SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Keanihan Alam Minda

2 posters

Go down

Keanihan Alam Minda Empty Keanihan Alam Minda

Post  Merpati Putih Mon Dec 07, 2009 11:51 am







لَقَدْ صَارَ قَلْبي قاَبِلاً كُلَّ صُوْرَةٍ ÷

فَمَرْعَى لِغِزْلاَنٍ وَدِيْرٌ لِرُهْباَنِ

وَبَيْتٌ لِأَوْثاَنٍ وَكَعْبَةَ طاَئِفٍ ÷

وَأََلْوَاحُ تَوْرَاةٍ وَمُصْحَفُ قُرْﺁنِ

أََدِيْنُ بِدِيْنِ الْحُبِّ أََنَّي تَوَجَّهَتْ ÷

رَكَائِبُهُ فاَلدِِّينُ دِيْنِى وَﺇِيْمَانِ









Hatiku mampu menerima aneka rupa *



Padang ragut bagi rusa2, biara bagi para rahib



kuil bagi berhala, ka‘bah bagi yang bertawaf *



papan tulis untuk Taurat, dan mushaf bagi al-Qur’an



Aku menganuti agama cinta, yang senantiasa ku hadapi *


langkahnya; itulah agamaku dan keimananku:









*IBN ARABI*



Tiap2 keadaan berlaku mengikut tergambarNya ujud/sangkaan. MithalNya ujud sangkaan ‘TanganNya’ maka mengambil Ia dengan ‘tanganNya’ .

Maka tergambarlah ujud tanganNya yang berbentuk , bersifat pada otak insan, dan bukanya ada tangan. kerana ujud tangan hanya ada pada otak/minda sahaja. Maka tangan yang ujud pada otak/ perasaan itulah yang sebenar2nya berfungsi. Dan tangan yang ujud pada otak itulah yang benar2 tangan dan tidak ada kemungkinan tangan yang lain.

Yang anihnya kelihatan seolah2 tangan yang ada pada otak itu diluar daripada minda. Yang jelasnya ini tidak ada kemungkinannya, walaupun apa sangkaan/ telahan/ terkaan/ anggapan, tangan itu tetap ujud pada otak/ tapak khayalan . Yang pasti ia bukan diluar otak/ perasaan.

Tergambar pada akal/ otak/ minda itu ‘ada’ maka ‘ada’. Ketika tergambar pada otak itu ‘tiada’, maka ‘tiada’. Tidak tergambar ada dan tiadanya kerana tiadanya. Inlah Keanihan Otak/Hati/minda.

كما أن الإنسان من حيث هو إنسان قد يحمل عليه الحيوان
Sebagaimana adalah Insan itu tatkala dunamai Insan setelah ditanggong keatasnya gharizah haiwan

Barangsiapa memandang dengan wasitah keratan hatinya atau akalnya maka tiadalah ia memandang akan ujud Nur Illahiyat

Maka siapa yang tiada tahu akan yang wajib dan jaiz dan mustahil maka iaitu tiada akal baginya.

Maka tiap2 yang wajib itu thabit/ tetap pada akal adanya. Dan sesungguhnya tidaklah ada pada akal/ otak itu sesuatu jua daripada jirim2/ tubuh2, secara pasti.

Tanda baharu pada aradh sangkaan itu thabit/ pasti dipandang berubah2nya daripada tiada kepada adanya, dan daripada ada kepada tiadanya. Dan keseluruhan ilmu2, apa yang ada diantara langit dan bumi adalah titik2 khayalan yang teralir dari longkang2 sampah ilmu ke wadi/ lubuk minda, yang mana otak akan tersumbat lemas.

Jirim itu seolah2 seperti batu dan kayu dan segala tubuh, huruf2, suara dan barang/sesuatu yang berbentuk/terguris pada akal.

Bermula Warid itu ‘ibarat daripada yang datang atas hati/ akal/ nur daripada segala muarif/ pengatahuan rabaniah dan segala latoif/ kesenian rohaniah kerana mensucikan hati itu dan membiasakan ia hingga patut yang demikian itu dan masuk kehadratNya.

Kerana hadratNya itu mahasuci/ AlAlam Qudus/ Otak jernih daripada disentuh olih tiap2 hati yang keruh/ gurisan dengan segala atsar/ kesan ‘ibarat daripada sekelian makhluk/ gurisan yang berlumur dengan segala aghiar (Tipuan2Nya). Dan barangsiapa tiada baginya yang demikian itu tiadalah zuq/ mengalami dan tahqiq/ penyaksian kebenaran/ keputusan baginya. kecuali ikutan/ peniruan semata2.

Tidak tergambar bahawa AlKuliat/ AlMaujudat itu adalah Rahsia Ketuhanan semata2. Tidak juga tergambar bahawa ujud adalah ghaib pada haqiqatnya. Tidak ada satu kejadian pun terjadi sekali2 pada hayat ini. Kalau sekiranya adapun ia hanyalah sangkaan2 sahaja.

Sangatlah sempurna KebijaksanaanNya, keseolahan ujud/ gurisan itu terpisah, seolah2 terpisah dariNya kerana RahsiaNya. Ujud adalah zuqi ZatiahNya/ perasaan mesra zat semata2, tiada gurisan.

يا يها الإنسان ما غرّك بربّك الكريم * الإنفطار الأية 6
Ya Insan apa yang memperdaya kamu dengan Tuhanmu yang maha pemurah

Dan tidak ada bahasa yang sempurna untuk menilai kesempurnaan, kerana bahasa hanya satu bentuk dusta (Majaz) kerana pengrahsiaan ujud mutlaq. Tidak tergambar ujud mutlaqNya kerana pengrahsiaan.

Tiada sesuatu pun ujud kecuali Ujud Ketuhanan jua. Ujud tubuh2/ gurisan2 adalah ujud zuqi Zatiah (hanya ujud rasa)/ gurisan seumpama ujud guris2an pada cecair otak.

Maka otak (Pusat Rasa) tiada berpaling kepada makhluk/ AlKuliat/ Gurisan2. Gurisan2 lemah yang tidak sukar untuk menghilangkannya,.tidaklah didapatinya pada dirinya ketika datang teman yang kaya atau teman yang miskin atau rasa2/ sangkaan/ gurisan2

TipudayaNya adalah segala gurisan yang ujud pada cecair otak.Ujud sangkaan Illahiyat kerana pengrahsiaan ujud diriNya yang zuqi zatiah semata2.Tatkala menyangka ada ujudnya tubuh2/ gurisan2/ ujud2. Ujudlah tipuan2/ kesaolahan2 diriNya. Kerana Ia mengetahui bahawa ujud gurisan2/ bayang2 itu tiada, maka diadakan kemudian ditiadakan kerana ketiadaan ujudnya.

Telah terang lagi bersuluh kerana diketahui secara yaqin/ benar/ jelas, sebenar2nya dan dialami, bahawa tidak ada sesuatu juapun pada otak/ pusat rasa/ AlAlam Qudus. Sekiranya dibedah, nescaya tidak sempat mengungkapkan tiada kerana ketiadaan gurisan2/ ujud ini sezarrah pun.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

Keanihan Alam Minda Empty Re: Keanihan Alam Minda

Post  hamim Mon Dec 07, 2009 10:46 pm

Tanda baharu pada aradh sangkaan itu thabit/ pasti dipandang berubah2nya daripada tiada kepada adanya, dan daripada ada kepada tiadanya. Dan keseluruhan ilmu2, apa yang ada diantara langit dan bumi adalah titik2 khayalan yang teralir dari longkang2 sampah ilmu ke wadi/ lubuk minda, yang mana otak akan tersumbat lemas.

apakah maksud yang diperkatakan " diantara langit dan bumi " itu jika segala - galanya sangkaan / khayalan???
adakah langit dan bumi itu "terkeluar/tiada bertakluk" pada khayalan itu sendiri???
BAGAIMANAKAH PULA DIPASTIKAN/THABIT SIFAT DAN SETERUSNYA PERBUATAN KAHAYALAN ITU???
jika tiada wujud lawan /jaiz bagi " KHAYALAN ' itu sendiri apakah wujud khayalan itu semata - mata???


" Jika Sifat / perbuatan bagi " KHAYALAN " itu TANPA cermin / jaiz / lawannya.....
ia nya boleh dikatakan sebagai satu kemutlaqan....
sedangkan NYATA adalah cermin /jaiz/ lawan bagi KHAYALAN itu sendiri....
TIADA KEMUTLAQAN BAGI "KHAYALAN" ITU SENDIRI
WUJUDNYA KHAYALAN MASIH MEMERLUKAN TEMPAT BERDIRI/ZAT UNTUK "MENYATAKANNYA"


DIATAS KALIMAH TAUHID....
ANTARA TIADA DAN ADA...
BOLEHKAH IANYA DIPISAH - PISAHKAN ATAU DICERAI - CERAI KAN....???


Keanihan Alam Minda Allah2

BUKANKAH IANYA SESUATU YANG HALIAH UNTUK DIPERKATAKAN???

ADANYA "KHAYALAN" DENGAN PASTI ADA YANG "MENYATAKANNYA"

hamim

Jumlah posting : 94
Registration date : 2009-02-01

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum