SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ILMU ITU & ILMU INI

+10
zali
prime
Yuzia
Merpati Putih
hafisabu
salik
T R I N I T Y
tokbiru
ferolled
shazlida
14 posters

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty ILMU ITU & ILMU INI

Post  shazlida Thu Mar 19, 2009 5:39 pm

Assalamualaikum semua. Forum ini semakin meriah sekarang dengan pelbagai ragam ilmu.

'Persoalan' saya: Siapakah yang berilmu dan dimanakah kebenaran ilmu itu.
shazlida
shazlida

Jumlah posting : 161
Registration date : 2008-12-30

http://caturist.blogspot.com

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  shazlida Fri Mar 20, 2009 10:28 pm

Setiap manusia yang lahir ke dunia, telah ditetapkan pakej kehidupannya secara keseluruhan. Jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Maka ilmu jualah yang mengiringi dan menghidupkan insan tadi secara berperingkat samada melalui pembelajaran atau secara semulajadi.

Secara berperingkat, ilmu yang terkandung di hayat kehidupannya akan berkembang selari dengan kepesatan akalnya. Dan akhirnya, di antara setiap insan itu, akan kelihatanlah segala perbezaan tentang pemahaman ilmu dari waras akalnya, walaupun hanya sekecil zarah. Tidak akan ada yang sama secara mutlak.

Mengapa ini terjadi. Mengapa kita saling berbalah tentang keilmuan. Saling menidakkan apa yang berlainan dari kefahaman sendiri. Menerima hanya pada yang diingini sahaja. Sedang hakikatnya, dikatakan setiap ilmu itu adalah satu dan sama. Bersumberkan dari yang satu juga.

Jadi, siapakah yang dikatakan berilmu dan dimanakah kebenaran ilmu.
shazlida
shazlida

Jumlah posting : 161
Registration date : 2008-12-30

http://caturist.blogspot.com

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  ferolled Sat Mar 21, 2009 1:12 pm

shazlida wrote:Setiap manusia yang lahir ke dunia, telah ditetapkan pakej kehidupannya secara keseluruhan. Jantina, bangsa, agama dan sebagainya. Maka ilmu jualah yang mengiringi dan menghidupkan insan tadi secara berperingkat samada melalui pembelajaran atau secara semulajadi.

Secara berperingkat, ilmu yang terkandung di hayat kehidupannya akan berkembang selari dengan kepesatan akalnya. Dan akhirnya, di antara setiap insan itu, akan kelihatanlah segala perbezaan tentang pemahaman ilmu dari waras akalnya, walaupun hanya sekecil zarah. Tidak akan ada yang sama secara mutlak.

Mengapa ini terjadi. Mengapa kita saling berbalah tentang keilmuan. Saling menidakkan apa yang berlainan dari kefahaman sendiri. Menerima hanya pada yang diingini sahaja. Sedang hakikatnya, dikatakan setiap ilmu itu adalah satu dan sama. Bersumberkan dari yang satu juga.

Jadi, siapakah yang dikatakan berilmu dan dimanakah kebenaran ilmu.

Jawapannya tiada prejudis untuk semua ilmu. Jumlah pengetahuan yang berbeda, nilai rezeki yang tidak sama, jarak langkah yang tidak selari atau perbezaan bulan dan matahari sekadar hadir bagi memperlihatkan pewarnaan penceritaan keindahan TUHAN. Tanpa tuju, tanpa makna, tanpa modal dan keuntungan. Ianya semulajadi.

Tiada yang dapat menghentikan bicara tiada pula yang mampu menggerakkan bibir untuk bersuara. Ia telah tertakluk.
ferolled
ferolled

Jumlah posting : 253
Registration date : 2008-11-20

http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  shazlida Tue Mar 24, 2009 4:07 am

ferolled wrote:Jawapannya tiada prejudis untuk semua ilmu. Jumlah pengetahuan yang berbeda, nilai rezeki yang tidak sama, jarak langkah yang tidak selari atau perbezaan bulan dan matahari sekadar hadir bagi memperlihatkan pewarnaan penceritaan keindahan TUHAN. Tanpa tuju, tanpa makna, tanpa modal dan keuntungan. Ianya semulajadi.

Tiada yang dapat menghentikan bicara tiada pula yang mampu menggerakkan bibir untuk bersuara. Ia telah tertakluk.

Terima kasih Tuan Ferolled. Maafkan saya jika masih lagi ingin memanjangkan topik ini. Mungkin jawapan yang diberikan telah dimuktamadkan secara umum. Atau mungkin juga saya seorang yang tidak mengerti akan sesuatu pun.

Saya masih lagi ingin perbincangan yang khusus tentang siapakah yang dikatakan berilmu dan dimanakah kebenaran ilmu itu.

Sebagai contoh; apabila berbicara soal ilmu ketuhanan dalam forum ini, ilmu yang bagaimanakah yang dikatakan benar dan bagaimana untuk diyakini yang ianya benar/betul. Perlukah kita kepada kebenaran dan untuk apa?

Jika jawapannya, "terpulang kepada masing-masing (semuanya benar)", atau "ini rahsia tuhan", maka saya syorkan supaya forum ini dihentikan kerana ianya tidak memberi sebarang manafaat barang sedikit pun melainkan mungkin hanya ruang untuk memperbodohkan diri sendiri.

Maka layakkah saya untuk mengetahui/meyakini kebenaran?

(Perbincangan ini dibuka kepada semua yang sudi membuat penjelasan)
shazlida
shazlida

Jumlah posting : 161
Registration date : 2008-12-30

http://caturist.blogspot.com

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  ferolled Sat Apr 04, 2009 8:09 pm

Pada awal pencarian kepada persoalan ketuhanan, minda kita dikecamuki oleh pelbagai macam ilmu. Kecamukan ini timbul dek perasaan takut kepada syirik, murtad, zindik, sesat atau negatif2 yang lain yang di tanam semenjak kita kenal erti agama.

Secara jelas, jika kita membicara keperihalan ilmu, kita harus menjurus kepada cabangan ilmu tersebut. Sebagai contoh, sekiranya ilmu mekanikal, mustahil ia menyatakan akan kelibat ketuhanan. Ia lebihnya menerangkan mengenai gear, pelinciran, dinamik, statik dll. Langsung ia tidak menghubungkaitkan kepada TUHAN. Jadi adakah ia salah? Mana Mungkin! Jika salah mengapa dengan gear pergerakan kereta menjadi lancar langsung membawa ke masjid untuk berkiamulail?

Malah ilmu sihir, yang memuja objek selain TUHAN (kononnya) telah dianggap salah dan syirik kerna ia tidak selari dengan ANUTAN. Persoalanya jika salah, mengapa ilmu itu nampak keberhasilannya? Hingga ada diantaranya dijadikan sumber kewangan untuk tokey2 filem malah tidak kurang penerbit rancangan yang bercorak sihir. Tonton saja Crist Angel, David Blaine, Seekers atau Misteri Nusantara. Jika kita mengatakan ia salah mengapa TUHAN membenarkannya hingga ada kapital dan keuntungan kepada syirik2 itu? Kita yang silap membuat tafsiran atau TUHAN yang membenarkan kesyirikan terhadap keESAanNYA?

Segelintir berpendapat setiap ilmu yang tidak mengESAkan TUHAN maka salah. Namun ramai yang merujuk Buku Resepi Masakan bila ingin memasak sedangkan tiada langsung perkataan TUHAN di dalamnya. Itulah jumudnya pemegang-pemegang ilmu! Mereka seringkali menganggap ilmu yang difikir mereka yang benar, yang lain salah, tak sampai dan syirik.

Selangkah kita ke titik asalan, seharusnya kita tiada prejudis dalam ilmu. Tanpa mengira apa jenis ilmu. Seharusnya pegangan kita, ilmu itu datang dari kefahaman, bergunung kitab tanpa faham tiada makna. Faham itu datang dari fikir, fikir datang dari mana? Adakah dari otak yang bersifat ketulan daging itu? Tentu tidak. Badan kita sememangnya terbina dengan otak tapi fikiran bukan produk otak. Malah fikiran yang menjadikan otak itu ada fungsi. Tanpa fikiran otak sia-sia... Dan semestinya fikiran datang dari TUHAN.

Maka fikiran sama dengan rasa kenyang lapar, penat segar, hidup mati. Semuanya dari TUHAN. TUHAN menganugerahi ilmu kepada mahkluk yang dikehendakinya. Tidak kira apa jenis makhluk. Setiapnya ada pakej ilmu dalam dirinya. Itulah ketentuan yang MUTLAK.

Geng Mamak dengan ilmu Mencuri, Mahathir Mohamad dengan ilmu Politik, Ibn Batutta dengan ilmu Pelayaran, Lim Goh Tong dengan ilmu Peniagaan Judi, Harun Din dengan ilmu Agama Islam, David Blaine dengan ilmu Sihir, David Teo dengan ilmu Perfileman, M. Nasir dengan ilmu Muzik. Jadi siapakah insan-insan di atas tanpa dianugerahi ilmu oleh TUHAN? Mungkinkah Lim Goh Tong menjadi Ulama, atau M. Nasir menjadi pelayar. Tidak sama sekali. Kerna apa? Kerna ketentuan TUHAN.

Yang menjadi penceritaan ini indah, ada sebahagian pemegang ilmu yang menerangkan ilmu isu-isu ketuhanan. Ada yang dari lukisan bawa ke TUHAN, ada yang lagu dari jurus ke TUHAN, ada yang dari Hukum Yahudi fokus ke TUHAN. Namun ia tetap tak lari dari ILMU ANUGERAH TUHAN. Biarlah apa sahaja yang diperkata oleh ilmu, Ketuhanan, Hampir ke Ketuhanan, Fekah, Syariaat, Sains, Sihir ia tetap pakej anugerah TUHAN.

Jadi, ilmu yang betul dengan konsep KETUHANAN ialah ilmu yang tidak menyalahkan lain2 ILMU. Mampukah diperlakukan demikian? Perlu menjadi insan yang tenang. Jiwa yang tenteram. Minda yang merdeka. Tenang yang macam mana? Mampu tersenyum melihat Israel mengebom Palestin atau tersengih melihat Taliban menyembelih wartawan Barat. Ringan terus kaki melangkah ke Masjid, jua ke gereja, kuil dan tokong. Melayari hidup ini tanpa duka meski Bank seringkali membuat panggilan mengenai kredit yang tertunggak. Dihina tiada kesan, dipuji tiada bekas.

Mengapa begitu? Kerna dihati, jiwa, minda hanya yang ADA TUHAN. Langsung tiada berasa berilmu, langsung tiada rasa ADA. Langsung tiada berasa DIRI. Suka, duka, nafas, fikir, tidur, jaga, hidup, mati kesemuanya Tajalli Semata-mata TUHAN. Hingga menyatakan diri itu TIADA dan yang berkata-kata, yang menulis, yang membaca itu hanya TUHAN SEMATA-MATA.
(Pakej TUHAN untuk menifestasinya yang bernama Halaj, Siti Jenar atau Firaun Ramses?)

Penulisan ini jua adalah hasil dari cabangan ilmu anugerah TUHAN yang tidak pernah terfikir untuk menulis sebegini. Pakej aku menulis, pakej kamu membaca. Mungkin dipanjangkan pakej kamu dengan pemahaman maka kamu kata bagus atau kamu menolak maka mungkin kamu membalas dengan gelaran terhadap aku sebagai JABARIAH. Kecamukan ILMU itulah Keindahan Ciptaan TUHAN dan kita dan ilmu adalah corak-corak pada LUKISAN KETUHANAN.

Terima kasih kepada Sdr Shalida sebagai pengunjung tetap di Ondak Ompun

Aku pulang pada kalian (yang terbanyak) :- Aku itu ESA, Kalian itu keESAan (yang majoriti).
Tiada lain selain ESA dan KESAANNYA.
ferolled
ferolled

Jumlah posting : 253
Registration date : 2008-11-20

http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  shazlida Sun Apr 05, 2009 12:46 am

Terima Kasih Tuan Ferroled.

Tiada sempadan untuk dibataskan. Sewajarnya penulisan yang sebegini, dipanjangkan ke khalayak untuk dibahaskan dan dicerna. Tiadalah kuasa untuk saya menidakkan atau mengiyakan segala ilmu. Ujudnya saya di forum ini hanya sekadar gurisan kepada setiap yang "Tergambar akan Ada UjudNya" (meminjam judul karangan Sang Buragas dari Gua Sawang).

Kamu lebih tahu akan apa yang diujudkan. Ondak Ompun akan sentiasa digambaran selama mana diizinkanNya. Begitu juga kepada yang lain2nya.
shazlida
shazlida

Jumlah posting : 161
Registration date : 2008-12-30

http://caturist.blogspot.com

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  ferolled Wed Apr 08, 2009 6:05 pm

Ilmu itu satu bentuk menefestasi KETUHANAN. Ia sama dengan makhluk-makhluk lain.
Tiada kredit pada mereka yang faham akan ilmu KETUHANAN maupun yang tidak mengerti apa2 ilmu.
Itulah kemurnian yang MUTLAK.
ferolled
ferolled

Jumlah posting : 253
Registration date : 2008-11-20

http://www.ondakompun.blogspot.com

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  tokbiru Wed Sep 23, 2009 1:17 pm

Dimanakah letaknya kebenaran kalau kejujuran sering disanggah,
dimanakah letaknya kebatilan kalau kejahilan sering disergah..
Kebenaran dan kebatilan adalah nikmat pengetahuan yang tiada sudah,
kecapi dan nikmati agar kau menjadi insan yang tabah..
Demikian Al-Furqan membedah segala risalah..
Tiada takut dalam perjuangan yang ditentukan sudah,
hanya kepasrahan bisa menemukan dirimu yang gagah..
Berhentilah menjadi penghukum yang ghairah,
nafsu nafsimu menjadi beban yang sungguh parah..
Hilang jati diri,meronta tiada arah..
Biarlah waktu menyusun langkah,
biarlah masa menjadi penyudah..
Kau tiada daya mengenal erti ibadah,
segala ikhtiar hanya milik Dia yg Maha Pemurah..
Bukan milik sesiapa untuk mengukir gerak langkah..
Tidakkah pergantian siang dan malam itu menjadi dalil yang sungguh indah..
Demikian ditunjukkan sunnatullah..
Selamanya tidak pernah berubah..
Ia tetap kekal tiada bersalah-salah,
hanya aturcara fikirmu yang membikin gundah..
Umat susah takutkan salah,
berfikir menjadi alah,
konon melanggar hukum Allah..
Nanti neraka menjadi penyudah.
Alangkah kejinya erti ibadah,
sekadar momokan siksa yang menjadi tulah.
Betapa manusia daif memahami hakikat yang begitu indah..
Apakah musibah yang lebih parah,
bila yang jahil diangkat menjadi penentu arah,
dinobat penyelamat aqidah ummah....
Inilah padah,
Inilah padah,
Inilah padah,
bila aqal dirantai dan fikiran dijajah.. bounce

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  T R I N I T Y Wed Sep 23, 2009 7:59 pm

Fuuh...ini boleh jadi sajak,gurindam dan lagu.Bagi
kat M.Nasir ne,..jadi album...tokbiru Very Happy oii.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  salik Fri Sep 25, 2009 6:15 pm

nak kena buat musik keronchong tuuuu,
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  T R I N I T Y Fri Sep 25, 2009 7:42 pm

Buat keroncong versi rapp......meletop album.Kumpulan nasid pun terjejas.
He...dah lari tajuk... Rolling Eyes
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  hafisabu Sat Sep 26, 2009 12:34 pm

ferolled wrote:Ilmu itu satu bentuk menefestasi KETUHANAN. Ia sama dengan makhluk-makhluk lain.
Tiada kredit pada mereka yang faham akan ilmu KETUHANAN maupun yang tidak mengerti apa2 ilmu.
Itulah kemurnian yang MUTLAK.

benar sungguh.........

hafisabu

Jumlah posting : 47
Registration date : 2009-07-14

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  Merpati Putih Sat Sep 26, 2009 1:58 pm

Keberadaan/ kelibat ujud cuma gelombang perasaan.. tidak ada aku, engkau, dia, makhluk2 dan duniawiyah keseluruhannya. Tidak ada 'kematian' dan kehidupan.

ilmu2 dan ada2an cuma sebahgian dari juzu2 frekuensi perasaan yg tersangat lenyap dan seninya, tanpa mampu dilingkungi definasi2.

Apakah ada lagi marifah2????? ketika longlai dipersada ketelusan keghaiban MUTLAQ AZ ZAT.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  salik Sat Sep 26, 2009 10:48 pm

ILMU ILMU Hanya terjemahan bagi keberadaan dan ketiadaan
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  salik Sun Sep 27, 2009 11:26 pm

Tidaklah Aku( Allah) dapat di pandang oleh mata, tidak pula terlihat oleh pandangan,
Tidak lah ILMU PENGETAHUAN dapat berhampir kepada ku
Aku tidak dapat dikenal oleh sejauh pengenalan.

Aku(Allah) yang maha perkasa yang tidak dapat di capai....
Aku tidak dapat di sentuh oleh daya ingatan yang bagaimanapun...
Dan tidak dapat di jumpai walau dengan sebutan Nama ku

Setiap sebutan Nampak bernyata....Akulah Yang menjadikannya.Dan merangkai huruf hurufnya
Tidak akan dapat ,melampaui itu semua adalah Bahasa. Bahasa yang di kenal dan di ketahui
Aku Jauh dari kesemua Itu.....Jauh Dari Apa Yang di sifatkan.
Aku Adalah Yang tidak dapat di langkau dan di serupakan oleh Apa Apa pun
.

Akulah (Allah) Yang Maha suci yang tidak dapat dimasuki dan dijumpai oleh tubuh tubuh dan tidak oleh huruf huruf sekalipun.Dan tidak pula dapat dicapai oleh kalimat kalimat

Hai Hamba,, Jangan salah teka Bahawa setiap yang zahir itu dapat dilihat..
Akulah Raja Yang menyata dengan kemurahan dan tersembunyi dengan keperkasaan.

Hai Hamba, Akulah(ALLAH) yang zahir dan tidak dapat dipandang oleh mata , dan Akulah Yang batin yang tidak dapat disentuh oleh prasangka dan persangkaan bagaimanapun.

Hai Hamba,,,Akulah yang maha kekal yangmana kekalanku tidak dapat diberitakan oleh Abad demi Abad.
Dan Akulah Yang esa Yang Jauh dari Bilangan dan perhintungan,

Setiap sesuatu Akan dituntut oleh Asal Mulanya,
Sebagaimana tubuh akan dituntut oleh tanah asal mulanya
Yang satu itu aku , Yang Maha tunggal dan sendirian,
Dan tidaklah AKU dari sesuatu lalu sesuatu itu menuntut padaku.
Dan tidaklah Aku dengan sesuatu maka sesuatu itu akan menyertai ku,

Aku Adalah Mutlaq tiada satupun ikatan,
Dan Aku Bebas......Tiada sesuatu pun yang Menentukan.

dari:Imam An Nafri

Last edited by salik on Mon Mar 15, 2010 11:22 am; edited 2 times in total
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  salik Sun Sep 27, 2009 11:41 pm

Merpati Putih wrote:

Apakah ada lagi marifah2????? ketika longlai dipersada ketelusan keghaiban MUTLAQ AZ ZAT.

Tiada lagi makrifah2, makrifah berkata Aku pun makhluk dan sudah surendder beb.
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  Yuzia Mon Sep 28, 2009 9:57 am

salik wrote:Tidaklah Aku( Allah) dapat di pandang oleh mata, tidak pula terlihat oleh pandangan,
Tidak lah ILMU PENGETAHUAN dapat berhampir kepada ku
Aku tidak dapat dikenal oleh sejauh pengenalan.

Aku(Allah) yang maha perkasa yang tidak dapat di capai....
Aku tidak dapat di sentuh oleh daya ingatan yang bagaimanapun...
Dan tidak dapat di jumpai walau dengan sebutan Nama ku

Setiap sebutan Nampak bernyata....Akulah Yang menjadikannya.Dan merangkai huruf hurufnya
Tidak akan dapat ,melampaui itu semua adalah Bahasa. Bahasa yang di kenal dan di ketahui
Aku Jauh dari kesemua Itu.....Jauh Dari Apa Yang di sifatkan.
Aku Adalah Yang tidak dapat di langkau dan di serupakan oleh Apa Apa pun
.

Akulah (Allah) Yang Maha suci yang tidak dapat dimasuki dan dijumpai oleh tubuh tubuh dan tidak oleh huruf huruf sekalipun.Dan tidak pula dapat dicapai oleh kalimat kalimat

Hai Hamba,, Jangan salah teka Bahawa setiap yang zahir itu dapat dilihat..
Akulah Raja Yang menyata dengan kemurahan dan tersembunyi dengan keperkasaan.

Hai Hamba, Akulah(ALLAH) yang zahir dan tidak dapat dipandang oleh mata , dan Akulah Yang batin yang tidak dapat disentuh oleh prasangka dan persangkaan bagaimanapun.

Hai Hamba,,,Akulah yang maha kekal yangmana kekalanku tidak dapat diberitakan oleh Abad demi Abad.
Dan Akulah Yang esa Yang Jauh dari Bilangan dan perhintungan,

Setiap sesuatu Akan dituntut oleh Asal Mulanya,
Sebagaimana tubuh akan dituntut oleh tanah asal mulanya
Yang satu itu aku , Yang Maha tunggal dan sendirian,
Dan tidaklah AKU dari sesuatu lalu sesuatu itu menuntut padaku.
Dan tidaklah Aku dengan sesuatu maka sesuatu itu akan menyertai ku,

Aku Adalah Mutlaq tiada satupun ikatan,
Dan Aku Bebas......Tiada sesuatu pun yang Menentukan.

Hebat saudara salik.... teruskan bicara saudara di alam tinggi..... Aku suka mendengar diriku sendiri merungkai tentang diriku....

Yuzia

Jumlah posting : 59
Registration date : 2009-07-10

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  tokbiru Mon Sep 28, 2009 11:16 am

salik wrote:Tidaklah Aku( Allah) dapat di pandang oleh mata, tidak pula terlihat oleh pandangan,
Tidak lah ILMU PENGETAHUAN dapat berhampir kepada ku
Aku tidak dapat dikenal oleh sejauh pengenalan.

Aku(Allah) yang maha perkasa yang tidak dapat di capai....
Aku tidak dapat di sentuh oleh daya ingatan yang bagaimanapun...
Dan tidak dapat di jumpai walau dengan sebutan Nama ku

Setiap sebutan Nampak bernyata....Akulah Yang menjadikannya.Dan merangkai huruf hurufnya
Tidak akan dapat ,melampaui itu semua adalah Bahasa. Bahasa yang di kenal dan di ketahui
Aku Jauh dari kesemua Itu.....Jauh Dari Apa Yang di sifatkan.
Aku Adalah Yang tidak dapat di langkau dan di serupakan oleh Apa Apa pun
.

Akulah (Allah) Yang Maha suci yang tidak dapat dimasuki dan dijumpai oleh tubuh tubuh dan tidak oleh huruf huruf sekalipun.Dan tidak pula dapat dicapai oleh kalimat kalimat

Hai Hamba,, Jangan salah teka Bahawa setiap yang zahir itu dapat dilihat..
Akulah Raja Yang menyata dengan kemurahan dan tersembunyi dengan keperkasaan.

Hai Hamba, Akulah(ALLAH) yang zahir dan tidak dapat dipandang oleh mata , dan Akulah Yang batin yang tidak dapat disentuh oleh prasangka dan persangkaan bagaimanapun.

Hai Hamba,,,Akulah yang maha kekal yangmana kekalanku tidak dapat diberitakan oleh Abad demi Abad.
Dan Akulah Yang esa Yang Jauh dari Bilangan dan perhintungan,

Setiap sesuatu Akan dituntut oleh Asal Mulanya,
Sebagaimana tubuh akan dituntut oleh tanah asal mulanya
Yang satu itu aku , Yang Maha tunggal dan sendirian,
Dan tidaklah AKU dari sesuatu lalu sesuatu itu menuntut padaku.
Dan tidaklah Aku dengan sesuatu maka sesuatu itu akan menyertai ku,

Aku Adalah Mutlaq tiada satupun ikatan,
Dan Aku Bebas......Tiada sesuatu pun yang Menentukan.

Bahasa yang indah, namun sayang tidak mengandungi erti... retorik semata2. bounce

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  prime Mon Sep 28, 2009 12:30 pm

tokbiru wrote:

salam rasaanku tok biru...

Apakah ertinya sesebuah keindahan jika tiada erti....???
jika ianya indah .... pasti ada yang mengindahkannya.....
jika ia tiada 'beerti' pasti kerananya yg enggak mahu memberi 'ertinya.....'
ERTI ITU TELAH TERSEMAI SEJAK AZALI... NAMUN DAYA DAN UPAYA YG BERBAUR DENGAN SEBAB DAN SELA MASA SAHAJA YG JADI UKIRANNYA
LALU DIBERIKANNYA PENGERTIAN YANG BERUPA TIADA ERTI.... LALU DIMANA KEINDAHANNYA DIAWAL TADI DENGAN GERAK LAKUNYA YG MAHA SEGALA....?
LALU DENGAN FE'ILNYA DITUKARNYA YANG TIADA KEPADA ADA SUPAYA
YANG ' ADA' MAHUPUN ' TIADA ' DAPAT DIUKIRNYA SUPAYA SESEBUAH 'KEINDAHAN' SENTIASA TERWUJUD SEJATI DAN HAKIKI....

SESEBUAH KEINDAHAN YANG TIADA PENGUKIRNYA SESUATU YANG MUSTAHIL BAGI ' AQLI ' INI...
WALAUPUN IA SESUATU YG RETORIK SEMATA JUGA SUDAH CUKUP UNTUK MEMBERINYA ERTI BAGI DIRINYA INI

KEMURNI'AN KEBERADAANNYA/ZAT NYA JELAS TERPAMPANG SEJATI DAN HAKIKI

prime
prime

Jumlah posting : 129
Registration date : 2009-04-01

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  shazlida Mon Sep 28, 2009 10:53 pm

RETORIK

Retorik berasal daripada perkataan Yunani ‘rethor’ yang bermaksud pidato. Ia merujuk kepada seni penggunaan bahasa di dalam pertuturan atau penulisan iaitu dengan tujuan memujuk, mempengaruhi dan meyakinkan orang. Seni ini digunakan terutamanya di dalam karya prosa seperti jenis-jenis teks pidato. Selain itu, retorik turut merangkumi seni memilih perkataan, memilih susunan ayat dan menggunakan bunga-bunga bahasa. Tokoh-tokoh retorik klasik yang terkenal ialah Plato dan Aristotle.

Dalam konteks moden, retorik ialah seni penggunaan bahasa persuratan mahupun lisan yang membabitkan penyampaian fakta dan idea dengan bahasa yang menarik dan berkesan berdasarkan pengetahuan yang tersusun baik. Kemampuan dan kemahiran bahasa inilah yang digunakan untuk menyampaikan fikiran dan gagasan idea, menerusi nahu dan gaya yang sesuai bagi mempengaruhi sikap dan perasaan orang.

Pemikiran retorik juga diasaskan kepada pendapat yang dikongsi bersama dan bertujuan untuk membentuk penghujahan sehingga kepada kesimpulan. Sekiranya sesuatu ungkapan itu tidak mengandungi sebarang isi, maka timbullah ungkapan retorik kosong. Sehubungan dengan itu, retorik perlu dipelajari oleh sesiapa sahaja yang ingin menggunakan bahasa dengan cara yang sebaik-baiknya, demi mencapai tujuannya dalam berbahasa.

Terdapat dua aspek penting yang perlu diketahui menganai retorik, iaitu pertama, pengetahuan mengenai bahasa dan penggunaan bahasa yang baik. Perkara ini telah dipelajari dalam topik tatabahasa. Kedua. Pengetahuan mengenai objek tertentu yang akan disampaikan dengan menggunakan bahasa.

Ciri-ciri umum retorik :
1) Ia mestilah sebuah penulisan atau gaya lisan yang berkesan dan mempunyai bahasa, pemikiran dan perasaan yang tepat dan baik.
2) Ia perlu ada kekemasan dan ketersusunan wacana.

Untuk menghasilkan suatu retorik sebagai penulisan yang berkesan, ia seharusnya membabitkan salah satu daripada empat corak wacana, iaitu pemerian, pendedahan, penghujahan dan penceritaan.

...gitulah katenye menate 'retorik' tuh... taip je 'retorik' kat google...
lol!
shazlida
shazlida

Jumlah posting : 161
Registration date : 2008-12-30

http://caturist.blogspot.com

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  salik Tue Sep 29, 2009 2:46 am

As Sir ( Rahsia) Adalah Laksana ssesuatu yang terselubung dalam kelembutan dan kehalusan.
Yang tersembunyi di dalam diri manusia.

Hai Hamba, Sir mu yang tersembunyi itu berkekuatan melebihi kekuatan bumi dan langit,
Sir mu dapat memandang tanpa biji mata
Mendengar tanpa daun telinga.
Sir mu tidak bertempat tinggal di rumah rumah ,
dan tidak pula makan buah buahan.

Sir Mu tidak mengenal malam dan tidak mengembara di siang hari
Sir mu tidak diketahui oleh Akal dan fikiran,
Dan tidak berhubung dengan Hukum sebab Akibat
.

Aku(Allah) berada di belakang sir mu....
Pengetahuan sir mu tidak mengetahui akan Daku
Dan isyarat isyarat sir mu tidak sampai menyaksikan daku.

Dan isyarat isyarat sir mu tidak sampai menyaksikan daku.
Dan isyarat isyarat sir mu tidak sampai menyaksikan daku.
Dan isyarat isyarat sir mu tidak sampai menyaksikan daku.

Jika engkau telah meyakini akan sir mu, Maka yakinlah pula akan daku
Daripadaku lah Adanya sesuatu
Aku lah yang menyatakan segala sesuatu....

Aku tidak berada di dalam sesuatu
Dan tidak pula Aku berdiam di dalam sesuatu.
Dan tidaklah Aku di dalam Aku
Dan tidaklah Aku dari sesiapa pun

Dan Aku Tidak terjawab oleh pertanyaan BAGAIMANA?
Dan tidak pula oleh pertanyaan Apa Apa pun

Aku( Allah) Yang Maha ESA , MAha Tunggal dan tempat kembalinya segala Macam Pinta ( somad)
Tidak Ada Yang Dapat Menyatakan Adanya menjadi Nyata selain KU

Aku Telah Menzahirkan Alam Semesta, Yang bersifat teguh tetap
Dan Apabila Aku bernyata Nescaya Aku Melenyapkannya

Dari: Imam An Nafri

Last edited by salik on Mon Mar 15, 2010 11:21 am; edited 1 time in total
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  prime Tue Sep 29, 2009 8:31 am

ya...
bait2 yg hebat...
prime
prime

Jumlah posting : 129
Registration date : 2009-04-01

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  tokbiru Tue Sep 29, 2009 9:46 am

prime wrote:
tokbiru wrote:
salik wrote:Tidaklah Aku( Allah) dapat di pandang oleh mata, tidak pula terlihat oleh pandangan,
Tidak lah ILMU PENGETAHUAN dapat berhampir kepada ku
Aku tidak dapat dikenal oleh sejauh pengenalan.

Aku(Allah) yang maha perkasa yang tidak dapat di capai....
Aku tidak dapat di sentuh oleh daya ingatan yang bagaimanapun...
Dan tidak dapat di jumpai walau dengan sebutan Nama ku

Setiap sebutan Nampak bernyata....Akulah Yang menjadikannya.Dan merangkai huruf hurufnya
Tidak akan dapat ,melampaui itu semua adalah Bahasa. Bahasa yang di kenal dan di ketahui
Aku Jauh dari kesemua Itu.....Jauh Dari Apa Yang di sifatkan.
Aku Adalah Yang tidak dapat di langkau dan di serupakan oleh Apa Apa pun
.

Akulah (Allah) Yang Maha suci yang tidak dapat dimasuki dan dijumpai oleh tubuh tubuh dan tidak oleh huruf huruf sekalipun.Dan tidak pula dapat dicapai oleh kalimat kalimat

Hai Hamba,, Jangan salah teka Bahawa setiap yang zahir itu dapat dilihat..
Akulah Raja Yang menyata dengan kemurahan dan tersembunyi dengan keperkasaan.

Hai Hamba, Akulah(ALLAH) yang zahir dan tidak dapat dipandang oleh mata , dan Akulah Yang batin yang tidak dapat disentuh oleh prasangka dan persangkaan bagaimanapun.

Hai Hamba,,,Akulah yang maha kekal yangmana kekalanku tidak dapat diberitakan oleh Abad demi Abad.
Dan Akulah Yang esa Yang Jauh dari Bilangan dan perhintungan,

Setiap sesuatu Akan dituntut oleh Asal Mulanya,
Sebagaimana tubuh akan dituntut oleh tanah asal mulanya
Yang satu itu aku , Yang Maha tunggal dan sendirian,
Dan tidaklah AKU dari sesuatu lalu sesuatu itu menuntut padaku.
Dan tidaklah Aku dengan sesuatu maka sesuatu itu akan menyertai ku,

Aku Adalah Mutlaq tiada satupun ikatan,
Dan Aku Bebas......Tiada sesuatu pun yang Menentukan.

Bahasa yang indah, namun sayang tidak mengandungi erti... retorik semata2. bounce

salam rasaanku tok biru...

Apakah ertinya sesebuah keindahan jika tiada erti....???
jika ianya indah .... pasti ada yang mengindahkannya.....
jika ia tiada 'beerti' pasti kerananya yg enggak mahu memberi 'ertinya.....'
ERTI ITU TELAH TERSEMAI SEJAK AZALI... NAMUN DAYA DAN UPAYA YG BERBAUR DENGAN SEBAB DAN SELA MASA SAHAJA YG JADI UKIRANNYA
LALU DIBERIKANNYA PENGERTIAN YANG BERUPA TIADA ERTI.... LALU DIMANA KEINDAHANNYA DIAWAL TADI DENGAN GERAK LAKUNYA YG MAHA SEGALA....?
LALU DENGAN FE'ILNYA DITUKARNYA YANG TIADA KEPADA ADA SUPAYA
YANG ' ADA' MAHUPUN ' TIADA ' DAPAT DIUKIRNYA SUPAYA SESEBUAH 'KEINDAHAN' SENTIASA TERWUJUD SEJATI DAN HAKIKI....

SESEBUAH KEINDAHAN YANG TIADA PENGUKIRNYA SESUATU YANG MUSTAHIL BAGI ' AQLI ' INI...
WALAUPUN IA SESUATU YG RETORIK SEMATA JUGA SUDAH CUKUP UNTUK MEMBERINYA ERTI BAGI DIRINYA INI

KEMURNI'AN KEBERADAANNYA/ZAT NYA JELAS TERPAMPANG SEJATI DAN HAKIKI

salam kembali Tn Prime,
Seperti pungguk yang rindukan bulan je kesahnye.. Gurindam si pungguk yg memujuk dirinya. bounce

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  zali Tue Sep 29, 2009 11:45 am

tokbiru wrote:
Seperti pungguk yang rindukan bulan je kesahnye.. Gurindam si pungguk yg memujuk dirinya. bounce

pungguk yang tak sedar dia dalam matrix dan dia juga sebahagian
dari matrix...sehinggalah dia bangun dari mimpi...
zali
zali

Jumlah posting : 282
Registration date : 2008-12-09

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  salik Tue Sep 29, 2009 3:33 pm

Hai hamba! “Jangan engkau berdiri dipersimpangan, nescaya engkau akan diarahkan kepelbagaian jurusan, dan janganlah engkau berdiri di dalam ilmu, nescaya engkau akan diarahkan pelbagai pengetahuan, dan janganlah engkau keluar dari HadiratKu, nescaya engkau akan disambar kenyataan-kenyataan tanpa yang dinyatakan dalam bentuk benda-benda’.

Hai hamba! “Bila engkau tertawan oleh nama Ku,
nescaya engkau akan diserahkan kepada namamu sendiri,
dan bila engkau tertangkap oleh sifatKu, maka engkau akan diserahkan kepada sifatmu sendiri,
dan bila yang menahanmu selain dariKu, nescaya engkau akan dikembalikan kepada dirimu sendiri,
dan bila dirimu sendiri yang mengambilmu maka engkau akan diserahkan kepada musuh dirimu”.

“Huruf dan apa yang dihuraikan oleh huruf adalah serambi ilmu, dan ilmu itu ada serambi makrifah, dan makrifah adalah serambi nama (isim), dan nama itu adalah serambi dari apa yang dinamakan. (Maka hendak engkau jadikan ilmu itu sebagai kenderaan dan bukan menjadi pendirianmu, maka sesungguhnya Akulah (Allah)kesudahan kesemuanya itu, baik bagi belbagai jalan-jalan dan tujuan-tujuan, sedang kan ilmu itu hanyalah perantara untuk sampai kepadaKu dan bukan tujuan serta pendirian atau tempat perhentian)”.

Hai hamba! Gantungkanlah ucapanmu kepadaKu(Allah), nescaya perbuatanmu pun akan bergantung padaKu
jika perbuatanmu sudah bergantung padaKu, maka akan berterusan pemikiranmu dalam beribadat kepadaKu,
dan akan masygul lah hati dan batinmu”. Hai hamba! “Menyerahlah kepadaKu, dengan demikian Kubuka pintu untukmu, agar engkau dapat bergantung padaKu

Hai hamba! “Jangan engkau berputus harapan daripadaKu, nescaya engkau terlepas da perlindunganKu; bagaimana engkau berputus asa danipadaKu sedangkan dalam hatimu ter dapat utusanKu dan juru bicaraKu”.

Hai hamba! “Penghuni maqam-maqam itu adalah daripadaKu; mereka tidak menghendaki apapun dan tidak membiasakan apapun dan tidak pula jinak kepada sesuatu apapun”.

Hai hamba! “Jika engkau berada di sisiKu, tiada satupun di alam semesta mi yang membekas pada dirimu;
engkau tidak girang dengan apa yang engkau peroleh,
dan tidak pula menyesali apa yang luput daripadamu.
Engkau beradă di sisi Yang Maha Pencipta Segala,
Engkau telah cukup kaya, tidak memerlukan lagi apa-apa yang ada di alam semesta”
.
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

ILMU ITU & ILMU INI Empty Re: ILMU ITU & ILMU INI

Post  Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum