SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

+15
kosong
shazlida
Kalam Rabbani
alif
songkran
tuan haji
spanjunk
tokbiru
salik
farquhar
Yuzia
zali
tok janggut
mek
Merpati Putih
19 posters

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  tuan haji Thu Jan 14, 2010 12:31 am

Pelik sungguh aqal nih... Tuhan mana pulak yg bagi ni Tn haji ??
Karang buang aqal tak tentu pasal, tak berakal pulak Allah nih.

salam tok biru....

Sebelum saya meneruskan hujah saya,ingin saya bertanya pada tok biru...

1) Boleh ke akal mengatasi Al-quran
2) boleh ke akal mengatasi hadis

Dalam ussuludin hukum akal berpecah pada 3 :
1) wajib akal
2) harus akal
3) mustahil akal

Masa bila kita harus jangan guna akal?
Apabila ada keterangan di dalam Al-quran dan Hadis ...contohnya ' Aku perjalankan hamba aku dari masjidil haram ke masjidil aqsa dalam satu malam '....cuba tok biru fikir baik2, boleh ke akal mengatasi Al-quran..
Akal terhenti bila ada keterangan dalam Al-quran @ wahyu

'Aku tidurkan hamba aku selama 1000 tahun'....cuba tok biru fikir baik2, boleh ke akal mengatasi al-quran...
Sebab tu dalam rukun iman kita wajib percaya pada Al-quran..
Akal terhenti bila ada keterangan dalam Al-quran @ wahyu

kalau nak difikirkan akal memang mustahil..oleh itu ' tidak mustahil Allah nak menjadikan sesuatu '

Kesimpulannnya, Akal memang tidak sampai kepada Allah...

Berjalan akal, mesti dengan kuasa & kehendak Allah

Cuba tok biru beri hujah2 yang boleh mengatakan Akal boleh sampai kepada Tuhan?

Last edited by tuan haji on Thu Jan 14, 2010 1:02 am; edited 1 time in total

tuan haji

Jumlah posting : 22
Registration date : 2010-01-01

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  tuan haji Thu Jan 14, 2010 12:55 am

Salam buat semua terutama Tuan Haji...

Nak sampai kena buang akal maksud hamba buang kan persoalan2 atau hukuman2 atau pertanyaan2 yg ada di minda...
di alam ketuhanan tiada lagi akal atau minda hanya kosong belaka...
memang susah nak dapat pasal kita berjasad tapi tak mustahil kalau diberi izin oleh NYA
Nabi Mohd pun ada kah menerima dgn byk pertanyaan dan persoalan telan bulat2 dan percaya dan yakin dia tak tahu membaca dan menulis jugak..memang hukum fiqh akan bermain diminda lepaskan semua itu sebab semua ilmu dari DIA tiada lain.... hanya segelintir akan sampai dgn izin
Tiap2 org akan kenal melalui kaedah masing2 dan Allah tuan haji dengan Allah hamba tak sama walaupun banyak tapi SATU jua sebab cara pengenalan byk tiada titik noktah.
Kita hanya boleh share ilmu utk tujuan belajar cara pengenalan masing2..itu tanda kebesaranNYA tak terhenti di suatu tempat tetapi infiniti

Salam yuzia...

Saya memang setuju dengan yuzia...tapi mesti ada jalan ataupun lorong, macam mana nak kita kosong...
Kita memang boleh bercakap ataupun berhujah, jalan penyelesaian bagi sesebuah tajuk mesti ada..Contoh kalau kita membicarakan tentang ' nak kosongkan diri ', mesti ada caranya tapi bila persoalan di tanya, langsung jawapannya entah kemana2....Cuba yuzia terangkan macamana dan apakah jalannya....biar jelas lagi terang..

Persoalan nya sekarang, saya lihat di dalam ruangan ini ilmunya bercampur-baur, contoh bila di tanya tentang sifat 20, mestilah kita membicarakannya mengikut lorong ussuludin tapi yang saya lihat ussuludin campur tasauf....Macam mana orang nak faham..Hendak meletakkan sesuatu ilmu, mestilah tengok isinya dulu, barulah tidak bercampur baur...

Kalau kita membicarakan tentang Ussuludin, ilmuya mestilah dalam ussuludin, barulah betul kaedahnya dan kalau kita membicarakan tentang Tasauf, ilmunya mestilah dalam Tasuf... Barulah mengikut kaedah yang sesuai..

Harap2 fahamlah...Kalau tidak faham macam mana nak meletakkan ilmu tu dalam ussuludin ke tasauf, rujuklah tuan kochi....

tuan haji

Jumlah posting : 22
Registration date : 2010-01-01

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  tokbiru Thu Jan 14, 2010 11:21 am

tuan haji wrote:Pelik sungguh aqal nih... Tuhan mana pulak yg bagi ni Tn haji ??
Karang buang aqal tak tentu pasal, tak berakal pulak Allah nih.

salam tok biru....

Sebelum saya meneruskan hujah saya,ingin saya bertanya pada tok biru...

1) Boleh ke akal mengatasi Al-quran
2) boleh ke akal mengatasi hadis

Salam Tn Haji, persoalan saya..
Dalil apakah saudara sandarkan untuk beriman (percaya) kepada Al-quran & hadis? Adakah semata2 sdr lahir dari jalur keturunan Islam, lalu langsung menerima semuanya itu seadanya? Apakah sdr mmg tak pernah berfikir 'mengapa aku harus Islam?' kenapa tidak kristian, buddha atau hindu? Pasti, setidak2nya sdr belajar utk memahami Islam sebelum sdr benar2 'percaya' bukan? Setidaknya sdr memahami mengapa sdr harus menganut Islam, bukan sekadar kelangsungan baka yg diwarisi.. Jadi utk itu, sarana apakah yg sdr guna utk tentukan/mengesahkan kepercayaan sdr? Saya yakin sdr boleh senaraikan pedoman2 tsbt termasuk dr teks al-quran sendiri, hadis dan sirah2, malah dr ustaz2, syeikh2 mahupun siapa jua sebagai rujukan. Jadi, adakah spjg proses tersebut, sdr tidak menggunakan aqal? Tidakkah itu suatu yg mustahil? Bahkan jika aqal itu sendiri yg didahului dlm konteks ini, seharusnya aqal itu sendirilah yg lebih terpercaya dari Al-Quran dan hadis!

Sdr, sepanjang perjuangan memartabatkan Al-Quran dlm memastikan relevensi wahyu tersebut sampai pd setiap zaman, muncul sekelian tokoh2 yg bersilih ganti berusaha membuat pelbagai2 ijtihad termasuk yg paling terkenal imam as-syafie sendiri. Bahkan jika kita merujuk kepada konsep qiyas yg dicetuskan As-Syafie sendiri yg menjadi rujukan islam selepas Al-Quran dan hadis sebagai bahagian dari ijtidah,
kita akan menemukan pelbagai anologi peristiwa yg tidak ada hukumnya dalam Al-Quran dan hadis sendiri. Dan ini sebagai dalil dan bukti yg kuat bahawa peranan aqallah yg mentransformasikan nash2 dan hadis mengikut relevensi pada sesuatu2 zaman. Mungkin sdr boleh beranggapan bahawa method tersebut juga didahului dengan apa yg tersedia dari Al-Quran dan hadis. Baiklah, cuba sdr lihat dari perspektif yg lebih luas.. Bukankah apa yg terkandung dlm Al-Quran dan juga hadis yg terisi pesan2 illahi ini terbina dari huruf2 yg kaku dan mati. Bolehkah unsur spt ini boleh berdiri untuk berhujah mempertahankan pendiriannya? Dah tentulah, si hidup2 ni yg memecah otak memikir yer tak? Pasal tu disebut pada diri kamu itu, kitabun mubin, kitabun hakim. Bermula kalam itu dr Zat yg Maha hidup lalu tertuang ia pada lembaran2 yg mati dan kaku. Jesteru pd yg hidup itu jugalah yg menghidup barang yg mati.. Cubelah fahami dan halusi. Lalu di mana nak letak cerita aqal mengatasi quran atau hadis ni, walhal ia adalah hal yg sama?

Untuk meyakini ketuhanan Allah, kita memang harus mempunyai iman. Tapi harus diingat, iman juga sangat2 ditentukan sejauh mana akal kita menangkap pesan-pesan Allah. Di situlah letak besarnya peranan akal. Bahkan aqal itu juga tiada lain adalah nurAllah jua. Aqal tu ada jantan betina ka? Cammane rupenye? Sb tu sandaran pd yang berakal itu bukan pd makhluk, kerana tiada suatu pun milik yg dipunya oleh makhluk, semuanya semata2 dari wujudNya yang bersifat ( kalau nak disifatkan ) dengan sifat salbiah. Tapi aqal pd yg masih menilik pada wujud insan itu spt yg digambarkan oleh 'islam kueh jemput2' harini mmglah tak boleh diharap!!!

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  tokbiru Thu Jan 14, 2010 2:55 pm

Sdr..
Sudah terang dan jelas bahawa peranan aqal itu ialah untuk memahami setiap baris2 wahyu yg ditatah. Bahawa Al-Quran itu tiada lain sebagai petunjuk spt yg difahami oleh semua umat manusia, katanya. Bahkan, Syaidina Ali pernah menyebut "Aqal itu komitmen kepada iman, tidak beragama bg org yg tidak beraqal". Jesteru, apakah nilai wahyu yg ditulis panjang lebar sekiranya ada sebahagian yg tak dapat dicerna oleh aqal sebagai petunjuk?? Sekiranya ada segelintir ayat itu hanya layak difahami oleh Tuhan sendiri, mengapa dinukil dlm quran? Apakah Tuhan terlupa bahawa Al-Quran itu diberikan untuk manusia?? Atau Tuhan sengaja mempromosikan diriNya kpd manusia dgn meletakkan bahasa2/cerita2 yg bersifat aneh/outer space dr sudut pandang manusia supaya manusia berkata, 'perrgghh.. dasyatnya Tuhan!!'.. Alahai, sampai begitu sekali ker Tuhan nih utk bgtau yg dia tu Tuhan??..

Adaian lemah yg mengatakan aqal digunakan utk memahami wahyu dan ada wahyu yg kadang tak bisa diterjah oleh aqal, pada umumnya sangat kontradik. Sepatutnya kedua2 hal ini tidak harus bertindih dan saling berkejar-kejar siapa dulu. Sehingga seolah sekejap aqal rogol wahyu, sekejap wahyu rogol aqal.. Ape kebendenye nihh!! Tuhan pun nak bersaing ngan makhluk! Aduhhhh...
Evil or Very Mad

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  tuan haji Thu Jan 14, 2010 8:39 pm

]size=18]Dalil apakah saudara sandarkan untuk beriman (percaya) kepada Al-quran & hadis?
[/size]

Salam tok biru....

Bukankah percaya pada Al-quran salah satu rukun iman?

" Al-quran diturunkan untuk semua manusia, maka beruntunglah pada sesiapa yang di beri petunjuk dan rugilah pada sesiapa yang aku sesatkan"

' Selagi kamu berpegang pada Al-quran & hadis selama itu kamu tidak akan tersesat '

1)Nak meletakkan iman seseorang, kita mesti tengok sejauh mana kita percaya pada Allah...Apa yang tok biru percaya pada Allah?

Cuba nyatakan siap sekali dengan al-quran dan hadis..

Jawapan saya untuk soalan tok biru tentang islam...

-Islam seseorang, ulama feqah menetapkan ' memadai bagi budak itu jika dianya lahir dalam islam '

-Islam seseorang, ulama ussuludin menetapkan ' memadai bagi budak itu jika iman dia tidak bertaklik '

-Islam seseorang, ulama tasuf menetapkan ' tidak sah islam seseorang itu jika dia tidak mengetahui rukun syahadah '

Kesimpulannya

Nak meletakkan akal pun biarlah bertempat, sudah saya nyatakan ' akal berjalan pun dengan izin Allah '
mana boleh akal mengatasinya sedangkan akal pun tidak sampai...

Terjadinya sesuatu mengikut sunnah tullah yang telah ditetapkan di luh mahfuz, sebab itu kita kena percaya pada qada & qadar...maknanya apa2 yang terjadi di alam ini, semuanya mengikut sunnah tullah bounce

Lain kali berhujah jangan banyak sangat akal...
' Sedikit petunjuk hidayah lebih baik dari banyak ilmu'

tuan haji

Jumlah posting : 22
Registration date : 2010-01-01

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  tokbiru Thu Jan 14, 2010 10:29 pm

Salam tok biru....

Bukankah percaya pada Al-quran salah satu rukun iman?
" Al-quran diturunkan untuk semua manusia, maka beruntunglah pada sesiapa yang di beri petunjuk dan rugilah pada sesiapa yang aku sesatkan"
' Selagi kamu berpegang pada Al-quran & hadis selama itu kamu tidak akan tersesat '

J : Dalam konteks ini, cuma ada 2 riwayat yg pernah pernah disebutkan dalam kitab hadis, iaitu :

1) Berpeganglah kamu dgn Al-Quran dan As-Sunnah
2) Berpeganglah kamu kepada Al-Quran dan Itrah Ahlul Baitku

Adakah maksud hadis yg saudara sebutkan itu termasuk dalam hal yg pertama yakni sunnah? Walau apapun, hadis yg saudara bawakan ini tidak termasuk di dalam hadis yg mencapai taraf mutawattir. Ianya cuma diriwayatkan oleh Imam Malik yg sanadnya sangat lemah dan diragukan. Adapun, hadis yg pertama iaitu "Sesungguhnya aku tinggalkan padamu dua perkara yang sangat berharga, yang jika kamu berpegang teguh kepada keduanya niscaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, yaitu Kitab Allah dan "itrah Ahlul Baitku"." merupakan hadits yang mutawatir yang diriwayatkan oleh kitab-kitab Ahlus Sunnah dan Syiah, dan tidak seorangpun ulama dari kedua kelompok ini yang menyelisihinya. Sdr tentu lebih maklum, atau sekiranya kurang jelas boleh rujuk sendiri dari kitab2 hadis.

Maaf, bukun tujuan saya untuk provoke kepercayaan sdr. Saya sendiri tidak berpendirian pada syiah atau mana2 aliran. Sekadar mencungkil sedikit tanda tanya kenapa hal2 yg begitu penting spt ini seolah disembunyikan.! Bukankah muhd selaku nabi terakhir yg diutus dan terpercaya boleh dikesampingkan amanat pentingnya begitu sahaja tanpa ada penilaian yg sewajarnya oleh umat islam sendiri?? Sungguh pelik!

1)Nak meletakkan iman seseorang, kita mesti tengok sejauh mana kita percaya pada Allah...Apa yang tok biru percaya pada Allah?
Cuba nyatakan siap sekali dengan al-quran dan hadis..

J : Spt yg saya jelaskan (dlm posting2 terdahulu), Al-Quran mahupun hadis bukanlah penilaian yg sewajarnya untuk membuat hujahan perdebatan. Kita perlu melihat sejauh mana teks2 ini mampu menyumbang kepada pembenaran yg sepenuhnya. Adapun Al-Quran dan hadis ini terdiri dr susunan2 huruf yg kaku yg bersifat 'liquid' dalam penafsirannya. Ia boleh ditafsir dengan acuan apa sekalipun asal pentafsir itu pandai merangkaikan ayat2nya sambil menjurus kepada apa yg dikehendaki oleh mereka. Masakan kalau ianya bersifat tepat dan jitu, umat Islam sejak dulu hingga hari ini masih bertelagah dengan takwil mahupun tafsirannya. Alangkan pada zaman imam 4 sendiri, begitu byk percanggahan didapati dalam satu ayat yg sama dirujuk. Sekiranya sdr pernah bersama / terlibat dgn diskusi bersama golongan anti-hadis, sdr sendiri boleh melihat bagaimana mereka mencaturkan ayat2/nash2 sehingga mampu membenarkan kepercayaan mereka. Jadi dlm hal ini, saya tidak fikir utk berbahas isu penafsiran ayat pula.. Cukuplah sekadar saya nyatakan bahawa pandangan saya ttg Tuhan lebih cenderung kepada apa yg diyakini oleh Ibnu arabi, Jalaluddin rumi dan juga yg seangkata dengannya.

Jawapan saya untuk soalan tok biru tentang islam...
-Islam seseorang, ulama feqah menetapkan ' memadai bagi budak itu jika dianya lahir dalam islam '
-Islam seseorang, ulama ussuludin menetapkan ' memadai bagi budak itu jika iman dia tidak bertaklik '
-Islam seseorang, ulama tasuf menetapkan ' tidak sah islam seseorang itu jika dia tidak mengetahui rukun syahadah '
Kesimpulannya

Nak meletakkan akal pun biarlah bertempat, sudah saya nyatakan ' akal berjalan pun dengan izin Allah '
mana boleh akal mengatasinya sedangkan akal pun tidak sampai...

J : Telah saya perjelaskan bahawa tiada saya menafikan pandangan sebegini, tiada salahnya utk saya menyalahkan. Itu hak masing2 untuk percaya. Segalanya bergantung kpd sejauhmana pandang tembus masing2/mukasyafah dlm menyingkap hal2 ketuhanan. Yg dikatakan iman atau percaya itu bukanlah suatu yg exslusive pd mana2 golongan tertentu shj bahkan ianya sudah pasti bersifat inclusive sesuai dengan kebesaranNya yg tidak terlindung oleh ruang, dimensi dan zaman.

Terjadinya sesuatu mengikut sunnah tullah yang telah ditetapkan di luh mahfuz, sebab itu kita kena percaya pada qada & qadar...maknanya apa2 yang terjadi di alam ini, semuanya mengikut sunnah tullah bounce

J : Dan pada ayat yg lain disebutkan, " Kamu takkan mendapati sebarang perubahan pada sunnatullah". Bahkan inilah permainan zaman berzaman, sejak dahulu hingga zaman kontroversi Ibnu Arabi VS Ibnu Taimiyyah sehinggalah sekarang.. Jd, apa yg nak diherankan sgt.

Lain kali berhujah jangan banyak sangat akal...
' Sedikit petunjuk hidayah lebih baik dari banyak ilmu'[font=Comic Sans Ms]

J : Sdr, agak2 sekelian terjahan2 pandangan yg saudara lampirkan dalam posting sdr ni termasuk dalam hal yg diluar aqal ker?? Wahyu ker?? Tapi sekiranya wahyu sekalipun, saya tetap setuju, bahkan si lebah pun diwahyukan apatahlagi yg bergelar Tn Haji, yer tak??

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  salik Thu Jan 14, 2010 10:32 pm

Nampaknya Tuan Haji Bercakap Bahasa Ilmu.
dan Tok Biru Bercakap bahasa diri.
Mungkin Tuan Haji dapat menDIRIkan ilmu tuan haji , barulah selari dengan Tok Biru tu.
Tapi tuan Haji Perlu Makan vitamin lebih sikit.
Baru boleh panjat.
Jika tidak , asyik bersalahan jer ler.

Nak meletakkan akal pun biarlah bertempat, sudah saya nyatakan ' akal berjalan pun dengan izin Allah '
mana boleh akal mengatasinya sedangkan akal pun tidak sampai...

Betul tu tuan ,
Kalau akal berjalan dengan izin Allah , lalu siapa yang meletakkan. Boleh ker kita meletakkan.
Kalau boleh bermakna kita boleh ambil akal dan meletakkan kepada orang yang kurang siuman ( orang hilang akal)
Lalu pulihlah ia....bileh ker tuan haji?

Last edited by salik on Thu Jan 14, 2010 10:40 pm; edited 1 time in total
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  tokbiru Thu Jan 14, 2010 10:40 pm

Saya berpandangan sekiranya Tn Haji begitu tertarik dgn pengajian Al-Quran mahupun hadis, ada baiknya sdr belajar bagaimana untuk membumikan ke dua2 hal ini sesuai dengan maksud 'sebagai petunjuk dan manfaat sekelian manusia'.. Jgnlah melambakkan persoalan2 itu kepada Tuhan pula. Kalau semuanya sikit2 'cuma Allah yg mengetahui', elok bagi Allah je baca quran tu... lol!

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  salik Thu Jan 14, 2010 10:43 pm

tokbiru wrote:Allah yg mengetahui', elok bagi Allah je baca quran tu... lol!

Al Kahfi
83)Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya

hahahaha,,,,
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  tokbiru Thu Jan 14, 2010 10:50 pm

salik wrote:
tokbiru wrote:Allah yg mengetahui', elok bagi Allah je baca quran tu... lol!

Al Kahfi
83)Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya

hahahaha,,,,

Ha3.. Betullah tu, cuma Tuhan je yg paham bahasa Tuhan. Dia karang Dialah yg baca.. drunken

tokbiru

Jumlah posting : 120
Registration date : 2009-09-03

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  salik Thu Jan 14, 2010 10:54 pm

Adalah membaca Al-Qur'an,

* maka tiada aku dapat baginya manis hingga aku baca akan dia seolah-olah kudengar akan dia daripada Rasulullah SAW dibacanya atas segala sahabatnya radiaLlahu 'anhum;

* kemudian kuangkatkan pada maqam yang di atasnya, maka aku membaca dia seolah-olah aku mendengarkan dia daripada Jibrail as; kepada Rasulullah SAW;

* kemudian kumendatangkan Allah dengan menurunkan yang lain.

* Maka sekarang aku mendengarkan dia(Al-Qur'an) daripada Yang Berkata.

* Maka kepadaNya itu kudapat baginya lazat dan nikmat yang tiada sabar atasnya.
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  farquhar Thu Jan 14, 2010 11:25 pm

tokbiru wrote:Sdr..
Sudah terang dan jelas bahawa peranan aqal itu ialah untuk memahami setiap baris2 wahyu yg ditatah. Bahawa Al-Quran itu tiada lain sebagai petunjuk spt yg difahami oleh semua umat manusia, katanya. Bahkan, Syaidina Ali pernah menyebut "Aqal itu komitmen kepada iman, tidak beragama bg org yg tidak beraqal". Jesteru, apakah nilai wahyu yg ditulis panjang lebar sekiranya ada sebahagian yg tak dapat dicerna oleh aqal sebagai petunjuk?? Sekiranya ada segelintir ayat itu hanya layak difahami oleh Tuhan sendiri, mengapa dinukil dlm quran? Apakah Tuhan terlupa bahawa Al-Quran itu diberikan untuk manusia?? Atau Tuhan sengaja mempromosikan diriNya kpd manusia dgn meletakkan bahasa2/cerita2 yg bersifat aneh/outer space dr sudut pandang manusia supaya manusia berkata, 'perrgghh.. dasyatnya Tuhan!!'.. Alahai, sampai begitu sekali ker Tuhan nih utk bgtau yg dia tu Tuhan??..

Adaian lemah yg mengatakan aqal digunakan utk memahami wahyu dan ada wahyu yg kadang tak bisa diterjah oleh aqal, pada umumnya sangat kontradik. Sepatutnya kedua2 hal ini tidak harus bertindih dan saling berkejar-kejar siapa dulu. Sehingga seolah sekejap aqal rogol wahyu, sekejap wahyu rogol aqal.. Ape kebendenye nihh!! Tuhan pun nak bersaing ngan makhluk! Aduhhhh...
Evil or Very Mad

Betul ke saidina Ali cakap mcm nh....????
TOK BLUE DENGAR DENGAN TELINGA SENDIRI KER???
ataupun ilmu2 yg dikutip dari kitab2 jek....
ataupun bertaklik pada yang menyampaikan jek....
YAKIN KER TOK BLUE???
farquhar
farquhar

Jumlah posting : 116
Registration date : 2009-04-01

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  spanjunk Thu Jan 14, 2010 11:52 pm

farquhar wrote:

salamunkaulanminrabbinrahim....

wakjaakkakakak....
wakakakakakaka....
wakakakakaka....

lailahaillaantasubhanakainnikuntuminazzolimin....

bukan ke dh betullllll.... manusia tuh suka menzalimi diri dia sendiri???
wakakakakaka....
wakakakakaka...
wakakakakaka,,,,

dia yang suluh diri dia sendiri...
jangan nak salahkan tohan plak....
wakakakaka....
ATEIS oh ATEIS......
kene pegang bendera lerrrrrr jawabnya.....

farquhar...oh. farquhar...
nie kira tengok pakai " MATA " ke tak nh????
wakakakakaka....
wakakakakakak

aqal tarak... camne nak " memaiz "?????
takleh beza ler...... wakakakakkaka
main " BOH " ajek!!!!
wakakakakakaka
TAPI KALAU " ANAK KELADI " TAK KESAH LERRRR...
WAKAKAKAKAKAKAK
TAK JADIK APE2 PUN.....
WAKAKAKAKAKAK...
spanjunk
spanjunk

Jumlah posting : 507
Registration date : 2009-01-18

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  tuan haji Fri Jan 15, 2010 1:13 am

Salam tok biru....

Dalam kita bercakap dalam konteks hadis, soal hadis lemah @ daif bukan menjadi ukuran...tapi kita hendaklah memahami isi @ mantan hadis tersebut sama ada boleh di terima pakai @ tidak...

Saya memang faham apa yang di maksudkan oleh tok biru tapi dalam pengisian ilmu biarlah bertetapan dengan isinya..jika berlaku percanggahan dari segi ilmu contohnya maybe saya bercerita dalam konteks ilmu tapi tok biru bercakap dalam konteks 'la mau ujud' memang tidak selesai melainkan masing2 berhujah dalam konteks yang sama...

Laughing

tuan haji

Jumlah posting : 22
Registration date : 2010-01-01

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  tuan haji Fri Jan 15, 2010 1:28 am

Nampaknya Tuan Haji Bercakap Bahasa Ilmu.
dan Tok Biru Bercakap bahasa diri.
Mungkin Tuan Haji dapat menDIRIkan ilmu tuan haji , barulah selari dengan Tok Biru tu.
Tapi tuan Haji Perlu Makan vitamin lebih sikit.
Baru boleh panjat.
Jika tidak , asyik bersalahan jer ler.

Nak meletakkan akal pun biarlah bertempat, sudah saya nyatakan ' akal berjalan pun dengan izin Allah '
mana boleh akal mengatasinya sedangkan akal pun tidak sampai...

Betul tu tuan ,
Kalau akal berjalan dengan izin Allah , lalu siapa yang meletakkan. Boleh ker kita meletakkan.
Kalau boleh bermakna kita boleh ambil akal dan meletakkan kepada orang yang kurang siuman ( orang hilang akal)
Lalu pulihlah ia....bileh ker tuan haji?

salam sedara salik...

Kalau akal berjalan dengan izin Allah , lalu siapa yang meletakkan. Boleh ker kita meletakkan.
Kalau boleh bermakna kita boleh ambil akal dan meletakkan kepada orang yang kurang siuman ( orang hilang akal)
Lalu pulihlah ia....bileh ker tuan haji
?

Ini soalan budak2...semua oarang tahu Allah yang menciptakan akal tapi sedara hendaklah faham macam mana akal itu berjalan...akal berjalan mengikut sunnah tullah seperti yang telah di tetapkan oleh Allah mengikut peredaran masa...

Ilmu biarlah selari baru betul lorongnya....dalam hendak kita berhujah mestilah kita faham mana lorong kita bercakap...bukan boleh main ikut suka je...contoh ' boleh ke makan nasi bercampur dengan mee goreng ? ' macam tu lah dalam kita hendak berhujah, mesti mengikut tajuk dan persoalan yang di tanya..

Harap2 sedara salik faham macam mana kita hendak asingkan dalam konteks berhujah, barulah boleh faham... affraid

tuan haji

Jumlah posting : 22
Registration date : 2010-01-01

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  salik Fri Jan 15, 2010 9:58 am

Ini soalan budak2...semua oarang tahu Allah yang menciptakan akal tapi sedara hendaklah faham macam mana akal itu berjalan...akal berjalan mengikut sunnah tullah seperti yang telah di tetapkan oleh Allah mengikut peredaran masa...

Alaaaah tuan Haji nie.
Soalan Budak budak biasanya bersih soklannya,tul tak tuan haji?
Semua orang Tahu Allah menciptakan semuanya ( ilmu berkata)
Kebanyakan Orang Tidak mendudukkan dirinya seciptaan. Ciptaan Allah
bounce

semua oarang tahu .........Allah yang menciptakan akal= Allah Menciptakan Akal.
akal berjalan mengikut sunnah tullah = Allah menciptakan akal.

Hanya penerangan ilmu yang membeza bezakan.
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  kosong Fri Jan 15, 2010 11:37 am

perbincangan yg bagus..so..apa kesimpulannya..? Very Happy

kosong

Jumlah posting : 10
Registration date : 2009-06-17

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  salik Fri Jan 15, 2010 8:51 pm

Kesimpulannya..se
segerak/sebangun/seduduk/secerita se se....Esa........

Yatimpiatu kan diri....haha
Dan Hidup sebatangkara sentiasa...haha
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  tuan haji Sat Jan 16, 2010 1:36 am

Kesimpulannya..se
segerak/sebangun/seduduk/secerita se se....Esa........

Yatimpiatu kan diri....haha
Dan Hidup sebatangkara sentiasa...haha

salam salik....

Nak letakkan Esanya Allah tu biarlah kena pada tempatnya....mana boleh nak yatim piatu kan diri sedangkan diri pun ader bapaknya...macam mana nak hidup sebatang kara sedangkan Allah dah bagi kesenangan dekat dunia ni...Dalam kita bercakap biarlah kena pada tajuknya....nanti berselerak kefahaman orang...

tuan haji

Jumlah posting : 22
Registration date : 2010-01-01

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  salik Sat Jan 16, 2010 2:02 am

tuan haji wrote:Kesimpulannya..se
segerak/sebangun/seduduk/secerita se se....Esa........

Yatimpiatu kan diri....haha
Dan Hidup sebatangkara sentiasa...haha

salam salik....

Nak letakkan Esanya Allah tu biarlah kena pada tempatnya....mana boleh nak yatim piatu kan diri sedangkan diri pun ader bapaknya...macam mana nak hidup sebatang kara sedangkan Allah dah bagi kesenangan dekat dunia ni...Dalam kita bercakap biarlah kena pada tajuknya....nanti berselerak kefahaman orang...

jie
Yang nak memahamkan orang bukannya salik , tuan haji.
Salik sekadar berkata kata sahaja.
tul kan? Yang memahamkan Adalah Allah. Kalau salik tak cakap pun Allah buleh bagi orang Paham jugak.

Dan tentang Persoalan Nak letakkan Esanya Allah itu.
Kita niie Mana pulak boleh meletakkan? Ada Kuasa ke kita nak meletakkan Allah sana sini...
Haji nie Buat kelakar lah pula niee...

Biar Allah Yang Meletakkan.( Ilmu Redha)
Bukankah dalam ayat qul huwallahu Ahad tu maknanya ("Allah hussomad) "Allahlah segala tujuan"
Bukan Tujuan kita,
Tujuan Allah.
Kalau tujuan kita, bermakna kita buleh berbuat sesuka / sekehendak kita ler tuan haji.
Sedangkan Allah Berbuat sekehendaknya.( bukannya kita)

Nabi Muhammad Kan Yatim piatu.
CUba lah duduk Alam Yatim piatu tu Macammana.
Kata Tahu Makrifat. Cuba tuan Haji Panggil Makrifat supaya datang pada tuan haji seketika .
Buleh ker. Very Happy

Bukannya Apa Apa jie.
Cuba minta Allah Masukkan ke Alam di bawah nie sekejap.

31. Luqman
33. Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah.

p/s: Ilmu syirik pun nak kena khatam juga jie
Yatim piatu Tak per jie.....Jangan Yatim PIANO
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  tuan haji Sat Jan 16, 2010 2:38 am

salam sedara salik...

Hendak berbicara tu biarlah bertetapan dengan tajuk...Saya tengok salik berbicara dalam bentuk lain...yang dikatakan syirik ni macam mana? biar saya bagi tajuk...ini tidak main terjah je..memang le Allah yang bagi faham bagi hakikat sebenarnya..x payah bagitahu, semua orang tahu...cuma biarlah bertetapan dengan tajuk...da faham ka... affraid

tuan haji

Jumlah posting : 22
Registration date : 2010-01-01

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  salik Sat Jan 16, 2010 3:05 am

tuan haji wrote:salam sedara salik...

Hendak berbicara tu biarlah bertetapan dengan tajuk...Saya tengok salik berbicara dalam bentuk lain...yang dikatakan syirik ni macam mana? biar saya bagi tajuk...ini tidak main terjah je..memang le Allah yang bagi faham bagi hakikat sebenarnya..x payah bagitahu, semua orang tahu...cuma biarlah bertetapan dengan tajuk...da faham ka... affraid

Jika semua Orang Tahu, Dah selesai masaallah ,,,jiee.
Masaallah nya Orang tahu merasa tahu tapu sebenarnya Tak tahu.

Dan salik sentiasa Tak tahu. sebab Allah jer yang Maha Tahu.

Tentang tajuk tu, salik rasa dah sesuai dengan Alam BArzakh nie.
Dan dari segi bentuk tu, Haji usah lah pandang bentuk dan rupa sesangat.
Nanti dah terbiasa Haji membayang kan Allah tu berbentuk bentuk dan berupa pulak .

memang le Allah yang bagi faham bagi hakikat sebenarnya..

kebanyakan Orang berkata begini, tetapi tidak mendirikan begini.( yang nak mendirikan hanya Allah Jua)
( Jie sendiri yang tulis HAKIKAT SEBENARNYA. kenapa masih nak guna yang palsu lagi jie)
( Ambil lah yang hakikat sebenarnya tu buat diri jie...itupun kalau sudi )
( kalau jie nak berebut dengan Allah , salik ngak tahu lah pula ,,,,jie)
Nak wat camner jei...
Sama sama mohon jalan lurus lah kiter ...jeii.( mohon supaya Allah mengurniakan permohonan...)
Basketball Laughing itupun kalao di beri....
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  T R I N I T Y Wed Jan 20, 2010 5:24 pm

Mana perbahasan Alam Barzah....atau yg.senang difahami ALAM KUBUR.
Alam kubur tak perlulah kita tau dimana,...didalam atau diatas atau di langit keberapa.
Boleh jadi sedang berlaku depan mata dalam wajah dunia yg.tak kita sedari.

Apa yg.membezakan alam kubur tu dengan alam kehidupan sedia ada..?

Yang jelasnya...dunia ne masih ada usaha dan memperbaiki amal
,...dan..alam kubur tu membersihkan daki2 amal yg.salah.

Bagaimana ia dibersihkan...tak perlulah kita fikir.Kerana jalan lurus telah
memikirkan kita semasa hidup.Disuruh manusia akhiri kehidupan dengan iman.

Tapi...tak semestinya tubuh tak leh ikut sama ke alam kubur.Itu pun tubuh
yg.bersih.Kalau tak bersih tubuh lain pun boleh sarungkan untuk merasakan
siksaan.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  mek Sat Jan 23, 2010 12:44 pm

mana dia barzakh yg dicari? bom

mek

Jumlah posting : 267
Registration date : 2008-11-20

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  salik Sat Jan 23, 2010 5:06 pm

Kat mana lagi jika tidak dalam diri
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

MENGEMBARA KE ALAM BARZAH - Page 3 Empty Re: MENGEMBARA KE ALAM BARZAH

Post  Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum