SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

+7
hamim
zali
shazlida
spanjunk
salik
Merpati Putih
T R I N I T Y
11 posters

Page 2 of 12 Previous  1, 2, 3, ... 10, 11, 12  Next

Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  Merpati Putih Sun Jun 21, 2009 3:07 am

salik wrote:Insyaallah saya faham maksud Tok,
Tetapi bukankah Ada perbezaan antara WAHYU Dan ILHAM?

Perbezaan atas dasar perkataan bukannya pada dasar haqiqat.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  T R I N I T Y Sun Jun 21, 2009 3:13 am

Merpati Putih wrote:Tentang Al Quddhus:
Pernah kah sdr. tidur nyenyak, tanpa mimpi2..
Apakah yang sdr2 rasakan didalam tidur yang begini? adakah ujud dunia ini dimasa kita tidur nyenyak? dan adakah kita pernah tidur didalam kita tidur nyenyak?

Pengalaman tidur tanpa mimpi pernah.Apa yg.dapat dinyatakan ialah tidak mengetahui apa2 walaupun merasai pergerakan diri sendiri.Tiada suatu daya atau kekuasaan diri untuk menyedarkan dan tiada suatu urusan dapat dirasakan.

Ianya boleh berbeza dengan orang yg.ditidurkan dengan ubat pelali.Saya pernah menjalani pembedahan dan semasa pengsan,diri masih boleh mengetahui keadaan semasa pembedahan dan dapat membayangkan kejadian yg.terjadi.Apa yg.boleh diertikan ialah akal masih berfungsi untuk menyampaikan maklumat pada diri.

So..apa kaitan perumpamaan tidur tanpa mimpi dengan alam qudus.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  Merpati Putih Sun Jun 21, 2009 3:21 am

alam QuDDUS (BAHASA ARAB) ALAM HENING/ suci bersih, tanpa campuran (Bahasa Melayu).

Semua kehidupan ini diberi pengalaman tidur nyenyak..
Disini kita dapat memahami apa sahaja yang kita rasa, kita lihat, kita dengar diwaktu kita jaga hanyalah ilusi, bukannya realiti. pada haqiqatnya tiada apapun yang kita lihat, kita dengar, kita rasa... walaupun kita dalam keadaan jaga..... satu cara untuk mengesakan zat.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  salik Sun Jun 21, 2009 3:33 am

[quote="T R I N I T Y"]
Pengalaman tidur tanpa mimpi pernah.Apa yg.dapat dinyatakan ialah tidak mengetahui apa2 walaupun merasai pergerakan diri sendiri.Tiada suatu daya atau kekuasaan diri untuk menyedarkan dan tiada suatu urusan dapat dirasakan.

ADA LAGI SATU TRINITY ,
KALAU SEEKOR NYAMOK GIGIT ,MAKA WALAUPUN DALAM KEADAAN NYENYAK,
SI TANGAN AUTOMATIK MENAMPAR NYAMOK PULAK TU.
MACAMMANA TOK?
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  Merpati Putih Sun Jun 21, 2009 3:38 am

ADA LAGI SATU TRINITY ,
KALAU SEEKOR NYAMOK GIGIT ,MAKA WALAUPUN DALAM KEADAAN NYENYAK,
SI TANGAN AUTOMATIK MENAMPAR NYAMOK PULAK TU.
MACAMMANA TOK?

Ah itu bukan tidur nyenyak namanye... tidur nyenyak ertinya tidur mati., dimana masa itu tubuh kta pun tidak ada/perasan.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  T R I N I T Y Sun Jun 21, 2009 3:58 am

Bagi saya lebih elok sebagai alam kejadian yg.dimaskudkan tidak kekal.Kerana pemahaman ilusi atau imegenasi ne...banyak perbedaan pemahamannya.Dari sudut ilmu lain dari sudut ilmu hakikat lain dan sudut makrifah lagi lah lain.

Kebanyakan manusia faham..ilusi itu adalah khayalan umpama alam mimpi dan kelemahan otak yg.telah diprogram untuk ulang tayang.Apa yg.perlu dimengertikan tentang kejadian dan persepsi wajah2 dan bentuk ialah suatu bayangan wujud nyata dan dapat disentuh,dirasa,diubah dan dimusnahkan hanya melalui kaedah usaha.

Ia tak seperti wujud bentuk mimpi yg.mudah dihilangkan melalui sedar diri dari mimpi.Walau pun kewujudan alam ciptaan ini dimengertikan sebagai tiada dan ilusi namun ia tidak dapat hilang begitu saja melalui kawalan diri.Kita tak dapat mengusahakan sendiri untuk duduk dalam keadaan qudus walau pun diri terperi itu sendiri adalah unsur2 zat.

Antara jiwa roh yg.ghaib dan jasadnya contoh sebatian alam ilusi dan qudus itu berkerja.
Wajah2 hanyalah imej2 untk.pedoman perjalanan jiwa nurani menuju kembali asalnya.
Untuk menyatakan jiwa nurani itu sebagai aku juga sukar kerana hakikat aku itu sendiri sebenarnya tidak wujud.

Jika dikaji pada sistem tubuh.Ia merasai pelbagai keadaan dari sentuhan alam kasar dan sentuhan alam batinnya.Apakah sentuhan zahir itu dirasai oleh roh seperti rasa panas,sejok,sakit dan sebagainya.

Bila sakit,..siapakah sakit dan juga lain2 kejadian rasa pada kehidupan diri terdiri.Maka pengalaman alam kejadian bagi saya adalah cerita untuk kesedaran dan merangsang usaha manusia untuk mencari hakikat sebenar.

Boleh saja api itu bersifat sejok,makan tidak memberi kesan kenyang dan apa saja tidak memberi kesan.Tapi untuk mencapai itu bukan boleh melalui kalawan dan pengaruh ilmu dan akal.Ia adalah terkeluar dari batasan semuanya dengan secara menyeluruh.Maknanya seseorang yg.tetap dalam konsep pengeshaannya dan tak kembali lagi kepada alam kasarnya.

Umpama seseorang yg.melihat TV tanpa dipengaruhi atau seseorang yg.,sedar ia sedang bermimpi.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  T R I N I T Y Sun Jun 21, 2009 4:18 am

Tok perlu beri kaedah pemahaman yg.lebih kukuh untuk menyatakan kejadian ini tidak wujud melainkan imegenasi semata-mata.Diri mentafsirkan wujud dengan sebab ada sifat rasa,sifat melihat dan dengar serta permainan akal.Jika sifat2 itu tiada apakah boleh memadamkan perkataan wujud dan bagaimana pula nak mengatakan keadaan wujud sifatnya sekiranya diri terperi sudah hilang.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  T R I N I T Y Sun Jun 21, 2009 4:33 am

Awal kejadian pengeshaan telah berlaku.Bagaimana kita mentafsirkan kejadian itu mengikut firman Allah,...iaitu ruh telah menyaksikan.Siapa kah yg.ruh lihat dalam penyaksian itu.Allah atau zat maha esha.

Jika mengikut keadaan ayat tersebut,..terdapat dua hal.Yang menyaksikan dan yang menjadi saksi atau yang mengaku kepada apa yg.disaksikan.Ini bermaka sifat melihat itu juga boleh dikatakan ilusi ruh tanpa akal dan sifat2 jazad.

Maka proses pengeshaan perlu ada saksi dan penyaksian.Bagaimana kita boleh mengatakan diri kita kuat,pandai dan sebagainya dalam keadaan sendirian tanpa suatu bukti dibuat untuk menyaksikan diri kita berkuasa.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  T R I N I T Y Sun Jun 21, 2009 4:49 am

Jadi disini prinsip saya adalah kejadian dan ciptaan itu adalah jenis wujud sementara sesuai dengan
alam kemanusiaan.Kemanusiaan itu pula adalah alam bagi rohani untuk ruh memahami.

Kelemahan berlaku apabila alam diri kemanusiaan yg.sepatutnya diselami oleh jiwa telah terpengaruh dengan alam luar diri.Iaitu dunia kasar ciptaan Allah sebagai alam ilmu pengetahuan rohani.

Dimanakah Allah letakkan segala wajah2nya yg.bersifat,bernama dan berperbuatan untuk dieshakan jika tidak diciptanya alam kejadian.Apakah Allah tidak berkuasa untuk menjadikan kenyataan berbentuk wujud hakikat.

Kejadian bukan lah tipu daya Allah.Ia akan terus wujud dan tercipta sebagai kekuasaan Maha Eshanya.
Didunia ia akan berakhir dan menjalani proses perubahan dan kemusnahan mengikut peraturan kejadian.Ciptaan terus juga berlaku sebagaimana diberitakan mengenai akhirat.

Jika tiada ciptaan maka tiadalah keeshaannya.Bagaimana kita dapat mengatakan bola yg.bulat akan bergolek jika ia dalam keadaan tetap.
Jika kita menafikan tentang alam wujud sementara maka silaplah kenyataan bahawa Allah mempunyai ke eshaan,keberkuasaan,bijaksana,maha besar dan sebagainya.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  Merpati Putih Sun Jun 21, 2009 5:09 am

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Images


Last edited by Merpati Putih on Sun Jun 21, 2009 12:05 pm; edited 1 time in total
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  Merpati Putih Sun Jun 21, 2009 5:10 am

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Image


Last edited by Merpati Putih on Sun Jun 21, 2009 12:04 pm; edited 1 time in total
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  Merpati Putih Sun Jun 21, 2009 5:11 am

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Imag


Last edited by Merpati Putih on Sun Jun 21, 2009 12:02 pm; edited 1 time in total
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  T R I N I T Y Sun Jun 21, 2009 5:31 am

Apakah organ2 itu suatu ciptaan dari hasil ilusi dan imegenasi.Kerana organ2 itulah yg.dikatakan wujud imegenasi segala yg.didengar,dilihat,difikir.

Jadi otak itu adakah wujud atau imegenasi.Apakah otak itu juga sebahagian alam ciptaan dan yg.menerima segala fantasi.Jika otak itu juga ciptaan yg.sebenarnya tidak wujud,..bagaimana kefahaman akal mencari ilmu mengenai ketuhanan.

Bagaimana proses ilham sampai kepada diri terperi sedangkan akal dan otak tak mampu berfikir.
Jadi siapa yg.menerima ilham dan bagaimana caranya?
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  Merpati Putih Sun Jun 21, 2009 12:11 pm

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 B

AL WADI AL MUQADDAS - LEMBAH HENING atau suci murni.

secara biologinya...dan buat sementara kita tinggalkan dahulu bab ketuhanan:

• Tiap2 'yang ada' berlaku mengikut tergambarNya ujud/sangkaan. MithalNya ujud sangkaan ‘TanganNya’ maka mengambil Ia dengan ‘tanganNya’ .

• Maka tergambarlah ujud tanganNya yang berbentuk , bersifat pada otak insan, seolah2 tangan itu berada diluar otak/ perasaan. kerana ujud tangan hanya ada pada otak/minda sahaja. Maka tangan yang ujud pada otak/ perasaan itulah yang sebenar2nya berfungsi. Dan tangan yang ujud pada otak inilah yang benar2 tangan, dan tidak ada tangan diluar otak/perasaan. Tanpa otak, tidak akan ada tangan.. bahkan tidak akan ada keseluruhan anggota badan dan duniawiyah seluruhnya sekiranya tanpa otak

Dan fahamkan betul2.. semoga ada munafaatnya.

Yang anihnya kelihatan seolah2 tangan yang ada pada otak itu, seolah2 berada diluar minda. Yang jelasnya ini tidak ada kemungkinannya, walaupun apa sangkaan/ telahan/ terkaan/ anggapan, tangan itu tetap ujud pada otak/ tapak khayalan . Yang pasti ia bukan diluar otak/ perasaan.

• Tergambar pada akal/ otak/ minda itu ‘ada’ maka ‘ada’. Ketika tergambar pada otak itu ‘tiada’, maka ‘tiada’. Tidak tergambar 'ada dan tiadanya' kerana 'tiadanya'. Inlah Keanihan Otak/ Hati/ minda/ perasaan/ al aklu/ alam alQuddhus.

**** P/S*** .Tok berharap agar sdr2 tidak terus bersetuju dengan apa yang Tok cuba sampaikan. Dan Tok sudi menerima keritikan secara tebuka. Apa yang akan terkilan dan tidak memuaskan hati sila beri teguran sebagai sahabat.. kerana 'kebenaran' timbul dari keraguan, untuk pergi kepada pemahaman.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  T R I N I T Y Sun Jun 21, 2009 1:12 pm

Ok..tok...kita kaji ilmu dan fikir tentang konsep wujud iaitu apa yg.dimainkan oleh otak dan permainan akal.
Konsep tok mengatakan...objek yg.dilihat apa saja datangnya dari sangkaan akal.Yang mana sebenarnya tidak wujud apa pun diluar sana.

Dengan lain perkataan pergerakan berlaku adalah melalui permainan akal dan otak untuk mengujudkan keadaan seperti benar dengan bantuan deria2 yg.diprogramkan.

Contoh ilusi dan fantasi tu...misalnya timbul perasaan berahi disebabkan pelbagai unsur.Lalu arahan berlaku untuk fantasikan keadaan itu dengan melihat dan berusaha mendapatkan.Maka perbuatan dan kelakuan yg.terjadi memberi kepuasan kepada jiwa apabila program itu berjalan lancar dan teratur.

Maksudnya jiwa dapat mencapai tujuan fantasi dengan tindakan dan mengalami peristewa rasa dan sebagainya.Apa yg.sebenarnya berlaku adalah fantasi akal dan otak berkerja memainkan peranan program imej dan audio videonya.Ianya berlaku dengan bantuan sensor2 pada jasad yg.dipakai oleh roh.

Adakah demikian teori wujud yg.tok maksudkan atau ada tambahan.Selepas itu baru dapat saya mengulas dan menjelaskan kajian saya selengkapnya dan sama2 kita buat perbandingan.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  Merpati Putih Sun Jun 21, 2009 1:38 pm

Didalam kitab bayan AT TASLIHIN menghuraikan, bahawa Keseluruhan alam hanyalah berupa 'perasaan' sahaja.

Otak juga disebut sebagai ALAM ALMALAKUT/ ALAM MILIK/ LOH ALMAHFUZ... alam pementasan segala ujud.

Otak adalah satu wadah tanpa tepian, yang meliputi seluruh alam buana. Bahkan otak mencakupi seluruh ujud, tanpa satu zarah pun terkeluar daripadanya.

Ia diumpamakan satu layar yang terlukis setiap coretan duniawiyah dan pengalaman. Otak juga menyimpan seluruh gambaran tubuh manusia dalam bentuh seni, halus/ lenyap.. tanpa kelihatan apa2 sifat, bentuk, rupa, warna.. Alam Zat murni

Ia diumpamakan satu hardisk yang tersimpan didalamnya ma'lumat2.. sekiranya kita bedah hardisk ini, nescaya kita tidak dapat melihat butir didalamnya dengan mata kasar kita
.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  salik Sun Jun 21, 2009 1:50 pm

[quote="Merpati Putih"]

• Maka tergambarlah ujud tanganNya yang berbentuk , bersifat pada otak insan, seolah2 tangan itu berada diluar otak/ perasaan. kerana ujud tangan hanya ada pada otak/minda sahaja. Maka tangan yang ujud pada otak/ perasaan itulah yang sebenar2nya berfungsi. Dan tangan yang ujud pada otak inilah yang benar2 tangan, dan tidak ada tangan diluar otak/perasaan. Tanpa otak, tidak akan ada tangan.. bahkan tidak akan ada keseluruhan anggota badan dan duniawiyah seluruhnya sekiranya tanpa otak
Dan fahamkan betul2.. semoga ada munafaatnya.

Tanpa Otak maka tidak ada tangan dan keseluruhan anggota disini bermaksud (tidak tahu) atau maklumat tentang adanya keseluruhan ujud itu tidak di ketahui . Jadi dengan maklumat yang diterima dari otak maka kita mengetahui yangmana kita ada( merujuk kepada adanya diri sendiri sendiri) dan bila kita ada dan dengan adanya otak/akal/fikiran/hati/perasaan/dan maka tahulah kita akan keberadaan kejadian kejadian.
itu maksud tok kan?
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  salik Sun Jun 21, 2009 2:09 pm

[quote="Merpati Putih"]
Yang anihnya kelihatan seolah2 tangan yang ada pada otak itu, seolah2 berada diluar minda. Yang jelasnya ini tidak ada kemungkinannya, walaupun apa sangkaan/ telahan/ terkaan/ anggapan, tangan itu tetap ujud pada otak/ tapak khayalan . Yang pasti ia bukan diluar otak/ perasaan.

• Tergambar pada akal/ otak/ minda itu ‘ada’ maka ‘ada’. Ketika tergambar pada otak itu ‘tiada’, maka ‘tiada’. Tidak tergambar 'ada dan tiadanya' kerana 'tiadanya'. Inlah Keanihan Otak/ Hati/ minda/ perasaan/ al aklu/ alam alQuddhus.

Adakah keanihan ini berlaku kepada semua manusia secara sama rata ataupun kurniaan ini sama rata tetapi kesedaran atau kekuatan menangkap maklumat yang ada mengikut kesucian atau amalan amalan zikir zikir atau solat atau bersangka baik atau kebersihan dari hasad dengki/riak/takkabur/ujub/sombong/ dsb akan menguatkan lagi otak untuk menangkap maklumat maklumat .
kerana kalau diperhatikan bahawa kanak kanak lebih mudah kasyaf berbanding orang dewasa kalau di beri input yang bersih
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  Merpati Putih Sun Jun 21, 2009 2:42 pm

kalu kita banyak konsep2 yang kita fikirkan, maka ia tidak memberi ruang kepada kita untuk memokuskan fikiran kita. Jesteru itu, kita mudah lupa atau lalai.. termasuk sifat dengki, khianat.. dan juga zikir2. Kerana ini cumalah jalan2 awal ma'rifah.

Zikir2 hanya berupaya melalaikan kita dari mengingati lain2 hal.. dan tidak mampu membantu kita mencerna haqiqat. walau bagaimanapun tok tidak merendahkan zikir, kerana setiap sesuatu itu ada fungsinya sendiri.

Tok berpendapat 'BERTAFAKKUR' tentang keajaiban alam kejadian lebih menjurus kepada 'Ma'rifah Ketuhanan'.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  T R I N I T Y Sun Jun 21, 2009 2:42 pm

Apakah otak yg.difotokan itu wujud?
Ini membuktikan alat eletronik yg.tidak berakal dan otak serta mempunyai ciri organisma berbeza dari
organ tubuh seperti mata dan otak dan saraf2nya dapat mengambil imej wujud untuk diperlihatkan kepada akal dan otak.

Imej otak itu bagaimana dikatakan wujud sedangkan ia adalah termasuk dalam alam kejadian juga.
Jika dikatakan otak tidak wujud dan sebagai ilusi dan imengenasi,...persoalannya ialah siapa yg.menjalankan kerja imegenasi dan ilusi itu.

Kedua laporan kitab atau apa jua ilmu adalah hasil imegenasi otak dan akal maka ia ditulis.Sebaliknya kita sekarang telah menggunakan fakta ilmu itu untuk membuktikan wujud ilusi.

Ini yg.mengelirukan metos kejadian itu ilusi.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  Merpati Putih Sun Jun 21, 2009 2:54 pm

Pada dasarnya otak, kitab, tuhan, diri.. bahkan keseluruhan 'keberadaan' adalah ilusi zatiah semata2. Walau bagaimanapun kita memerlukan qias untuk memahami bagi menilai 'keberadaan' zat mutlaq.

Kalu sekiranya kita telah mencapai pemahaman, maka kelulah kita dari bahasa, pekak, buta dan tuli.. kerana tidak ada sesuatu yang berupa, berbentuk, berwarna.. yang dapat didefinasikan lagi. Ianya semata zat hening tanpa definasi (ketenangan abadi).. walau bagaimanapun kita harus faham bahawa apayang kita lihat, dengar, rasa... cuma kehadiran zat.. jadi apa salahnya kita mendengar, melihat, berkata...?
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  T R I N I T Y Sun Jun 21, 2009 4:39 pm

JIka pada dasarnya otak adalah simbol kitab dan tuhan juga mencipta bentuk simbul kitabnya dalam bentuk rupa sebagaimana kita melihat wujudnya otak.

Jika kita mengakui otak itu wujud dan mempunyai agenda wujudnya sebagai kitab dalam diri,..maka kita perlu menerima simbol2 wujud yg.lain.Yang mana terdapat peranan2nya tersendiri yg.tak diketahui.

Maka kita tak perlu menafikan tentang wujud sebagai tidak wujud walau sekalipun ia sebagai ilusi dan persepsi akal.Kerana wujud ilusi dan wujud sementara adalah berlainan konsep dan kejadiannya.

Sebagai contoh diri terperi atau rohani itu wujud tidak dapat dilihat dalam apa jua bentuk untuk difahami.Begitu juga gas udara yg.dinamakan Oksijan.Oksijan wujud dalam bentuk pelbagai refomasi.
Bentuk diwujudkan sebagai tanda pengenalan akal.

Setiap kejadian mempunyai zat tersendiri dan gabungan yg.sesuai dengan nya untuk membentuk rupa.Ia dinamakan sifat,asma dan afaal zat.

Kita disuruh melihat,berfikir dan memahami.Dengan merangkumi semua hal wujud baru keadaan pemisahan dapat dilakukan.Antara otak,akal dan hati akhirnya adalah alat penyampai kepada jiwa nurani.

Maka penafian tentang wujud bukanlah menafikan ketiadaan ain nya...tapi dapat melihat hakikat wujudnya.Ia akan terpadam dengan sendiri apabila melihat hakikat wujud zat.

Apabila yg.hak tiba,..sendirinya melenyapkan kebatilan.Tapi bukan melenyapkan wujud ciptaan.
Bila mana kita menafikan tiada wujud maka dengan sendiri nya Allah tidak mempunyai kuasa mencipta sesuatu.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  Merpati Putih Sun Jun 21, 2009 5:29 pm

Bila mana kita menafikan tiada wujud maka dengan sendiri nya Allah tidak mempunyai kuasa mencipta sesuatu.

'Kalau tuhan berkehendakkan sesuatu untuk dicipta'.. maka dengan sendirinya 'tuhan' bersifat kekurangan.

Untuk apa 'Tuhan' berkehendakan sesuatu? Adakah dirinNYA kurang dari sesuatu?
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  T R I N I T Y Sun Jun 21, 2009 5:55 pm

Kekurangan itu terdapat pada insan yg.tercipta.Insan tidak dapat melihat kewujudan Zat maha suci.
Maka itulah Allah mencipta untuk keperluan dan kelemahan insan itu sendiri.Maka itulah sifat maha kasih dan memberi petunjuk.

Diberi akal,otak hati,nafsu,mata dan telinga sebagai alat untuk mengetahui.Dan diciptakan pelbagai wajah wujud untuk mencari hakikatnya.

Sebagaimana bayi yg.diberi akal,pemandangan dan pendengaran.Bila sampai masa ia mula memikirkan.Jika otak itu kitab mengapakah kanak2 tidak dapat berfikir dan memahami.Melainkan dikata kan setelah berakal.Yang berakal maka terpikullah amanah dan kewajiban.

Jika tanpa melihat ciptaan...bagaimana insan dapat mengeshakan zat maha suci.Untuk melihat wujud diri sendiri juga sukar.

Dalam mimpi,..kita tidak melihat dengan mata atau mendengar dengan telinga dan merasa.Jadi siapa yg.melihat dan sedang dilihat oleh ruh ketika mimpi.Berapa diri dalam keadaan mimpi tu.
Diri yg.bermimpi dimana dan yg.melihat keadaan mimpi itu siapa.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  Merpati Putih Sun Jun 21, 2009 6:17 pm

Sdr trinity..

Tok lihat sdr agak terkeluar dari perbincang tauhid Zat... Walau bagaimanapun tidak bersalahan.. kerana keseluruhannya berfungsi mengikut kemahuanNYA.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT - Page 2 Empty Re: PERANCANGAN KERAJAAN LANGIT

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 12 Previous  1, 2, 3, ... 10, 11, 12  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum