan keghaiban dirinya, kerana terkhyal dengan kenyataannya.


mereka (komunis/ateis) ini memusuhi agama atau menyatukan agama??? @

Individu yang tidak kembali kepada 'keesaan perasaan/ AMAR RABBI', maka jdlah ia individu yang sentiasa berteka-teki. jd apakah kesilapan mereka?

Andainya individu mampu menyatukan setiap persoalan kepada 'KEESAAN', maka terjawablah segala teka=teki hayat... tiada penyesalan, kerisauan.. kecuali ketenangan yang dicari menjelma tiba.

Manusia tidak pernah hidup dan tidak pernah mati... kerana ini cumalah konsep ilusi irodat dan kudrat 'KEESAAN'.
Konsep2 'kematian n ketakutan', diulangi, dicandukan agar perasaan manusia tersepit dicelah2 kebuntuan. AH! AJAIBnya Alam2 persepsi!!!
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos " Empty Re: Tarekat " komunisma , haiwaniah , filos "

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum