SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SUDUT ALQURAN

+18
rodziramli
shazlida
prime
kungkalikung
salik
y
hamim
spanjunk
zulfaqar
T R I N I T Y
zali
ferolled
Assalamualaikum
tok janggut
mek
beruk
negro41
Merpati Putih
22 posters

Page 8 of 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  salik Thu Apr 09, 2009 11:32 pm

Memahami Allah Subhanahuwata’ala Dan Tuhan Yang Kita Kenali
Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, marilah kita sama-sama bermuhasabah serta membuat renungan dengan mata hati kita serta akal fikiran yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita supaya kita tidak terjebak kepada bahaya syirik dan kemurkaan Allah dengan cara yang tidak kita sedari samada dengan hati, perbuatan atau perkataan.

Sesungguhnya Allah s.w.t. itu adalah Maha Esa lagi Tunggal dan Dia mempunyai nama-namaNya Yang Maha Terpuji. Oleh itu panggil dan serulah akan nama-namaNya Yang Maha Terpuji sebagaimana yang disebutkan didalam Al-Quran. Masyarakat melayu khususnya memang telah sebati dengan kefahaman dan anggapan bahawa Allah itu adalah tuhan dan tuhan itu Allah.

Ketika berdoa mereka akan menambah doa mereka dengan menyebut (contoh): ‘ Ya Allah Ya tuhanku..’ Persoalannya disini adakah layak untuk kita menganggap Allah itu adalah tuhan dan dari manakah punca serta asal perkataan tuhan..? Adakah kita menjadikan alasan bahawa nenek moyang kita sejak dari dahulu telah menggunakannya maka kita terus mewarisi kepercayaan itu tanpa kita mempunyai pengetahuan yang sebenar tentangnya ? Tahukah kita akan maksud sebenar dan perbezaan antara perkataan ‘tuhan’ ‘ Robb’ dan ‘Ilah’ yang selalu kita temui didalam terjemahan Al-Quran serta kitab-kitab agama yang kita baca? Selama ini mungkin kita memahami ketiga-tiga perkataan tersebut dengan satu maksud iaitu ‘tuhan’ (sebutan yang digunakan oleh bangsa Melayu sahaja ) sedangkan sebenarnya tidak ada perkataan Arab yang boleh merujuk kepada perkataan‘tuhan’. Para Nabi dan Para Rasul yang diutus oleh Allah adalah dari kalangan bangsa arab dan Al-Quran juga telah diturunkan oleh Allah didalam bahasa arab .
Firman Allah s.w.t.:

Dan Demi Sesungguhnya Kami Mengetahui, Bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " sebenarnya Dia diajar oleh seorang manusia". (padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu adalah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa arab yang fasih nyata. ( Surah An-Nahl – ayat 103 )
.
Al-Quran telah menyebutkan bahawa Robb atau Ilah yang merupakan bahasa arab itulah yang selayaknya panggilan untuk Allah. Kita mengambil contoh, sejak dari zaman Nabi Adam hinggalah ke hari ini perkataan ‘Nabi’ itu adalah tetap disebut sebagai ‘Nabi’ juga tanpa ada kata ganti yang lain baginya. Mengapakah bagi nama Allah dengan sengaja kita ( bangsa melayu ) mengadakan satu ganti nama yang lain pula dengan menyebut perkataan ‘tuhan’ itu ? Kita sebenarnya amat tidak layak untuk memberikan kata ganti bagi nama Allah melainkan perkataan Robb atau Ilah saja sebagai kata ganti bagi merujuk kepada Allah seperti yang telah dijelaskan didalam Al Quran .


Nama Allah hendaklah kekal dan perlu sentiasa disebut sebagai Allah kerana ia merupakan sebuah nama khas yang bersifat ‘universal’ ( sejagat ) yang telah diwahyukan oleh Allah melalui para Rasul dan telah diketahui secara menyeluruh oleh seluruh umat Islam di dunia ini.Selain dari bangsa melayu mereka tidak akan faham jika kita menyebut perkataan tuhan dan mereka juga tidak perlu untuk menyebut perkataan tersebut kerana ia bukan satu tuntutan ( tiada hukum yang mewajibkan untuk menyebutnya ) kerana hanya nama Allah yang dituntut untuk disebut oleh seluruh umat Islam.Kita boleh mengambil contoh dengan bertanya kepada umat Islam berbangsa asing ataupun penjual karpet yang berbangsa Pakistan yang ada didalam negara kita ini tahukah mereka siapa itu tuhan, mereka akan menggelengkan kepala tidak tahu, tetapi apabila disebut nama Allah mereka akan kenal dan sedia mengetahui. Oleh yang demikian umat Islam di Malaysia hendaklah memahami hanya nama Allah yang perlu disebut kerana Allah adalah pencipta kita dan sebagai ‘ TUAN ’ (bukan tuhan) yang empunya kepada seluruh alam ini termasuklah berbagai bangsa yang ada diatas muka bumi ini dimana mereka hanya menyebut hanya nama yang satu iaitu Allah. Definasi Tuhan adalah berbeza dan sangat bertentangan dengan kesucian Zat Allah s.w.t. yang maha tunggal berdasarkan fakta yang akan dikemukakan dibawah .

Dua Fakta Tentang Asal Usul Perkataan Tuhan

Pertama :-
Didalam majalah Tiara kajian Alif Danya Munsyi, asal usul perkataan tuhan hanyalah ‘pelesetan’ dari kata Tuan dimana ia berpunca dari seorang Belanda yang telah tersalah sebut perkataan ‘Tuan’ Kepada tuhan. Paulus yang berasal dari Turki telah memanggil Isa Al-Masih dengan panggilan ‘Tuan’. Pada setiap akhir suratnya, Paulus selalu menyebut Isa Al-Masih sebagai Tuan: ‘Semoga rahmat Isa Al-Masih Tuan kita menyertai roh kita.’

Ketika tulisan surat tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, ia dimulakan pada tahun 1663 oleh seorang yang berbangsa Portugis bernama Browerius.Pada ketika itu gelaran bagi Isa Al-Masih masih lagi Tuan, tetapi ketika orang Belanda bernama Leijdecker pada tahun 1678 menterjemahkan surat-surat Paulus itu, sebutan Tuan telah berubah menjadi tuhan. Dengan kata lain, Leijdecker yang pertama kali menulis perkataan Tuhan.
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  salik Thu Apr 09, 2009 11:34 pm

Dengan demikian, dapat difahami bahwa perkataan tuhan masuk kedalam bahasa Indonesia sebagai pengaruh teologi agama ( kristian ) pada mulanya hanyalah sebagai 'pelesetan' atau 'salah tulis' oleh seorang Belanda, tapi selanjutnya dibakukan sebagai perkataan baru yang disejajarkan dengan kata ‘Ilah’ dan ‘Robb’ dalam bahasa Arab. Kerana itulah dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia, W.J.S. Poerwadarminta (seorang Katolik) tidak memberikan keterangan apa pun tentang kata Tuhan, kecuali menyamakannya dengan Allah!

Kedua :-

Perkataan tuhan juga berasal daripada bahasa sanskrit iaitu bahasa kuno yang di gunakan oleh agama Hindu di Indonesia. Ini disebabkan agama Hindu adalah yang terawal masuk ke Indonesia juga di Malaysia sebelum berkembangnya agama Islam di dua negara tersebut. Penganut agama Hindu beranggapan bahawa sesuatu yang berkuasa seperti dewa-dewa mereka itu sebagai tuhan.Kesan dari pengaruh agama Hindu yang ada pada masa itu atau melalui bekas penganutnya yang memeluk Islam Allah yang maha berkuasa itu juga telah dianggap sebagai tuhan. Bahasa Melayu adalah bahasa pinjaman atau ikut-ikutan, dimana Bahasa Melayu sebenarnya hanya mempunyai tiga perkataan yang asal atau asli iaitu ‘batu’, ‘kayu’ dan ‘padi’. Ini bermakna bahawa perkataan tuhan juga adalah bahasa pinjaman daripada bahasa sanskrit yang digunakan oleh penganut Hindu dan mempunyai maksud yang sangat bertentangan dengan keesaan Allah iaitu tu bermakna Kepala dan han pula bermakna Dewa ( Kepala Dewa) yang mana, dewa adalah sembahan kepada penganut agama Hindu. Jika merujuk makna tuhan seperti yang terdapat didalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi keempat (2005) diantara maksud tuhan juga disebut sebagai Dewa berkepala Dua .

Wahai kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, kita hendaklah menyedari bahawa pengedaran kitab suci Al-Quran yang mempunyai terjemahan ke dalam bahasa melayu di negara kita pada awalnya banyak diterbitkan dan dicetak dari Negara Indonesia. Kita orang melayu yang beragama Islam di Malaysia hanya mengikut dan menukarkannya daripada bahasa Indonesia kepada bahasa Malaysia. Sedangkan ada perkataan melayu seperti perkataan tuhan itu tidak ada maknanya untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Tidak menjadi masalah jika kita berdoa didalam bahasa arab tetapi jika kita berdoa didalam bahasa melayu kita hendaklah lebih berhati-hati supaya kita tidak tersalah tujuan kerana mengungkapkan perkataan yang salah.Tidak perlulah kita menggunakan perkataan tuhan lagi ketika berdoa, cukuplah dengan berkata contohnya: ’Ya Allah wahai penciptaku...’.ataupun gunakanlah 99 namaNya yang maha terpuji seperti yang terkandungg didalam al Quran kerana yang demikian itu adalah tuntutan yang sebenarnya.

‘Robb’.
Robb adalah daripada perkataan arab yang terkandung didalam Al-Quran. ‘Robb’ itu adalah sifat Allah sebagai Al-Khaliq iaitu sifat Allah yang Maha Pencipta, Pendidik dan Pengatur bagi alam semesta ini. Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “Allah adalah pencipta Adam lalu Allah mendidik Adam dan Allah jualah yang mengatur kehidupan Adam”. Oleh itu “Robb” tidak boleh diberi makna sebagai tuhan seperti yang terdapat didalam terjemahan Al-Quran yang ada kini kerana terjemahan perkataan tuhan itu sebagaimana yang telah dijelaskan diatas mempunyai maksud yang sangat tidak baik kepada Allah.. Pengertian Robb telah disalah ertikan oleh golongan terdahulu dan diantara kesalahan penggunaan perkataan Robb yang perlu diperbetulkan sebagai contoh adalah ketika kita berdoa :- “Ya Allah, Ya Robbi” apabila ditukar kepada bahasa Melayu ia hendaklah bermaksud, “Ya Allah, Wahai Penciptaku, Pendidikku, Pengaturku”, bukan ‘Ya Allah Ya tuhanku’.

’Ilah’.

Salah satu perkara fundamental yang berkait dengan aqidah seorang muslim dalam mentauhidkan Allah ialah pengertian Dua Kalimah Syahadah. Didalam ucapan kalimat Laa ilaaha ill-Allah itu terdapat kata Ilah yang seringkali diterjemah dengan perkataan tuhan. Padahal terjemahan itu tidak terlalu menjelaskan makna Ilah tersebut. Dalam bahasa arab ‘Ilah’ itu mengandungi maksud yang lebih tepat dengan tiga makna mendasar yakni (1) mahbuub (yang dicintai), (2) matbuu’ (yang dipatuhi/ditaati) dan (3) marhuub (yang ditakuti). Maka daripada makna tersebut mengandungi erti “ Aku naik saksi bahawa tidak ada yang kucintai, lalu kupatuhi dan kutakuti selain daripada Allah”.

Selain itu di dalam pengajian ilmu tauhid selama ini kita juga telah diajar bahawa sifat 20 itu sebagai Sifat ketuhanan sedangkan sepatutnya kita memahaminya sebagai Sifat Allah / Sifat Pencipta ( Al-Khaliq ) bukan sifat ketuhanan. Wahdaniah adalah antara sifat Allah yang terkandung didalam sifat 20 yang wajib bagi Allah dimana ia menjelaskan bahawa Allah itu tunggal tidak berbilang-bilang.Perkataan tuhan apabila disebut sebenarnya menjadi terlalu umum dan tidak merujuk terus kepada Allah kerana disana ada tuhan Hindu, tuhan Buddha, tuhan Kristian dan bermacam-macam lagi kerana sememangnya tuhan itu sifatnya adalah berbilang-bilang.Adalah tidak wajar untuk mengaitkan Allah dengan sifat ketuhanan kerana terdapat banyak tuhan yang hendak dikenalpasti sedangkan pada hakikatnya hanya Zat dan Sifat Allah Taala sendirian yang wujud dan hanya Allah sahaja pengatur serta pentadbir alam ini tidak ada yang lain.Biarlah hanya orang-orang bukan Islam atau yang musyrik saja terus dengan anggapan dan kepercayaan mereka untuk menyebut dan mempunyai tuhan-tuhan.Umat Islam hanya perlu menyebut nama Allah Yang Maha Esa secara mutlak ( sebagai Pencipta / Robb / Ilah kita ) dimana ucapan kita tidak akan sama seperti mereka ( tidak perlu ada tuhan) sebagai membezakan ketunggalan dan keesaan Allah yang tidak boleh disamakan atau ada perbandingan bagiNya dengan sesuatu juapun. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan.

Setelah kita mengetahui akan hakikat perkataan tuhan itu, bermula dari saat ini marilah kita memperbanyakkan menyebut nama Allah s.w.t. atau nama-nama-Nya didalam Asmaul-Husna samada didalam kehidupan seharian atau ketika beribadah kerana itulah nama sebenar bagiNya yang layak untuk dipanggil. Janganlah lagi kita menganggap tuhan itu adalah Allah kerana tuhan itu bukan nama ataupun gelaran bagi Allah sebagaimana sangkaan ataupun anggapan umat Islam yang berbangsa melayu selama ini.Jika kita berdoa dengan mengungkapkan perkataan Tuhan sebenarnya seolah-olah kita telah tersilap alamat untuk menyampaikan hajat kita ke destinasinya yang betul menyebabkan doa kita tergantung atau lambat dimakbulkan kerana kita telah menambah nama yang bukan nama Allah berserta namaNya yang mulia.Kita menyangka dengan menyebut tuhan bersama nama Allah itu lebih mendekatkan lagi diri kita kepada Allah sedangkan pada hakikatnya apa yang kita sebut itu mempunyai maksud yang tidak baik sebagaimana yang telah dijelaskan tadi. Disebabkan kita tidak pernah mengkaji kita perlu akui bahawa kesilapan yang tidak kita sedari seperti ini menyebabkan kita seolah-olah tidak dihiraukan oleh Allah.Dengan sebab itu pelbagai masalah terus melanda negara kita samada politik atau sosial dan sebagainya tanpa ada jalan penyelesaiannya disamping tekanan hidup yang semakin menghimpit umat Islam dewasa ini.

Bagi umat Islam,lazimnya ketika mereka sedang sakit secara spontan mereka akan merintih dan menyebut nama “Allah..Allah..Allah..” dengan jelas dan penuh pengharapan dan tidak mungkin ada yang menyebut tuhan..tuhan..tuhan” pada ketika itu.Begitu juga apabila kita terpandang kalimah Allah di langit misalnya, sudah tentu kita akan berkata bahawa kita telah melihat kalimah Allah dan bukan kalimah tuhan tetapi mendukacitakan kerana ramai dikalangan kita yang lebih banyak dan suka menyebut perkataan tuhan berbanding menyebut nama Allah dalam perbualan seharian sedangkan sepatutnya kita bersyukur dan berbangga untuk sentiasa menyebut nama Allah.Kita membantah apabila sekumpulan penganut kristian memohon untuk menggunakan nama Allah dalam amalan agama mereka sedangkan kita sendiri lebih suka menyebut perkataan tuhan berbanding nama Allah itu sendiri. Adakah kita malu untuk menyebut nama Allah atau kita merasakan hubungan kita dengan Pencipta kita itu begitu jauh sekali? Fikirkanlah...


Mudah-mudahan apabila kita sanggup untuk melakukan perubahan dengan memperbanyakkan menyebut nama Allah akan terbukalah pintu-pintu rahmat dan kurniaan Allah kepada kita semua..insyaallah. Percayalah, bahawa kita tidak akan rugi walau sedikitpun jika kita meninggalkan dari menyebut perkataan tuhan itu tetapi kita sangat merugi jika kita tidak mahu menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya kerana hanya kepada Allah pergantungan hidup kita di dunia dan akhirat.Meskipun penggunaan perkataan tuhan ini telah sekian lama berlarutan adalah diharapkan agar para Alim Ulama, Para Cendikiawan Islam dan pihak yang berkuasa khususnya di negara kita Malaysia supaya dapat menerima serta memahami apa yang cuba disampaikan disini dengan hati yang terbuka, berlapang dada, berjiwa besar serta sentiasa bersandar kepada hidayah Allah dalam mencari kebenaran seterusnya bersama memainkan peranan yang penting untuk menyampaikannya pula kepada seluruh umat Islam dalam memperbetulkan kekeliruan kita selama ini. Allah mempunyai nama-nama-Nya yang baik, oleh itu gunakanlah nama-nama Allah yang baik itu didalam kehidupan kita dan berdoalah sebagaimana contoh berikut :- “Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…” Bukankah indah dengan doa yang sebegini…dan janganlah kita menyebut perkataan tuhan itu lagi…

Firman Allah s.w.t.

Dan Allah mempunyai nama-namaNya yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya Dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. ( Surah Al-A’raaf, ayat 180 )

Apa yang diperjelaskan disini bagi sesetengah pihak mungkin menganggap ia hanya membabitkan soal istilah atau bahasa yang agak remeh dimana kita hanya perlu bergantung kepada apa yang kita niatkan ketika menyebutnya…Tugas kami hanya menyampaikan dan menjelaskan semata-mata kerana Allah. Sedari dan yakinlah bahawa, diatas dunia ini mungkin ia dipandang remeh tetapi kita bimbang jika ia menjadi suatu yang sangat berat setelah kita berhadapan dengan Allah di akhirat kelak kerana salah satu perkara yang boleh menjejaskan iman dan akidah kita disisi Allah adalah melalui perkataan.Walaupun kalimah Laa ilaha illallah itu ringan dibibir tetapi timbangannya adalah lebih berat dari dunia dan seisinya! Fahamilah ia..

Sebagai penutup ingatlah wahai kaum muslimin dan muslimat yang dikasihi, bagi mereka yang merenung dengan matahati, mereka tentu meyakini bahawa dunia ini sebenarnya telah semakin menghampiri ke penghujungnya.Samada kita sedar atau tidak, hari kebangkitan yang dijanjikan oleh Allah pasti akan terjadi secara mengejut ketika manusia asyik leka dengan urusan dunianya.Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha membersihkan nama Allah dan memperbanyakkan menyebut nama Allah didalam kehidupan kita yang berbaki ini. Tinggalkanlah sesuatu yang tidak berkaitan dan tidak dituntut ketika ingin menyebut nama Allah agar kita beroleh keredhaanNya di dunia dan akhirat. Semoga Allah menjadikan kita semua sebagai hambaNya yang sentiasa bertaubat dan diberikan keampunan.amin..Wassalam.
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  paknujum Thu Apr 09, 2009 11:48 pm

Salam perkenalan.

paknujum

Jumlah posting : 2
Registration date : 2009-04-09

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  salik Thu Apr 09, 2009 11:51 pm

KONG KALI KONG DAH JADI NUJUM LAH PULAK NIIIIII
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  T R I N I T Y Fri Apr 10, 2009 4:35 am

Selain diturunkan Alquran,...Allah menurunkan Al Furqan.
Apa dia Al Furqan tu......??
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  kungkalikung Fri Apr 10, 2009 6:27 am

AlFurqan ialah AlQuran itu sendiri yang bermakna sesuatu yang dapat membezakankan yang betul dan yang salah.

Walau bagaimanapun, setelah saya amati fikrah2 yang sdr Trinity ketengahkan, saya berpendapat sdr sedang menghadapati dilema ilmiah yang agak rumit. Saya tidak menyalahkan mana2 pehak, kerana ilmiah yang kita cuba jelaskan berpandu kepada apa yang kita pelajari dari dengar2. Untuk kesaksamaan saya berpendapat, bahawa kita harus sama2 mencari titik pertemuan agar kebenaran terserlah secara lingkup, dan bukannya telahan2.

Kita ditarbiyah mengikut sistem paksaan dari kecil hingga dewasa, dimana kita tidak bebas memilih. Kiranya saya tinggal disebuah pulau berseorangan, tanpa bertemu dengan mana2 manusia semenjak kelahiran, saya tidak akan terhukum dengan mengambil ilmu2 dari orang lain (warisan). Jesteru itu, apakah ugama saya?
kungkalikung
kungkalikung

Jumlah posting : 99
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  salik Fri Apr 10, 2009 9:52 am

"ilmu adalah hijab yang menggoda"
ilmu hanyalah kenderaan untuk sampai.
apabila telah sampai,berdiamlah bersama " yang maha mengetahui"
walaubagaimanapun tidak salah menuntut ilmu,tetapi Ingat lah akan ALLAH


Last edited by salik on Fri Apr 24, 2009 9:22 am; edited 1 time in total
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  salik Fri Apr 10, 2009 11:26 am

Wahyu Allah kepada salah seorang Nabinya
Jangan engkau jadikan di Antara aku dan engkau akan seorang yang berilmu , yang mendindingkan engkau dengan kemabukkannya dari mencintai Aku !
mereka orang orang perampuk terhadap hamba hamba ku yang murid murid. Minta tollonglah kepada meningalkan nafsu shahwat dengan berketerusan puasa! Bahawa kecintaan Ku bagi puasa itu keterusannya.

jikalau diketahui oleh orang yang membelakangi Aku, bagaimana penungguanku kepada mereka, Kasih sayangku dengan mereka dan rinduku kepada ditinggalkan oleh mereka akan segala perbuatan maksiat, sesungguhnya mereka itu mati kerana rindu padaku. Dan terputuslah segala sambungan mereka dengan dunia dari kecintaanKu.

ini kehendak Ku pada orang orang Yang membelakangi Aku. Maka bagaimana kehendakKu pada orang Orang yang menghadap kepada Ku?


Last edited by salik on Fri Apr 24, 2009 9:20 am; edited 1 time in total
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  T R I N I T Y Fri Apr 10, 2009 11:44 am

kungkalikung wrote:
AlFurqan ialah AlQuran itu sendiri yang bermakna sesuatu yang dapat membezakankan yang betul dan yang salah.

Walau bagaimanapun, setelah saya amati fikrah2 yang sdr Trinity ketengahkan, saya berpendapat sdr sedang menghadapati dilema ilmiah yang agak rumit. Saya tidak menyalahkan mana2 pehak, kerana ilmiah yang kita cuba jelaskan berpandu kepada apa yang kita pelajari dari dengar2. Untuk kesaksamaan saya berpendapat, bahawa kita harus sama2 mencari titik pertemuan agar kebenaran terserlah secara lingkup, dan bukannya telahan2.

Kita ditarbiyah mengikut sistem paksaan dari kecil hingga dewasa, dimana kita tidak bebas memilih. Kiranya saya tinggal disebuah pulau berseorangan, tanpa bertemu dengan mana2 manusia semenjak kelahiran, saya tidak akan terhukum dengan mengambil ilmu2 dari orang lain (warisan). Jesteru itu, apakah ugama saya?

Terima kasih atas nasihat.Maka boleh le kita tukar bentuk bicara....kalau semua boleh ikut
alhamdulillah.Samada dari atas kebawah atau dari bawah keatas.Mana2 pun boleh.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  T R I N I T Y Sun Apr 19, 2009 3:47 am

Nampaknya semua dah macam berada di alam langit.Langit keberapa tak kesah le.
Dengan tajuk Alquran ne,...kita mulakan kalam2nya yg.berkaitan hal tuhan.Kerana itulah
matlamat tertinggi yg.manusia nak tau.

Setinggi mana amalan syariatnya,ilmu mantiknya,zikirnya dan Alquran itu juga tidak dapat
difahami oleh sesetengah manusia untuk memahami tentang tuhan.

Apakah tidak jelas lagi penyataan kalamnya dalam menerangkan pelbagai ilmu dan pengenalan
tentangnya.

Jika demikian pastinya ilmu dari sisinya lebih tinggi dari segala ilmu yg.telah tertulis.Ilmu yg.ditulis
juga datang dari sisinya.Namun ada ilmu yg.tidak dibenarkan menjadi kalam.Walau apa juga usaha
manusia untuk menulisnya,...mereka tidak akan berjaya.

Maka apakah subjek ilmu itu?
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  salik Sun Apr 19, 2009 10:46 pm

firman ini ku nyatakan supaya sama sama kita fikir.bukan menunjuk kepandaian.

HADIS QUDSI
Hai manusia
sesungguhnya langit berdiri tanpa tiang dengan satu nama dari nama nama ku.
tetapi kamu hai manusia,,tidak tetap iman kamu walaupun dengan seribu pengajaran dari kitab ku.
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  T R I N I T Y Thu Apr 23, 2009 7:05 pm

ALQURAN adalah karangan Muhammad. Muhammad telah mempermain2kan umat manusia dengangan teori2/ falasafah2nya untuk menundukan minda2 manusia dibawah teori dominonya dalam menguasai senario politik dunia amnya dan umat arab jahilliyah khasnya..

Kalau nak kata quran tu karangan muhammad adalah kurang tepat.Lebih baik kata muhammad
menciplak kitab Injil.Kerana Alquran itu mempunyai cerita lanjutan kitab Injil.Dalam Alquran tak
ada pun Muhammad yg.berkata,sebaliknya Allah yg.menyatakan perihal Muhammad.
Jika muhammad bukan nabi maka kesemuanya perlu disangkal.Katakanlah bahawa nabi2 tu
tak wujud dan Allah tiada.Bukan tuhan tiada.Pada naskah kitab tak dek pula nama pengarang
dan penulis.Jadi apa bukti quran itu karangan muhamad.


Manusia telah terpesona dengan senikata 'wahyu' dan janji2 balasan akhirat, yang beliau sendiri tidak dapat membuktikanya. Dan tidak ada sesiapa yang dapat membuktikan dan menyaksikan kesahihan, yang 'wahyu' ni diterima dari jibrail. Siapakah yang dapat melihat sesuatu yang ghaib/ tiada.

Kalau bukti dikehendaki setiap yg.nak tau,..tak payahlah guna perkataan beriman.Bila bukti
telah di tunjuki pada diri seseorang maka ada dua perkara saja berlaku.Nak taat atau nak mati
mengejut.Kalau berani cabarlah Allah secara peribadi dan bukan menguji jawaban orang2 yg.
beriman dengan perkara ghaib.Buat lah satu perjanjian yg.serius dengan Allah dan berjanji
padanya,...samada untuk bertaubat atau terus ingkar.Setan dah buat perjanjian untuk
mengoda sampai semua manusia habis dimatikan.Anda bila lagi.


Disinilah pintarnya Muhammad memanipulasikan kata2nya. Dan manusia yang bercita2 untuk kesinambungan selamatnya diakhirat telah terperangkap mcm kambing2 tolol.

Pastinya kata2 yang tidak berilmu dan berakal fikiran berbeza dengan keadaan mengetahui.
Kenapa tak tanya mak bapak,...apa pasal dia keluarkan kita kedunia.Lepas tu tanya dia,..
kenapa tak jaga aku sampai berilmu dan tau berfikir.Tentu jawab mak bapak,...aku pun sama
macam atok engkau gak....tak berakal.Suka momok2 kan budak2 kecik dengan hantu
jembalang dan pelbagai tahyul.Itu pun ko percaya.


Tidak ada bezanya dengan manipulasi ahli2 politik dizaman ini, dengan teoti2 yang telah mengengkang minda2 manusia, walaupun ianya merupakan satu teori mendominasi pemikiran2 orang2 dungu.

Hanya sidungu dan sibahlol jek yg.boleh diakal akalkan pasal akalnya tak idup.Kalau udara yg.
hanya dikenali dengan simbol O2
tu wujud tanpa wajah dan bentuk,..kenapa pulak nak heran kejadian2 yg.ghaib seperti cahaya
yg.boleh nampak tapi tak dapat dipegang.Kewujudan gelombang2 yg.menyalurkan imej dan
banyak lagi.Apakah itu suatu teori mendominasikan fikiran manusia.Cuba la pegang arus letrik
kalu berani.Kadang2 dawai tak dek letrik pun tak berani nak pegang,...habih cammano.


Seseorang yg.nak beriman tak akan mampu nak beriman kalu Allah tak memberi iman.Jadi
tak payah nak sikokan akal manusia dengan dakwah dengan Alquran.Cukuplah dengan niat
menyampaikan amanah.Sebab itu yg.disuruh,...jangan over acting.


Last edited by T R I N I T Y on Thu Apr 23, 2009 11:19 pm; edited 1 time in total
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  Merpati Putih Thu Apr 23, 2009 9:24 pm

SI KUNGKALIKUNG adalah 'DAJJAL' yang berwajah kucing. Tuan2 ahli forum pasti ada caranya serta dalil2 yang kukuh untuk berhujah dan membatalkan komen2nya.

Selamat berhujah sebagai orang2 yang tahqiq imannya, dan bukan dengan kaedah ikut2an.

Mari kita belasah si KUNGKALIKUNG.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  T R I N I T Y Fri Apr 24, 2009 12:42 am

Seorang yg.kuat imannya boleh mengalahkan 10 ekor DAJJAL.
Jadi kat forum ne rasanya tak sampai 10 ekor DAJJAL pun.

Jika Dajjal boleh berkata dengan kebesaran dirinya kenapa aku tak boleh
berkata dengan kebesaran kalam Allah.Sememangnya aku orang yg.berlagak
sombong,masuk bakul angkat sendiri dan macam2 persepsi boleh diandaikan.

Demi kerana DAJJAL,...peduli apa aku.Sia2 aje aku dilatih Allah sebagai tentera elitnya.
Yang aku takut ialah murka Allah jika mengabaikan tugas yg.diberi.

Yang manusia tak tahan ialah penderitaan dan seksaan.Bukan pasal takut nak mati.
Jadi...dajjal tu sikapnya suka menyeksa manusia melalui mental dan fizikal.Pelbagai
kaedah sikologi digunakan terutama orang2 yg.tak berakal dan lalai.

Bila mana umat islam lalai dan bermasaalah,..maka tenaga dan masa akan tertumpu
untuk memulihkan umat bermasaalah tu.Kerajaan buang duit kerana penaggih dadah,
kerana keruntuhan moral,kerana kemodenan ala barat dan sebagainya.

Jika aku jadi pemerintah,....penagih dadah dan arak tu,hukum buang laut jek.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  prime Fri Apr 24, 2009 8:56 pm

[quote="T R I N I T Y"]Seorang yg.kuat imannya boleh mengalahkan 10 ekor DAJJAL.
Jadi kat forum ne rasanya tak sampai 10 ekor DAJJAL pun.

Jika Dajjal boleh berkata dengan kebesaran dirinya kenapa aku tak boleh
berkata dengan kebesaran kalam Allah.Sememangnya aku orang yg.berlagak
sombong,masuk bakul angkat sendiri dan macam2 persepsi boleh diandaikan.

Demi kerana DAJJAL,...peduli apa aku.Sia2 aje aku dilatih Allah sebagai tentera elitnya.
Yang aku takut ialah murka Allah jika mengabaikan tugas yg.diberi.

Yang manusia tak tahan ialah penderitaan dan seksaan.Bukan pasal takut nak mati.
Jadi...dajjal tu sikapnya suka menyeksa manusia melalui mental dan fizikal.Pelbagai
kaedah sikologi digunakan terutama orang2 yg.tak berakal dan lalai.

Bila mana umat islam lalai dan bermasaalah,..maka tenaga dan masa akan tertumpu
untuk memulihkan umat bermasaalah tu.Kerajaan buang duit kerana penaggih dadah,
kerana keruntuhan moral,kerana kemodenan ala barat dan sebagainya.

Jika aku jadi pemerintah,....penagih dadah dan arak tu,hukum buang laut jek.[/quote]

lalu kenapa enggak dihukum aja yang membekalkannya..
jika enggak ada ' barangnya " pasti enggak ada PENAGIHNYA.....Question
bukankah Tuhan itu maha pengampun, pengasih dan penyayang...
Nabi Muhammad pun enggak pernah ajarin kita dengan kezaliman...
prime
prime

Jumlah posting : 129
Registration date : 2009-04-01

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  salik Sat Apr 25, 2009 1:15 am

Merpati Putih wrote:
SI KUNGKALIKUNG adalah 'DAJJAL' yang berwajah kucing. Tuan2 ahli forum pasti ada caranya serta dalil2 yang kukuh untuk berhujah dan membatalkan komen2nya.

Selamat berhujah sebagai orang2 yang tahqiq imannya, dan bukan dengan kaedah ikut2an.

Mari kita belasah si KUNGKALIKUNG.


7. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim. ...AL Kafhi

82. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka (Luth dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri." ...AL Araaf

3. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus....AL kautsar 108


[1606]. Maksudnya terputus di sini ialah terputus dari rahmat Allah.

Dalam riwayat dikemukakan bahwa ayat ini (S.108:3) turun berkenaan dengan al-'Ashi bin Wa'il yang berkata: "Aku membenci Muhammad." Ayat ini (S.108:3) turun sebagai penegasan bahwa orang yang membenci Rasulullah akan terputus segala kebaikannya.
(Diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bersumber dari Mujahid.)
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  T R I N I T Y Sat Apr 25, 2009 3:17 am

prime wrote:
lalu kenapa enggak dihukum aja yang membekalkannya..
jika enggak ada ' barangnya " pasti enggak ada PENAGIHNYA.....Question
bukankah Tuhan itu maha pengampun, pengasih dan penyayang...
Nabi Muhammad pun enggak pernah ajarin kita dengan kezaliman...

Ya..benar tuhan tu maha pengampun,pemaaf,pengasih dan penyayang.
Tapi sifat2 tu kepada hamba yg.macamana peraturannya dan ketentuannya.

Kalu buang kat laut dah kira baik la tu dari kena hukum gantung.

Aku teringat kisah Sd,Ali yg.menawan musuh dan ingin memenggal kepala musuh itu.
Sedang musuh ditawan,..lalu musuh itu meludah muka sd.Ali dan ia menjangka tentu
sd.Ali akan segera membunuhnya.Sebaliknya Ali menyimpan semula pedangnya.

Musuh hairan dan bertanya,...kenapa Ali tak mau membunuhnya sebaliknya menyimpan
pedang.

Jawab Ali,...jika aku bunuh kamu ketika itu,..tentu aku membunuh mu dalam keadaan
marah.Dengan sifat kebenaran itu,...maka musuh itu menerima Islam.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Satu lagi cerita,..kisah raja yg.suka berpesta dengan arak.Kisahnya pada masa sebuah
kapal yg.berlabuh dengan membawa bertong tong arak,...lalu seorang hamba memecahkan
tong2 arak dan ditinggalkan satu tong saja.

Hamba itu dihadapkan kepada raja dan raja bertanya,...kenapa tinggalkan satu tong!!

Jawabnya,..jika ia pecahkan semua,...akan menunjukkan ia mencegah kemungkaran
kerana marahnya,..maka dengan satu tong yg.tinggal adalah menunjukkan keperimanusiaannya
dan timbang rasa.Ia hanya melakukan kewajiban dengan petunjuk Allah bukan dengan nafsu
amarahnya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Dan satu lagi ceri...kisah seorang wanita yg.dihukum rejam dengan batu kerana berzina.
Lalu pelontar2 merejamnya sambil memaki hamun dan mencerca wanita tu.Lalu ditegur
oleh seseorang,....dengan berkata,....rejamlah batu tanpa mencaci dan membencinya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Demikianlah jawaban ku,....kenalah sabar jika ingin tau apakah yg.diamalkan Hidir. Very Happy
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  salik Sat Apr 25, 2009 4:04 am

wallahua'lam


Last edited by salik on Fri Sep 18, 2009 1:08 pm; edited 1 time in total
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  salik Sat Apr 25, 2009 4:25 am

191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.


Last edited by salik on Fri Sep 18, 2009 12:55 pm; edited 1 time in total
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  prime Sat Apr 25, 2009 4:53 am

T R I N I T Y wrote:
prime wrote:
lalu kenapa enggak dihukum aja yang membekalkannya..
jika enggak ada ' barangnya " pasti enggak ada PENAGIHNYA.....Question
bukankah Tuhan itu maha pengampun, pengasih dan penyayang...
Nabi Muhammad pun enggak pernah ajarin kita dengan kezaliman...

Ya..benar tuhan tu maha pengampun,pemaaf,pengasih dan penyayang.
Tapi sifat2 tu kepada hamba yg.macamana peraturannya dan ketentuannya.

Kalu buang kat laut dah kira baik la tu dari kena hukum gantung.

Aku teringat kisah Sd,Ali yg.menawan musuh dan ingin memenggal kepala musuh itu.
Sedang musuh ditawan,..lalu musuh itu meludah muka sd.Ali dan ia menjangka tentu
sd.Ali akan segera membunuhnya.Sebaliknya Ali menyimpan semula pedangnya.

Musuh hairan dan bertanya,...kenapa Ali tak mau membunuhnya sebaliknya menyimpan
pedang.

Jawab Ali,...jika aku bunuh kamu ketika itu,..tentu aku membunuh mu dalam keadaan
marah.Dengan sifat kebenaran itu,...maka musuh itu menerima Islam.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Satu lagi cerita,..kisah raja yg.suka berpesta dengan arak.Kisahnya pada masa sebuah
kapal yg.berlabuh dengan membawa bertong tong arak,...lalu seorang hamba memecahkan
tong2 arak dan ditinggalkan satu tong saja.

Hamba itu dihadapkan kepada raja dan raja bertanya,...kenapa tinggalkan satu tong!!

Jawabnya,..jika ia pecahkan semua,...akan menunjukkan ia mencegah kemungkaran
kerana marahnya,..maka dengan satu tong yg.tinggal adalah menunjukkan keperimanusiaannya
dan timbang rasa.Ia hanya melakukan kewajiban dengan petunjuk Allah bukan dengan nafsu
amarahnya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Dan satu lagi ceri...kisah seorang wanita yg.dihukum rejam dengan batu kerana berzina.
Lalu pelontar2 merejamnya sambil memaki hamun dan mencerca wanita tu.Lalu ditegur
oleh seseorang,....dengan berkata,....rejamlah batu tanpa mencaci dan membencinya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Demikianlah jawaban ku,....kenalah sabar jika ingin tau apakah yg.diamalkan Hidir. Very Happy
lalu disini jelas ya ' fungsi aqal " itu....
adakah manusia 'berdaya dan upaya' untuk menghasilkan ARAK dan DADAH itu?
mari telusuri hakikatnya....
prime
prime

Jumlah posting : 129
Registration date : 2009-04-01

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  T R I N I T Y Sat Apr 25, 2009 5:06 am

Arak juga diilhamkan Allah dari hasil peraman buah kurma.
Peringkat mula Allah melonggarkan peraturannya,menasihati dan akhirnya melarang keras.

Allah juga sudi menyatakan bahawa dalam arak itu ada sedikit kebaikan dan banyak keburukan.
Dengan dalil ini manusia ambil kesempatan menghalalkan arak bila mana ilmunya dikatakan
telah mencapai hakikat.

Jika bersedia membahaskan soal arak....sila nyatakan sedikit kebaikan yg.dikatakan itu jika
kita mengatakan telah mengetahui hakikatnya.Ini bertujuan dapat merungkai pemahaman
ajaran yg.tersilap oleh sesetengah guru hakikat sebagaimana terdapat dalam ajaran
syariat batin dan hakikat batinnya.

Kerana hari ini terdapat kejadian nikah batin dan macam2 yg.menyalahi,..jika tidak tau cara
menggunakan keadaan dan masa hukumnya.

Sebagaimana ilmu Hidir yg.diambil kesempatan oleh orang yang sebenarnya belum sampai
kefahaman.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  salik Sat Apr 25, 2009 5:23 am

ALLAH TIDAK MENJADIKAN SESUATU PUN DENGAN DIA SIA.
SESUNGGUHNYA MANUSIA MENZALIMI DIRINYA SENDIRI.

BELAJAR ILMU MENCARI RAHSIA ALLAH TANPA ZIKIR DAN AMAL
SEPERTI POHON YANG TIDAK BERBUAH.....KALAUPUN BERBUAH.....BUAHNYA BUSUK DAN MEMBERI PENCEMARAN.
PENCEMARAN YANG ALLAH CONTOHKAN SUPAYA ORANG YANG BERMATA HATI MEMIKIRKAN.

DI AKHIR ZAMAN 70000 ORANG YAHUDI DI BELAKANG"DAJJAL"

salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  salik Sat Apr 25, 2009 8:52 pm

CERITA DAH TAMAT


Last edited by salik on Fri Sep 18, 2009 12:54 pm; edited 1 time in total
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  tokbiru Fri Sep 18, 2009 2:23 am

Adakah ini kesimpulannya ;

* Sekadar merujuk kepada tajuk thread ini.

(god=human) imagination push out = quran (budaya lokal arab) bounce

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  Yuzia Fri Sep 18, 2009 9:46 am

Salam...

Saya tengok didalam posting ni semua org cuba menegakkan kebenaran masing2 dengan hujah2 yg mempunyai fakta yg boleh diterima oleh akal. Disini saya mengajak saudara semua naik semula kearah alam makrifah dimana semua adalah dari DIA tiada lain selain dari DIA...
Tok MP dan saudara Beruk dengan ilmu masing3 menolak fakta AQ dan tuan Hamim menegakkan AQ Tuan Sipanjang tak habis2 ketawa dengan ilmu dia (dok syok sendiri tu).
AQ memang datang dari AKU even semua buku/kitab (Sains,geografi, sastera, sejarah, suhuf, injil, taurat...dan macam2 ada) dari AKU jua hanya diekspresi melalui manusia (Muhammad). Macamana AKU nak menjalankan cerita (lakonan) kalau bukan melalui Muhammad berjasad kan Adam. Tengok dari mata burung jgn dari dalam tempurung.
Jangan dok bagitau yg ada pemerintah dulu yg tamak yg ubah AQ lah dan sebagai nya !!!!!! Kalau nak ubah tu pun atas arahan AKU jua.
AKU punya pasal lah AKU nak buat apa pun pasal AKU director untuk cerita ini.
Saya hanya menulis ni dengan arahan supaya siapa yg dah SAMPAI jgn lupa balik semula ke atas...tapi lantak kamu lah, yg bagi turun kebawah pun AKU jua...dialam bawah hanya untuk mejalankan cerita

Ni nak ketawa macam sipanjang wakakakakaka.........

Yuzia

Jumlah posting : 59
Registration date : 2009-07-10

Back to top Go down

SUDUT ALQURAN - Page 8 Empty Re: SUDUT ALQURAN

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 8 of 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum