SUFI TAUHID FILOS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

+8
murah
mek
tuan haji
entah
Emas
salik
T R I N I T Y
Merpati Putih
12 posters

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  Merpati Putih Sun Jan 24, 2010 10:33 am

Kaedah2 'MENGENAL DIRI':

Jalan2 'berkesan' mungkin untuk dikongsi sesama para forumer.

Sila kongsikan pengalaman sdr2.. umpamanya tariqat2, menganut ugama2, menyembah patung krishna bertangan lapan..... secara saintifik atau sebagainya.

Beri alasan2 sdr.. mengapa sdr mengambil jalan sedemikian? Apakah sdr2 benar2 yaqin dengan jalan yang dipilih.

selamat berkhayal..........
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  T R I N I T Y Sun Jan 24, 2010 2:40 pm

Kalau lah tak diajar guru,tak dikeranakan buku2,...manusia tak tau nak
cerita pasal kenal diri.
Dalam hadith kudsi mungkin satu permulaan yg.menjadi titek ilmu kajian
dan tertulisnya banyak buku2 dan kitab kenal diri.

Dalam Alquran juga beberapa sebutan mengenal AKAL,HATI dan NAFSU
yg.bersangkutan mempengaruhi diri.Jasad dan Ruh.....bisikan2 syithan dan
bukti2 kerasukan,...semuanya menjadi punca ilmu ini.

Pemikir2 zaman yunani dah pun memulakan ilmu ini serta mengeluarkan
pelbagai falsafah diri.Ilmunya terus berkembang hingga akhir ini.

Apapun,....hentam ajelah.Apa yg.dapat dikenalpun,...tidak akan dapat
disentuh dan dilihat zat kehadirannya.Hanya kenal pada sifat2
ketajaliannya dalam gerak tubuh yg.satu jua.

Yang gerak dilihatkan sebagai satu,...tapi yg.mengerakkan berpunca
dari penyatuan yg.berbagai bagai.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  Merpati Putih Sun Jan 24, 2010 3:47 pm

Doktrin yang banyak tertanam dalam benak fikiran dan perilaku umat berugama dan 'kebenaran ugama' bersifat tunggal, pasti, dan bersih.. dan tidak bolih dipertikaikan.

Mereka menganggap, bahwa ugama adalah wilayah yang dihormati, 'disucikan' dari kreativiti dan kritik manusia.

Idiologi ugama dikatakan wilayah milik Tuhan yang terjamin kebenarannya???? mesti diimani tanpa hak untuk dikritik dan dibahaskan.

Selain dari karma2 ugama bukannya dari Tuhan???? dimungkinkan bahasan..

Orang yang berani mengkritik ugama justru dianggap orang yang gila, aneh, jauh dari kebenaran.

Namun, bila kita kembali ke evolusi ugama2 di dunia, sesungguhnya ugama2 tidak terlepas dari unsur coretan manusia.

Bila wilayah ugama dianggap sebagai wilayah Tuhan semata2, lantas kenapa muncul ugama2 baru yang bertugas sebagai 'pelengkap dan penyempurna' ugama terdahulu yang dianggap asalnya dari 'Tuhan'?
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  T R I N I T Y Sun Jan 24, 2010 4:08 pm

Alam agama ituakal.
Akal yg.satu2nya sebagai alat menerokai pelbagai fantasi untu
kenal makna2 ANA.
Mengenal segala simbol2 yg.terdapat sepanjang jalan untuk diselaraskan
dengan makrifat sebenar.

Manusia tergoda dengan huruf2 kerana segalanya dikatakan menjadi sahabat dirinya.
Alam dan makhluk sebelumnya telah diberi amanah mengenal ini,...mereka tak mampu
kerana pemilekian diri yg.terbatas.

Berbanding manusia yg.sebenarnya mempunyai RAHSIA ketuhanan nya.
Perjuangan manusia kepada insan adalah melalui pembersihan jiwa dan segala
hijab2 yg.diadakan minda.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  Merpati Putih Sun Jan 24, 2010 5:02 pm

Manusia membenci 'kematian' dan akan bertungkus lumus mencari kaedah agar mampu mententeramkan 'ketakutan' yang mengusik jiwanya..

Alat yang seakan2 berkesan (sedikit sebanyak atau sekurang2nya memberi harapan palsu), yang 'mententeramkan @ menenangkan' perasaan berkesan adalah teori2 yang disebut ugama2..

Ma'rifah2, ugama2, tuhan2, malaikat, nabi2, syaitan2, kitab2 suci, syurga neraka, bidadari, nirvana, siksa kubur, alam barzah, reinkarnasi (kembali hidup) selepas kematian…. Adalah filosofi/ matrik yang direka olih manusia purba untuk mententeramkan 'dirinya' dalam menghadapi 'kematian' yang dibencinya.

'Kematian' tidak dapat dielakan???? Maanawiyah 'kematian': Jasad adalah kekal terurai kepada jirim2. Pencipta/ Energi jua kekal.. jd manusia tidak pernah mati... kenapa pula 'kematian' dibenci.

Bahkan filosofi2 ini gagal memperkenalkan/ memperlihatkan/ membuktikan kehadiran keseluruhan terjahan2 ghaib ini. Tidak ada sesiapapun mampu membuktikan dari dulu sampai kini… walaupun nabi2 yang dihormati, didewakan olih penganut2 ugama2
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  T R I N I T Y Sun Jan 24, 2010 6:45 pm

Gambaran yg.difantasikan mengikut kenyataan HURUF2 dan AYAT2.
Mati adalah penamat segala fantasi akal dan ilmu.
Jiwa akan mengetahui apa yg.diamalkan mengikut dunianya.
Segala hukum telah terjawab didunia fantasinya.

Namun hanya satu hukum dipersoalkan.
Apakah AKU yg.berfantasi atau engkau yg.menguasai fantasi itu.

Bukankah AKU selalu bersama dalam fantasi KU.
Aku tidak menggangu fantasi mu kerana AKU adil dan pemberi kurnia.
KU jadikan fantasi itu untuk hamba2 KU sebagai jalan mengenal KU.

Jika engkau yg.mentadbirnya maka tadbirlah jiwa mu sendiri.
Usahakan keselamatan dan capailah kejayaan....mingikut apa yg.disangkakan.
Semoga segala bahaya dapat dielakkan dengan izin KU.

Jadi bagaimana nak buang sangkaan fantasi dan mengikut apa yg.difantasikan...
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  Merpati Putih Sun Jan 24, 2010 7:23 pm

Sifat genetik Primitif/ kuno yang dimiliki oleh persepsi.

Satu penemuan kajian tentang bagaimana ujud system perasaan/ kognitif, adalah kerana keujudan genetic/ unsur primitive/ kuno disekitar otak yang meng'itiraf kehadiran2 keberadaan. Disini, homo sapien/ manusia dilamuni alam khayalan atau keterpedayaan kepada kelibat2 keberadaan.

Andainya gen primitive/ kuno mamalia ini tidak ada, nescaya specis homo sapien/ manusia akan kehilangan daya mengenali tiap2 sesuatu dalam keadaan berjirim dan berjisim/ kasyif/ legap. Dan sentiasalah perasaan itu menjangkau satu ruang tanpa imej2, suara… atau dalam keadaan tanpa mengenali 'ada sesuatu'.. Infiniti 'o' atau 'ALAM LAHUT'

Disini 'kesedaran mencapai maksimumnya'. Didaerah la harfun wa la saut: Tiada huruf tanpa suara. Seumpama 'nyenyak ketiduran'.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  Merpati Putih Sun Jan 24, 2010 8:55 pm

Manusia bertranformasi mengikut detik frekuensi fikirannya. Insan bertukar wajah kewajah2 pemikiranya setiap detik…. 'setiap yang dipandang' adalah wajahnya. Insan bemiliki berjuta wajah per/detik seperti susunan urutan pita filem. Insan sentiasa meneliti dan menemui wajahnya 'sendiri' dalam setiap hal keadaan.

Ada 100 billion neurons di sel2 otak dan 100 trillion synapse yang menghasilkan perasaan keujudan proton, neutron, dan bahkan atom bertindak seakan2 ombak/ gelombang/ frekuensi, kadang-kadang seperti zarah, namun sebenarnya tidak mempunyai bentuk yang jelas sehingga diterjemahkan dan teralir kepada lensa/skrin mata seakan2 kepelbagaian imej2/ tatarajah gambaran.

Sebuah pengukuran 'entiti kuantum' yang langsung mempengaruhi perilaku transformasi, yang hanya berlaku 'di dunia mikroskopik/ seni, bahkan di objek-objek yang cukup besar seolah2 terlihat didaerah lensa/ retina mata (bukan dari luar mata seperti yang biasanya disangka)

Ini bertentangan dengan teori ilmu fisik yang merumuskan bahawa gambaran2 terhasil dari 'luar mata' dengan keadaan terbalik diretina mata.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  T R I N I T Y Sun Jan 24, 2010 10:47 pm

Segala fantasi adalah hasil dua hala.Tidaklah wujud segala gambaran pada otak
seandainya tiada imej diluar otak.
Kewujudan dalam otak adalah ditafsir dan serba lemah.Tidak diketahui akan setiap nama dan
perbuatan untuk jadi sebutan.

Maka segala sebutan adalah fantasi yg.datang kemudian selepas wajah2.
Kefaham datang menyusul setelah adanya perbandingan seumpama salah dan betul,
baik dan buruk.

Segala istilah tidak berhuruf dan bersuara telah diwujudkan oleh bahasa2 imej.Yang kemudian
akal memberi nama2nya.Bagaimana sebutan2 itu bermula dan ditetapkan..?

Diri manusia adalah segala rahsia ALAM.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  Merpati Putih Sun Jan 24, 2010 11:18 pm

Seorang profesor falsafah berkata, setelah ditanya: 'Apakah erti falsafah ugama dan hidup?',

Dia menjawab:" 'Falsafah adalah kritis secara radikal tentang kesedaran kedirian individu, tanpa menyangkut dengan 'kehadiran orang lain".

Tugas seorang ahli falsafah: adalah ia sentiasa membisikan kepada dirinya bagaimana ia harus memimpin hidupnya."

Ahli falasafah mencerna setiap ilmu yang dimuat turun dari jaring sesawang (jaring2 ilmiah, tidak perduli darimana jua datangnya).

Ia harus berhenti sejenak mengkaji serta meneliti, merenungkan, mengupas, mempelajari, merungkai makna2 dan maanawiyah dari yang tersurat dan tersirat…. Namun bukanlah untuk kegunaannya, cuma untuk memenuhi detik hayatnya yang terluang.,

kerana falasafah adalah 'sampah' yang teralir dari longkang2 sampah @ pancaindera lima.


kehidupan manusia hanyalah rencana usaha filosuf. tanpa menyedari, namun setiap fikiran dimiliki, setiap keputusan yang dibuat, dan setiap tindakan yang dimuat-turun berdasarkan pada beberapa rumusan filosuf2. Ahli falsafah telah membentuk rumusan2 ke dalam teori2 yang membentuk hakikat kehidupan manusia.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  salik Sun Jan 24, 2010 11:32 pm

khayal
1. = khayalan; 2. leka, sangat asyik (membuat sesuatu): dia kelihatan ~ dlm sebarang usaha yg dilakukannya; mereka sedang ~ memerhatikan orang tua itu menganyam bakul;
berkhayal
1. berangan-angan, mengelamun:
2. berbuat spt benar-benar berlaku, berangan-angan:
3. melihat sesuatu yg sebenarnya tidak ada (tetapi seolah-olah wujud hasil drpd angan-angan):
4. leka, sangat asyik (dgn):

1. menggambarkan (membayangkan) dlm angan-angan, mengangan-angankan, mereka (dlm fikiran):
1. terleka, terlalai: sebentar itu ~lah ia lupa akan segala sakit dan pedih yg ditanggungnya itu;
2. dapat dibayangkan oleh fikiran: mereka yg gugur di medan jihad akan mendapat kurniaan yg tidak ~ oleh akal;
terkhayalkan
1. lukisan (gambaran, bayangan) sesuatu dlm fikiran (ketika bermenung dsb), rekaan atau ciptaan (dlm kepala atau oleh daya angan-angan), angan-angan, fantasi, khayal: sejurus mereka terdiam dihanyutkan oleh ~ fikiran masing-masing; segala peristiwa dlm cerita ini dibina drpd ~ semata-mata;

2. sesuatu yg nyata kelihatan oleh (atau pd pandangan seseorang pd hal sebenarnya tidak wujud, ciptaan angan-angan; 3. yg dibayangkan atau dilukiskan dlm angan-angan spt benar-benar ada (berlaku dll), yg direka atau dicipta oleh daya angan-angan, khayal: cerita-cerita ~ dgn peristiwa-peristiwa yg aneh dan tidak mungkin berlaku;

kekhayalan
keadaan khayal (leka), keasyikan (sewaktu sedang membuat sesuatu);
pengkhayalan
proses, cara atau perbuatan mengkhayalkan);


BOLEHLAH DI KATAKAN HASIL PENCIPTAAN KAPALTERBANG / TELEFON / COMPUTER DAN SEBAGAINYA ITU
DATANG DARI KHAYALAN YANG DI NYATAKAN.
SEMEMANGNYA KHAYALAN ITU ADALAH KENYATAAN


DUNIA INI MERIAH DENGAN ADANYA ORANG ORANG BERKHAYAL
Yang di khayalkan

makrifat
1. ilmu mengenali sesuatu; 2. (dlm ilmu tasawuf) ilmu mengenali hal kerohanian pd peringkat yg tertinggi atau sempurna;
bermakrifat
1. (dlm ilmu tasawuf) berfikir dalam-dalam tentang sesuatu, bertafakur
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  T R I N I T Y Mon Jan 25, 2010 1:47 am

Permulaan manusia itu tidak mengenal suatu apa pun dan tidak pula
memikirkan.Segalanya diperlihatkan dan dirasakan melalui alat2 yang mengajar,yang
menyampaikan dan mentadbir tindak balas zahir dan batin.

Hinggalah jiwa itu dikatakan hidup berakal,mempunyai hati dan naluri serta nafsu.
Semuanya hidup kerana cahaya telah mengatasi kegelapan.

Samada didalam gelap...kewujudan telah bermula dengan fantasi kegelapannya.Apa yg.
difantasikan dalam gelap itu...? Hanya kedirian wujud semata-mata.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  Merpati Putih Mon Jan 25, 2010 9:51 am

Perasaan yang 'berperasaan' manusia itu ada. Tanpa perasaan, maka tidak ada manusia..

Perasaan / gen primitif mamalia yang telah 'mati' tidak tahu jasadnya ada, walaupun ia masih memiliki otak.

Orang yang sedang tidor nyenyak juga mempunyai otak, padahal ia tidak memiliki lintasan kelibat2 keberadaan… kerana ia tidak 'dimampukan' bermimpi.

Mayat juga memiliki otak.. namun perasaanya telah dilupuskan.

Kediriannya/ Ia tidak tahu dirinya sedang tidur, ia tidak mengetahui jasad, ilmu, harta, diri, anak2, isteri. harta dan keseluruhan duniawiyah…. ini ada, kerana fungsi minda/ perasaannya dinyahkordekkan/ diberhentikan/ pitstop.

Dimanakah kenyataan ketika perasaan terulit dengan 'KETIDURAN'. Dimanakah realiti hari kemarin untuk disaksikan disaat ini.?
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  T R I N I T Y Mon Jan 25, 2010 4:16 pm

Akal bukanlah benda yg.dapat dilihat,begitu juga perasaan,naluri,sifat berilmu dan ruh.
Ia bukanlah sesuatu yg.bergantung pada tubuh.

Dalam keadaan berjasad kita telah pun mengetahui kehadirannya.
Namun kita belum tau bila ketiadaan tubuh.Apakah diri itu masih bersifat mengetahui.

Ini boleh kita fikirkan melalui pengalaman tidur dan tidak sedar diri.
Sebagai mana pengalaman yg.telah dilalui.....dalam keadaan demikian diri masih
mempunyai sifat ilmu.Yang tiada adalah deria2 tubuh seperti merasa sakit,sejok atau selesa.

Melalui pengalaman mimpi juga telah menunjukan pada suatu keadaan yg.benar2 tidur
terdapat suatu mimpi yang tidak dapat diingati sebaik kita terjaga.Fenomena ini
mungkin menjadi petunjuk dalam mengenal diri.

Bagi saya,...sifat mengetahui adalah yg.dimileki oleh ruh.Ia mengetahui tanpa perantara ilmu,
akal atau hati.Umpama melihat dengan nyata tanpa pancaindera.Sebagaimana kita melihat
keadaan mimpi sedangkan mata kita dalam terpejam.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  Merpati Putih Mon Jan 25, 2010 8:52 pm

Perbahasan hanya penonjolan sifat 'EGOIS bukan-kekal', dan manusia = haiwan berfikir yang sentiasa mengolah2 ilusi2 matrik bagi memenuhi jaringan hayat yang masih terluang. (Fair games being played within the 'sole' corrupted mind set).

Ilusi2 keilmuan:teori saintifik, teologi, teosofi, filosofi, karma2, ideologi ugama2 tidaklah berbeza dengan prinsip2 hidup yang lain2, kerana manusia = mamalia berilusi akan terus bersenyawa dengan ide2 dualisma, yang menyeret unsur2 'EGOIS' kepada gelombang2 khayalan.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  T R I N I T Y Tue Jan 26, 2010 12:05 pm

Jika semua ilusi musnah yang dikatakan makhluk dan alam
tidak dapat ditafsirkan.Apa yg.boleh dikatakan,...semuanya
kembali kepada keadaan wujud asalnya.

Wujud asal tidak bertempat,tidak didalam atau diluar masa.
Apakah ada dinamakan ruang jika tanpa sempadan.
Apakah keadaan tanpa sempadan boleh dipenuhi dengan ilusi.

Maka dengan sebab itu,...pentingnya ilusi.Dapat dijadikan batasan
fikiran...yg.menghijab dan menetapkan tempat.

Namun didalam ilusi2 itu tersembunyi kenyataan yg.perlu dicari.
Kebanyakan telah terpedaya semasa dalam penglihatannya....mencari
dan mengenal.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  Merpati Putih Tue Jan 26, 2010 12:46 pm

Manusia = 'makluk berilusi' menderita kerana 'ilusi pengiaan' kepada ilusi2nya., tanpa menyedari keseluruhan persepsinya terilusi kepada kebelbagaian ilusi2.

Manusia = 'mamalia berilusi', menderita kerana 'percaya/ beriman' dengan teori illuminati matrix/ terjahan khayalan semata2, yang memberat2kan diri dengan 'kesangkaan realiti' tanpa menyedari kepalsuan ada dimana2..

Ada manusia yang selamba jer.. tanpa berfikir… membujur lalu, melintang patah,, jin atas ja..hantam jer lah sudin!!! tanpa ma'rifah2. Masa makan ia makan, masa tidur ia tidur, masa gelak ia gelak, masa berak ia berak. masa lupus ia lupus.... Dan ia tahu segala2nya didalam dakapan kepalsuan.
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  salik Tue Jan 26, 2010 1:02 pm

"kesangkaan realiti'

Dari Ibnu Umar rodhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar rodhiallahu ‘anhu berkata, “Jika kamu berada di sore hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu sore, manfaatkanlah masa sehat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)[1]

Surga adalah kampung halaman manusia. Seorang yang berakal tentu merindukan kampung halamannya yang penuh dengan kenikmatan. Maka dunia ini bukanlah tempat tinggal yang asli. Manusia di dunia berkedudukan seperti orang asing. Sebagai orang asing semestinya tidak terpedaya dengan kehidupan dunia lupa akan kampung halamannya.

56. Al Waaqi'ah
10. Dan orang-orang yang beriman paling dahulu,
11. Mereka itulah yang didekatkan kepada Allah.
12. Berada dalam jannah kenikmatan.

dekat /bersama Allah Adalah Jannah sebenar jannah.
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  T R I N I T Y Tue Jan 26, 2010 4:30 pm

Tidak ada apa2 pada diri,..melainkan ia adalah ciptaan yang terbaik.
Oleh kerana dipengaruhi...oleh pelbagai ilusi ,maka ia ditawan dengan
sifat2 terendah....sedangkan ia adalah yg.mentadbir bukan ditadbir.

Kenyataan2 Maha Wujud telah menjelaskan segalanya.Kembalilah jiwa
yg.tenang.Yang tenang adalah yg.mengembalikan segala prasangka
kepada yg.mencipta segala prasangka.

Nabi ibrahim as.telah melepaskan segala ilusi kepada pencipta ilusi.
Lalu Allah menunjukkan ia lebih luas lagi kerajaan ilusinya.
Dilihatnya....manusia lebih ramai tidak beriman,...lalu ingin dipohonkan
kemusnahan.

Nabi Muhammad memerangi segala kebatilan zahir dan ia mengajar juga
memerangi kebatilan nafsu.Apakah ia menggunakan mukjizat luar biasa
untuk misinya....?

Bukankah segalanya dari izinnya jua.Ia membuat apa saja demi menyampaikan
semua jiwa2 kepada asalnya.Jiwa yg.gagal akan mengalami mimpi ngeri.Mimpi
yg.tertutup segala jalan melepaskannya.

Bagi yg.berjaya...mereka terus berilusi tanpa batasan.Itulah kejayaan.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  Merpati Putih Tue Jan 26, 2010 4:55 pm

Apa bezanya pertanyaan2;

P Ramlee: Kalu ko ta' nampak, ko anak......luar N @ haram?

AQ @ M: Kalu ko ta' percaya, ko tak beriman?
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  T R I N I T Y Thu Jan 28, 2010 6:07 pm

Yang bertanya tidak tau akan jawaban sebenarnya,
Yang menjawab tidak dalam keadaan tau.
Ia sekadar suatu usaha meyakinkan sedangkan keyakin itu
adalah keluar dari pengaruh akal.

Akal yang sentiasa disuluh oleh apa jua ilmu yang dibaca,
yang dilihat,didengar dan dialami.Semuanya berlumba lumba
mengatasi segala kemungkinan.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  Merpati Putih Thu Jan 28, 2010 7:52 pm

Pengiayaan kepada cerita2 alam ghaib yang tidak diketahui dan tidak disaksikan sendiri, adalah kelemahan yang ketara.

Mengapa manusia tidak tertanya2 dan selidiki kesahihannya. Ta' kan manusia wajib membuta-tuli, beriman hanya kerana mendengar dari kata2 pa' ustaz, pak imam, ibu bapa, kitab2.. yang tanpa diketahui dari mana datangnya?, siapa pengarangnya dan apa motifnya kitab2 ini dikarang??

Bukti yang paling nyata: kalu ditanya kepada seluruh manusia dari dulu sampai sekarang; Yang pasti jawapannya mereka tidak pernah berjumpa dengan berhala2 ghaib yang di warwarkan. Yang ada kata2 demi kata2 yang tidak mampu membuktikan apa2.

Sehinggakan syaitan2 di mina' arab saudi pun berbentuk berhala batu.. mana dia realiti syaitannya??
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  salik Fri Jan 29, 2010 1:06 am

Sebelum menulis perkataan di atas computer.!! Apakah ada huruf di dalam otak fikiran.?
yang ada hanya " aku mahu berkata seperti yang akan di tulis" tetapi masih Ghaib , dan belum nyata.
Bukankah memikirkan untuk berkata sesuatu itu adalah perkara ghaib?
Bukankah Sikap marah/sayang/rindu/suka/dendam/riak/ dsb ...termasuk dalam urusan Ghaib.
Apabila bersuara barulah nyata.

Apa lagi bukti yang di inginkan tok?
Diri telah menyaksikan sendiri atas apa yang berlaku pada diri sendiri , sebelum di nyatakan.
Diri sendirilah saksinya.
salik
salik

Jumlah posting : 1366
Registration date : 2009-03-28

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  T R I N I T Y Fri Jan 29, 2010 1:32 am

Apabila dikatakan mendapat petunjuk samada dikatakan atas kuasa
diri sendiri atau pihak mana,....dengan itu ia keluar dari segala fantasinya.

Sebelum itu bagaimana pula ia telah dilahirkan terus kedalam fantasi khayalan...
dan melihat segala khayalan yg.menguasai kekuasaan dirinya.

Perkataan sedar dan berjaya hanya berlaku setelah adanya punca kejahilan,
kelalaian dan kegagalan....sedangkan ZAT mutlak tidak tertakluk pada keadaan
masa dan tempat atau andaian.

Maka perkataan ilusi dan fantasi itu adalah wujud pada kebatilan dan peringatan
Haq adalah wujud azali pada ilmunya.Ketiadaan ilmu Al haq maka tidaklah wujud
kebatilan.

Sekiranya salah satu tiada maka tiadalah apa yg.nak dikatakan tentang wujud.
T R I N I T Y
T R I N I T Y

Jumlah posting : 743
Registration date : 2009-03-10

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  Merpati Putih Fri Jan 29, 2010 8:42 am

Sebelum menulis perkataan di atas computer.!! Apakah ada huruf di dalam otak fikiran.?
yang ada hanya " aku mahu berkata seperti yang akan di tulis" tetapi masih Ghaib , dan belum nyata.

sdr salik,
jd Benarlah krishna yang 'bertangan lapan' ato 'ravana berkepala seratus' ato kartun doremon ato mi'raj (M) dengan keldai Buraq yang keluar dari pemikir23 keatas kertas.... begitu ker???

Buah epel umpamanya: yang telah dimakan kemarin @ lupus.. apakah ia masih merupakan realiti epel lagi???

Ketika perasaan dinyahkordekkan... dimanakah realiti yang dikatakan realiti?
Merpati Putih
Merpati Putih
Admin

Jumlah posting : 2463
Registration date : 2008-08-08

Back to top Go down

KAEDAH2 MENGENAL DIRI. Empty Re: KAEDAH2 MENGENAL DIRI.

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum