99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
+14
entah
nurhaq
kungkalikung
farquhar
songkran
Kochi
agus
ferolled
Yuzia
salik
Merpati Putih
shazlida
spanjunk
sekoi
18 posters
Page 2 of 4
Page 2 of 4 • 1, 2, 3, 4
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
Jika Merpati boleh provok dan orang lain yang sudah meninggal dunia boleh kool
Mana mungkin saudara Merpati yang telah berilmu tidak akan Kool.
Mudah mudahan bukan kool dengan ilmu kool.
Tetapi Diri sebenar diri yang KOOL.
Bukan senang nak sabar jika tidak di uji.
Nak tanam cerucuk Jambatan pun perlu uji tanahnya dulu , baru dapat pacak dengan Kool.
Silakan berhujah dengan Diri Yang Ada.
Bukan Ilmu Yang Ada.
Kerana Yang lain semua Tiada,,,,Kan?????
Yang Ada Hanya Siapa??? Jasad Yang terpacul perlu di Syariatkan

sekoi- Jumlah posting : 40
Registration date : 2009-12-14
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
Dalil kelima (5)
solat seakan2 sama dengan kencing ??????? kalu 'na sesat' teruskan ler membaca... warkah2 tbs.

Merpati Putih- Admin
- Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
Dalil ketujuh (7)
Manusia2 kerdil telah banyak 'membuang masa' dengan ide2 kerohanian, ugama, tuhan, malaikat, akhirat.... Dan mereka2 ini tidak memberi sumbangan kepada kesejahteraan umat jagat. Persepsi2 ugama2 telah memporak perandakan silratulrahim sesama insan.
Penciptaan alat2 canggih yg dipelupori olih pengkaji2 yang berorientasikan saintifik, telah mencurahkan bakti2 mereka untuk kesejahteraan umat manusia. Kita2 menuduh mereka2 ini ahli duniawi yang melupakan tuhan dan akhirat, namun kita bersenang lenang dengan alat2 ciptaan2 'para2 ateis' ini, tanpa bersusah payah. Mereka2 inilah 'wadah ketuhanan' yang setiasa berbakti kepada umat. Mereka2 ini telah mencipta kapal terbang, kereta, telipon, TV, komputer, alat letrik, kuasa nuklear, kesihatan... alat2 yang didatangkan lansung dari 'TUHAN' untuk dinikmati.
Manusia2 kerdil berugama, (menjaja nama2 tuhan, malaikat, nabi, akhirat...berhala2 nyata dan ghaib) bertelagah sesama sendiri, cuba menegakkan 'cerita2 ghaib' yang tidak pernah dapat dibuktikan dari dulu sampai kini. Orang2 ini sepatutnya pakai kaldai, unta2, baju kulit binatang... jgn pakai telipon, TV, kereta2, peti sejuk....

P/S: Maaf... soklan peribadi tbs kepada tuan sekoi.
en. sekoi masih mengederai unta ato keldai untuk ketempat kerja ka????
Merpati Putih- Admin
- Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
salam utk semua..........
Saya rasa ada sesuatu yang perlu semua ketahui, apakah tanggung jawab kita sebenarnya kepada allah didunia ini, apa tujuan allah jadikan kita....satu persoalan kepada semua penulis penulis dalam ruangan ini...kita lebih byk timbulkan persoalan tentang allah tetapi tidak pernah memikirkan apakah tanggung jawab kita...adakah kita semata-mata hidup untuk menguasai ilmu untuk menunjukkan pada dunia yg kita seorang pakar pemikir tentang ilmu ketuhanan (allah)...apa pun yg pasti allah tidak mahu ilmu tuan tuan yg tinggi melangit, apa yg allah mahukan hanyalah amalan yg sampai disisi allah....firman allah...hamba aku datang pada aku ibarat dosanya sebanyak buih dilaut, tetapkan aku ampunkan, tetapi dosa syirik pasti masuk neraka. jgn kita persoalkan tentang kewujudan tuhan...jgn kita persoalkan tentang soalan kubur...jgn kita persoalkan tentang sebanyak mana pahala yg cukup untuk sampai kepada allah....ape yg mustahak, sejauh mana kita muhasabah diri kepada allah...sejauh mana hati kita bersih dari sebarang kekotoran..dan sejauh mana martabat mengikhlaskan diri kepada allah samada dalam ibadah kita, hidup kita dan mati kita...hanya semata mata kerana allah... firman allah surah yassin ayat 82 berbunyi mengakuilah kesucian allah (dgn mengucap subhanallah) allah yg memilik dan menguasai sekelian sesuatu dan segala urusan dikembalikan kepadanya..apa yg pasti adakah kita telah mengakuinya...dan apakah yg wajib sebenarnya kita mesti mengaku sebelum kita menjalankan sesuatu apapun diatas muka bumi allah ini.. jgn jadi iman kita saperti mana iman kaum kaum kafir yg sentiasa percaya adanya tuhan
( Rububiah)..dan pada tuhan itu kita menyembahnya ( uluhiyyah)...? cuma yg membezakan kita dengan kaum kaum kafir hanya semata-mata pada ibadah sahaja...?

songkran- Jumlah posting : 9
Registration date : 2010-01-02
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
P/S: Maaf... soklan peribadi tbs kepada tuan sekoi.
en. sekoi masih mengederai unta ato keldai untuk ketempat kerja ka????
Naik motosikal jepun je,,,
nape?
sekoi- Jumlah posting : 40
Registration date : 2009-12-14
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
Dalil kelapan (
Zat yang Maha Sempurna (Alkamil wal Mukamil) ta' perlu 'mengugut2' manusia:' kalau ko ta' beriman aku lemparkan keneraka, kalo ko buat baik, ku masukan kesyurga'... eh mcm sifat budak2 lak tuhan nih.
Kalo 'Dia' maha mengetahui??? apa akan jd kepada ciptaanya sebelum diciptanya. dan ''Dia' maha memimpin dan menyesatkan. wat pe lak na' perintahkan beramal baik, dan jgn wat jahat?
si X: "ya 'Tuhan' ko dah tau apa akan jd kepada aku dari azali lagi, jd kenapa ko tak ubah jer aku jd baik.. ko bagi si Q jd muslim dan ko bagi si K jd kafir.. mana keadilan ko??? ko nih betul2 tahu ker, tak tahu???"
Apakah agak nya 'Tuhan Bahlul' nih akan jawab... tentu sekali dia kelangkabut na' jawab.. tuhan ta' punya hujah2 yang munasabah.
tak begitu sdr sekoi???

Merpati Putih wrote:Dalil kelapan (

Tuhan dah beri akal ,
Dengan itu fikir lah sendiri , buruk dan baik setelah Akal baligh,
Dulu semasa kecil Mumayiz , belum Matang berfikir dan tuhan tiada menghukumkan.
Sekarang mungkin tuan sudah dewasa dan telah Akal Baligh, Tuan sudah berilmu dan dah kenal baik dan buruk
akan segala sesuatu.
Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan?
Jangan Marah ,
Nanti hilang Makrifah
sekoi- Jumlah posting : 40
Registration date : 2009-12-14
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
Dalil Kesembilan (9)
Bagaimana agaknya tuan sekoi?
a. otak: dari segi biologinya adalah seketul daging yang berelemen cecair, darah, daging, saraf... adakah elemen yang sedemikian ini mampu berfikir dan berkuasa dengan sendirinya???
b. Mata: dari segi biologinya adalah seketul daging berbentuk bebola, berelemen darah, daging, cecair, urat saraf.. adakah elemen yang sedemikian in sanggup melihat dengan sendirinya???
andainya 'dikatakan ianya kuasa dan irodah tuhan, jd mengapa 'tuhan' menghukum, kerana segala yang difikirkan manausia cuma gerakan fikiran tuhan itu sendiri??? (kadar baik dan kadar jahat dari tuhan = rukun iman keenam)
Bagaimana agaknya tuan sekoi?
Merpati Putih- Admin
- Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
Dan Bagaimanakah Adabnya?
Dan Tuhan Berkuasa memberi kepada otak kemampuan berfikir dengan sendiri ,
Kerana dia berkuasa atas segala sesuatu.
Dan Bagaimana dengan perjanjian Alastu?
Kadar Buruk dan kadar baik adalah ciptaan tuhan,
Jika kita berbuat keburukan adalah atas dasar pilihan kita sendiri.
cuba camkan baik baik apa yang datang dalam jiwa.
sesuatu itu datang berpasangan buruk dan baik juga datang berpasangan.
kenapa kita memilih buruk dan mempersalahkan tuhan ,
Timbangan akal sudah di kurniakan ( di pinjamkan)/AMANAH , Lalu mengapa kita mencabul amanah tuhan?

1. Barangsiapa mengucapkan "Laa ilaaha illallah" dengan ikhlas, masuk surga. Para sahabat bertanya, "Apa keikhlasannya, ya Rasulullah?" Nabi Saw menjawab, "Memagarinya (melindunginya) dari segala apa yang diharamkan Allah." (HR. Ath-Thabrani)
2. Tiap orang yang bertaqwa termasuk keluarga Muhammad (umat Muhammad). (HR. Ath-Thabrani dan Al Baihaqi)
3. Kemuliaan dunia adalah kekayaan dan kemuliaan akhirat adalah ketaqwaan. Kamu, baik laki-laki maupun perempuan, kemuliaanmu adalah kekayaanmu, keutamaanmu adalah ketaqwaanmu, kedudukanmu adalah akhlakmu dan (kebanggaan) keturunanmu adalah amal perbuatanmu. (HR. Ad-Dailami)
4. Rasulullah Saw ditanya tentang sebab-sebab paling banyak yang memasukkan manusia ke surga. Beliau menjawab, "Ketaqwaan kepada Allah dan akhlak yang baik." Beliau ditanya lagi, "Apa penyebab banyaknya manusia masuk neraka?" Rasulullah Saw menjawab, "Mulut dan kemaluan." (HR. Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
5. Bertaqwalah kepada Allah dimanapun kamu berada dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, niscaya menghapusnya. Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang luhur. (HR. Tirmidzi)
6. Tiadalah kamu beriman sehingga perilaku hawa nafsumu sesuai dengan tuntunan ajaran yang aku bawa. (HR. Ath-Thabrani)
7. Bertaqwalah kepada Allah karena itu adalah kumpulan segala kebaikan, dan berjihadlah di jalan Allah karena itu adalah kerahiban kaum muslimin, dan berzikirlah kepada Allah serta membaca kitabNya karena itu adalah cahaya bagimu di dunia dan ketinggian sebutan bagimu di langit. Kuncilah lidah kecuali untuk segala hal yang baik. Dengan demikian kamu dapat mengalahkan setan. (HR. Ath-Thabrani)
8. Cukup berdosa orang yang jika diingatkan agar bertaqwa kepada Allah, dia marah. (HR. Ath-Thabrani)
Sumber: 1100 Hadits Terpilih (Sinar Ajaran Muhammad) - Dr. Muhammad Faiz Almath - Gema Insani Press

salamunkaulanminrabbinrahim....
wakakakakakak....
bro sekoi...
dia dh biase tido kandang kambing....
tak mana dia marah nye....
wakakakakak....
wakakakakak.....
wakakakakak....
nak hukum pun kene pakai kuasa juga....
bukan ke ''HUKUMAN'' tuh salah satu transformasi kudrah dan iradah tuhan tuh sendiri....
WALAU BAGAIMANA DAN MACAMANA PUN....
ADE JUGA IMAN ORANG TUA NH....
Wakakakakka....
wakkakakak....
cayalah PAK TOK....
IMAN TUH SEBENARNYE APE???
wakakakakakaka.....
sekoi wrote:Tuhan dah beri akal ,
Dengan itu fikir lah sendiri , buruk dan baik setelah Akal baligh,
Dulu semasa kecil Mumayiz , belum Matang berfikir dan tuhan tiada menghukumkan.
Sekarang mungkin tuan sudah dewasa dan telah Akal Baligh, Tuan sudah berilmu dan dah kenal baik dan buruk
akan segala sesuatu.
Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan? Very Happy
Jangan Marah ,
Nanti hilang Makrifah cyclops
wakakakakakak....
bro sekoi...
dia dh biase tido kandang kambing....
tak mana dia marah nye....
wakakakakak....
wakakakakak.....
merpati putih wrote:andainya 'dikatakan ianya kuasa dan irodah tuhan, jd mengapa 'tuhan' menghukum, kerana segala yang difikirkan manausia cuma gerakan fikiran tuhan itu sendiri??? (kadar baik dan kadar jahat dari tuhan = rukun iman keenam)
wakakakakak....
nak hukum pun kene pakai kuasa juga....
bukan ke ''HUKUMAN'' tuh salah satu transformasi kudrah dan iradah tuhan tuh sendiri....
WALAU BAGAIMANA DAN MACAMANA PUN....
ADE JUGA IMAN ORANG TUA NH....
Wakakakakka....
wakkakakak....
cayalah PAK TOK....
IMAN TUH SEBENARNYE APE???
wakakakakakaka.....
wakakakakakaka....
game patok mematok ke ape nh....???
MACAM AYAM PLAKKKK!!!
ayam pun ayam lahhhh....
tapi kambing lagi best!!!!!
spanjunk- Jumlah posting : 507
Registration date : 2009-01-18
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
Dalil Kesebelas (11)
العقل من نور الله
ِAkal itu cahaya tuhan/ allah.
لا تتحرك ذرّة إلا بإذن اللهه
tidak bergerak satu zarah, melainkan dengan izin tuhan/ allah.
وما رميت إذ رميت ولكن الله رمى
tidaklah engkau melempar ketika engkau melempar, tetapi tuhan/ allah yang melempar.
itiqad sunnah waljumaah:
usaha itu hanya dibangsakan sahaja pada hamba, yang berbuat tetap tuhan/ allah.
Jd mana ada tuhan/ allah beri kuasa kepada akal untuk berfikir?????
gimana ya pak sekoi????
العقل من نور الله
ِAkal itu cahaya tuhan/ allah.
لا تتحرك ذرّة إلا بإذن اللهه
tidak bergerak satu zarah, melainkan dengan izin tuhan/ allah.
وما رميت إذ رميت ولكن الله رمى
tidaklah engkau melempar ketika engkau melempar, tetapi tuhan/ allah yang melempar.
itiqad sunnah waljumaah:
usaha itu hanya dibangsakan sahaja pada hamba, yang berbuat tetap tuhan/ allah.
Jd mana ada tuhan/ allah beri kuasa kepada akal untuk berfikir?????
gimana ya pak sekoi????
Merpati Putih- Admin
- Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
bro spanjunk,
baru ada sebelas dalil2.. na' kena cari lagi 88 dalil2... daliiiiiiiiiil!!!!!! baru cukup 99.

Merpati Putih wrote:bro spanjunk,
baru ada sebelas dalil2.. na' kena cari lagi 88 dalil2... daliiiiiiiiiil!!!!!! baru cukup 99.
takpe....
pelan kayuh tok....
INSYAALLAH PASTI SAMPAI!!!
KALAU DH KATA CUKUP....
MESTI LA CUKUP PUNYEEEEE....
KALAU TA' CUKUP.....
APE PLAK LA KAN.....
wkaaakakka....
wakakkkakakaka....
gua hanya mengaminkan doa kalian....
yang tulis pun kalian sendiri juga...
wakakaakaka...
at least kita minta ..
kerana dia juga yang mengabulkannya sendirir....
spanjunk- Jumlah posting : 507
Registration date : 2009-01-18
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
"Jikalau tiada engkau perbaikkan sangkamu akan Dia(Allah) kerana sifatNya, maka perbaikkanlah olehmu akan sangkamu akan Dia kerana mua'amalnya sertamu".
Jikalau tiada engkau perbaik akan sangkamu padanya(Allah) kerana SifatNya seperti bahawa engkau tilik kesempurnaanNya dalam sifat Jalal dan Jamalnya dan dalam KesempurnaanNya, maka engkau ketahui bahawasanya Hak Taala itu bersifat Jamil; dan Jamil itu tiadalah berbuat Ia melainkan kebajikan; maka engkau putuskan segala angan-angan daripada yang lain daripadanya bagi barang yang telah engkau tahqiqkan akan Dia daripada Kamalat(Kesempurnaan) sifatNya dalam segala sifat Yang Maha Tinggi ;
MAKA perbaikkan olehmu akan sangkamu padaNya dalam segala pekerjaan dunia seperti bahawa engkau sangka bahawasanya Haq Taala itu yang menyampaikan Ia kepadamu segala yang memberi manfaat dan menolakkan Ia daripadamu segala yang memberi mudhorat dan barang yang lain daripada itu seperti bahawa engkau taat kuat Roja'(Harap kepada Allah) dalam Qabul(terima) amal dan menyempurnakan pahala atasnya(amal).
Mengikut pandangan ulama-ulama yang Muhaqqiqin, Allah menjadikan alam dan segala isi kandungannya dengan Sifat Jalal dan JamalNya. Sifat-sifat inilah yang menunjukkan kepada KesempurnaanNya sama ada dari segi ZatNya, SifatNya dan PerbuatanNya. Bagi pandangan mereka, Sifat Jalal dan Jamal ini nyata kelihatan dalam susunan pemerintahan Allah yang penuh berhikmah.
Ada antara mereka yang melihat kedua-dua sifat ini pada tiap-tiap penzhohiran yang berlaku. Ada pula yang sentiasa berada dalam keadaan kecut dan takut (khauf) kerana dihadapkan dengan sifat-sifat Jalal Allah yang mengerasi di atas segala sesuatu. Ada pula yang tenggelam dalam lautan keindahan manifestasi Sifat Jamalnya. Semuanya bergantung dengan hal-ahwal atau tajalli Allah yang dikurniakan kepada mereka.
Dari kerana itulah, sepatutnya seorang hamba yang beriman dengan Allah dan RasulNya akan dapat melihat akan Keesaan dan Keagungan Allah Yang Maha Perkasa yang mentadbir dan memerintah alam ini mengikut Kesempurnaan dan Ketinggian sifatNya yang mengatasi segala kehendak dan cita-cita hambanya.
Allah berkuasa memberikan sesuatu kepada seseorang yang tidak berhajat kepada sesuatu perkara dan Allah berkuasa menahan sesuatu yang diperlukan oleh seseorang tanpa sebarang campur tangan hamba atau sebab musabab. Contohnya, seseorang boleh jadi kaya dengan tiba-tiba tanpa sebarang usaha atau seseorang boleh jadi alim dengan tidak perlu belajar banyak. Seseorang itu boleh jadi miskin atau jahil walaupun mereka berusaha ke arah itu sepanjang usia mereka. Seseorang itu boleh menjadi kafir dan seseorang itu boleh beriman mengikut Kehendak dan KekuasaanNya yang Mutlak. Sesiapa pun tidak boleh mempertikaikan Kehendak dan KekuasaanNya kerana di sinilah terselitnya Makna Ketuhanan Yang Esa.
Semuanya itu adalah merujuk kepada makna Tauhid Uluhiyah(Keesaan dalam Ketuhanan) dan Tauhid Rububiyah(Keesaan dalam PemerintahanNya) yang mengandungi seluruh kebajikan dan hikmah kepada hamba-hambaNya yang sholihin. Inilah pegangan dan pandangan mukmin sejati yang tahqiq dengan keimanannya. Dengan pegangan dan pandangan inilah mereka menyerahkan segala urusan mereka bulat-bulat kepada Allah dengan memutuskan segala angan-angan dan waham kepada wujud makhluk.
Namun tidak semua hamba yang akan dapat merasai pegangan dan pandangan Jalal dan Jamal Allah
Yang Maha sempurna itu lantaran dosa-dosa maksiat dan kejahilan mereka. Dari itu Kalam Hikmah di atas memberi panduan kepada hamba yang tidak menjejaki pandangan mereka itu dengan membaiki sangka sangkaannya kepada Allah pada segala kegiatan pekerjaan mereka di dunia ini yang terdiri daripada bahagian urusan ibadat dan urusan pekerjaan harian mereka.
Mereka hendaklah sentiasa membuat sangkaan baik (husnul dzan) bahawa Allah Taala sentiasa memberi nikmat yang tidak terhingga kepada mereka sama ada yang diketahui atau tidak, semasa kecilnya atau semasa dewasa dan semasa tua mereka. Allah Taala sentiasa memberi rezeki yang melimpah ruah kepada mereka dari makanan, minuman, pakaian, rumah, kenderaan, ilmu, amal dan sebagainya tanpa diminta oleh mereka. Allah Taala jugalah yang melindungi mereka daripada segala bencana dan Dialah juga menolak segala musibah yang mendatangi mereka tanpa diminta.
Selain itu, mereka hendaklah juga sentiasa memasang sangkaan baik bahawa Allah Taala memberikan mereka limpah kurniaNya menjadikan mereka seorang hamba yang kuat beribadat, taat kepada segala suruhanNya dan patuh kepada segala laranganNya. Menjadikan mereka bersifat dengan sifat yang mulia lagi terpuji seperti Roja (Harap kepada Allah), sentiasa menerima amalan dan ibadat yang dikerjakan oleh hambaNya dan menyempurnakan pahala yang tidak terhitung kepada setiap amalan yang mereka kerjakan.
Maka betapa(bagaimana) tiada ada baik sangkamu padaNya kerana mu'amalNya sertamu daripada anugerahNya dan kemudahanNya dan nikmatNya seperti bahawa engkau tilik kepada kebajikan yang dahulu(sebelum dilahirkan) dan anugerahNya yang layak. Maka menanggungkan(membawa) Ia akan dikau demikian itu (anugerahNya dan kemudahanNya dan nikmatNya) atas membaiki sangka pada yang angan-angan akan Dia daripadaNya dan memutuskan nazor(tilik) daripada cenderung kepada lainnya. Dan adalah yang menolong atas yang demikian itu (anugerahNya dan kemudahanNya dan nikmatNya) (ialah) pandangmu bagi segala perbuatan Yang Jamil.
Bagaimana tidak bersangka baik seorang hamba itu kepada Allah Taala sedangkan Allah sentiasa memberi anugerahNya, kemudahannya serta nikmatNya dalam setiap perbuatan dan pekerjaan mereka. Sebagai buktinya, jika ditilik dan diperhatikan;
siapakah yang menjadikan hamba itu sebelum daripada beliau ada???,
siapakah yang memberi kemudahan dan nikmat sewaktu hamba itu dalam kandungan ibunya???,
siapakah yang memberikan anugerahnya dari semenjak bayi yang dilahirkan bertelanjang tanpa seurat benang dan keupayaan mengurus diri hingga kepada mereka besar, dewasa dan seterusnya memilik harta kekayaan dan sanak saudara di sekeliling mereka ??? dan
siapakah yang memberikan mereka akan kurnia dari pangkat, kedudukan dan kemuliaan yang selayaknya sama ada di sisi manusia atau di sisi Allah??.
Tentulah sekali Allah Taala Yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi.
Seterusnya semua anugerah, kemudahan dan nikmat yang Allah berikan itulah yang membawa kepada kesedaran hamba untuk membaiki sangkaannya pada Allah Taala dimana dengan kurnia ini hamba itu dapat memutuskan segala angan-angan dan tilikannya serta kecenderungannya kepada selain daripada Allah. Pandangan mereka sentiasa diperbaiki dari masa ke semasa mengikut kesedaran jiwa mereka tentang nikmat anugerah Allah Taala yang bersifat dengan Jamil yang Maha Indah dan Kasih Sayang dalam memberi, Mengatur dan Menyusun urusan hidup hamba-hambaNya.
Maka barangsiapa menilik ia akan Kesempurnaan SifatNya dan amat besar Ihsannya, maka kuatlah imanya dan baiklah sangkanya padaNya.
Dan barangsiapa tiada memandang ia kepada KesempurnaanNya kerana berdirinya beserta segala agyar(sesuatu selain Allah) dan terhijabnya dengan segala asar(bekas kejadian Allah), maka hendaklah memandang ia kepada barang yang telah dikurniakan Allah Taala baginya daripada membaiki mu'amalah kerana bahawasanya Allah Taala menjadikan ia (mu'amalah) akan dikau daripada 'adam(tiada) kepada wujud, kemudian kepada tiada ada sesuatu; dan dijadikan bagimu mendengar dan melihat dan berkata dan berlaku.
Ssebagai menyatakan kelebihan yang akan diberikan kepada hamba-hamba Allah yang dapat menilik dan memerhatikan Kesempurnaan Sifat Allah Yang Jalal dan Yang Jamal. Keterangan sebelum ini ditujukan kepada hambanya yang hanya dapat menilik Allah dengan Sifat JamalNya yang banyak memberi kurnia kepada hamba-hambanya di mana dengannya hamba itu akan dapat memperbaiki sangkaan terhadap Allah.
Kesempurnaan pandangan seorang hamba terhadap Allah itu ialah di mana mereka dapat menilik dan melihat Keagungan (Jalal) dan Jamal (Keindahan) Allah berserta dengan melihat betapa besarnya IhsanNya Allah dalam setiap perkara yang mendatangi mereka sama ada dari nikmat, taat, maksiat, bala, kesampaian hajat atau tidak kesampaian hajat. Semuanya itu dipandang sebagai kebajikan dan kebaikan dari Allah Taala malah sebagai sesuatu yang bertujuan untuk memperbaiki dan meninggikan darjat mereka di sisi Allah. Kepada mereka yang dapat menetapkan tilikan dan pandangan mereka di atas Kesempurnaan Sifat Allah, maka bertambah kuatlah keimanan mereka dan bertambah bersihlah sangkaan mereka terhadap Allah Taala.
Dan terlebih ghorib(pelik atau ajaib) daripada demikian itu bahawasanya Haq Taala mengenalkan Ia kepadamu dalam tiap-tiap sesuatu hingga engkau kenal akan Dia dalam tiap-tiap sesuatu. Maka jikalau tiada ia, nescaya tiada engkau kenal akan Subhanahuwa Taala iaitu yang menunjuk ia akan dikau kapada jalan petunjuk dan istiqamah atas jalanNya. Maka nazor(tilik) olehmu hai saudaraku kepada kurnia yang amat besar daripada Tuhan Yang Karim.
mengenaliNya dalam tiap-tiap sesuatu,
membezakan antara yang Haq dengan yang batil,
mengetahi antara yang Qadim dengan yang baru dan dapat
merasai dan melihat bahawa Allah itu Maha Menguasai dan Maha Meliputi di atas segala sesuatu.
Sekiranya tiada kurnia makrifat ini nescaya seorang hamba itu akan tidak mendapat petunjuk untuk sampai kepada Allah, dan dapat tetap di atas jalanNya dengan berpegang teguh kepadaNya dalam apa jua keadaan.
Apakah tidak kamu melihat atau merasai nikmat kurniaNya yang amat besar dan bermakna daripada Allah yang Maha Karim?????.

sekelian adab bermaksud menjaga adab sama ada yang zhohir atau pun yang batin. Tujuh anggota yang zhohor seperti tangan, kaki, telinga, mulut, hidung, perut dan faraj beradab dengan adab-adab yang digariskan oleh hukum ilmu syarak. Contohnya tangan....maka tangan yang beradab adalah tangan yang TAHU akan hukum takhlif yang lima (wajib, haram, makruh, sunat dan harus) dalam melakukan dan menjauhkan sesuatu amal perbuatan. Bagaimana mungkin seorang yang jahil dengan hukum syariat seperti di manakah sunat diletakkan kedua-dua tangan selepas takbiratul ihram boleh mencapai kesempurnaan adab dalam sholat; jauh sekali maqam munajat dengan Allah. Demikian juga; Qiyaslah dengan segala perbuatan dan amalan yang lain
Tegasnya perkara asas atau dasar kepada tasauf ini ialah beradab dengan adab syariat. Untuk itu wajib bagi seorang yang mendakwa dirinya sebagai seorang pengikut tasauf, membereskan sekurang-kurangnya ilmu fardu ain dan sebaiknya mendalaminya hingga ke fardu kifayah.
Demikin pula halnya dengan I'tiqad atau pegangan hati. Dalam menetap dan memegang sesuatu i'tiqad, wajib bagi seorang yang beradab dapat membezakan manakah I'tiqad yang benar dengan yang salah.
Manakah wajah-wajah kepercayaan atau pegangan hati Ahli Sunnah Wal Jamaah, Muktizilah, Qadariah, Jabariah dan lain-lainnya?
Manakah beza antara hukum-hukum kehambaan dan hukum-hukum Ketuhanan?
Manakah bezanya sifat-sifat Iftiqor dan Istigna' dalam Ketuhanan?
Untuk itu, bagi melengkapi adab seorang hamba dengan adab i'toqad atau pegangan yang shohih, mereka wajib mendalami Ilmu Usuluddin sehingga mampu beradab dengan pegangan yang meyakinkan.
dan bagi tiap-tiap waktu adab bermaksud seorang pengamal tasauf yang tulen akan menjaga dengan baik adab setiap waktu atau nafasnya. Mereka akan mengikat diri mereka dengan hak hukum waktu yang semestinya dilaksanakan oleh seorang hamba yang beradab dalam Ubudiyahnya. Antara hak-hak hukum waktu yang perlu dilaksanakan ialah:
Waktu Taat wajib kita pandang amalan ibadat yang mampu dilakukan itu adalah kurnia dari Allah
Waktu Nikmat wajib kita sukur pada anugerah Allah
Waktu Bala wajib kita bersabar dengan ujian dan Qodanya.
Waktu Maksiat wajib kita segera bertaubat.
Ini menunjukkan bahawa dalam setiap saat seorang ahli sufi yang beradab tidak bisa lari dari salah satu daripada tuntutan hukum waktu tersebut. Bukan semestinya dalam waktu kita senang atau sihat sahaja, malah pada setiap ketika, waktu keadaan dan situasi.
dan bagi tiap-tiap hal adab bermaksud adalah wajib bagi seseorang yang dianugerahkan hal-ahwal yang tertentu seperti
Al-Qabd dan Al-Basith,
Al-Jami' dan Al-Farq,
Al-Fana dan Al-Baqa,
Al-Shohwu dan Al-Syakr,
Al-Mahw dan al-Isbat,
Al-Tamkin dan lain-lain lagi.
menjaga hal-ahwal ini sebagaimana yang semestinya. Umpama seorang yang pertama kali mendapat pengalaman keruhanian dengan dikurniakan zauk pandangan mata hatinya untuk melihat kesatuan wujud, tidak seharusnya mengeluarkan rahsia keruhanian tersebut di kalangan yang tidak ahli. Dan adalah amat tidak beradab sekali seseorang yang baru berada dalam maqam mengenal ilmu yakin, mengeluarkan kata-kata yang orang-orang yang Syakr(mabuk) atau fana seperti "Aku lihat Allah di kebun" semata-mata kerana ingin memperagakan kebolehannya mentafsirkan hakikat maknanya. Sesungguhnya mereka ini adalah sejahil-jahil hamba yang tidak tahu adab dan tatasusila ilmu keruhanian.
Adalah mereka yang benar-benar mendapat pengalaman keruhanian ini akan meenyembunyikan rahsia dan amanah Allah sebagaimana kata-kata orang Arif;
"Bermula segala hati orang yang telah suci itu tempat menanam segala rahsia".
dan bagi tiap-tiap Maqam adab bermaksud bagi setiap perhentian atau kedudukan Maqam yang ditempatkan pada seseorang yang Salik itu ada adab-adabnya yang tersendiri. Dan adalah adab-adabnya berbeza-beza mengikut maqam-maqam atau kedudukannya di sisi Allah. Umpamanya seeorang yang berada pada Maqam asbab perlu tetap pada kedudukannya dengan bekerja dan berusaha untuk menguruskan kehidupan lahiriahnya. Meninggalkan ikhtiar dan usaha dengan tujuan untuk menumpukan seluruh waktu kepada zikir-zikir dan wirid-wirid sebagaimana yang dilaksanakan oleh mereka yang berada pada Maqam Tajrid adalah menunjukkan pelanggaran adab, malah didorong oleh syahwat yang tersembunyi; yang mengheret mereka kepada tidak redho dengan ketetapan Allah.
Di Petik Dari Kalam Hikmah ,
Dalil the second for Mr Batin ( Graandfather Spiritual Senoi)

sifu sekoi...
bagaimana pula bagi mereka YANG MENCABUT SEGALA RAHSIA!!!
adakah hati " orang 2" ini tiada/belum suci...
adakah ini MENJADI DALIL YG KE 12..????
KALAU IYA... SILAKAN MENJURUS SAHAJA KESANA TUAN....
MINTA DICERAHKAN YANG KELAM SIFU SEKOI....

farquhar- Jumlah posting : 116
Registration date : 2009-04-01
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
Dalil keduabelas (12)
Imam AlGhazali bangun satu pagi, dan bermunajat.
Beliau meminta selimut putihnya serta menciumnya dan berbaring sekujur jasadnya.
Kemudian berkata: "Tuhan ! aku menurut perintahMU".
Dan beliau menarik nafasnya yang terakhir.
Dan dibawah lapik kepalanya ditemui rangkap2 kata seperti berikut:
"Sampaikan kepada rakan2ku, tatkala mereka melihat aku 'KEMATIAN'.
Ratapan untukku dan berkabung bagi ku dalam penyesalan.
Jangan kamu percaya bahawa mayatku yang kau lihat ini 'diriku'.
Dengan nama Tuhan aku jelaskan kepada kamu, 'bangkai' ini bukannya 'DIRIKU'.
Aku adalah AR RUH, dan mayat ini cumalah daging.
Ia rumahku dan pakaianku untuk seketika.
Aku adalah 'simpanan yang bernilai' dari topeng yang menghijab.
Topeng yang terbentuk dari debu/ jirim2/atom yang bekhidmat untukku sebagai makam.
Aku adalah 'MUTIARA' yang meninggalkan kulit cengkerangnya.
Aku adalah 'BURUNG', dan jasad ini cuma sangkarku (penjara).
Darinya aku terbang bebas, dan sangkarku ku tinggalkan sebagai 'KENANGAN'.
Syukurku kepada Ilahi, yang telah memerdekakan aku.
Dan menyediakan untukku tempat 'Ketenangan abadi'.
Hingga kini aku 'KEMATIAN', walaupun aku sentiasa hidup disamping kamu2.
Bagaimana aku 'HIDUP' dalam haqiqat dan pakaian kuburku, aku lemparkan.
Dan hari kini, aku berbicara dengan wali2 dipesada yang tinggi.
Tanpa tabir penyekat diantara, Aku menyaksikan 'TUHAN', hadap menghadapi.
Aku merenung "Loh Al Mahfuz" dan didalamnya aku terbaca.
Apa yang telah berlaku, dan sedang berlaku, dan yang akan mendatang.
Biarkan rumahku hancur rubuh, letakan sangkarku didalam bumi.
Lemparkan topeng, ia cuma kenangan, tanpa apa2.
Letakkan pakaianku (jasad), ia cuma pakaian luaranku.
Tempatkan kesemuanya didalam kubur, dan biarkan semuanya dilupakan.
Aku telah menyeberang hayatku, dan kamu tinggal di belakang.
Tempat penginapan kamu, bukan lagi tempat semadiku.
Jangan disangka 'MATI' adalah 'Mati', bahkah ia adalah 'KEHIDUPAN' abadi.
'KEHIDUPAN' yang melampaui segala angan2 yang diidam2kan kini.
Jesteru, dalam dunia, kita dianugerahi 'Tidur/ kelalaian'.
Kematian cuma 'TIDUR' yang dipanjangkan berterusan.
Bahkan, jangan rasa takut tatkala saat 'Kematian' menjelma.
Bahkan ia adalah keberangkatan kesemadian yang diberkati.
Ingatlah sifat kasihan dan sayang Tuhanmu.
Syukurlah atas kelembutanNYA dan marilah.. marilah tanpa rasa takut.
Seperti aku kini, dan kamu pun akan seperti diriku.
Dan aku mengerti yang kamu akan sepertiku.
Jiwa2 manusia pergi dan keluar dan kembali dari Tuhan.
Jasad2 adalah dari unsur2 yang serupa.
Kebaikan dan kejahatan, keseluruhannya milik kita.
Aku sampaikan satu pesanan... bergembiralah...
Semoga Kesejahteraan Tuhan dan kegembiraan bagi kelimpahan untukmu.

Terjemahan: tbs
Merpati Putih- Admin
- Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
Yang korang percaye kat tbs itu, siapa yang suruh????
Allah, malaikat, Nabi2, AQ, Injil. taurat, zabur pong kaki kelentong jugak.....

kungkalikung- Jumlah posting : 99
Registration date : 2009-03-28
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
Bagi memudahkan kefahaman, maka tidak salah jika kita permudahkan bahasa di atas sebagai;
* Terkadang Allah Taala memutuskan pertolongan(kurnia) dariNya ke atas seeorang hamba dengan jalan yang hamba itu tidak sedar/terasa, meskipun putusan pertolongan itu sekadar berupa tidak bertambahnya sesuatu kurnia terhadapnya. dan
* Kadang-kadang pula, dilontarkan seorang hamba ke Maqam yang jauh dariNya padahal hamba tidak mengetahuinya, meskipun jauh itu hanya berupa membiarkan hamba membuat sesuatu mengikut hawa nafsunya.
Umum memaklumi dan mengakui bahawa tanpa Kurnia Tuhan, siapalah kita sebagai seorang hamba? Sesuatu yang telah dapat, kita lalui, kita rasai dan kita miliki dan keupayaan untuk kita lakukan sesuatu seperti yang kita lakukan sekarang ini adalah bukti kerana adanya limpah kurnia Tuhan. Pimpinan dan tunjukkan ke arah jalan yang lurus yang sedang diikuti pun adalah kerana sentiasa adanya limpah kurniaNya dari Tuhan Yang Maha Mulia.
Namun.....terkadang manusia itu
* bila sudah tinggi meremehkan yang rendah
* bila sudah alim membanyakkan takwilan
* bila sudah kaya takutkan kemiskinan,
* bila sudah qiyam lupa tilik pada Allah
* bila sudah mulia jahatkan adab.
Maka manusia yang sebegini adalah terdiri daripada mereka yang terseret kepada Murka Allah tanpa disedarinya. Maka antara wajah-wajah perdaya (kemurkaan Allah) yang tidak disedarinya ialah biarpun sekadar;
* tidak bertambah maqam ketinggiannya,
* tidak bertambah darjah kealimannya,
* tidak bertambah kekayaan pada hartanya
* tidak bertambah bilangan qiyamnya di waktu malam
* masih sama seperti sebelumnya kemuliaannya.
Dengan kata lain, bukanlah apabila Allah memurkai seseorang hamba itu maka akan ditimpakan bala bencana yang dasyat dan ngeri atau
* dicabut atau disentak semua kurniaNya sebelum ini seperti;
1 dengan menjatuhkan kedudukannya yang mulia
2 dengan mengurangkan pengaruh kealimannya
3 dengan menjadikan mereka muflis,
4 dengan memberatkan anggota untuk bangkit dari tidur
kerana itu semua nyata dan ada kesannya. Senang untuk kita menyedarinya dan segera merujuk dan bertaubat kepada Allah.
Tetapi cukuplah kemurkaan Allah ini dengan sekadar tidak memberi penambahan baru dalam bidang keruhanian dan membiarkan engkau menurutkan hawa nafsumu dalam beribadat. Ya...sudah cukup dengan hanya sekadar itu.
* Boleh bertakafur tetapi Akal tidak bertambah tajam dalam takafurnya
* Boleh terbang tetapi Ruh tidak bertambah bersih dalam penyuciannya
* Boleh mengintai tetapi Hati tidak bertambah tenang dalam Muraqabahnya
* Mengenal Tuhannya, tetapi masih banyak jahat adab dimajlisNya
* Nafsu suka berbuat dan apa sahaja yang diingininya.
Semua itu telah cukup menyatakan bahawa itulah sekurang-kurang balasan buat mereka yang lupa, lalai, jahil dan tidak tahu beradab.
Maka memerintah Ia(Allah) akan dikau daripadanya dengan kehendakmu dan menjauhkan Ia akan dikau daripada pintu(RahmatNya) dengan mendatangkan tolongmu. Dan inilah Makri Tuhan.
Akibatnya, maka akan dibiarkan hamba itu berpenat dan letih dalam usaha dan tadbir mengikut kemahuan hamba; di samping melontar jauh kedudukan hamba itu daripada pintu Rahmatnya dengan membiarkan si hamba berhempas pulas dengan dirinya sendiri. Bila tiada Rahmat dari Tuhan, maka siapalah si hamba itu? Bukankah ini satu bencana atau musibah yang besar wahai mereka yang berfikiran halus, yang sedar diri dan yang punya makrifat. Ini adalah kerana tanpa RahmatNya, maka kusutlah punca, putuslah jalan dan hilanglah petunjuk itu.
Ya Allah, hambamu lemah, dhoif, hina, fakir, haqir, aib, tercela, lalai dan leka, banyak derhaka. Maka ampuni kami, maafkan, dan lindungilah kami dari bala musibah Makri(Perdaya) Tuhan ini. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Wakil dan Engkaulah sebaik-sebaik Maula.
Sambungan Keterangan oleh Tok Pulau Manis
Dan jikalau engkau mulia atasnya, nescaya tiadalah menanggalkan (yakni membiarkan) Ia akan dikau serta kehendakmu. Maka engkau lihat bahawasanya engkau itu dalam tempat hampir; dan{walhalnya) engkau di dalam tempat jauh.
Keterangan Suluk
Keterangan di atas sebagai melanjutkan keterangan berkaitan dengan tanda-tanda orang yang mendapat Makri Tuhan. Orang yang tidak mendapat Makri Tuhan ialah tentu sekali tergolong dalam golongan yang mulia. Orang Mulia yang dimaksudkan ialah mereka yang Allah tidak akan biarkan mereka menilik kepada usaha dan ikhtiar diri dalam mendatangkan dan menghasilkan sesuatu. Allah dengan RahmatNya akan melindungi hamba tersebut daripada terus syirik dan menduakan wujudNya. Antara tanda-tanda orang yang dibiarkan ini ialah;
* Merasa telah alim dengan ilmu yang lama dipelajarinya
* Merasa telah sempurna amal dan wirid yang sekian lama dikerjakan
* Merasa dia sahaja yang betul sedangkan yang lain semuanya ada salah dan aibnya
* Merasa telah hampir Wasil dengan Allah dalam pendakiannya kerana banyak pengalaman dengan perkara-perkara yang ghaib-ghaib dan ajib-ajib.
* Mereka lupa bahawa itu hanyalah perasaan dan sangkaan mereka semata-mata lantaran suka menilik kepada usaha dan asbab. Mereka sebenarnya;
o jahil dengan ilmu dirinya
o aib dalam ibadatnya malahan
o berkudis dengan hama ujub, riya dan takabbur
o tercela dengan pelbagai jahat adab
o jauh di dalam kedekatan rasa(angan-angannya).
Dan kata Sheikh Junaid r.a;
Terlebih seni-seni yang diperdayakan dengan dia segala Wali akan segala karamat dan tiada Makri di atas ini.
Maksud tiada Makri di atas ini, ialah tidak ada lagi wajah-wajah perdaya atau Makri Tuhan ini selepas/di atas Karamat yang disediakan untuk golongan Aulia Allah. Ini juga bermaksud, bahawa golongan Ambiya dan Mursalin tidak terlibat sama sekali dengan Makri Tuhan.
Sedangkan taraf Wali ada juga Makrinya, maka apa pula halnya dirinya yang masih meraba-raba dalam kegelapan ini. Mahasuci Engkau Ya Allah, sebaik-baik Pimpinan dan sebaik-baik Penolong dari terpadaya ini.
Perbuatan/amalan menghina dan memudah-mudahkan sesuatu adab itu menunjukkan kejahilan seorang murid berkenaan dengan MakrifatuLlah. Tidak hairanlah kerana sifat meremehkan adab ini adalah pakaian mereka yang jahil, buta dan dengan TuhanNya.
Maka jikalau telah jatuh daripadanya jahat adab, maka
* hendaklah ada ia takut daripada demikian itu
* pada hal membesarkan bagi amar dalamnya
* dan segeralah kepada taubat daripadanya;
* pada hal takut bahawa berhadap kepadanya [oleh] balas daripada sekira-kira tiada tahu ia.
Sebaliknya jika tanpa sengaja mereka berlaku jahat adab dan ada kesedaran pula pada kejahatan itu, maka
* hendaklah mereka sentiasa beringat dan waspada untuk tidak mengulanginya lagi
* di samping membesarkan bagi amar dalamnya dengan menambah dan memperbanyakkan lagi amalan yang zhohir syariat dan batin syariat;
* menyempurnakan adab-adab tidak amalan
* bersegera kepada bertaubat kepada Allah dengan menyempurnan semua syarat-syarat taubat Nasuha
* di samping sentiasa bimbang dan takut akan ditimpa kepadanya Makri Tuhan yang tidak disedari dan diketahuinya.
.
Adalah menjadi kewajiban juga seorang itu berusaha untuk menjauhkan dirinya dan hatinya daripada cenderung kepada segala jenis jahat adab. Jikalau lisan menuturkan sesuatu yang melanggar adab tanpa sengaja hatta jikalah terlintas sahaja dalam hatinya sesuatu yang cenderung kepada jahat adab, maka hendaklah dengan segera(yakni pada masa itu juga) bertaubat dan meminta kemaafan dan keampunan dari Tuhan Yang Maha Mengampuni.
Sebagai memperteguhkan kefahaman kita berkenaan dengan tindakan kita dalam menghadapi jahat adab di samping memperhaluskan kefahaman berkenaan dengan adab-adab yang perlu dipelihara dan dijaga oleh setiap hamba, maka sama-samalah kita renungi dan ambil pengajaran daripada beberapa kisah pengalaman Pemuka Sufi
Dan kata Sirri;
Sembahyang aku akan wiridku suatu malam daripada segala malam dan kuhunjurkan kakiku pada kiblat.
Diseruku; "Hai Sirii!!! duduk engkau akan kedudukan raja-raja!!!!".
Maka kehimpunkan kakiku, kemudian maka kataku;
"Maha Mulia Engkau(Ya Allah)...Tiadalah aku melanjutkan(menghunjurkan) kakiku selama-lamanya.
Kata Sheikh Junaid r.a.;
Maka berkekalan ia(Sirri) masa empat puluh(40) tahun tiada melanjutkan ia akan kakinya pada malam dan tiada(jua) pada siang.
Dan kata Abu Qasim Al-Qusyairi r.a;
Adalah Sheikhku Abu Ali Al-Daqaq tiada bersandar ia kepada sesuatu. Maka adalah pada suatu hari dalam suatu tempat, maka berkehendak aku bahawa menghantarkan bantal ke belakangnya kerana kulihat akan dia tiada bersandar. Maka ditariknya bantal itu sedikit-sedikit, maka kusangka akan dia bahawasanya gemar kepada bantal itu kerana tiada ada atasnya Farjun(sampul) atau Musola(pelapik)nya seperti demikian itu. Maka katanya;
"Tiada berkehendakku kepada bersandar".
Maka telah kuketahui bahawasanya tiada menyandar ia kepada sesuatu selama-lamanya.
Dan telah diceriterakan orang akan seorang sufiah hilang anaknya yang kecil. Maka tiada diketahui baginya khabar tiga hari. Maka dikata orang baginya;
"Jikalau engkau pinta akan Allah Taala bahawa mengembalikan akan dia atasmu".
Maka katanya;
"Berpaling aku atasnya(Allah) atas hukum terlebih sangat [ditakuti] daripada hilang anak".
Bayangkan kesalahan Sheikh Sirri As-Saqati dengan hanya menghunjurkan kakinya ke arah kiblat sahaja sehingga sanggup untuk tidak mengulanginya selama 40 Tahun.
Betapa pula ketakutan Sufiah daripada berpaling di atas hukuman dan ketetapan Allah lebih ditakuti daripada kehilangan
Dan apa halnya kita yang terlalu banyak aib dan cela yang asyik dengan kejahilan, kerbodohan dan kelalaian pada melakukan pelanggaran adab-adab semada secara sengaja atau tanpa disedari. Yang pastinya, yang hamba itu tetap hamba;
# Terlalu lemah
# Terlalu hina
# Terlalu dhoif
# Terlalu jahil
# Terlalu haqir(lekeh)
* Walau dipuncak ketinggian sekalipun
* Walau dilembah kehinaan mahupun.
Sedarlah wahai diri........................
Marilah Menginsafi

[quote]
Betul Gak,
Seharusnya tidak meletakkan kepercayaan pada sesiapa,
percaya sahaja pada diri sendiri.
Tok batin pun selalu gak memperingatkan hal ini,
Mengajak diri percaya pada diri.
Dan percaya Pada Allah
Cuma satu jer tentang ko ni , sang kongkalikong.
Ayat merah ko tu, haduh.....pegi jer ler senyap senyap kat kedai kopi bagi duit RM10, pas tu sebut jer nak rokok apa...wa lenti lu , mesti lapat punya
haduhhhh.....
kungkalikung wrote:Yang korang percaye kat tbs itu, siapa yang suruh????
Betul Gak,
Seharusnya tidak meletakkan kepercayaan pada sesiapa,
percaya sahaja pada diri sendiri.
Tok batin pun selalu gak memperingatkan hal ini,
Mengajak diri percaya pada diri.
Dan percaya Pada Allah
Cuma satu jer tentang ko ni , sang kongkalikong.
Ayat merah ko tu, haduh.....pegi jer ler senyap senyap kat kedai kopi bagi duit RM10, pas tu sebut jer nak rokok apa...wa lenti lu , mesti lapat punya
haduhhhh.....
salik- Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
Dalil ketiga belas (13)
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلاَئِكَةِ اسْجُدُواْ لآدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
2:34] Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.
من عرف نفسه فقد عرف ربّه من عرف ربّه فقد فسد جسده
siapa yang mengenal 'dirinya', maka ia akan mengenal 'Tuhannya'. Dan siapa yang mengenal 'Tuhannya', maka binasa jasadnya.
قَالُواْ سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
2:32] Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
ِإن الإنسان سرّي وسرّي سرّه وسرّي صفتي وصفتي لا غيري
Adalah Insan itu rahsiaku, rahsiaku rahsianya. Rahsiannya sifatKU, sifatKU bkannya lain dari 'DIRIKU'. -hadith Qudsi

Yg korang percaye kat perawi2 hadith tu wat pe.. tak tercatit pun nama2 mereka didalam AQ.
Simple jer kenape ta' bolih faham2??????
من عرف نفسه فقد عرف ربّه من عرف ربّه فقد فسد جسده
siapa yang mengenal 'dirinya', maka ia akan mengenal 'Tuhannya'. Dan siapa yang mengenal 'Tuhannya', maka binasa jasadnya.
Jd.. yang ujud hanya ada 'Tuhan', yang maha melihat, mendengar, berkata2, hidup. mengetahui. Maka tuntutlah ilmu dengan 'Tuhan' yang hidup dan yang ta' mati nih.. Wat pe na' tuntut ilmu dari 'yang2' dah mati.
قَالُواْ سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
2:32] Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
Kan dah terang... setiap yang diketahui dan tidak diketahui itu, semuanya datang dari 'kedirian Tuhan' yang sentiasa ada (sebati) pada setiap diri.
ِإن الإنسان سرّي وسرّي سرّه وسرّي صفتي وصفتي لا غيري
Adalah Insan itu rahsiaku, rahsiaku rahsianya. Rahsiannya sifatKU, sifatKU bkannya lain dari 'DIRIKU'. -hadith Qudsi
jd, tuhan mana lagi korang na' cari????.. kan dah jumpa dah ngan 'Tuhan'. simple jer ayatnya.
Merpati Putih- Admin
- Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
Dalil keempatbelas (14)
sdr sekoi,
Husnul zanh.
sdr sekoi saidMaka manusia yang sebegini adalah terdiri daripada mereka yang terseret kepada Murka Allah tanpa disedarinya. Maka antara wajah-wajah perdaya (kemurkaan Allah) yang tidak disedarinya.
sdr sekoi,
Husnul zanh.
'Tuhan' ta' pernah marah pun!!!.. secebis kecil 'kemarahan 'Tuhan'.. pasti akan menghancurkan keseluruhan ujud... dan lagi pun, 'Tuhan' bukannya 'singa ganas' yang harus ditakuti.
Merpati Putih- Admin
- Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
Merpati Putih wrote:Dalil keempatbelas (14)sdr sekoi saidMaka manusia yang sebegini adalah terdiri daripada mereka yang terseret kepada Murka Allah tanpa disedarinya. Maka antara wajah-wajah perdaya (kemurkaan Allah) yang tidak disedarinya.
sdr sekoi,
Husnul zanh.'Tuhan' ta' pernah marah pun!!!.. secebis kecil 'kemarahan 'Tuhan'.. pasti akan menghancurkan keseluruhan ujud... dan lagi pun, 'Tuhan' bukannya 'singa ganas' yang harus ditakuti.
Agaknya , Takut kalau kalau tuhan tiada mengasihi kita lah tuu tok.
Dan dari Husnul zanh nya betul lah kan ? Kita sama sama bersangka Baik pada Allah, bahawa Allah senentiasa
mengasihi Hambanya.
Dan Harapan kita agar dapat mengabdikan diri dengan sesuci mungkin kepada Allah /Bersama Allah/Bagi Allah/
AAAmiiiinnn.
salik- Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28
Re: 99 Sebab Mengapa TokBatinSenoi Tidak Boleh diPercayai
Dalil Kelimabelas (15)
وَلِلّهِ يَسْجُدُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ طَوْعاً وَكَرْهاً وَظِلالُهُم بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ
ujud adalah bayang2 'Tuhan'.....
قَالَ لَمْ أَكُن لِّأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ
قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِلَّا مَن شَاء أَن يَتَّخِذَ إِلَى رَبِّهِ سَبِيلاً

13:15] Hanya kepada Allah/ Tuhan-lah sujud (patuh) segala apa yang di langit dan di bumi, baik secara taat atau pun terpaksa, bayang-bayang mereka di waktu pagi dan petang hari.
ujud adalah bayang2 'Tuhan'.....
قَالَ لَمْ أَكُن لِّأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِن صَلْصَالٍ مِّنْ حَمَإٍ مَّسْنُونٍ
15:33] Berkata ???????: "Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk"
Jd jasad manusia hanyalah tanah liat kering dari lumpur hitam yang tidak mampu bergerak, berkata2, mendengar, melihat, berfikir, makan, minum, berak, kencing, berjima'...... dengan sendirinya. Maka hormatilah 'kedirian/ Tuhan' yang menganimasikan tanah liat kering ini.
قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِلَّا مَن شَاء أَن يَتَّخِذَ إِلَى رَبِّهِ سَبِيلاً
25:57] Katakanlah: "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mau mengambil jalan kepada Tuhan nya
Tuan salik,
Jd.. mampukah tanah liat kering ini beranimasi tanpa 'animasi' dari 'Tuhan' sebatian dirinya?????
Merpati Putih- Admin
- Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08
Page 2 of 4 • 1, 2, 3, 4
Similar topics
» blog untuk rujukan
» Tuhan tidak Rasional.
» Diam ,Sesungguhnya Aku tidak Mengetahui
» MANUSIA TIDAK PERNAH MENDARAT DIBULAN?
» TUHAN tidak membuktikan diriNYA ujud.

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|