SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ugama2 adalah falasafah DAJJAL

3 posters

Go down

Ugama2 adalah falasafah DAJJAL Empty Ugama2 adalah falasafah DAJJAL

Post  Merpati Putih Tue Jan 04, 2011 9:59 am

Manusia saling hina menghina, berperang dan saling berbunuhan sesama sendiri hanya untuk mempertahankan hiraki ugama masing2.
Pergaduhan2 antara manusia tidak akan terhenti kecuali lenyapnya ugama2 dan ketamakan kepada 'kekuasaan menindas' keatas yang lemah..
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Ugama2 adalah falasafah DAJJAL Empty Re: Ugama2 adalah falasafah DAJJAL

Post  beruk Tue Jan 04, 2011 11:03 am

Merpati Putih wrote:
Manusia saling hina menghina, berperang dan saling berbunuhan sesama sendiri hanya untuk mempertahankan hiraki ugama masing2.
Pergaduhan2 antara manusia tidak akan terhenti kecuali lenyapnya ugama2 dan ketamakan kepada 'kekuasaan menindas' keatas yang lemah..

terdapat sebuah kitab ugama yg sarat dengan ayat-ayat memprovok dan berkecenderungan untuk mencetuskan pergaduhan dan peperangan sesama manusia..Manakala kitab dalam agama-agama lain tidak pula begitu.
beruk
beruk

Jumlah posting : 303
Registration date : 2008-12-30

Back to top Go down

Ugama2 adalah falasafah DAJJAL Empty Re: Ugama2 adalah falasafah DAJJAL

Post  salik Tue Jan 04, 2011 12:14 pm

Semuanya Berasal dari Diri kita.
Jangan pula kita salah kan kitab,Jika kita , atau keadaan diri kita yang sedang dalam keadaan marah, dan di kala itu kita membaca kitab dalam keadaan diri kita yang sedang ada sifat amarah, Maka Perkataan yang baik dari kitab itu akan kita memahaminya dengan fahaman yang Amarah.Maksudnya kita akan faham bahawa kitab itu memberi faham kearah kemarahan. Sedangkan Kitalah yang sedang Amarah.(Bukannya Kitab)

Jika kita Mendengar sesuatu bunyian dari nyanyian dari kotak radio. Sememangnya Betul suara itu keluar dari kotak radio.
Tetapi kenyataannya yang Benarnya ialah Suara itu kedengaran di Telinga Kita Sendiri yang ada pada diri kita. Jika kita Pekak maka Kita tidak Akan mendengar sesuatu.

Jika kita melihat kecantikan Bunga Bungaan,
Sememangnya bunga itu sebegitu adanya yang tidak pernah menafsirkan Apa apa tentang dirinya sendiri, Tetapi jika kita Melihat dalam keadaan DIRI KITA yang baik sangka ,dalam keadaan yang SUCI HATI atau BERSIH HATI dan Sangka Baik. Maka kita akan dapati bunga bungaan itu adalah cantik dan indah , Dan Rasa cantik itu Berada pada DIRI KITA….Bukannya Pada Bunga itu. Sementara Bungaan itu adalah Penzahiran dari Sifat cantik supaya Kita MEngenal kecantikan Yang Ada Pada Hati kita sendiri

Sebaliknya Jika kita dalam KEADAAN DIRI KITA sedang di penuhi kekotoran sangka buruk, dendam kesumat, amarah , Maka kita ini!! ,dalam masa melihat Bunga yang sememangnya cantik itu,,!!, Di ketika itu,!!, kecantikan bunga itu akan menjadi kurang cantik lagi dan peratus kecantikannya telah berkurangan atau bercampur baur.

Ini adalah kerana keadaan diri kita ketika itu sedang Bercampur baur dengan keburukan keburukan Sifat tercela kita sendiri. Tetapi jika kita terus menerus pandang dan pandang segala bunga bungan yang pelbagai dengan berlama lama dan bermesraan dengannya, maka memungkinkan akan mengubah diri kita dan tafsiran kita terhadapnya akan berubah menjadi cantik.

Begitu juga pandangan terhadap Kitab Alquran, Jika Hati kita dalam keadaan buruk sangka, kotor, dendam kesumat, bangga diri, tinggi diri, merasa aku hebat, aku lebih baik dari orang lain yang seakan tiada kesimbangan.Maka datanglah pemahaman yang tidak sepatutnya di ketika membaca terjemahannya . Bukan kerana terjemahannya yang berada di kitab itu salah. Sebaliknya DIRI KITA lah yang salah

Tetapi cuba Kita bersihkan diri kita yang zahir ini terlebih dahulu dengan Mandi HAdas Besar, mengambil wuduk , berpakaian bersih , lalu kita memegang kitab yang bertulis itu dan membacanya dengan suara yang indah , dengan tartil , perlahan lahan dan tidak gopoh serta rakus dan selalu membacanya di waktu malam yang sedang sunyi ( sunyi Luaran dan Sunyi dalaman hati juga agar tidak bercampur baur) maka lama kelamaan QALAM Yang Suci itu Yang tidak dapat di nodai oleh apa apa kekotoran itu akan MENYUCIKAN Kekotoran Hati kita sedikit demi sedikit , hari demi hari dan lama kelamaan Hati kita Akan di penuhi dengan Kesuciannya ( DISUCIKAN). Dan selepas itulah Hati kita Akan tersentuh dengan SENTUHAN ALQURAN QALAMULLAH YANG SUCI yang mana ketika itu dengan izin yang Allah , kita akan mudah memahami Maksudnya dengan baik , sedikit demi sedikit , lapisan demi lapisan . Dan Apabila Telah Mesra dengannya maka Qalam suci itu akan menjadi Sahabat setia kita kemana sahaja kita pergi, kemana sahaja kita menghadap dan menjadi kesebatian dengannya yang akhirnya Akan menjadi lebih dekat dengan yang empunya Qalam . Walaupun dikatakan Bahawa Allah Itu dekat dengan kita. Tetapi jika tidak kita merasai ianya adalah dekat, itu bermakna Berjauhan.
Sebaliknya jika kita merasai Ianya Dekat , maka maka……….Rasailah Sendiri

Oleh itu.Pada pendapat saya, adalah amat perlu untuk kita CANTIKKAN HATI KITA/DIRI KITA ( Syariat luaran dan Syariat Dalaman) agar segala padangan kita Lahir dan batin menjadi cantik serta indah dan mampu senyum dengan sepuasnya dalam keadaan yang Lapang sebagaimana Lautan yang tak bertepi.



salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

Ugama2 adalah falasafah DAJJAL Empty Re: Ugama2 adalah falasafah DAJJAL

Post  salik Tue Jan 04, 2011 1:22 pm

Cuba kita lihat dengan baik akan kenyataan ini.
Kita (A) melepaskan kata kata kepada seseorang contohnya si (B)
Lalu selepas kita melontarkan kata kata itu kemudian kita di marahi oleh (B). kita di balasai oleh si B dengan kata kata yang menyakitkan hati kita dan si B telah memarahi kita atau berkata kasar dengan kita.
Kebiasaannya kita akan Memarahai kembali si B kerana telah berkata tidak baik terhadap kita.

Tetapi cuba kita selidiki kembali Diri kita semasa kita berkata terhadap si B, Cuba kita berkata kembali dengan Nada yang sama dan kata kata yang sama seperti awalannya tetapi masa ini!!! Semasa Kita mengulangi ini!!! …Kita berkata !!!dan kita sendiri yang mendengar dengan telinga kita sendiri yang dekat dengan mulut kita ini akan kata kata kita ini , lalu kita merasainya dan menilainya, Apakah kata kata kita ini menyakitkan diri kita sendiri , atau kata kata kita ini adalah tidak sepatutnya di perkatakan , atau kata kata yang kita dengar sendiri ini adalah bernada kasar, bengis, memarahi dan sebagainya.

Jika Kita sendiri setelah mendengar kata kata kita sendiri dan menilai Akan kata kata kita ini adalah kasar, tidak baik, menyakitkan dan sebagainya.
Maka Adalah selayaknya lah kita di Marahi orang lain apabila kita berkata sebegitu terhadap orang lain.
Ini kerana kita dan orang lain itu( SI B) adalah sama.Apa yang kita rasakan, juga akan di rasai oleh Si B itu.

Dari itu, Adalah lebih baik kita didik diri kita sendiri , dan sentiasa Melihat diri kita sendiri,keburukan diri serta menilai diri kita sendiri terlebih dahulu , sebelum menilai orang lain. Kerana Apa yang datang dari orang lain itu , adalah Sebenarnya dari Diri kita.(Cermin)

Cuba kita mendatangi dengan senyuman terhadap orang yang sedang Masam mukanya.
Maka kita akan dapati orang yang sedang masam itu berubah menjadi Senyuman.

Dari itu, diri kita ini Senyum senyumlah lah selalu , supaya Kita sentiasa melihat senyuman dari Orang lain…….
( Sampai nampak gigi geraham macam gambar tok batin sedang gosok gigi tuh pun tak per )

Itu lah Sedekah Yang Ghaib , Ghaib pada kenyataan ( Kenyataan Hakikat Ghaib)

Dan ini Adalah bukan Falsafah,,,,TEtapi KENYATAAN Very Happy
Dan kentaaan inilah yang di katakan Ahli Falsafah Bahawa KITA BERKATA KATA DENGAN DIRI KITA SENDIRI
Walaupun kita berkata kata dengan orang lain.

Seperti itulah Juga Agama, Dan Menceritakan tentang Agama.
Jika kita bercerita tentang Agama dalam keadaan diri Kita Yang Berbudiperkerti Murni.
Maka kita /orang lain Akan melihat bahawa Agama Adalah Murni ( Yang sememangnya Murni)
Dan Jika kita MEMBACA buku buku / kitab kitab Agama dalam keadaan diri kita Yang Murni,
Maka Kita Akan dapati Bahawa Agama membawa kepada kehidupan yang Murni serta Bersih Suci.
Dan Agama Yang Di Redhai Adalah Islam

DAN TELAH DI KHABARKAN BAHAWA ANDAI BAIK QALBU KU MAKA BAIKLAH KESELUHURUHAN.
DIRI KU SENDIRI DAN SELURUH ALAM JAGAT RAYA INI AKAN KELIHATAN BAIK DALAM PANDANGAN KU


SANGKA BAIK SENTIASA
Very Happy
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

Ugama2 adalah falasafah DAJJAL Empty Re: Ugama2 adalah falasafah DAJJAL

Post  beruk Tue Jan 04, 2011 9:31 pm

harus berpijak di bumi nyata..yang hitam harus dikata hitam, yang putih harus dikata putih..sangkaan tetap sangkaan tidak mungkin akan bertukar menjadi kenyataan.
beruk
beruk

Jumlah posting : 303
Registration date : 2008-12-30

Back to top Go down

Ugama2 adalah falasafah DAJJAL Empty Re: Ugama2 adalah falasafah DAJJAL

Post  salik Tue Jan 04, 2011 11:57 pm

erm..Najis tetap najis dan tidak akan bertukar menjadi suci.
Air lautan tetap Air lautan dan tidak akan bertukar menjadi najis kerana kekuatan keluasannya.

Tetapi Najis yang di masukkan di lautan akan hilang lenyap bersama kesebatian Air lautan,
kenajisan najis tadi tidak memberi bekas kepada Lautan sedangkan kesucian lautan tetap terpelihara.

Lautan itu adalah sangka Baik. Very Happy

Orang Yang berBuruk sangka akan merasa jijik serta menjauhi dan memandang hina kepada najis lembu yang keHitaman, pekat serta berbau
Sebaliknya orang yang baik sangka akan mendekatinya mengumpulkannya dan dikurniakan ilham agar menjadikan Baja sayuran.
Dan hasil sayuran yang segar dan cantik itu di berikan,!!di jualkan!! kepada orang yang berburuk sangka untuk memakannya bagi munafaat kan kesihatannya.
Jika ini di ketahui oleh orang yang buruk sangka,,,,,,Bagaimana pula agaknya sangkaannya terhadap sayuran.
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

Ugama2 adalah falasafah DAJJAL Empty Re: Ugama2 adalah falasafah DAJJAL

Post  beruk Wed Jan 05, 2011 9:58 am

contoh-contoh diberikan lebih sesuai dikatogerikan sbg bersangkaan benar atau menilai sesuatu dr sudut yg nyata bukan bersangka buruk mahupun baik.. Very Happy Very Happy Cool Cool
beruk
beruk

Jumlah posting : 303
Registration date : 2008-12-30

Back to top Go down

Ugama2 adalah falasafah DAJJAL Empty Re: Ugama2 adalah falasafah DAJJAL

Post  Merpati Putih Wed Jan 05, 2011 10:33 am

sdr salik.

Maka 'putuskanlah' @ istiqamah @ sentiasa bersifat 'PERASANGKA BAIK' terhadap setiap keadaan dan kejadian. Dan jgn anda kecualikan berperasangka baik' sikap2 'menongkah arus' sikungkalikung, siberuk, syaitan2, dajjjal2, komunisma, marx, ateis, bush... dan lain2nya... kerana keseluruhan keberadaan adalah liputan2 'LAUTAN'.

Perbahasan membutuhkan pro n kontra, MEMPERSALAHKAN dan MEMBENARKAN bersifat 'KEMESTIAN' dlm menjangkau 'KEPASTIAN' bukanlah kerana untuk menonjolkan EGO.

TIdak ada yg silap2.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Ugama2 adalah falasafah DAJJAL Empty Re: Ugama2 adalah falasafah DAJJAL

Post  Merpati Putih Wed Jan 05, 2011 10:49 am

Sangggahan demi sanggahan bukan bererti:

engkau betol, aku salah
engkau salah, aku betol
engkau baik, aku hina
aku baik, engkau hina...
engkau tolol, aku bijak
aku bijak, engko tolol.


CUMA SEKADAR PERPAHASAN....pantulan2 buah fikir... saja2 melayan kebosanan.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Ugama2 adalah falasafah DAJJAL Empty Re: Ugama2 adalah falasafah DAJJAL

Post  salik Wed Jan 05, 2011 11:19 am

Merpati Putih wrote:Sangggahan demi sanggahan bukan bererti:

engkau betol, aku salah
engkau salah, aku betol
engkau baik, aku hina
aku baik, engkau hina...
engkau tolol, aku bijak
aku bijak, engko tolol.


CUMA SEKADAR PERPAHASAN....pantulan2 buah fikir... saja2 melayan kebosanan.
sama lah tu.
Sekadar sana jawab sini jawab , sana kata sini kata, sana sini sama saja. Very Happy Laughing
Berlaku sesuatu adalah seperti di perlakukan.
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

Ugama2 adalah falasafah DAJJAL Empty Re: Ugama2 adalah falasafah DAJJAL

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum