SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Minda Oh!!! Mindaku. 10

Go down

Minda Oh!!! Mindaku. 10 Empty Minda Oh!!! Mindaku. 10

Post  Merpati Putih Fri Dec 25, 2009 2:38 pm




Sifat muhadas Ketuhanan ialah dari tiada diadakan', kemudian 'ditiadakan' kerana keseluruhannya hanya ujud bayang2 sifat. Maka berubah2 dan lenyap pada segi bentuk , sifat , kelakuan, dan juga nama dan tetap pada zatNya
.

Fana’ Ain yaitu seperti bahawa dipandang dengan mata otak /hati/ ruhani/ tapak pengetahuan/ mata ilmu,bahawa diri makhluk/ gurisan2 otak... semuanya hilang/lenyap/karam.

Fana’ AlHaq itu seperti memandang bahawa segala makhluk/ gurisan pada otak itu sebenar2nya tiada , kerana tiada baginya ujud haqiqat

Tatkala ujud itu Tunggal/Esa!!! apakah ada tambahan?

Tiada yang dapat mecegah sampai kepada Ketuhanan melainkan sifat 'makhur' Ketuhanan itu sendiriNya. Tiada zarah dari ujud yang tertegah sampai kepada KetuhananNya kerana ujud adalah ‘Ayan/ Zohir ZatNya

Erti Qahar itu ialah sifat yang menghijab, menutupi, mencelarukan, merahsiai, mengerasi, mutasyabihat, menyihir, menqahar, mendindingi, mentajjaliatkan kepada kelibat2 keberadaan, majaz tipuan menyembunyikan mengelirukan membolakbalikkan kesamaran dusta watas hijab tutup barzahun rahsia tidak menyatakan yang sebenar2nya apa yang patut diketahui olih Insan

Umpamanya mengunakan qiasan2/ perumpamaan yang metaphoric, abstrak, yang memanjangkan fikiran pada mencari keputusan/ ketepatan / kepastian/ kebenaran

Maka sangatlah rumitnya menjangkau pengertian bagi merumus yang pasti, kerana ujudnya sifat2 halangan/ qahar/ hijab, melainkan menyingkirkan pekara2 yang merumitkan perjalan ini. Ini pun sekiranya berkehendak zat Illahiyat kepada menembusi/ melangkau/ melantasi/ mengetahui secara pasti/ yaqin serta jelas kearah kepastian.

Sekiranya halangan2 ini sungguh2 tiada, maka tidaklah bersusah payah pada membuang masa pada perjalanan/ suluk.

Ilmu2/ khotir/ khotif/ gurisan yang terlakar pada minda adalah batu2 loncatan kepenerobosan Alam AlMalakut/ Alam conscious/ Alam kesedaran

Bahawasanya, setiap noktah ilmu yang diceduk melalui pancaindera yang lima atau longkang2 sampah ilmu/ al-ma’lummat as-sufla, adalah keseluruhannya bersifat dedalu/ menumpang dipersada minda.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum